Pages

|The Comrades|

28 June 2010

Penyingkiran Ila Damia Amat Mengejutkan !!


Siapa yang tengok Mentor malam tadi? Dan siapa pula yang menitis airmata saat Ila Damia diumumkan peserta yang tersingkir pada peringkat separuh akhir? Mesti uolls tak menyangka kan Ila diumumkan tersingkir malam tadi apatah lagi Dato' Sheila Majid dah mengumumkan bahawa peserta pilihan membuat persembahan terbaik malam tadi merupakan Ila. Tapi kenapa Ila tersingkir sedangkan Ila merupakan peserta yang mendapat pujian daripada Dato' Sheila Majid.

Ngexz sendiri pun tak menyangka Ila akan tersingkir semalam. Andaian ngexz meleset apabila Ila Damia hanya mendapat 42 markah sahaja dan cuma berbeza 2 markah sahaja daripada abangya Adi yang mendapat 44. Bayangkan hanya 2 markah sahaja yang memisahkan dan hasrat kedua beradik ni yang ingin sama-sama masuk final punah bila Ila yang tersingkir. Malah Adi pun terkejut bila Ila yang diumumkan terkeluar sedangkan tiap persembahan Ila membuat persembahan yang amat memukau.

Malah ngexz akui sendiri Ila Damia merupakan peserta favourite ngexz. Yer la kan adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Terima je kenyataan kan. Maybe ada hikmah di sebalik penyingkiran Ila Damia. Malah Joe Flizzow sendiri menyatakan bahawa Ila Damia akan kembali. Ngexz bangga dengan Ila kerana dia merupakan bakal mengegar dunia hiburan dengan imej bertudungnya. Malah Ila boleh membawa semua bentuk lagu hip hop ke, rock ke, balada ke semua dia boleh bawa. Salute kat Ila.

4 Julai ni kita sama- sama tengok Mentor Akhir dan siapakan yang merangkul juara Mentor 4 ni. Ketiga-tiga peserta yang masuk final semua hebat- hebat belaka. Bisa Mohd iaitu protege Ziana Zain amat menyengkat semakin hari. Tetapi jangan dilupa bahawa protege Azmeer iaitu Nani pun tak kurang hebatnya yang mempunyai suara serak-serak basah. Jom sama- sama kita tunggu!!

p/s Go Nani!!!
Terima Kasih

25 June 2010

Amaran Fasha Kepada Tiz: Don't Mess With Me Ya


Wow! Habis je bertengkar dalam twitter dengan Nora Danish, kini giliran Tiz Zaqyah kena serang Fasha Sanda di Twitter. Jom baca emel yang ngexz terima dari Gua.Com.My
Sedikit 'backstory' buat mereka yang masih 'blur'. Tiga minggu lalu, di ruangan pojok Metro Ahad, telah disiarkan kisah tentang seorang pelakon wanita popular yang telah mengajak kekasih kawannya tidur. Artis cantik ini, meskipun tidak didedahkan identitinya, telah digambarkan penulis sebagai "memiliki ciri-ciri menantu pilihan" dek kerana sering bawa watak gadis baik.

Namun itu semua hanya watak yang dilakonkan saja. Realiti sebenarnya, seperti yang diceritakan dalam artikel itu, dia "sama seperti anak gadis sosial lain, dia yang dibesarkan di bandar besar sering menghabiskan masa di kelab dan tidak kekok menogok arak."

Baru-baru ini, dia, dikatakan dalam keadaan mabuk, telah menelefon teman lelaki rakan baiknya, seorang pelakon wanita popular, memintanya untuk datang menemaninya, hinggakan mengajak lelaki itu bermalam dengannya.

Jika sesiapa yang terbaca gosip tersebut gagal untuk meneka siapa gerangan artis wanita yang diperkatakan itu, mereka pastinya sudah mendapat jawapan kepada soalan cepumas itu jika sempat turut serta dalam forum CARI pada 9 Jun lalu. Di bawah 'thread' 'Artis wanita yang cuba menggoda kekasih Fasha Sandha dan Almy Nadia', seorang forumer telah mendedahkan identiti individu itu sebagai Tiz.

Berbalik kepada cerita Fasha, dek kerana geram sangat dengan tindakan pelakon muda yang mula dikenali ramai melalui drama bersiri 'Nur Kasih' itu, Fasha telah ke Twitter-nya untuk menyelar tindakannya serta memberi amaran keras agar jangan di kacau haknya.

Berikut disertakan empat 'posting' Twitter Fasha, semuanya dibuat pada 9 Jun lalu. Memang menarik untuk dibaca. Selain daripada memberi pendedahan - jika apa yang ditulis itu benar - kepada siapa Tiz disebalik watak Nur Amina, yang turut menarik perhatian adalah pengakuan Fasha tentang status Jejai di dalam hidupnya.

Hari yang indah..My love just made a confession ths morning. Eventhough its was lil hurt, but I can forgive him. The best part was, perempuan tu called my love at 4am. I found out about it last month n I asked her. Then perempuan tu bagi alasan to me that she called on behalf of someone else. Finally my love told me the truth, that she called to ajak lepak with her in subang. To that lady, u better watch out, don't mess with me ya. I got all the prove in the world. Dulu u dah call bf almy nadia pukul 3pg, n semua org production tau. Jgn sampai aku n almy reveal everything!

Yup, desperate gila. Dulu masa almy cerita I dengar je.. Bila kena kat batang hidung sendiri baru I tau. Dia ingat semua org nak dia kot. So pathetic RT @Natasya Syaa: @NurFashaSandha eeeuuuuu mmg x th malu punya pompuan...apelah call guy at 3 to 4 am n ajak lepak, aiyooooo desperate ea..

I tak sangka, selalu nak ajak I keluar with her, rupanya ada intention nak try my bf. Not only that, dia tu dari dulu memang kaki club, tapi ada pulak isu kononnya I ni yg ajar dia buat itu ini. I ramai saksi that she was the one yg selalu sangat beriya iya ajak ajak I lepak with her. Crazy lady. RT @SitiTakhirah: @nurfashasandha good choice. hope that woman finds her own life.

I yang ajar dia pergi club??? Excuse me... Ramai saksi2 yg tau..., siapa yg selalu ajak siapa. Dia tu bukan budak kecik. Memang dia dah dewasa. Kenapa pulak I nak ajar dia pergi club? Sebelum I kenal dia, mmg dia dah kenal..apa itu club. Sekian,terima kasih. RT @nurazreena: @NurFashaSamdha Sapa laa orang tu. @TizTIzTiz ke? Sebab dulu penah dengar gosip u yang ajaq dia clubbing semua.

Sumber dari Gua.Com

Terima Kasih

24 June 2010

Dendam Orang Minyak Makin Mengganas


Selamat malam cikgu. Eh salah pulak. Belom nak tido kan. Nampak tak title ngexz atas tue? Ada sesape perasan tak Slot Lagenda kat TV3 kita dramanya dah bertukar daripada Sayang Cendana kepada Dendam Orang Minyak. Ngexz memang mencanak depan tv tengok Dendam Orang Minyak dari episod pertama lagi. Dan sekarang jalan cita makin best. bak kata pepatah " Orang Minyak makin mengganas. Rugi kalau uolls tak tengok. Jom ngexz kasi sinopsis cita ni kat uolls supaya kalau yang tak mengikuti dari mula cita ni dapat paham jalan cerita ni.


Dendam Orang Minyak yang telah memasuki episod ketujuh menyaksikan kebingungan Fendi (Aqasha), seorang wartawan jenayah yang terlibat dalam siri pembunuhan gadis-gadis tanpa kerelaan diri.Kehidupannya berubah setelah menjumpai dan menyarungkan sebuah cincin permata hitam dalam laci arwah ayahnya.Setelah diberikan amaran oleh ibunya, Fendi cuba menanggalkan cincin tersebut tetapi gagal. Malah dia langsung tidak sedar apa yang telah berlaku.Fendi telah dipergunakan oleh Wak Man untuk mencapai tujuannya dan dirasuk oleh Orang Minyak iaitu Lamin (Azhan Rani) yang mahu membalas dendam terhadap generasi musuh-musuhnya.Aina (Melissa Maureen Rizal) selaku pegawai penyiasat kes tersebut gagal menemui apa-apa maklumat dalam penyiasatan kes pembunuhan tersebut.

Fendi mula mengesyaki tujuan sebenar Wak Man yang memandikannya dengan minyak hitam dan mahukan penjelasan daripadanya.Wak Man cuma mentertawakan Fendi dan menyatakan bahawa dia tidak mampu melarikan diri daripada keturunannya.

Dalam mimpi aneh yang dialami oleh Fendi, dia sebenarnya mengimbas kembali kehidupan Lamin sebelum bergurukan Joyo.Setelah isteri Lamin, Melati diperkosa dan dibunuh dengan kejam, Lamin mahu menuntut bela daripada Semandan rakan-rakannya namun dihalang oleh Pak Guru Anding.Seman telah bersumpah bahawa dia tidak membunuh Melati tetapi mengesyaki bayang gelap yang sering merayau di kampung pada waktu malam.Lamin meninggalkan kampung dengan dendam dan bergurukan Joyo. Demi mencapai kekebalan dan kesaktian seperti Joyo, Lamin perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.

Lantas, adik-adik perempuan musuhnya menjadi mangsa Lamin. Meskipun Lamin berjaya dibunuh oleh Bakar dengan buluh kuning tetapi malangnya, dendam Lamin tidak berakhir di situ.Walaupun tidak berdaya untuk melawan Lamin yang kini berjaya menguasai dirinya, Fendi tekad melepaskan diri daripada rasukan tersebut termasuk sanggup memotong jarinya.

Aina pula berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar di samping mengambil berat tentang perubahan yang berlaku pada Fendi.

Dapatkah Fendi menyelamatkan diri daripada rasukan orang minyak tersebut? Apakah Aina berjaya membongkarkan rahsia Fendi dan apakah tindakan yang akan diambil kemudian?


sumber daripada mystaronline


Terima Kasih

16 June 2010

Download The Karate Kid (2010)


Fewittt..Lama kan ngexz menyepi jew. Menyepi bukan bermakna ngexz telah melupakan teratak kesayangan ngexz ni. Cuma ketandusan idea nak publish entry jew. Hehehe. Sekarang pun ngexz duk umah tanam anggur jew. Kekadang buhsan gak hidup sebegini kan. Uolls pa citer?

Ok ngexz tak nak celoteh pepanjang lagi kat entry kali ni. Ngexz cuma nak tanya, uolls dah tengok kew cita terbaru Jackie Chan tu yang bertajuk The Karate Kid. Taw tak uolls ni kemunculan filem best giler ni. Kalo belom tengok jom download The Karate Kid sini.Free je ni

**ni link terbaru ngexz amik.Link yang lama dh remove.2 yg uolls xdpt download.

http://hotfile.com/dl/49228960/9384a45/jgn-dok-kutuk2-org-la.rmvb.001.html
http://hotfile.com/dl/49229414/f0ca873/jgn-dok-kutuk2-org-la.rmvb.002.html
http://hotfile.com/dl/49230307/803b70a/jgn-dok-kutuk2-org-la.rmvb.003.html
http://hotfile.com/dl/49230402/b5c8ae1/jgn-dok-kutuk2-org-la.rmvb.004.html

Nak tengok full movie ni uolls kena download semua 4 part file yang ngexz attach atas tue k

Selamat menonton

Terima Kasih

09 June 2010

World Cup 2010 Anthem


Woah,bahang piala dunia memang amat terasa sekarang kan. Para kaki bola, kaki botol, kaki bangku sekalian, uolls dah kena demam panas bola ke ni? Fuh!! yang memang fanatik bola mesti tak sabar nak tunggu ni kan. Dan bermula la kembali ceritera demam bola Piala Dunia yang akan bertapak di South Africa ni nanti. Malah ada yang bersengkang mata sampai pagi dek kerana menunggu pemain kesukaan mereka beraksi kan seperti Ronaldo, Wayne Rooney ke malah kumpulan kesukaan mereka seperti Brazil, England dan banyak lagi.

Dan sudah tentu sekali nanti para ibu-ibu bapa-bapa, para pekerja tak kira sektor awam mahupun swasta, buruh binaan, pekerja sendiri (woah panjang melebar plak ngexz) akan mendapat simptom mata panda dek kerana tak cukup tido. Tak cukup tido bukan kerana buat kerja yang disuruh boss. Tapi tak cukup tido kerana tengok bola sampai ke pagi.

Tetapi,sudahkah anda memuat turun lagu tema Piala Dunia 2010 pada tahun ini? Kalau anda belom memuat turun, anda bukanlah peminat setia bola yang uolls gahkan itu. HAHAHA. Jom kita dowload Lagu Wavin' Flag yang dinyanyikan oleh K'Naan.
Klik sini nak download k

Terima Kasih

01 June 2010

OST Benci Bilang Cinta


Uolls layan ke cerita Benci Bilang Cinta yang ditayangkan di Astro Ria setiap hari Selasa sehingga jumaat pukul 6,30 pm dan ulangannya pukul 1 kalau tak silap ngexz. Ngexz layan sinetron Indonesia ni. Bak kata orang sinetron suam-suam kuku gitu. Tambahan lagi pelakonnya merupakan pelakon kesukaan ngexz, sapa lagi kalau bukan Marshanda. Ingat lagi tak sinetron Puteri yang terbuang dahulu. Best kan. Ok jom ngexz ceritakan serba sedikit sinetron Benci Bilang Cinta k.

Sinetron ni dilakonkan oleh Baim Wong sebagai Dimas a.k.a hero dan Marshanda sebagai Winda a.k.a heroin dalam sinetron ni. Sinetron ni mengisahkan Dimas anak orang kaya yang mempunyai syarikat penyiaran yang besar manakala Winda sebagai anak orang miskin sahaja. Lantas, atas wasiat atuk Dimas yang menginginkan Dimas dikahwinkan dengan Winda, maka ahli keluarga Dimas terpaksa akur dengan wasiat atuknya.

Manakalah keluarga Winda yang dipenuhi hutang keliling pinggang terpaksa menerima lamaran tersebut kerana berfikir dapat melangsaikan hutang mereka. Akan tetapi antara Dimas dan Winda mempunyai perjanjian sulit iaitu perkahwinan mereka merupakan kahwin kontrak iaitu selama 6 bulan sahaja. Kedua-duanya bersetuju.

Selepas sah menjadi suami isteri banyak gler scene best antaranya lawak bodoh yang dibuat oleh Winda untuk membuat Dimas tersenyum dan yang paling penting kedua- dua mereka seakan- akan sudah menyimpan perasaan cinta. Sepupu Dimas iaitu Aditya seolah-olah menyimpan perasaan sayang kepada Winda.

Kita tengok apa yang berlaku seterusnya. Ngexz tak sabar nak tengok episod seterusnya. Uolls tengok la. Rugi tak layan.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign