Pages

|The Comrades|

26 January 2010

Penyakit BengkaK Hati

semalam dapat msj dari bapa cik ngexz gtau makcik belah bapak dimasukkan kt hospital kerana disahkan ada penyakit bengkak hati atau lebih dikenali sebagai Hepatitis B.
cian pulak cik ngexz dengar.yo la kan selama ni cik ngexz g umah dia nampak sihat jer tapi tak da sapa tau dia menderita sakit tue setaun lebih dah.esok kuar la ujian darah dia.kalau seyes akan di refer g hospital pakar. menurut doktor, penyakit makcik cik ngexz dah terlalu matang.

so sekarang cik ngexz nak share info pasal penyakit ni kat korang semua kan. bak kata orang lebih baik mencegah daripada mengubati **tul x ni**

APA ITU HEPATITIS B??


Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.

Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.


PUNCA-PUNCA HEPATITIS B

Virus Hepatitis B boleh merebak dengan pelbagai cara:.

a) Jika pesakit menerima darah yang tercemar. Virus ini akan masuk ke dalam badan pesakit melalui salur darah.


b)Virus ini juga boleh di sebarkan melalui hubungan kelamin di mana ia boleh hadir di dalam air mani.


c)Bagi ibu yang mengandung dan menghidap penyakit ini, virus boleh di sebarkan kepada bayi melalui dinding uri
- Jenis hepatitis B adalah amat berjangkit dan boleh, dalam kes-kes jarang, boleh merebak di kalangan ahli-ahli keluarga tanpa hubungan seks atau hubungan dengan darah yang dijangkiti kuman. Dalam kes-kes ini, virus mungkin desebarkan oleh berus gigi atau penciuman.(bahaya gak kan)

Hepatitis B selalunya dijumpai pada penagih dadah, atau lelaki homoseks.

SIMPTOM-SIMPTOM ORANG YANG DIJANGKITI

Tanda-tanda seseorang terkena jangkitan ini ialah:
- Selalu merasa mual dan muntah
- Mengalami cirit-birit
- Selera makan berkurangan
- Sering sakit kepala
- Merasa lemah dan keletihan
- Demam dan selesema.
Kita akan dapat melihat kesan daripada pemindahan virus ini pada badan penghidap seperti kulit akan kelihatan kekuningan, kencing kotor (berwarna gelap), najis keputihan dan hati mula membengkak

p/s sama-samala kita berdoa agar makcik cik ngexz sihat sepenuhnya..
Terima Kasih

3 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

bahaye penyakit ni eh
mintak dijauhkan

Unknown said...

cikaida..tue la psl..mta2 djauhkan

emaiy :) said...

bahaye nyeww . kawan saya pOn kne pnyakit nie . ta taw ap punce nyew . tp alhamdullilah dy da selamat dri saat2 kritikal nyew mnggu lps :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign