Pages

|The Comrades|

30 April 2010

Contest Hangit By Arieza




Hari ni seperti yang ngexz janjikan kat sis Arieza 2 minggu lepas, ngexz akan join contest dia after abis exam. So untuk menunaikan janji ngexz, ngexz join lor.HAHA. Contest ni pasal apa?? Ok tak perlu la ngexz nak bebelkan panjang2 pasal contest ni k. Bagi yang berminat uolls boleh terus pegi kat tuan punya blog untuk mengetahui contest ni atau uolls boleh click kat gambar kat atas tue. Actually contest ni berkenaan dengan mengupload gambar sebanyak mungkin. Gambar tue mestilah berkenaan dengan gambar yang ada rupa terkejut.HAHA.. Lebih kurang gitu la.Ok meh layan gambar-gambar yang ngexz upload

Cuba teka apa yang 4 gadis ni nampak sampai muka jadi gitu. Dari kiri nampak macam nak meneran je, yang kedua nunjukkan gigi putih dia tuh, yang kanan sekali muka macam tak ikhlas je nak terkejut, & yang duduk kat bawah tuh macam nak menangis jer wat muka terkejut
Gambar kedua ni pulak mengisahkan budak dalam gambar tue yang kena kejut kawan dia time dia syiok men mesej sama awek dia, Member2 dia siap skodeng lagi apa yang dia taip. Aper lagi budak ni ngamok la sampai terkeluar perkataan " Cak!! Tomey tak saya"

Cuba teka apa budak ni tengah buat kat kawan dia yang sedang nyenyak bermimpi awek kayangan. Siap guna pembaris besi lagi nak korek lombong dalam telinga dia. Sila jangan tiru aksi ini

Ni kes terlampau rindukan awek dia sampai katalog pun dia nak kiss gak.
Kes yang ni pulak bila member dia tetiba bagi tapak kasut kat muka dia. Ape ke jadahnya. Siap kasut balik dari tandas lagi.Yarksss


Aha, Pakcik suruh joget sebenar, tapi terlebih lawak bila pakcik kata nak cucuk guna batang penyapu.haha

Aksi superwomen la konon yang dua orang belakang. Kalau di skodeng dari belakang, memang tka ubah macam yang kat sepilok.HAHA


Nah amek ko sempena hari tua. Memang mengalahkan bedak sejuk time ni
Dan ini hasilnya. Maintain cute lorrrr
Tak puas lagi biar aku tenyeh lagi bedak sejuk cap tepung adabi kat muka bday gurl

korang nak taw tak apa budak ni tengah buat...cuba teka cuba tekaaaa...
Tara!!!! Hah..Istana pasir raja bersiung.HAHA. korang teka ape tadi??Korek pasir cari cacing ke.HAHA

ok la setakat ni saja dulu gambar-gambar hangit yang ngexz boleh selongkar sis Arieza. eh lupa pulak. Sebelum ngexz tamatkan entry ni, ngexz nak bagitaw sebenarnya ngexz dapat tahu contest ni dari tuan punya blog yang anjur kontest ni sendiri. Sapa lagi. Sis Arieza laaaa


Terima Kasih

29 April 2010

Bertengkar Tapi Hati Tak Panas


Salam sayang dari ngexz kat uolls semua. Gatal rasa tangan nak menaip kat blog ni. Seperti entry2 lepas ngexz busy dengan final exam. Tapi sekarang aku dah kembali menyinari kembali rumah aku yang sudah mahu roboh kerana tidak dicuci. HAHA. Dah selesai final exam ngexz. Lega rasa. Cuma sekarang berdebar tunggu result jer lagi. After abis exam, ngexz memang tak tenteram sebab risau dengan 1 paper tue. Macam tak konfiden jerk. Doakan ngexz supaya lulus dengan cemerlang semua paper yang ngexz duduki k kengkawan!!

OK kali ni ngexz nak berkongsi sedikit info kepada pasangan-pasangan cintun di luar sana.Apa yang uolls faham dengan tajuk yang aku tulis kat atas tue? Tipu la kalau uolls tak pernah gaduh dengan pasangan uolls kan. Kata orang, kalau selalu gaduh, better kahwin jer. Mana tau after dah kahwen, dah tak gaduh2 lagi sebab dah duduk sebumbung.

Memandangkan semua pasangan pernah melaluinya, maka adalah sangat penting untuk kita semua tahu cara- cara untuk menghadapi pertengkaran sebegini. Perkara pertama yang perlu kita amek tahu adalah mengawasi setiap kata- kata yang keluar dari mulut. Yer la kan tahu-tahu jer bila time marah, macam-macam ayat-ayat yang kotor keluar dari mulut kita dan biasanya ayat-ayat yang keluar dari mulut sememangnya amat menyakitkan hati. Lebih buruk lagi bila kedua-dua pasangan tidak mahu mengalah.

Disini ngexz kongsikan kalimat yang perlu anda gunakan ketika menghadapi pertengkaran.

1. "Saya cuma mahu meluahkan isi hati saya."
Kebanyakan wanita hanya mahu menceritakan masalahnya tetapi seringkali disalah erti oleh pasangan. Si lelaki menganggap perempuannya meminta dirinya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Lalu dia akan mula memberi jalan penyelesaian. Bila langkah yang disarankan itu tidak diterima, maka timbullah pertengkaran. Oleh itu, ayat, "Saya cuma mahu meluahkan isi hati saya" pastinya dapat memberi ketenangan kepada si lelaki. Lelaki akan lebih memahami dan memberikan kata-kata semangat agar pasangannya lebih tabah menghadapi masalahnya itu.

2. "Tolong fahami pendapat saya."
Salah satu perkara yang sering dilupakan ketika berdebat atau bertengkar ialah empati. Maklumlah masing-masing cuba menegakkan hujah mereka. Anda kena faham, semakin banyak perbezaan pendapat, itu bermakna semakin sempit cara anda berfikir.

Sebaiknya anda katakan kalimat ini sebelum anda memulakan percakapan. Ia penting supaya anda berdua dapat meluahkan masalah yang dihadapi dan dalam masa yang sama tetap memahami serta prihatin terhadap perasaan masing-masing.

3. "Perkara ini penting untuk saya. Tolonglah dengar."
Apabila bertengkar dengan pasangan, sesiapa pun jua cenderung untuk tidak mendengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh pasangan. Sebaliknya anda sibuk berfikir apakah yang perlu anda katakan untuk membalas kembali apa yang diperkatakan oleh pasangan anda.

Jalan terbaik, sebelum anda meluahkan perasaan anda, katakan dulu kalimat ini agar pasangan anda lebih prihatin dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa yang cuba anda sampaikan.

4. "Saya juga bersalah."
Apabila wujud sesuatu masalah di dalam hubungan, kita cenderung untuk menyalahkan pasangan di atas segala perkara yang berlaku. Pada pendapat anda, anda berada di pihak yang benar dan perlu mempertahankan pendirian anda.

Itu bukan caranya kerana di dalam setiap perhubungan, sudah pasti akan berlaku kesilapan di sana sini. Sebagai pasangan, anda perlu bersedia untuk bersama-sama memikul segala kesalahan yang berlaku.

Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti hubungan rumahtangga anda akan terjalin dalam suasana yang harmoni dan romantis. Ini kerana anda bijak untuk mengawal pertengkaran agar tidak terus melarat.

5. "Nampaknya kita sudah keluar dari topik."
Apabila bertengkar seringkali apa yang diperkatakan akan berlanjutan kepada perkara-perkara yang tidak perlu atau bersangkutan. Lebih bahaya jika apa yang dikatakan itu seakan-akan mengungkit kerana ia mampu meremukkan hati pasangan maisng-masing.

Jalan terbaik, segerakan luahan kata-kata ini agar pertengkaran akan kembali ke perkara asal yang harus diperbincangkan. Tiada gunanya membebel untuk perkara yang tidak perlu kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi suasana.

6. "Ini masalah kecil dan kita mampu selesaikannya."
Perkara kecil mampu menjadi besar serta menggugat ikatan perkahwinan sekiranya ianya tidak dikawal dengan segera. Lebih membimbangkan jika perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas di antara pasangan.

Sebelum hal kecil tersebut menjadi lebih besar, apa kata anda berterus terang sahaja dengan pasangan. Ajak dirinya berbincang dan bertanya mengapa perkara tersebut harus berlaku.

7. "Kita sebenarnya perlukan masa untuk berfikir."
Ketika bertengkar, kita selalu terbawa-bawa dengan emosi yang panas dan akhirnya akan mengeluarkan kata-kata kesat. Jika anda merasakan anda masih tercari-cari kata-kata yang boleh menyakitkan hati pasangan anda, apa kata anda ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Rasanya itu adalah cara terbaik agar pertengkaran yang berlaku tidak berlanjutan. Beri waktu untuk anda dan pasangan berfikir. Tanya pada diri sendiri sama ada apa yang anda lakukan itu betul atau tidak. Hentikan perdebatan dan ajak pasangan anda berbincang pada masa lain iaitu ketika anda berdua tidak dikuasai oleh emosi.

8. "Saya sayangkan awak."
Perasaan marah ketika bertengkar pastinya akan luluh apabila mendengar kata-kata ikhlas daripada anda yang menyatakan rasa sayang kepada pasangan masing-masing. Ia ibarat kalimat sakti dalam pertengkaran. Anda akan menyedari bahawa pasangan anda amat bererti kepada anda dan tidak mahu ikatan yang terjalin musnah hanya kerana sedikit salah faham yang berlaku.

Anda perlu sentiasa positif dan fikirkan bahawa tiada manusia yang sempurna. Maafkan kesalahan pasangan masing-masing jika benar anda masih memerlukannya dalam hidup anda.


p/s Teringat bila time gaduh-gaduh ngan Incik Kiroro, selalunya dia yang akan mengalah kerana tak nak gaduh lama-lama.

credit to Gua.com

Terima Kasih

22 April 2010

Ruam-Ruam Manja Sedang Mengila!! Tolong Ngexz!!!

Petang uolls!! Rabu yang indah. Indah la sangatkan bila tiap hari dok ngadap buku yang ntah aku paham ke idok. Asal baca dah cukup memuaskan hati ngexz ni. HAHA. Selagi tak baca, selagi tue rasa tak tenteram. Sungguh kuat aura final exam ni. Ntah nape la sem ni mood aku nak study tak kunjung tiba walaupun 1st paper dah berlalu. Mungkinkah jarak di antara subjek-subjek tuh terlalu jauh dan tetiba zappppp terus takde gap. Mungkinkan gitu?? Bayangkan jerk, dalam seminggu ada 1 paper jer, then selebihnya memang takde paper dalam minggu tue & itu yang aku alami sekarang & zappppp minggu depan berderet menunggu sambil melambai2 sinis gitu, Isnin, Selasa, Rabu berderet tak henti paper aku. Ditambah lagi Rabu 2 paper sekali gus mak oi. Killer Paper lagi tuh sayang oi~~ Nengok-nengok memang tak sabaq nak abis. Awal dari orang lain gitu sedangkan orang lain 5hb Mei br abeh, aku??aku 28 April dah habeh. Clap2.

Eh sebenarnya aku tulis entry bukan nak cita sal yang atas,dok tiap entry cita sal exam, kang ada orang muntah lak. Entry ni nak tanye pendapat uolss.!!Boleh dowh??? Ok aku cita dulu k .Kang tanye terus mesti uolls tak paham!!


Gini, 2 3 hari lepas aku kena serangan headache yang agak dahsyat, tak taw la migrain ke atau memang headache. Dok makan actifast pun sama gak, tak kebah2, terbantut study aku. Then tempek la koyok kat dua-dua belah kepala aku ni. then semalamnyer aku perasan, nape lak kedua belah kiri kanan kat kepala aku ni ade kaler2 merah. Ingatkan pimple naik sebab nak datang bulan. Ditilik2 tak macam pimple pun. Keesokkannya aku bangun tido ngadap la cermin, kebiasaannya bangun dari katil memang terus nengok muka huduh depan cermin, alangkah terkejutnya bila aku nengok ada bentuk segiempat kat tempat yang merah2 semalam. Baru aku perasan time ni semua ni effect dari aku tempek koyok hari tuh. Then time tuh juga aku baru ingat yang kulit aku ni very the sensitif dengan benda seperti Handyplast, koyok dan seangkatan dengannya la. Aku ingatkan Handyplast jer tak dapat tempek kat kulit aku ni, nengok2 koyok pun lagi dahsyat. Aku wat kesimpulan gitu sebab before ni kulit aku memang tak boleh nak pakai Handyplast kalau luka-luka gerenti akan timbul ruam-ruam merah gini, siap bentuk handyplast lagi situ. Sekarang aku menderita ruam-ruam merah makin menimbul ni. Camner weh? Kang orang sangka aku ada kurap lak. Malo den. Incik Kiroro dah gelak2 dengar aku cakap gini, siap kata aku ada kurap lak. Asam jawa tol dia!!.


Uolls ada kena gini gak ke? Sebab kata housemate aku ni memang 1 dalam berjuta orang gini,ni pun dia 1st time dalam idop jumpa orang sensitif ngan handyplast, koyok segala. Alergik memang la banyak, alergik seafood semua gitu, tapi alergik handyplast, koyok gitu memang tak pernah lagi. Felik kan!! Maybe kulit aku ni tak boleh kena tekanan kot, Sebab bila kena tekanan time letak2 benda gitu, dia tak leh nafas & muncul la ruam-ruam gitu.

Uolls, camner ni weh?? any suggestion apa perlu aku wat? gatal gak ni tapi aku tak nak garu, kang jadi macam kurap. HAHA.

p/s Adoyai malunya nak g exam senin ni kalo masih berlarutan gini, sebab before ni mengambil masa yang lama nak pulih sedia kala, siap ada parut lak tinggal erk. Adoyaii. Dugaan tol!!

Terima Kasih

20 April 2010

BE MY 19,099th VISITOR


munink olls!! Hari ni ngexz berkesempatan nak post 1 lagi entry sebab minggu depan baru bermulanya paper kedua ngexz. so boleh berjimba dulu kan. berjimba la sangat. ada banyak lagi benda nak settle. Ngee!! Ok actually malam tadi ngexz masuk lam blog cikmin dan terserempak ngan satu entry menarik dia. "BE MY 19.099th VISITOR". aha..menarik tak? cikmin jangan ler hit lagi. Dah dapat beg gak kan dari Dr. faryn ni.HAHA.nengok pun nengok selongkar semua then dapat la link g tuan punya blog yang anjur contest ni. Hadiah pun menarik. Tak salah cuba kan. HAHA. sajer jer.

Sebelum ape- ape tuan punya blog ada kenakan syarat tau. Bukan main hit jew. Nak senang uolls klik sini. Kat sini ada semua syarat dia gtaw.

Menarik giler hadiah dia. Handbag mak oi. dah lam ngexz ni jenis yang giler ngan handbang. Kalo la ngexz dapat, bertuahnya badan. Cikmin dah dapat 1, apa salah bagi kat ngexz jer yer Dr.faryn.HAHAHA

Jom kita mula hits sekarang!!
Terima Kasih

18 April 2010

Saat Yang Aku Tidak Suka!!

Time subuh- subuh gini, mesti uolls dah lena selenanya nya kan. Siap dengar lagi dengkuran tuh. Mak ai jeles plak aku dengar. Ntah knapa malam ni mata ngexz memang tak dapat nak dilelapkan. Selama satu jam aku berbuat macam- macam aksi untuk menidurkan mataku ini. Tapi tak berjaya. Siap goyang kaki, nengok2 picture dalam henpon la. Last- last buka lappy, tulis entry ni.Huhu..Sekarang dah kul 3 lebih bai.. esok nak kena bangun awal. Wat revision lagi. Senin dah ada paper bai.. apa la aku ni..kan elok study daripada online kan. Aper da.

Ape motif ngexz wat entry kali ni. Ngexz sajer nak popek sal aktiviti harian ngexz kat sini. Agak lama gak ngexz tak publish sal aktiviti ngexz kan walaupun tak sefames yang lain. Isnin ni ngexz akan berperang ngan first paper. Saat yang paling student semua tak suka bila tiba final exam kan. Tul tak? Sape yang suka benda ni kalau wajib nak belek2 buku, study sampai tak tido 3 hari 3 malam. Sapa suka memang ngexz salute spring wink-wink la kat dia. Ngexz memang tak sanggup la. Cuma nak cukupkan syarat je ni. Kalau tak, idok la hamba mau...

Seminggu revision week macam bertahun lamanya. Kenape?? Yer la dok seminggu tue memang wajib mengadap buku. Kalu tak mengadap, nahas la time exam macam orang buta kehilangan tongkat terkapai sana- sini cari idea nak goreng. Tambah lagi orang macam aku ni memang idok la reti bab goreng. Nengok member sebelah besh jer goreng. Hangus pun hangus la, asal boleh makan kan. Aku?? Kalau sudah tak tahu, tak bergoreng la alamatnya. Mahu tak mahu kena la gak belajo. Di tambah lagi dapat housemate yang memang gilo belajar, lagi la tahap kejelesan aku tinggi tak nak kalah ngan dorang. Hah tuh namanya persaingan sehat. Nasib la aku dapat housemate yang jenis suka blajo. Kalo yang jenis kaki clubbing, karaoke, mati la aku. Opsss.. clubbing2 not my taste ok. Sajork..
Ni la terjadi kat aku bila aku punya otak macam tak boleh terima semua input. Alamatnya buka r blog kecayangan gue ni. Salah satu keburukan bila ada note softcopy, memang akan melencong ke tempat lain la jawabnya. rasa macam nak sembunyi dalam manguku tandas jer broadband time gini kan. HAHA.Sanggup ker aku ni??

Aku sajer kan nak tunjuk kat korang yang aku ni studyholickpeng. HAHA. 3 hari 3 malam aku khatam subjek ni. Macam stress jer dibuatnya. Yo la aku ni jenis tak suka nak mengira2 bai. Tat y bab kira2 aku lambat nak pick up. 1 + 1 pun nak pikir gak. HAHA.Tambah lagi subjek ni perlukan imaginasi yang tinggi ni. Kalau takder imaginasi tinggi, gudbye jer la bai. Ala takkan tak taw lagi subjek yang aku maksudkan ni. Ekonomi la bai. Sapa minat eko ni?? Kalau boleh skip, memang rela den amek yang lain. Harap- harap la lepas kali ni. Ni repeat paper aku la. Opss terbongkar situ. korang doakan aku lepas subjek ni k. kang tak lepas, tak leh grad aku tahun ni. bagi jer la subjek lain asalkan jangan subjek kira- kira, aku sanggup baiiii..
Apa yang penting benda ni sumber insipirasi ku dikala otak macam nak kuar cecair. HAHA. Telur tuh aku lukis sebab kat umah aku banyak giler telo. Macam tak abeh makan jer rupanya. Padahal tak lama lagi nak holiday. Korang nengok lukisan ni jangan juling sudah k.

p/s sebenarnya aku windu sama Incik Kiroro aku tuh. tapi sabor jer la dulu. Abeh exam nanti boleh la jumpe..Auwwww

Terima Kasih

15 April 2010

Jadi Mewah Tulis Blog??


Jeng-jeng. Bertemu kembali kita yer. Eh macam rancangan ape je ntah buat gitu. Ngexz sebenar buhsan dok ngadap buku jew ni. So, ngexz g post entry baru ni untuk tatapan semua**padahal tangan ngexz gatal nak menaip**. Next week ngexz dah berperang ngan final exam dah. Macam malas jerk nak study, tapi kalo tak study, pointer alamatnyer kelaut la. Tak pun terpksa repeat paper. Mintak jangan la kan, Dah final sem dah ni. Jangan wat hal suda. Thank to Incik Kiroro yang tak jemu- jemu bagi kata semangat untuk study ni. Kalau tak push gitu, memang terbongkang jer la keja ngexz. Muwah!!lebiu somuch!!

Ok-ok berbalik kepada tajuk ngexz kat atas tuh, Hari ni terserempak ngan
Harian Metro yang bertarikh pada 13 April **mmg ketinggalan je ngexz ni kan**. Ngexz terbaca kisah sorang blogger yang berjaya sampaikan dapat income beribu-riban sebulan dek kerana menulis blog. Sapa tak kenal ngan redmummy kan? sapa tak kenal uolls masuk jer kepala dalam longkang. Ngexz selalu follow cita- cita pasal redmummy ni, memang antara blog paveret ngexz r. tiap hari memang banyak gak entry dia post. Seorang pencinta kaler merah. Uolls tengok jer la blog dia memang semua theme merah.

Ngexz secara tak sengaja terserempak ngan 1 ruangan kat newspaper MyMetro yang menceritakan
kisah Redmummy ni. Memang ngexz tabing spring la ngan redmummy. Tak caya klik sini. daripada menulis blog suka-suka pada mulanya, dan kemudian redmummy menjadi antara top blogger. Ramai gler peminat dia sampaikan segala keperluan dari hujung rambut hingga hujung kaki ditaja oelh syarikat pengiklan. Fuhh!! Malah pengunjung yang mengikuti blog redmummy ni gak sehingga ke hari ni dah mencecah ke empat juta lebih. Mak ai!! ngexz ni nak sampaikan seratus sehari pun semput.

Dalam pada masa yang sama redmummy sempat menyelitkan tips macam mana nak menjana income dari blog
Panduan menjana pendapatan menerusi blog: (Sumber dari MyMetro)
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Ngexz tak tau la bila la nak jadi macam redmummy kan. Tak payah popular pun cukup, asalkan dapat pengunjung beriban-riban sehari pun dah cukup. Ngexz terpikir gak camner la redmummy ni luangkan masa dengan berblog dan pada masa yang sama pun dia seorang wanita berkerjaya. Menurut redmummy, dia menulis catatan terbaru lebih daripada 10 catatan dalam sehari** mak ai, ngexz ni seminggu jer satu**. Ngexz suka lepak kat blog redmummy sebab cara penulisan dia tak skema sangat. Time ngexz baca pun boleh tergelak sendiri bila entry yang dia wat ada lawak. Kira cara dia tulis blog ni boleh attract orang la kan.

Satu lagi paling ngexz suka bila redmummy kata paling penting untuk menjadi penulis blog mesti mendapat restu dari suami**untuk yang dah ada suami taw. tips tue**. Uolls tengok jer la dalam blog dia, memang suami dia satu geng ngan dia. Ok la tuh kan. bahagia jer nampak.

Opss ah panjang gler ngexz popekkan sini kan. Kalau redmummy baca entry ni , bangga gak ngexz kan. Yer la dapat komen dari top blogger tuh. Harap- harap ngexz dapat macam redmummy gak nanti. Aminnnnn

Kepada Redmuumy, moga akak lebih berjaya lagi di masa akan datang!!

Terima Kasih

12 April 2010

Cara nak reset balik Trial Kaspersky



Hai peeps!! Macam mana hari Isnin ni? Ada baek punya ke? Mesti semangat yang nak g keja kan. Then yang still study ni, uolls dah mula buat revision ke ni? Ngexz sebenarnya hari ni janji ngan diri sendiri nak mula study hari ni. Tapi.... Hah tengok la apa yang ngexz wat sekarang. Mood study lom ada nih. Ni yang nyebok wat entry baru.

Ok kali ni ngexz nak share kat uolls cam ner nak reset balik uolls punya Kaspersky k. Kebanyakkan uolls mesti pakai yang trial version jer kan & of coz untuk tempoh 30 hari jew. Lepas abis tempoh 30 hari memang genti kena purchase key dia kan. Bagi yang jenis kedekut nak purchase ni, mesti terpaksa reinstall balik semula then amek semula yang trial kan. Ala jangan tipo r, ngexz taw semua tuh sebab ngexz dah pernah wat gitu gak. Ok uolls tak payah nak reinstall balik semula ke, tukar g anti virus lain ke bila trial version uolls dah habes. Sini ngexz akan tunjuk jalan penyelesaian k.Memang senang giler.

o 1st of all uolls mesti la ada kaspersky sendiri kan. kalau takde uolls g previous entry ngexz. Kat situ ngexz ada bagi link nak download kaspersky. Click sini

Ok kalau dah download semua, lepas 30 hari mesti kaspersky uolls akan expired kan & dia akan minta new license key. Cara mudah yang ngexz nak ajar adalah dengan install kaspersky trial resetter jer. Kaspersky Trial Resetter berfungsi untuk reset kita punya kaspersky anti virus balik kepada 30 hari. Faham tak apa yang ngexz maksudkan? Ok uolls install dulu Kaspersky TrialResetter ni k.Click sini untuk install.


Ok settle hal install. Untuk reset kaspersky, uolls mesti ikut step ni. PENTING taw!!

1. Mula uolls mesti Disable Self-Defense Kaspersky uolls. 2. then Exit Kaspersky tuh. 3. Then uolls buka folder Kaspersky Trial Resetter yang uolls download tadi. 4. Akan kuar window baru. Then uolls click kat Start Reset 5. Tunggu sehingga successfull semua. 6. Then ok!! License uolls akan balik kepada 30 hari semula. Tapi jangan lupa able kan balik Self Defense uolls!!

Selamat Mencuba!!

Kalau tak paham roger ngexz k!!

Terima Kasih

10 April 2010

Emo Tahap Melampau

Hye Peeps!! Lama ngexz tak postkan kisah peribadi ngexz bersama Incik Kiroro kan.Kalo dulu tiap hari jer update. Adakah tak da cerita lagi ke dengan sweet couple ni? Adakah dorang tak bersama lagi? **tidakkkkk**. Sebenarnya banyak giler cerita ngexz bersama Incik Kiroro tapi ngexz malas nak pameskan kat sini.Kang ada plak yang termuntah dek baca kisah pasal kami jerk kan. So, better ngexz sepikan buat seketika. Tapi kekadang jari ngexz ni memang gatal nak taip kisah pasal Me & U. Nape?? Sebab ngexz rasa hepi gler bersama Kiroro. Rasa nak kongsikan kesemua setiap detik kegembiraan kami bersama uolls semua. Biarla apa kata uolls, yang penting ngexz puas hati luahkan kesemua di sini. Yer la kan blog ngexz ni mulanya kan memang tempat ngexz luahkan segalanya, so tak salahlah kan..

Seperti biasa,bila ujung minggu ngexz & kiroro akan jumpa la. Time ni jer dapat jumpa. Time lain memang masing-masing bz. Rasa hepi gler bila dah jumpa dia even ngexz banyak benda yang kena pikir. So tadi, kami jumpa lagi before ngexz nak g final exam then....... ngexz akan balik kampung halaman... then.... ni merupakan final sem ngexz kat sini. Lepas ni ngexz & kiroro tak kan dapat berjumpa tiap-tiap minggu dah :(

Sedih giler bila time dia dah anta ngexz balik kampus. Air mata terpaksa ditahan sebab tak nak kiroro nampak kesedihan ngexz. Padahal before balik kampung, sekali lagi ngexz akan jumpa dia. Tapi tak taw la nape sedih giler perasaan tuh!! Betul gak kata orang, bila dah mula berjauhan baru kita akan taw betapa pentingnya setiap detik yang kita lalui bersama dengan orang yang kita sayangi. Now, bukti berada di depan mata ngexz.

Dulu, bila time jumpa tak sah ngexz akan buat muka masyam, majok la itu la ini la walaupun kiroro tak wat salah ape. Tapi sekarang ngexz akan buang tepi dulu semua perasaan sensitip tuh bila time jumpa dia, sebab ngexz taw tuh jer la masa berharga yang boleh diluang bersama dia. Rugi kalo tak dihargai. Orang kata hubungan jarak jauh memang banyak dugaan. Ngexz takut ngexz tak boleh terima semua hakikat tuh bila dok berjauhanan nanti. harap ngexz dapat lalui semua tuh!!

Tadi sempat chat ngan eqa. Then tetiba kuar topik sal hubungan jarak jauh ni..Then tetiba gak aek mata ngexz kuar kenangkan semua yang akan bakal berlaku. Huh!! Macam mane nak concetrate ngan final exam ni.Tulunnn...huhuhu..Dugaan-dugaaan


**ym ngan eqa**


Khas untuk tatapan Incik Kiroro,

Jujur syg katakan, syg x pernah melalui semua ni sebelum ni kerana sebelum ni belom menemui cinta sejati. Even sejauh mana ex syg dulu, syg tak kisah pun duduk berjauhan. tapi bila bersama abg, syg rasa tak dapat nak terima semua ni. Amat payah, sukar kerana syg terlalu ikhlas menyintai & menyayangi diri abg. Seperti yang abg selalu pesan, "sabar, semua ni hanya dugaan sementara. Kita dua boleh hadapi semua ni. Jika orang lain boleh hadapi, y not kita 2 tak boleh tempuhi". Yer syg taw syg boleh tempuhi, tapi syg takut syg tak boleh terima semua tue walaupun kita masih boleh kontek antara satu sama lain. Mintak di percepatkan semua dugaan ini!!Syg harap kasih & sayang abg kat syg tak kan luntur walaupun kita berjauhan. Syg tak kan dapt hidup without u bang!!. ikhlas syg katakan bahawa mengenali abg mengajar syg bagaimana erti kesabaran dan menyayangi seseorang seikhlasnya. Honestly, syg belajar semua tue..


..Erk..ngexz nak stop sini dulu. Emo gler rasa malam ni. tak sedar airmata mengalir jeww..



Terima Kasih

”Apa Yang Anda Tahu tentang Darkbatman dot com”



Ngexz terpanggil nak wat entry contest dr MR Darkbatman ni.Ok uolls nak taw aie ni memang kaya orangnyer. Yer la baru beberapa hari wat contest lain, tapi kali ni dah blh wat contest baru lagi.**salute sama ko!!**

Ok kalau uolls berminat nak join contest ni uolls terjah je klik gambar duit kat bawah k.Kat sana semua syarat-syarat sudah sedia termaktub.


”Apa Yang Anda Tahu tentang Darkbatman dot com”

1. Ok mula ngexz nak introduce pemilik original blog ni adalah mamat perasan macho bernama Zainal Zuhry. Masa mula kenal dulu, kalo blogwalking dia pames guna Mr Superman, tapi sekarang dah guna darkbatman. Mamat ni punya la banyak guna nick sampaikan tak taw mana satu nama betol dia. Dalam fb guna Sier Hanafi, geng blogger guna Seiryue, blogwalking guna darkbatman.Tapi walau banyak mana pun nama dia guna ngexz tetap selesa panggil dia Aie. Apa yang paling penting pemilik skyline putih ni & hati dia sudah dimilik tuh. siap la ko pas ni aie, saham ko jatoh sebab aku bongkar rahsia ko. Ampun boss!

2. Satu lagi nak ngexz tambah cni..Dulu dia penah cakap dia ni sorang lecturer kat U.Tak perlu la ngexz mention U mane k. Tak taw la betoi ke idok kan sebab sekarang macam dah jadi fulltime blogger. Mana taw dah resign gara-gara nak jadi top blogger.Fewittt.**kalau salah jangan bagi effect kat pemarkahan yer aie**

3. Aha ngexz nak cita camner leh kenal ngan mamat ni. Tak pernah jumpa face to face lagi r, juz kenal dalam ni jew. Kalau jumpa face to face agak- agak cmner la kan. Tambah lagi kalo si nana tuh ada. Memang cakap macam longkang je semua. Tapi hati semua baek punya!! Mula kenal dulu time dia wat contest sal camera digital.Dari situ saling bertegur sapa la dalam cbox. Normal la tuh kan, sampaikan ngexz leh macam dah lama kenal dia. Siap dia wat geng kedai kopi lagi ngan member2 lain yang agak tegar gak masuk blog dia gara-gara kamera tuh dulu. Sapa lagi kalo tak nanajoe, iera, sis sue, sapa ntah lagi erk. Dari situ la macam mula dah rapat ngan mamat ni.

4. Then ngexz banyak minta ajar dari dia tentang hal-hal blog ni sehinggakan ngexz terjebak dalam geng innity kerana jeles dengan income yang dia dapat. Banyak gak info yang ngexz dapat dari mamat ni.Kalo tak taw je memang buzz dia nyer ym.kalo dia tak reply, siap la ngexz maki hamun dia.HAHA

5. Ok berkenaan dengan apa yang ngexz taw pasal blog dia ni. Mula ngexz menjadi pollower setia dia dulu, dia still guna "blogspot" lagi. Sekarang dah guna domain sendiri la. Lama gak ngexz dengar dia ni nak wat domain sendiri. Tapi baru sekarang tercapai kan. Yer la dulu time masih "blogspot", salu ngadu masalah ni la tue la, kena ban la sbb tegar sangat. Time masih "blogspot" gak, ngexz la antara orang yang salu ngadu nak loading page dia siap ngexz boleh tido lagi. Lambat gler. Sekarang sekali mata ngexz berkelip jer dah abis loading..

** aha. ni la blog lama aie dulu. Time kegemilangan blogspot.HAHA**
** dan yang ni dia dah ada domain sendiri**

Before nak publishkan domain baru dia ni, ada gak seingat ngexz minta pendapat dari ngexz & nana berkenaan kaler yang sesuai kat blog dia nanti. Siap ada kaler itam la, merah la. Ntah berapa kali tuka dah dia nyer layout. Then last kuar layout gini dah. Ok abis bab pasal permulaan pasal domain & blogspot k.

6. Sekarang ngexz nak cita sal apa yang terkandung dalam blog mamat ni. Kalau sekali nengok dari muka mamat ni mesti uolls taw kan apa yang ada dalam blog dia. Kira 1st impression bak kata omputeh. Blog mamat ni banyak menceritakan pasal maskulin, penjagaan badan, exercise la. Yerla nengok je badan dia tuh, mengalahkan badan Malek Nor je.Nama dah Partime Fitness Trainer kan. Ngexz ingat lagi dulu mamat ni pernah minta pendapat ngexz yang blog dia tue sesuai nak cita sal ape?More kepada apa? Ngexz per lagi dah nengok dia banyak tulis sal lelaki2 Malaya ni, kata jer la banyak cita sal lelaki.HAHA.Uolls tengok jer la entry2 yang dia tulis lepas2 tuh. Kira blog dia ni berkenaan penjagaan badan& kesihatan,exercise, maskulin.
** Tara... antara tip untuk menjadi lelaki sejati.HAHAHA**


** sesi senaman yang dia ajar melalui online.**

7. Blog dia pun banyak sal tutorial. Ngexz suka cara dia wat tutorial. Cepat paham dengan tutorial yang dia wat berserta dengan printskrin.Tutorial yang ngexz paling suka ialah macam mana nak tulis entry menjadi lebih menarik. contohnya camni. klik sini . Hasilnya..Uolls bandingkan jew la entry ngexz yang sekarang & yang lepas. Kalo yang lepas entry ni sekejap pakai huruf besar kecik (NgExZ) hah gitu la .Cara bahasa yang diguna bila wat entry. Sekarang blog ngexz ada perubahan lepas dapat tips dari mamat ni walaupun bahasa ngexz ni masih bersepah. At least ada improvementkan. Lama dah tak nengok dia post entry sal tutorial kan. Yer la dah bz ngan giveaway dah. Ngexz tunggu ko kuarkan tutorial baru weh. Apa yang penting melatop ko nyer tutorial. Memang ngexz praktikkan sehinggakan camner rupa blog ngexz sekarang.

8. Lagi satu dia ni memang tak lokek bab- bab ilmu terutama bab-bab nak jadi blogger pames kan.Yer la dia kan ke arah blogger pames tuh siap kena invite g Project Alpha lagi then gedik-gedik dapat pose ngan redmummy.


9. Tapi nengok-nengok sekarang blog dia macam dah terjebak dengan gosip artis jew kan. Ewah aie, jangan blog ko tershasul g blog gosip artis udah la kan. Dia gtaw letak-letak cita artis ni juz nak naikkan trafik jew. Buktinya.... Taraaaa!!!Kisah yang dia pernah tulis.


10.Ngexz nengok setiap entry yang mamat ni tulis, dia akan tulis seakan berhati-hati taw. Hurm.Berhati-hati camner yang ngexz maksudkan. Yer la macam tak guna singkatan, perkataan yang dia guna pun memang dah lama dalam dunia blogging.Salute kat ko bro!! Tuh yang ngexz suka baca ko nyer entry walaupun kadang- kadang malas nak drop komen. HAHA.

11.Satu yang ngexz salute kat blog dia dari awal dulu. Walaupun dia baru join awal Januari 2010, tapi dia punya trafik sehari jew... Mak ai memang melatop. Ngexz tak taw la nape orang suka singgah blog dia.Sebab dia ncem? Maybe kot. Sebab dia ni rajin ziarah blog orang.Tak caya tengok ni!!
** ni bukan graf trafik ngexz taw. Tapi ni graf trafik kt blog aie ni.Hebat tak??Tengok tarikh graf ni. Baru beberapa hari dia buka blog, tapi trafik banyak gler kan**

12.Yang paling penting blog dia ni memang selalu dihujani oleh contest yang tidak putus- putus. Sebagai contohnya, apa yang ngexz buat sekarang iaitu join contest dia.



Udah r weh. Berjela-jela dah ngexz tulis ni. ntah melalut g mana dah. Sebenarnyer ada banyak lagi ngexz nak taip sini (konon kan). Tapi takot ko muak je baca, then terus skip aku nyer penyertaan. HAHA.

Ape ape pun, personal comment dari ngexz adalah blog aie ni memang. Fuhhh!!! Hebat gler. Rugi kalau uolls tak masuk. Tips untuk lelaki pompuan ada, tutorial ada, gosip ada, contest hebat-hebat. Bak kata orang Macam- Macam Ada.Memang besh la weh. Sapa tak masuk memang rugi.

Ok daripada apa yang ngexz telah kupas di atas tadi, kalau uolls berminat nak selongkar umah aie ni mengikut kategori yang uolls minat, meh ngex bagi URL setiap bidang yang ada dalam umah dia k!!
1. Tutorial
2. Exercise/ Fitness
3. Gosip Artis
4.NuffNang
5. Contest

Sebelum ngexz tutupkan entry ni, ngexz nak minta request kat ko ni. Janganla ko tambah syarat pengomen terbanyak dapat hadiah lagi weh. Kalo syarat tuh ada memang aku takkan join. Time exam dah dekat ni memang aku tak leh nak jadi pengomen tegar. HAHA..
**aku sajer nak letak pic ni sebab time ni ko eksyen gtaw aku nak g swimming kan. Padahal wat photoshoot je. Saje nak jeleskan aku kan.**
~calobete~

Terima Kasih

07 April 2010

Entry Khas


hurm.tajuk boleh blah je kan!!!ntah per la khas nyer kan Ngexz pun tak taw!! Uolls sendiri nampak kan blog ngexz sejak dua menjak ni memang macam hambar je. Kalau dulu macam nak tiap hari je update.Nak blogwalking pun memang tak kan nampak dah nama keramat ni kan "NGEXZ" hah.nampak!! Ntah r wei ngexz sendiri tak taw nape ngexz nyer mood dah ilang kat blog.Hurm..jangan salah sangka taw, maksud ngex bukan ilang semua. Kalau ilang semua, dah lama ngexz tutup kan.

Hurm..Macam nak review nape ngexz gini kat uolls, tapi macam terbatas la ckit kan. Kalau uolls perasan, blog ngexz ni dulu ada benda kaler lain selain nuff kan, tapi sekarang mane pegi semua tue..Jawapan ngexz ringkas je, benda tuh nak rest sebentar, dia gtaw dia nak p honeymun jauh2 selama 3 bulan. Nak kasi up ckit pengalaman. Ntah balik ke idok benda tuh after 3 bulan nanti.Harap la dia balik kan..Ngexz setia menunggu.Come to me Innity!!Opss tershasul lak!!Hehe..Percaya la Innity, ngexz setia padamu.Balik la semula kat ngexz yer.hehe..

Thesis!!hah..yang ni gak membataskan perjalanan ngexz nak berkunjung ke halaman member2. Macam dah jadi laki bini dah ngexz ngan thesis ni.Yer la kan. kalo gagal laksanakan, alamatnya tak grad la ngexz nanti. Kang tak berbaloi plak usaha ngexz selama ni.Sapa sukung ngexz!!angkat kaki.eh salah.kalao angkat tangan, bau ketiak uh!! sekarang dah boleh dikatakan 70% thesis ngexz menghampiri penghujungnya, tinggal bab finding jer lagi.Hope dapat siapkan before final exam

Ads4bucks!!Uolls tahu ke benda alah ni.Kalau yang dah taw senyap2 jer k.Saje nak share ngan yang belom taw!!.Ngexz slowkan blogwalking g halaman kengkawan sebab benda alah ni r juga. Yer la kan bisnes mula nak berkembang.. Sapa yang tak taw lagi pasal bisnes ni, try search kat mr Google k.Berapa minggu dah ngexz join ni ek??baru 2 minggu kot.Tol tak nana??Nana la punya hal menjebakkan ngexz dalam bisnes ni.tapi income ngexz dapat memang masyuk la. Syukur sesangat. Ngexz g pomot-pomot ngan member sampai berbuih gak mulut.Tue yang takder masa nak blogwalking sangat. ada pun kejap-kejap je. Walaupun berbuih mulut explain kat dorang, ngexz tak kisah, asalkan dorang paham. Yer la sapa yang nak join kalau tak paham hulu hilir rupa bisnes ni kan..So uolls berminat ke??Kalau berminat, drop je mesej sini k. Nanti ngexz guide uolss. Jangan risau, Ni bukan jual produk(not my taste, sebab ngexz tak reti jual produk), Bukan Multi level marketing.

Aper lagi erk?? Takder lagi kot.3 benda tuh yang membataskan pergerakan ngexz. tapi ngexz masih setia taw ngan kengkawan & blog ni.Kengkawan jangan lupa jenguk blog ngexz k kalo ngexz takder. Ngexz janji ngexz akan membalas kunjungan uolls kalau diberi kesempatan

Calobete~~

**pic takde kena mengena ngan entry je kan.hahaa

Terima Kasih

02 April 2010

Clash of the Titans


Hari ni g tengok cita Clash of the Titans ngan Encik Kiroro.Cita ni baru je ditayangkan kat sini pada 1 April hari tue. 1st time g nengok kul 11am.Hah amek ko.Memang tak ramai orang lagi time tuh.Lagi la ngexz suka.Baru best nengok tak banyak kepala yang timbul.Miahahaha.

Overall cita ni ngexz nak gitaw ...Honestly memang daboom besh.Ngexz bagi 10 bintang wink2 leh??hehehe.Meh ngexz bagi sinopsis cita ni kat uolls k. Baca la k

Release Date: 1 April 2010
Language: English
Genre: Action, Adventure
Running Time: 1 hour 47 minutes
Director: Louis Leterrier
Cast: Sam Worthington, Pete Postlethwaite, Mads Mikkelsen, Gemma Arterton, Alexa Davalos.

Synopsis: In Clash of the Titans, the ultimate struggle for power pits men against kings and kings against gods. But the war between the gods themselves could destroy the world. Born of a god but raised as a man, Perseus is helpless to save his family from Hades, vengeful god of the underworld. With nothing left to lose, Perseus volunteers to lead a dangerous mission to defeat Hades before he can seize power from Zeus and unleash hell on earth. Leading a daring band of warriors, Perseus sets off on a perilous journey deep into forbidden worlds. Battling unholy demons and fearsome beasts, he will only survive if he can accept his power as a god, defy his fate and create his own destiny. Reimagined with state-of-the-art visual effects and cutting edge technology, Clash of the Titans is a timeless and awe-inspiring adventure set against the turbulent backdrop of Ancient Greece.

(Source: Warner Brothers)


Actually memang best gler eventhough cita dia lebih kurang sama macam cita Percy the Lightning Thief tuh. Ala nama dah cita sal Zeus, Pegasus, dewa2, manusia separuh dewa separuh manusia kan. Maybe sebab tue sama kot. cuma kalo nak nengok Clash of the Titans ni dia mcm lebih unik ckit kalo nak dibandingkan dengan Percy tuh.KAlo percy tuh macam modern ckit tempat pengambaran dia.

Uolls, rugi uolls tak g tengok taw.Mai2 g tengok cepat2




Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign