Pages

|The Comrades|

23 May 2010

Kemenangan Shahir sudah dijangka


Agak kelewatan ngexz publishkan entry terkini berkenaan dengan keputusan akademi fantasia 8 kan. Mesti sudah lapuk uolls pikir. Yer la ngexz nengok pergi saja ke mana- mana blog rakan lain, latest entry mesti berkenaan dengan kemenangan Shahir malam tadi.

Ngexz tak tengok sangat konsert akhir akademi fantasia malam tadi coz ngexz tengok macam hambar je berbanding dengan AF sebelum ni kan. Maybe lagu- lagu yang dibawa pelajar kebanyakkan lagu lama- lama kot. Lain la macam era Stacy, Hafiz dulu kan, lagu yang diberikan memang lagu yang tengah meletup.

Ok berbalik kepada kemenangan Shahir. Jika kita imbas kembali, Shahir merupakan pelajar yang bertuah mendapat AFMASUK daripada para pengundi kan. So, sama juga keadaannya dengan era kegemilangan Mawi dulu. Mawi juga merupakan pelajar AF yang mendapat AFMASUK. Maka tidak hairan la kita semalam Shahir telah mengembalikan kembali era Mawi dahulu. Maksud ngexz, kedua- dua juara ini merupakan antara pelajar yang mendapat AFMASUK.

Ngexz bukan nak menyatakan ketidakpuashatian kemenangan Shahir, tapi macam berat sebelah kepada 4 pelajar lain yang bertungkus lumus mempelajari benda baru sepanjang Shahir keluar AF kan. Then tiba-tiba dalam masa 1 minggu jer, Shahir bergelar juara. Mengikut ramalan ngexz, Adira mahupun Maulana dijangka juara kerana kedua- dua pelajar ini mempunyai keunikkan vokal tersendiri. Tapi apa-apa pun rezeki lebih memihak kepada Shahir.

Suka ngexz hendak membandingkan Shahir dengan Mawi kerana kedua- dua orang ini seakan- akan mempunyai persamaan. Bukan banyak la, cikit ada la. Contohnya, suara Shahir ada iras2 melodi Arab ckit, sama macam Mawi gak kan. Yang lain ngexz malas nak ulas. Uolls la judge sendiri.

Apa- apapun, ngexz ucapkan tahniah kepada Shahir. Moga dapat mencipta nama di persada seni seiring dengan artis lain. Jangan macam Mawi, sekejap jer meletup, then sekarang terus tenggelam.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign