Pages

|The Comrades|

28 February 2010

Suka nak jawab Tag!!

1) Adakah anda rasa HOT???
**hot giler .malam lg ler hot.

2) Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

3) Cerita pasal gambar
**gambar ape?gambar kat wallpaper ke?tuh dah tak tuka sejak taun lepas.Suka giler nengok

4) Bila kali terakhir anda makan pizza??
** tak prefer sangat pizza la even dekat je nak g

5) Lagu terakhir anda dengar
**tadi layan lagu Ungu, sekarang tengah berkumandang lagu Dik-waliband

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
**sambung study

7) Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa
**blogger sini panggil ngexz, member kelas panggil Lead,Ledia.Tapi aku mmg LEY!!haha

8) Tag lagi 8 orang
**Nanajoe
**sis sue
**aie
**kak farenova (sori yer kak blom bt lagi tag akak, tp dah tag akak balik)
**kak yan
**kak el
**kak min
**kun

9) siapakah orang no. 1 kepada anda
**sape lagi kalau tak makcik nana yang tah henti nak cakap bila ym.tp dia baek taw evn ckp mcm longkang

10) katakan sesuatu mengenai orang no. 5
**salu suh clear kukis.hehe

11) no. 3 ada hubungan dengan sapa?
**aie??hahaha..ntah la wei

12) bagaimana pula dengan no. 4
**akak yang sgt sewittt.blogger of the month lagi tuh

13) pesanan buat org no.6
**innity ijau lagi.malam ngexz genti akan serang.haha

14) kata-kata cinta utk org no.2
**auww..kakak yang salu jd babysitter..untong dapat beristerikan dia.ilopu.haha.

15) adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
**ada2..dua-dua ada innity.haha

16) berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengtag anda
**ngexz amek tag ni dari fiezah91 je even dia tak tag aku.suka nak jwb time buhsan.

17) persamaan antara kambing dan lembu
**4 kaki la

18) perasaan anda buat tag ni
** ilang la jugak stress study

19)adakah anda tahu si rizman itu sengal..
**rizman mane nih??

20) gay or less
**rizman ke??tak tau la wei!!

p/s yang kena tag atas tuh, mane-mane uolls ler nak jawab or tak k.juz for fun ..buang2 buhsan ni

Terima Kasih

27 February 2010

Nasi Kangkang!!


Hai uolss!! Bertemu kita di entry yang macam menarik minat ngexz untuk sharekan kat uolls.Hari ni ngexz terlebih rajin nak menghupdate entry di kala panas terik!!Auwww..

Ingat lagi tak cita yang penah kuar kat tv3 dulu lakonan fasha sandha ngan Adi Putra?Ala pasal nasi kangkang la yang fasha bagi suami dia makan nasi yang dia dah jampi.Uolls tau tak pasal nasi kangkang ni??Uolls rasa ape??rasa oren ke rasa halia?Sekali dengar nasi kangkang ni macam yang boleh dimakan seperti nasi goreng paprik ke, nasi ayam halia ke kan. Memang r ia sejenis nasi gak.Tapi perkataan "kangkang " tuh yang macam buat kita confuse je kan.Takkan la kita makan nasi sambil mengangkang.Ok meh kita share ckit sal nasi kangkang ni.Penting ni taw!!

Ok nasi kangkang ni salu gak dipanggil "nasi tangas". Nasi ini akan dicampurkan dengan serbuk jampi mantera dan kemudian diletakkan didalam kain perempuan sambil perempuan tue kangkangkan kaki dia menghala ke arah nasi tuh sampaikan wap nasi tuh akan jatuh semula ke dalam pinggan.Orang yang mengamalkan ilmu ini adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu yang inginkan kesenangan je.

Sebenarnya nasi kangkang ni nak suruh suami kita ikut 100% perintah kita ler tuh!!Ala-ala laki boleh kena cucuk hidung 100% la tuh.Ikut jer ape isteri suruh. Siapa suami-suami yang dah termakan nasi kangkang akan jadi BAL .Ala bebal atau bodoh la

Uolls rasa nasi kangkang ni dongeng or realiti.Menurut sumber, memang ada orang yang guna, Tapi cuma berkesan untuk 6 bulan je.Lepas dari 6 bulan tue kena buat balik la.Kalau Ok sampai mati la kesannya.Kecian je kan dengar suami yang kena nasi kangkang oleh isteri yang tak perikemanusiaan ni.

Satu lagi nih, kalau yang ada orang gaji Indon tuh hati-hati jer la.Bukan nak kata semua dorang tak baek.Tapi kebanyakkan ilmu ni datang dari sana.Silap-silap laki kita diberi nasi kangkang.Tak ke naya kan.

Uolls tengok je cita lakonan fasha ngan satu lagi cita lakonan sofea jane dulu (filem perempuan, isteri dan....)

Bagi lelaki-lelaki di luar sana, hati-hati je k.& bagi perempuan juga, uolls tak yah la nak buat keja bodo macam gini gara-gara nak buat rumah tangga bahagia.Memang konpem takkan bahagia la wei, merana ada la kita nengok laki kita buat macam gitu nanti.Dosa gak ader la kita dapat.Nengok jer balasan fasha yang dia dapat last tue sampai muka berubah jadi hodoh kuar ulat..yakss..Tak kose i


Terima Kasih

26 February 2010

Habit yang tak boleh dibuang!!


Hai uolss!! Lama ke ngexz tak update blog ngexz ni?sampaikan si aie ngan si eqa tuh tanya bila nak kuar entry baru.Tak sabar uolls kan.Kang dah ada komen jer sampai lebam biji mata.haha. Bukan ape tak update ni.Ngexz bz tahap gaban marimuthu alagapas seminggu-minggu ni.Mana nak letak asaiment, dengan exam nyer lagi.Mampuih ngexz.

Ok kali ni ngexz nak share pasal habit ngexz yang ngexz tak boleh buang sampai sekarang.Nak tau tak??Malu jer kan .Bocor rahsia ngexz dah.Haha.Tapi demi uolls nak juga ngexz sharekan.

Contohnya habit hidu bantal bucuk time tido, gentel-gentel bantal kat idong ke...Bantal bucuk tue ada ka patut dikatakan wangi, sedangkan air liur basi, peta dunia semua dah lekat kat situ kan.Yakss!!. Tapi macam mana boleh suka hidu-hidu.Siap boleh lena lagi tuh!!Memang layan habeh. Ada bermacam jenis lagi habit ni.Uolls macam mane lak? Meh ngexz share habit ngexz lak!!

Ngexz ada satu habit ni tau yang tak boleh ngexz buang sampai sekarang.Tak taw la nape. Bila buhsan-buhsan, ngexz suka gigit dinding-dinding yang kat tepi dalam pipi kita tuh.Ape ntah nak sebut benda tuh.Ala yang tepi-tepi kat dalam pipi tue.Tau kan apa yang ngexz maksudkan? Habit ni akan datang bila time ngexz buhsan tahap gaban & bila ngexz dalam kenervousan **ade ke perkataan cam gini**.Nervous maksud ngexz ni bila berhadapan dengan orang yang baru kenal ke, bila nak buat presentation ke.Huh memang tinggi tahap kenervousan time tuh.So ngexz apa lagi.Cara nak ilangkan je, gigit sampai berdarah pun pernah gak ni akibat terlalu nervous.Uolss imagine kan je time gigit tuh mulot ngexz macam mana.Muncong beb!!

Pernah sekali member tanye pesal muncong2 je.Padahal dia tak tau ngexz tengah melayan habit ngexz yang sedang menggila. Ala bukan ngexz sorang jer kan ada habit macam gini.Ntah-ntah uolls pun lebih hebat lagi dari ngexz. Macam kazen ngexz yang sorang tuh, habit dari dulu sampai sekarang dok gigit kuku jer sampaikan kuku dia memang dah terbantot nak tumbuh.Mana tak nye, baru kuku nak panjang, dia gigit lak.Tak cukup dengan tuh jer, even dah gigit kuku sampai nampak isi, siap dia trim guna pemotong kuku lagi.Gamaknya makin kontot la kuku dia. Nasib plak dia tak gigit kuku kaki.Kalau gigit kuku kaki , ngexz tak tau la nak imaginekan.

Pernah gak tanye ngan dia bila nak hentikan habit bodo tuh..Dia juz jawab "NTAH".Ade plak kata gitu kan.Yer la kan dah nama habit memang susah nak buang.Macam perokok-perokok tegar tuh kira macam habit dah tuh.

Uolls plak??Ape habit yang uolls salu buat??Mesti ada kan?Tak yah tipu la.Tiap orang ada je kan habit dorang.Share la gak ngan ngexz.Mana taw lawak.Boleh la gelak besaq-besaq.HAHAHA!!Habit ngexz ni besa-besa je.

Terima Kasih

22 February 2010

Cinta ditolak??sanggup belasah orang??

Munink uolss!!Pagi ni ngexz merajinkan diri g belek-belek newspaper Online.tetiba minat nengok satu berita sal sorang gadis kena culik selama 11 jam dek hanya kerana CINTA DITOLAK!!! uolls rasa ni tindakan yang betul or tak? ada ke patut bila cinta di tolak jer terus nak serang pompuan tuh dan belasah dia. Cian si mangsa kan.

menurut berita tuh, lelaki yang cintanya ditolak tuh telah membelasah, menumbuk muka kepala mangsa sampai berdarah.Tak cukup dengan tue , lelaki tak berhati perasaan ni siap letak pompuan malang tuh kat tempat letak kaki sebelah kiri lelaki tue sampaikan mangsa mengalami patah tangan..Kecian kan?? dah nengok pompuan tuh dah macam parah, apa lagi lelaki tuh jadi panik dan terus bawa balik mangsa g umah keluarga lelaki tue .Nasib baek la mangsa dapat selamatkan diri dari lelaki tak punya hati perasaan tue.

HUH!! bengis jer dengar kan..Mental ke ape lelaki tue sambil bertindak agresif gitu.dah tau cinta ditolak, terima la kenyataan.tak pun tanye la betul-betul nape dia tolak cintanya. Ni tak, main serkap jarang.Macam macho la konon kan buat gitu suwuh pompuan tuh terima cinta dia.HARAM jer dengar kan.



Ni la muka gadis malang yang kena bawa lari dan tumbukan oleh lelaki keparat tuh!! nak berita penuh uolls klik sini k!!

Ok .Uolss rasa moral of the story kat sini macam mana?? Nak terima cinta lelaki tu even tak de perasaan pun?even dah ada kekasih hati?

Untuk yang berada dalam situasi lelaki tue, uolls nak wat pe?Belasah macam gitu gak ke?rogol dia baru dapat cinta hati kita?Culik?? Uolls pikir la sendiri.Kalau nak ikut jejak lelaki tak punya hati tu, uolls tak perlu banyak pikir pun asal sedia masuk penjara kan..Pikir la sendiri bak kata nabil raja lawah tuh!!

Mentang-mentang la kaum hawa ni insan yang lemah, senang jer orang nak take advantage kan.Pada kaum wanita di luar sana & termasukla diri ngexz ni sendiri, BERHATI-HATI LA KAT LELAKI JENIS MACAM GINI!!

p/s geram je dengar kan.macam wanita ni alat permainan jer nak buat gitu.

Terima Kasih

20 February 2010

cara nak panjangkan umur license key KASPERSKY

Hai uolss!! Ngexz nak tanye uolls dulu.

**Uolls ada PC /Lappy sendiri kan??
**Of coz mesti ada anti virus kan.Uolls guna anti virus ape? Kaspersky?Avira?AVG?Nod32?Norton? banyak lagi jenis-jenis anti virus kat luar sana kan
** Uolls pakai yang trial or lifetime keys ni?atau yang dok blacklist2 tiap bulan?terpaksa instol yang baru lagi kalau dah abeh trial??
** korang dalam golongan mana antara soklan ngexz atas tuh?




mesti bengang gak kan kalau tiap-tiap bulan terpaksa cari lagi license key.mana nak cari key lagi, kadang key tuh mana boleh pakai sangat.ada yang mengandungi virus, blocked la, etc

ok kali ni ngexz nak share cikit sal macam mana nak guna anti virus tanpa perlu bengang-bengang nak cari key tiap bulan. cara nye senang je..tapi ngexz akan share kat member yang pakai kaspersky jer taw sebab ngexz sekarang pakai KIS.Tapi yang berminat nak bertukar g kaspersky pun boleh gak try guna step yang ngexz bagi k.

1. Kalau yang belom instol anti virus kaspersky tuh, uolls boleh klik sini then instol anti virus ni dulu k. **kalau URL yang aku bg tuh x dpt.uolls blh try yang ni. Klik sini
Klik sini (ngexz bagi 3 URL tuh..uolls blh donlot yang mana 1 dpt k.Takut ada yang dh corrupt)
2. Selesai uolss instol KIV/KAV uolss, akan kuar yang benda alah macam ni.Uolls try nengok kat FIX IT NOW.kat situ dia akan suh uolss activate trial or guna key kan.Uolls boleh click kat trial je atau uolls juz "activate later" . Nak lebih senang activate later je. Sebelum terlupa uolls perlu disconnected ur internet before buat semua ni k.yer la kan untuk protect ape2 jew


3.Pergi ke setting dah untick kan enable protection seperti dalam picture k.Then apply > Ok


4. Lepas tue uolls g OPTIONS (kat sebelah kiri) then untick kan semua "Enable Self Defense" dan "Disable external service control" .Click Apply > Ok


5. Then akan kuar benda alah yang macam gini. Abaikan jer yang tu




6. Next uolss g box RUN then copy and paste code ni C:\WINDOWS\system32\ Lepas run akan kuar benda macam gini.


Kalau uolss dah nampak benda macam gini uolss g box SEARCH then copy paste yang ni regedt32 Then double click kat regedt32 tuh.

7. Then akan kuar lagi benda alah ni.

**kalau sesiapa yang guna kaspersky 2009 uolls copy paste code ni HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\KasperskyLab\protected\AVP8\environment (g kat box Edit> find ..kalau nak search code tuh k.
** kalau yang guna 2010, copy paste yang ini .cara sama macam yang ngexz tunjuk ats tue.HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\KasperskyLab\protected\AVP9\environment kalau tak nak search pun uolls boleh double click HKEY LOCAL MACHINE> SOFTWARE>KASPERSKY LAB.same je step dia.


8. Then akan kuar benda yang macam gini.

Ok kat sini Uolls double click kat KASPERSKY LAB > AVP9/AVP8 > environment.Dah ke? Lepas tuh uolls akan nampak PRODUCT STATUS (tengok yang ngexz gariskan merah tuh)

9.Ok next step.step ni paling penting coz step ni yang membawa kita ke lifetime keys.Uolls double click kat PRODUCT STATUS. then kuar edit string ni.Kat value data Uolls tukar yang release kepada BETA


10. Tara..dah tukar kan??cam ni la jadinya nanti.


11. Lepas selesai semua tue uolls buka kaspersky uolls then g balik kat setting. Tick kan semula Enable Protection & self defense uolls macam yang dalam gambar k!!Then apply> OK



12 Closekan Kaspersky Window then lepas tue uolls right click kat kaspersky logo.Choose kat activate.(seperti dalam gambar)



13Ok, akan kuar benda yang macam gini.eh lupa nak gitau.step ni makesure uolls connected to the internet k sebab kita nak g activate dah. Uolls g click kat activate beta license> next>finish!!


14.

Ok time uolls nak activate beta version tue, kalau benda alah ni kuar, uolls juz restart ur PC. then everything will ok after tat

15.


ok berjaya sudah!!ur anti virus akan gitau type license uolls adalah BETA & bukan trial okie. Dan kat kaspersky window akan tertera "NOT FOR SALE".tue yang berlainan kalau kita guna trial.so uolss jangan nak jual kat orang pulak license key tuh!!

16.


Yang ni sama macam trial version ada 30 hari remaining.kalau license beta dah expired uolls just delete the key(yang tanda pangkah merah). Then activate new license.

Uolls paham tak step yang ngexz bagi ni??macam panjang & complicated jer kan??tak compicated senarnye.Kejap jer buatnyer, just ngexz suka nak letak pic banyak2 kali ni bagi uolls lebih paham kan.

Ok kalau tak paham, tinggalkan jer mesej kat comment k.Nanti ngexz ajarkan


Terima Kasih

19 February 2010

Stress + Bingung =???


Ngexz dalam dilema sekarang.Dilema sal apa?

^
^
^
^
^
^
Jeng3
^
^
^
^

Dilema nak choose organisasi mana nak distribute questionnaire untuk Final Year Project.Uwaa..Hurm..Follower ngexz kan dah 100++ kan..Y not uolls jer la yang tolong jawabkan.Senang cita.Lain-lain hal ngexz tanggung.Hah!! Gila ke aper nak wat macam gitu.Kang tak pasal-pasal surat dari organisasi dorang minta.Tau-tau jer la birokrasi sekarang

Macam mana ler ngexz nak settle semua ni.Nak wat kat organisasi kecik yang pekerjanya cuma ada belasan jerk masalah gak sebab ngexz punya mesti at least 100++..Mak oii!! Hamek ko..Banyak tuh!! ngexz dah banyak berhabis $$ untuk sacrifice pasal FYP ni

Ditambah lagi Mac ni dah presentation pasal semua tuh!! mati la ngexz kali ni.member semua dah distribute, ngexz jer lagi terkapai-kapai mencari organisasi yang sudi menerima ngexz.erkk..Uolls, tolongla hamba ngexz ni juga..Erk!!

Nape la nak cewet-cewet wat pasal FYP ni.Huh!!.Gila Baboon ngexz di buatnya


Terima Kasih

17 February 2010

Back To Basic

Mulai entry ni ditulis, kehidupan ngexz akan seperti biasa lagi.**bagi sepanjang cuti sem ni je la**. Sepanjang cuti seminggu ni, ngexz banyak habiskan masa dengan Mr Kiroro. Ke mana Kiroro pegi, ke situ la juga ngexz akan mengikutnya. 5 hari bersama kiroro macam 5 saat jerk. Yer la kan sapa tak nak bersama dengan orang tersayang. Nak pergi yang tempat best-best, rasa-rasanya macam semua tempat kami dua dah pegi.Tat Y la a lil bit buhsan gak round-round kat shopping complex jerk. Sampaikan dalam 5 hari tue, 3 kali g tengok wayang (Muvie Percy Jackson & the Lighting Thief, muvie the wolfman & muvie Big Little Soldier).Hah amek uolss.Memang termuntah dah nengok wayang kali ni.Semua bolot.Tapi enjoy!!

Ngexz memang tak pernah buhsan ketika bersama kiroro.Sapa yang buhsan ketika ngan orang tersayang kan?Uolss buhsan tak?Kalau buhsan bukan sayang la tuh!!Nak cite ape lagi erk?? Tak tau macam mana ngexz nak ceritakan kat uolls betapa hepinya ngexz bila disampingnya.BUT sekarang, ngexz dah rasa sunyi kembali dah sebab esok kiroro dah mula kerja kembali.Kalau hari-hari begini kan bagus.tak la idop ngexz dalam bilik ni sajork buhsan kan.

Uolls bayangkan 5 hari ke sana ke mari berdua, then tiba-tiba hari ni jalani kehidupan seperti biasa.Erkk sekarang ni pun ngexz macam ape je ntah.Sama macam tahun lepas punya juga sampaikan ngexz sedih sampai nangis tak nak jaoh ngan kiroro tuh.Ape kesh tue erk!!Kes tak nak berjauhan la tuh!!Masa tersangatla mencemburi kita kan sayang!!

Dengar lagu Bad Romance by Lady Gaga dalam keta berpuluh-puluh kali pun kita tak jemukan cayang!!Ngexz gembira bila tengok Kiroro gembira

Hari ni kiroro bawa ngexz kuar je walaupun kejap before dia balik.Time nak anta tuh la ngexz rasa macam nak bubuh gam UHU je kat kerusi keta supaya lekat terus.HAHAHA.gila kan!!

Uolls jangan pulak termuntah baca entry ngexz kali ni.saja nak jiwang-jiwang cikit kan.

Kehadapan kiroro ku sayang,

ketahuilah bahawa diri ini sentiasa merindui dirimu jauh di sana.Diri ini akan sentiasa menyintai, menyayangi & mengasihi dirimu seorang sahaja sampai bila-bila walau apa pun berlaku. Diri ini akan sentiasa mengingati janji-janji yang pernah kita ungkapkan selama ini.Walaupun dirimu sentiasa berkata dirimu terlalu banyak kekurangan, tetapi diri ini tak peduli setiap kekurangan yang ada pada dirimu kerana diri ini menerima dirimu seikhlasnya dirimu menerima diri ini.Semoga janji-janji yang kita ungkapkan selama ini akan dimakbulkan suatu hari ini.Diharap dirimu di sana dapat menjaga diri & kesihatan untuk diriku di sini.Sekiranya dirimu selalu menuturkan bahawa dirimu sangat-sangat menyintai diriku, ketahuilah diriku menyintaimu lebih banyak lagi dari dirimu.ILOVEYOUSOMUCH!!


Semua saat-saat indah ketika bersama dirimu akan diriku patrikan dalam lubuk hatiku supaya boleh kita ceritakan kepada anak-anak kita kelak**wink3**. Segala susah payah yang kita pernah lalui akan kita jadikan pengalaman pada masa akan datang supaya hubungan kita akan menjadi semakin matang.Sikap tolak ansur yang dirimu selalu amalkan sedikit sebanyak membuatkan hubungan kita tidak goyah kerana dirimu terlalu sayangkan perhubungan ini walaupun kita sering berjauhan.Tapi sedikit pun tidak merenggangkan hubungan antaea kita/Diri ini terlalu menyayangi hubungan ini sehinggakan cubit paha kanan, paha kiri terasa**eh tol ke ni**. Dari hari ke hari semaian kasih sayang yang dirimu berikan kepada diri ini makin membuahkan perasaan ingin sentiasa berada di samping dirimu setiap masa.Walaupun dirimu selalu menyatakan tak perlu mengucapkan "terima kasih "ke atas semua yang dirimu telah korbankan demi diriku, diri ini teramat menghargai semua tue. Tak salah untuk mengungkapkan semua tue sebab diriku ikhlas menghargai semua tue.


Erkk..sudah-sudah.tak dapat dah ngexz nak teruskan ni.Tak sedar dah airmata dah menitis.HUHU.ingat uolls jangan muntah di sini dulu tau.Sekali sekala jer ngexz jiwang dalam blog ni.

Di harap Mr Kiroro baca entry ngexz kali ni kan.Puh puh puh!!

Terima Kasih

16 February 2010

Cara membuang Virus di Yahoo Messenger

Hai uolss!!Uolss penah dapat spam @ virus yang disebarkan melalui yahoo messenger ke skype ke, ataupun MSN??Mesti penah kan? Ngexz masuk kali ni dah dua kali kena serang benda alah tuh.Geram gak ngexz dibuatkan.Bukan ngexz sajork kena .Cik Nanajoe kita pun tumpang sekali kena sebab virus tue datang dari ngexz then dia tak sengaja main tekan jer.So dia pun jadi penyebar gak.

Sebenarnya virus ni boleh masuk mana-mana jer tempat yang dia suka. Tak kira la YM ke, MSN ke dan sewaktu dengannya.Kalau anti virus kita jenis yang lemah gemalai, siap ler kena serang virus yang tak bertamadun ni.2 3 hari ni ngexz memang bingung macam mana nak settlekan masalah yang ngexz hadapi ni sampaikan lappy pun jadi lagging gara-gara virus ni.

Antara cara yang virus ni buat melalui YM adalah dengan menghantar Link kat YM list kita.Sekiranya kita yang dapat Link tue click kat link tue, maka dengan rasminya dia akan jadi penyebar virus juga..Hati-hati jangan sesekali membuka walaupun anda nampak link tu seolah-olah macam menarik perhatian anda !!Bahaya!! Silap hari bulan memang selalu kena bahan sumpahan orang..Free je dapat title tue kan.Padahal kita tak tau ape-ape.

So, macam mana nak membuangkan virus ini di YM anda??

Sebenarnya banyak cara boleh buang virus ni.Tapi kadang-kadang tue ada sesetengah orang yang kurang faham ngan cara tue.Macam Regedit kan.Kalau ngexz, ngexz guna cara ni jerk.Uolls boleh try.

1. Uolls uninstall Yahoo Messenger

2.Then makesure clearkan Cache uolss k

3.Dah habis clear cache, uolls pergi ke My Computer, then cari Local Disc C.

4. Kat situ uolss pergi ke Program Files, then cari yang ada kena mengena dengan Yahoo Messenger

5. Makesure delete semua yang ada kaitan dengan Yahoo Messenger.

6. Langkah seterusnya uolss download software ni .Klik Sini

7. Habis donlot uolss boleh semua buat kerja-kerja macam gambar di bawah k

** kat sini uolls pegi kat Disc Cleanup kat bahagian utilities
** Clearkan Registry kat bahagian Maintain Window.

Ngexz perkenalkan software ni sebab software ni boleh selesaikan semua masalah PC uolss contohnya macam defrag, disc cleanup, buangkan spyaware,registry fix, etc.Kira macam 1 pakej laa

8. Settle semua yang tu uolls install balik Yahoo Messenger uolss.

9. Selesai.Selamat mencuba.Mudah-mudahan tak de lagi penyebaran virus kat YM uolss


p/s credit tue sis arieza


Terima Kasih

14 February 2010

Apa Yang Anda Dapat Di Hari Valentine??




Mesti uolss tahu kan hari ni hari ape!!Hari Ahad?14/2?Chinese New Year?Valentine? Ok semua yang ngexz senaraikan adalah ada sangkut paut ngan hari ni kan..Tapi pada entry kali ni ngexz takkan kupas pasal Chinese New Year ke or hari Ahad..Tapi VALENTINE DAY!!

Apa yang uolss tahu berkenaan dengan Valentine Day?Kalau nak translatekan of coz la Hari Kasih Sayang kan.Mesti kapel-kapel semua kuar dating hari ni kan??eeii beshhhh..Setiap tahun, semua orang akan ingat tanggal 14 Februari lebih-lebih lagi pasangan yang tengah hangat bercintun kan.Ada yang beri bunga, teddy bear, dinner lite candle gitu..Auwww so romantik!!

Tapi kan En Kiroro kite ni salu jerk lupa tanggal 14 Feb.Tapi ngexz tak kisah pun dia lupa ke tak sebab Valentine Day weolss tak celebrate sangat pun.No Roses, No Teddy Bear, NO CHOCOLATE.Cuma yang ada lafaz ikhlas yang En Kiroro menyintai, menyayangi Ngexz sepenuhnya.Bukan cuma 14hb, tiap-tiap hari ngexz dapat lafaz ini..huhu.Auwww jiwang la pulak kan. Yang tue dah memadai bagi ngexz kan.Lagipun tak penting sangat pun sebab bagi weolls hari-hari adalah hari kasih sayang.Bukan setakat tanggal 14 Feb je kan.Kalau 14 feb je alamatnyer hari-hari besa weolls tak de perasaan kasih sayang la kan.Begitu juga dengan family kan??Betol tak??Tat y ngexz mendefinisikan Valentine Day ni merupakan hari-hari adalah hari Valentine!! Sapa Sokong ngexz, ngexz bagi choki-choki k!!

Biar la member-member ngexz kata En Kiroro kite ni tak romantik la tak bagi roses ke, teddy bear ke kat ngexz kan.Biar la uolss kata En Kiroro kite ni kezekut tak nak bagi ape-ape kan kat ngexz. Perkara yang paling berharga yang ngexz pernah dapat bila En Kiroro melafazkan bahawa dia menyintai diri ngexz sepenuhnya.Tak lama lagi ngexz dapat sesuatu taw!!Nak tau tak?Yang penting benda tuh jarang orang akan bagi.Sekali jer dalam seumur hidup.Teka la teka la!!Asalkan yang penting ngexz tahu keikhlasan dia menerima diri ngexz yang tak melecun da voque ni.Auwww sekali lagi.haha.

Uolss pulak, apa yang uolls dapat pada Valentine Day ni? Teringat pula hari tue ngexz terbaca kat entry MR Superman pasal " No Panties On Valentine Day". Giler ke aper nak suruh jangan pakai panties time tuh. Bagi ngexz perempuan-perempuan yang liar saja yang akan buat gitu sampaikan ada seorang mahasiswa IPT memberi komen menyatakan bahawa itu semua hak individu berkenaan.Erkk!!

Ingin ngexz nak kongsikan, semua tue sebenarnya terpulang kat diri kita sendiri. Celebrate Valentine Day ni tak salah, tapi ada batasnya.Bak kata orang tua-tua.Beringat sebelum kena.Jangan pula kalau dah kena baru meraung macam kucing kelaparan.Miawwww.Hahaha.**demo**

Untuk uolss semua, ngexz nak ucapkan Happy Valentine Day dan tak lupa bagi member yang sambut CNY, kongsi kongsi kong sini yap!!tocey-tocey!!
Terima Kasih

13 February 2010

Tambah Widget "RECENT COMMENT"


Hai uolss.Hari ni cuti baru bermula kan..Sonok la uolss tuh!!Apa plan uolss cuti2 gini? Melancong? Menghabiskan masa depan lappy?Makan tido makan tido? Tepuk dada, gunakan akal berfikir.

Ok la ngexz tak nak berleter panjang sangat, kang jenuh la uolss suruh ngexz stop.Kali ni ngexz nak kongsi ilmu berkenaan dengan bagaimana nak tambah widget "Recent Comment".Paham tak apa yang ngexz boldkan tue?? Ala yang macam gambar di bawah ni la



1. Uolss pergi ke DASHBOARD dan klik di bahagian LAYOUT.



2. Di LAYOUT tadi, akan kuar ADD GADGET.So uolss klik ADD GADGET tuh.


3.Di bahagian ADD GADGET, uolss perlu pilih FEED


4. Akan kuar CONFIGURE FEED.So yang bahagian FEED URL uolss perlu masukkan http://NAMABLOG.blogspot.com/feeds/comments/default . Di NAMABLOG, uolss perlu masukkan nama blog uolss



5. Then Click CONTINUE

6. Last sekali, ianya akan kuar macam ni.


Kat sini uolss boleh la ubah berapa biji komen yang baru uolss nak show kat blog uolss k.



Terima Kasih

12 February 2010

Tutorial Link Within

Hai uolss!!Jumaat dah ni..mesty uolls tak sabar nak bercuti kan.yehaa.Tapi before cuti, ngexz nak kongsi satu lagi ilmu untuk uolss.Ngexz ni tak la terror sangat, kadang-kadang terlepas pandang tips yang senang,tapi yang susah dapat jerk.kih3.

Kali ni ngexz nak kongsi macam mana nak buat Link Within.Link Within ni kira sangat berguna diletakkan di blog kita.Link Within ni akan selalu kuarkan 3 related stories.Widget ni akan appear kat bawah sekali setiap entry yang kita telah post. Selain itu juga Widget ni boleh meningkatkan pageview kat blog korang.Mana tak nyer, bila visitor datang tengok 1 post, then dorang terpandang satu lagi link post yang sama, op coz dorang click lagi kan.Ini sekaligus akan mengeratkan lagi hubungan antara uolss dengan pembaca.Silap hari bulan pembaca boleh lekat kat blog korang lama-lama.

Dah faham tak kegunaan Link Within ni.So sekarang ngexz ajar macam mana nak letak Widget tue k.

1. Uolls masuk kat URL ni.Klik sini


Nanti dia akan kuar macam ni.

2. Bila yang kat atas tue kuar, uolss masukkan jer email, Blog Link, Platform & Width uolss k.Then click GET WIDGET


3. Lepas korang masukkan semua apa yang dia nak, akan kuar benda yang macam ni.



korang tak perlu buat ape-ape, just click kat INSTALL WIDGET jer.

4. Lepas uolss click Install Widget, automatik akan kuar add page element.Kat sini makesure nama blog uolss betol. Then uolss perlu click kat ADD WIDGET.




5. Lepas uolss Add Widget , Make sure ada "Link Within" kat dashboard uolss.Then click Save.


6.Lastly uolss preview la jadi ke tak k.

Selamat Mencuba.Lepas ni gerenti blog uolss increase pageview..hehe
Terima Kasih

10 February 2010

Stress!!

Anda stress tak?? Mesti setiap orang pernah mengalami stress kan..tak kira la stress yang teramat ke or yang suam-suam kuku gitu.


Stephen Covey pernah memberi situasi kepada studentnya dengan mengangkat segelas air dan bertanya kepada studentnya “Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?” Student dia menjawab mulai dari 200 g sampai 500 g. “Ini bukanlah masalah berat , tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey.

“Jika saya memegangnya selama 1 min, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.” Renung-renungkan lak uolss. segelas air bukan penyebab stress!!


**Apa yang menyebabkan stress? Kenapa uolss boleh stress?apa penyebab utamanya?? Begitulah persoalan yang sering kita dengarkan.


Segala banyak jenis stress ni kalau uolss nak tau seperti stress di tempat kerja, stress kena tinggal bf/gf, stress takder duit tengah bulan, stress itu la ini la. Kalau tidak dikawal dengan betol boleh jadi gila kita di buatnya sampaikan kita dengar ada yang sanggup bunuh diri, kalau yang ada family kat rumah, anak bini la jadi habuannya.

Kalau student, memang sudah lali sangat kita dengar akan stress time nak final exam @ buat asaiment kan..Tol tak uolss yang masih bergelar student?**hik3** Dah nama student kan nak buat macam mana.kalau yang dah keja lagi satu hal. Keja menimbun stress, keja tak de stress gak.Hah..!!macam mana tuh?? Keja menimbun sangat sebab banyak yang nak kena siapkan, boss suruh siapkan pada sekian-sekian date kan.tue yang stress nak siapkan.Then stress bila keja takde lak sebab buhsan. Bila buhsan mula la nak buka kedai kopi, mengumpat sana sini (tapi tak semua tau),buka muka buku. lepak lama2 kat cafe.mana tak nye stress,bila lepak lama2 kat cafe, banyak pula nak order sana sini kan.kuar gak duit dari poket.alamak!!bocor lagi.tue yang stress tengah bulan poket bocor.

Memang bahaya stress ni kalau kita tak dapat manage dia betol-betol. silap hari bulan boleh bunuh diri.tue yang kita dengar di akhbar-akhbar, tv ada yang terjun bangunan la, minum racun la ini la itu la..
Terima Kasih

09 February 2010

Makhluk Tuhan Paling Seksi

Selamat pagi semua uolss.macam mana tido semalam?nyenyak? Selepas edisi blogwalking uolss sampai ke dinihari.tul tak? ada bengkak2 tak mata bangun pagi ni?jangan bangun bila matahari dah naik sudah la kan lebih2 lagi anak dara.

kalau ngexz pagi ni bangun nak segar-segarkan badan.tapi time dah buka laptop cek emel, innity, trafic,blog.tiba-tiba mood jadi ngongexz cikit bila terlihat kejadian ini.Jom scroll bawah!!!


hah!!uolls dapat agak tak ngexz nak cakap pasal apa ni.adakah 2 orang makhluk tu pengunjung setia ngexz?maybe ya.adakah 2 orang tu orang terkenal?erm tak kot.

mesti uolss nak tahu juga kan.pagi ni seperti biasa ngexz akan balas balik jejak2 yang uolss tinggalkan kat cbox ngexz.bila buat jer blogwalking kat nama 2 orang di atas, tiba2 mood ngexz ilang.mana tak nya, buka2 jer nampak dapatwang. ditambah lagi nama 2 makhluk tersebut duduk paling top time tuh.memang semangat la kunun.

apa yang ngexz nak bagitahu kat sini terutama 2 makluk tersebut, kita sama berada di dunia sebegini, so kalau nak dapatkan perhatian dari blogger lain bukan cara sebegini.udah la tiap klik yang kita buat mahkluk2 tersebut akan dapat income.bukan hendak cemburu mahupun irihati, tapi buat la dengan cara yang sopan, saling hormat menghormati blogger lain kan.tak gitu??or korang 2 daftar jer masuk www.blogger.com.

baru adil namanya dan nampak teratur lagi.ini sekali gus dapat mengeratkan hubungan sesama blogger kan.bukan dengan cara sebegitu.masalahnya bukan ngexz seorang saja yang merungut berkenaan dengan masalah di atas, member2 lain pun macam dah lali sampaikan aie buat entry pasal jom lepas geram.& ngexz tanya aie mcm mana nak hindarkan diri bila berjumpa makhluk2 di atas.boleh ka kita sula dorang, cekik?tepuk dada, tanya la minda!!

untuk perhatian korang berdua, bukan nak menjatuhkan maruah uolls or ape yang sewaktu dengannya, tapi ini pengajaran kepada yang lain agar jangan bertindak kurang sopan dengan blogger lain. ngexz rasa blogger lain pun menyokong apa yang ngexz laungkan ini. sekali lagi ngexz nak war-warkan bukan nak meminggirkan group dapatwang or whatsoever, tapi kenyataan nya uolls pikir la sendiri okie!!

Terima Kasih

Fixed Font Coding

Ok kali ni ngexz nak buat tutorial yang senang saja okie..No more pening-pening kepala..cian uolss.Kadang-kadang uolss mesti buhsan tengok font biasa tiap kali post entry baru kan?Nak juga merasa font yang slim macam model juga kan?


ok cuba lihat contoh di bawah.


Cik Ngexz mahu makan ayam goreng


cara nak buat perkataan "ayam goreng" tue slim senang jer.uolls letakkan coding dibawah diantara "ayam goreng" tue tadi


<samp>ayam goreng</samp>


contohnya: Cik Ngexz mahu makan
<samp>ayam goreng</samp>


senang tak senang tak??cuba la k.


Terima Kasih

06 February 2010

Tutorial Function New Entry



Selamat berhujung minggu semua !!!macam mana dengan hujung minggu korang??best tak??yer la kan tak lama lagi cuti tahun baru cina.ok la kali ni cik ngexz nak buat tutorial pasal New Entry. Mesti korang abaikan saja tutorial yang ini kan.yer la semua orang kan expert. tapi cik ngexz tahu mesti yang newbie tue kurang fasih lagi kan.so meh cik ngexz perkenalkan satu-satu function dia k.

1. Fungsi Compose & Edit Html



perasan tak box yang atas sebelah kanan tue.meh sama2 perasankan diri k.korang tahu tak fungsi dua box tue??ok meh sini cik ngexz terangkan.kalau korang nak taip macam besa jer, korang click yang kat compose tuh.then kalau korang jenis yang suka main dengan coding2 nih, korang prefer lah pakai edithtml.kadang2 mesti korang tersalah tekan yang kat edithtml tue kan.then tak tau nak buat aper dah.. senang jer kalau nak nampak perkataan yang kita tulis tue macam besa, korang click la balik kat compose tue.

2. Function box yang berada kat bawah title & Link
ok kita mula dari kiri dulu k.

Font = boleh tukar font yang kita suka

TT = icon yang ini pulak untuk mengecilkan font-font yang kita buat tadi..korang pilih la besar mana size perkataan yang korang nak pilih. cikngexz

b = icon yang ini pulak untuk menghitamkan perkataan. cikngexz

i = icon yang ni pulak untuk italickan perkataan kita tuh. cikngexz

Tcolor =
yang ni pulak kita boleh choose mana2 kaler yang kita suka. cikngexz

Bentuk rantai = icon yang berbentuk rantai tue untuk kita buat link kat URL lain.tapi makesure b4 korang link kan dia, korang mesti highlightkan dulu perkataan yang korang nak linkkan.


4 icon tue = icon tue pulak untuk korang buat text ke kiri ke kanan, justify ker.

icon 1 2 3 = yang ni untuk membuat list secara 1 2 3

Bullet list = yang ni pulak korang boleh letakkan bullet

ABC = icon yang ni untuk cek spelling.tapi cik ngexz jarang guna..heheh

add image= yang ni pulak untuk korang upload gambar.once korang tekan icon tue, akan appear satu box.kat situ korang boleh la browse gambar2 yang korang nak upload.


add video= yang ni pulak sama macam add image tadi.tapi korang perlu add video jer la


remove formatting selection = icon yang last sekali ni cik ngexz tak sure sgt fungsi dia.tapi jarang guna la.

ok korang tengok kat bawah sekali yang ada post options & Labels kan.korang click kat situ & akan appear Reader Comments, Back Link, Post date & time kan.

yang Label tue korang nak letak pun x per, tak nak letak pun tak per.

Dan post option plak, dalam dia ada post date and time.. itu nak guna bila buat schedule entry
pastu if entry tu ko taknak bagi orang komen.. just tick kan kat dont allow...

ok setakat ni dulu pembelajaran kita k..cikngexz nak mamam jap
Terima Kasih

05 February 2010

Disable Copy Image/Enlarge Image

korang mesti tak nak harta korang di copy mahupun dicuri orang-orang yang tidak uolss kenali kan.so cara mengatasi mudah jerk.

caranya senang jer..

1.korang tulis jerk entry seperti biasa & uploadkan gambar sekali.dah siap upload gambar...


2.


click edithtml yang ada kat entry korang tu.then korang g la cari code yang pasal gambar korang upload tadi.

3.<a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj0T_G-LcijbhrBQ5P92ItslcyNvS2IS69cbFOBBhSsDdQ4mSHPnms_5AMfCU2Ab3c_Ufl84ap_WFL4EQJhhve42b6nIliJ1QI85sCPOZg3X30XQh04gw747-qMrDQL6xjceFHzxiZJKUT/s1600-h/lolo.bmp"><img style="cursor: pointer; width: 320px; height: 147px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj0T_G-LcijbhrBQ5P92ItslcyNvS2IS69cbFOBBhSsDdQ4mSHPnms_5AMfCU2Ab3c_Ufl84ap_WFL4EQJhhve42b6nIliJ1QI85sCPOZg3X30XQh04gw747-qMrDQL6xjceFHzxiZJKUT/s320/lolo.bmp" alt="" id="BLOGGER_PHOTO_ID_5434567866239498034" border="0" /></a>

ini la code gambar tadi k.so apa yang korang perlu buat seterusnya, korang cari yang code sama macam kaler merah tue then korang buang code yang kaler merah tue.ini kerana code yang kaler merah tuh la yang membolehkan gambar korang diambil orang.

4.img style="cursor: pointer; width: 320px; height: 147px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj0T_G-LcijbhrBQ5P92ItslcyNvS2IS69cbFOBBhSsDdQ4mSHPnms_5AMfCU2Ab3c_Ufl84ap_WFL4EQJhhve42b6nIliJ1QI85sCPOZg3X30XQh04gw747-qMrDQL6xjceFHzxiZJKUT/s320/lolo.bmp" alt="" id="BLOGGER_PHOTO_ID_5434567866239498034" border="0" /></a>

ok ni code yang lepas di edit tadi.

5.Publish post macam besa.

then cuba korang click kat gambar tuh dapat tak korang copy.kalau tak pergi ke page lain, mean berjaya lah tuh..

selamat mencuba..
Terima Kasih

Tutorial Border

monink anak-anak murid cik ngexz sekalian!!! macam mana pagi ni??ada sihat ka??**woah ayat boleh blah gitu**.semangat ckit nak blaja pagi ni ka..yer la ari jumaat..esok dah cuti dah..ok sebelom cuti, cikgu nak bagi satu tutorial kat korang k.nanti sampai rumah, try buat.hari ni kita belaja macam mana nak letak border kat blog kita..

ok senang jer ni..

1st step korang copy coding yang cik ngexz bagi kat bawah ni k.


#Profile1 {
padding: 0 5px 0 5px;
background: #ffffff; &lt;-----korang boleh tuka color background g kaler korang suka
border: solid #000000 1px;
}

#HTML1, #Profile1, #HTML2, #Text2, #Text1, #HTML3, #LinkList8, #BlogList1, #HTML4, #LinkList2, #LinkList3, #LinkList4, #LinkList6, #LinkList5, #BlogList2, #LinkList1, #BlogArchive1, #HTML7, #HTML6, #Label1, #Text4, #TextList1, #TextList2, #HTML10, #LinkList7, #BloggerButton1, #HTML15 {
padding: 0 5px 0 5px;
border: solid #38B63C 3px; &lt;---- ini plak utk kaler border tuh.korang pilih la skati
background: #ffffff;

}


2nd step korang pastekan coding tuh tadi kat EDITHTML bahagian LAYOUT tuh.korang pastekan coding2 ni kat belah coding2 sidebar wrapper atau left sidebar wrapper.. itu pun selepas } ye....dah paste korang savekan k.




tapi satu jer cik ngexz nak pesankan ni.bila tiap kali korang nak add gadget tuh (linklist, link ke)makesure korang cek balik pas korang add tue kat edit html.scroll jer sampai bawah.if korang masukkan text la contoh. korang g la tengok text tue yang keberapa k.ada paham??kalau tekxt yang ke 10, dia akan mention text10 kat situ.


lepas tuh korang kena patah balik kat coding yang korang pastekan tadi.masukkan #text10 diantara coding2 yang ada di situ..

tapi ko taknak gadget tue ada border, ko perlu buang la #text10 tuh


pening tak nak paham??tak per belajar ckit2 k..

ok selamat mencuba
Terima Kasih

04 February 2010

!!Aksi panas student IPT!!

ari ni cik ngexz nak kongsi sikit ngan kengkawan kat luar sana beberapa aksi yang tidak patut diikuti oleh remaja sekarang lebih-lebih lagi pelajar IPT!!cik ngexz berkata demikian kerana ini akan merosakkan akhlak anda semua sebagai pelajar IPT yang selama ini dibanggakan oleh rakyat-rakyat negara kita.bak kata pepatah pemuda pemangkin segala pembangunan sesebuah negara.**cewah bagi lecture plak cik ngexz ni kan**.betol aper kan..student IPT kan lebih dikenali dengan student yang berilmu pengetahuan tinggi..tapi knape nak bersikap di luar batasan idop.tau ler kan darah muda gitu lor..


so remaja di luar sana renung-renungkan lah gambar dibawah ini yer..
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

ops lupa nak gitau...above 15 tak leh tengok tau..sensed ckit..hahahha

^
^
^
^
^
^




jengjengjeng.




taraaaaaaaaaaaaa.....mesti korang dah macam nak bunuh cik ngexz jer kan bila pandang gambar ni..

apa plak kena mengena gambar ni dengan title en3 cik ngexz atas ni???macam xda kena mengena jerk kan..mesti tue yang korang pikirkan..kan kan..tol x??**angguk ler ckit**jangan masam muka..tak santek nanti.

nape cik ngexz post gambar ni??

hah!!ni yang student IPTA salu buat bila tahap kebuhsanan dorang melebihi segala-galanya bila time lecture..**tol x MR aie**.dan ini betol2 berlaku kat diri cik ngexz.time cik ngexz buhsan tahap gaban alagapas marimuthu, memang ni la keja cik ngexz.kalau tak menconteng, cik ngexz makan jer apa yang ada dalam beg.kalau korang mesti ada yang zZzzz , lepak kat luar, kat tandas ke @ blah macam gitu jerk kan..jangan tipu la.cik ngexz pun student gak.selalunya student akan concentrate 1 jam yang awal jerk.seterusnya memang fikiran ntah ke mana dah..

so uolss, korang baca apa yang cik ngexz tulis tue tau.siap member gelak2 lagi tengok "SEKETUL"ayam..HAHA
Terima Kasih

Disable right click

ok kali ni cik ngexz punya kerajinan melampaui segala-galanya.so dengan kemelampauan ini cik ngexz nak kongsi ckit pengetahuan yang cik ngexz tau kat korang k.kali ni cik ngexz nak ajar korang macam mana nak kasi orang lain tak bleh amik harta karun yang ada dalam blog korang k.senang jer ni.pejam mata pun boleh.hahaha.tutorial ni cik ngexz namakan disable right clicks k. actually ada 3 cara semuanya macam mana nak disable right click ni.so sekarang cik ngexz nak ajar ketiga2 nyer k



Cara pertama - cara ni cuma disable jerk.still boleh copy lagi dengan cara highlight then ctrl+ C.ni kira tak kezekut lagi ni..so cek it out!!

1. g kat LAYOUT

2. EDIT HTML

3. Korang cari code yang ada mcm gini <body> Dah jumpa, then code tue korang tukarkan kepada <body oncontextmenu="return false;">

4. then save template..senang kan



Cara kedua - cara ni cara yang kuar pop up window gitu..macam high class blog la jugak kan..haha.

1. korang g PAGE ELEMENT.

2. then g ADD GADGET.kat sana korang click kt html/javascript

<script language='JavaScript'>
<!--

//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com

var message="No Right-Click!";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>


p/s tulisan yang cik ngexz kalerkan merah tuh korang boleh la tukarkan skati korang nak k.contohnya "hah wat per 2.dont amik2 k".tue depend kat korang nak tulis ape.


Cara ketiga -ini plak cara yang paling 1 sen pun tak kasi orang amik hak kita.memang haji bakhil abeh..nak highlight pun tak dapot dowh!!

1. korang g kat LAYOUT

2. then cari kod <head>

3. pastu korang pastekan coding kat bawah ni kat bawah <head>makesure <head> terletak kat bawah tau!!



script type="text/javascript">
//form tags to omit in NS6+:
//http://eking.in
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]

omitformtags=omitformtags.join("|")

function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}

function reEnable(){
return true
}

if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}

</script>



done!!

itu jerk la..senang kan..

selamat mencuba..kalau tak tahu, gtau cik ngexz lagi k

p/s oyer...lupa cik ngexz nak pesan td..korang kalau nak copy paste coding kat page cik ngexz ni korang perlu highlight dulu k then ctrl +C..kalau right click macam gitu jer mmg tak bleh..


Terima Kasih

01 February 2010

Jawab Survey, dapat DUIT!!!

cik ngexz pegi blog tue mesti ada NUFFNANG kan, kalau tak pun INNITY..tue jer la yang fofular di mata cik ngexz.hurm..Hari ni cik ngexz nak kongsi satu lagi laman sosial untuk belia-belia di luar sana..maybe cik ngexz lambat nak post entry sal ni.ntah-ntah korang dah basi ngan laman ni kan.tapi baca jer la.sapa yang tak nak baca blh close window ni keyh.






APA YANG KORANG PERLU TAHU PASAL YOUTHSAYS???

1)Youthsays merupakan salah satu laman perkongsian idea secara PERCUMA oleh remaja dan belia negara melalui forum, survey & aktiviti.

2)apa yang korang perlu tahu berkenaan dengan YOUTHSAYS ni, laman ini digerakkan oleh team Youth Malaysia.

3)Fokus utama mereka adalah belia di bawah 35 tahun.

4) Survey yang diberikan ada berbayar dan ada yang percuma.

5)apa yang cik ngexz maksudkan dengan berbayar disini adalah anda akan dibayar jika menjawab survey tersebut.

6)apa yang menarik minat cik ngexz untuk join YOUTHSAYS kerana bila kita beri pandangan jer, kita akan dibayar.bukan susah pun nak bagi pandangan kan.


7)malah bukan sekadar survey jer okie.selain meningkatkan earning selepas menjawab survey, ahli akan layak untuk turut serta dalam forum mereka yang dinamakan youth council.

8)satu lagi kelebihan YOUTHSAYS ni, bila cikngexz invite member lain join youthsays jer, cik ngexz akan dapat income . . Dengan menjemput kawan-kawan jer cik ngexz dah dapat income, apatah lagi bila time tue dorang ada bagi survey berbayar.makin berganda la dorang bayar cikngexz.hebatttt.

korang tengok jer berapa ratus ribu orang dah join YOUTHSAYS.191,365 orang beb..banyak tuh.

PERLU DIINGATKAN YOUTHSAYS BUKAN TEMPAT UNTUK MENJANA DUIT TETAPI TEMPAT UNTUK BERKONGSI IDEA & PENGETAHUAN DAN PADA YANG SAMA KITA DIBERI GANJARAN KERANA KESUDIAN KITA MENYERTAI YOUTHSAYS.**lepas ni harap takder lagi orang salah paham @salah baca berkenaan dengan YOUTHSAYS okie!!** baca dulu btol2 kat atas tuh..



ni pulak earning yang cik ngexz dapat selama join youthsays, actually cik ngexz baru jer join YOUTHSAYS.so dah dapat earning banyak tu kan.**walaupun bagi korang ciput jerk**ok la tue nak tampung idup..wakakkaa

nak join ni senang jer.korang juz SIGN UP jer, then korang completekan semua butir peribadi korang.harus diingatkan korang perlu meletakkan nama, IC number, emel & no Hp yang betol kerana untuk memudahkan proses pembayaran kelak. sebaik saja korang selesai completekan butir diri korang, korang akan disuruh menjawab survey yang sedia ada kat situ yang mempunyai nilai bayaran sendiri. cik ngexz nak gtau korang, memang tak rugi join YOUTHSAYS kerana uolls bukan saja dapat earning., tapi korang dapat berkongsi maklumat dengan member-member lain.

klik sini nak join k YOUTHSAYS

p/s aper-aper pertanyaan@ ketidakfahaman tentang YOUTHSAYS, tinggalkan komen korang dibawah k.


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign