Pages

|The Comrades|

24 July 2010

Justin Bieber jadi bintang tetamu musim baru CSI


Justin Bieber ouh Justin Bieber..... Tetiba mode ke arah lagu-lagu Justin Bieber. Perghhh.. Ngexz tak berkelip kalau tengok bibir seksi Justin Bieber. Memang bisa mengoncang hati beb. Tak caya try tengok sendiri. Belom lagi face to face ngan Justin tue..

Ok sebenarnya ngexz terbaca info terbaru berkenaan dengan Justin Bieber si bibir seksi ni.HAHA. Uolls nak taw dia akan jadi bintang tetamu dalam musim baru Crime Scene Investigation weh. Ni yang membuat ngexz tak senang duduk nak tunggu CSI musim baru keluar ni. Tak tahu lagi dia keluar dalam CSI NY ke, CSI Miami ke, Las Vegas ke. Harap- harap dia kuar dalam CSI NY kan.

Menurut info ni, Justin akan melakonkan watak seorang remaja bermasalah yang berdepan dengan satu keputusan yang teruk berkaitan dengan satu-satunya abangnya. Erk.. tak nak aku cerita panjang- panjang, kang tak suspen la kan. Tunggu jer la.

Kalau nak diikutkan, CSI musim baru akan ditayangkan pada 23 September gitu. So tunggu jer la...

p/s Justin Bieber mengingatkan ngexz kepada Aaron Carter yang masa remajanya dulu bisa mengoncang hati para gadis gak kan.
Terima Kasih

23 July 2010

Hala Tuju Blog


Malam peeps!! Dengan segala hormatnya, pada hari ini ngexz dengan merajinkan diri "mengupdate" teratak ngexz yang bersawang kerana tidak dibersihkan. Wakluuuu jer intro gitu kan. Oleh kerana banyak permintaan yang nak ngexz update blog (padahal Nana je yang suh update, macam la pames aku ni kan), so ngexz update jer la walaupun takde bahan nak update. Biarla aku merapu meraban je sini kan. Hujung minggu gini malam- malam memang banyak masa aku nak susun kata-kataku dengan begitu mulus lagi sebab Incik Kiroro takde nak kacau aku time aku menyusun ayat- ayat munga. HAHAHA.

Uolls nampak tak title atas tue. Uolls rasa aku nak berdiskusi pasal ape kali ni? Tutorial, loyar burok, gosip? Hah, uolls rasa ape? Rasa oren.hahaha. Ok entry ni ngexz nak cita la panjang cikit tentang blog ngexz ni kan. Kalau uolls perasan archive blog ngexz bermula tahun berapa dah? 2007? 2008? 2009? .Uolls g la tengok sendiri. Aku pun lupa gak.

Kalau nak dipendekkan cerita mula- mula aku aktif dalam berblog bukan kerana hendak pames or whatever(pames ke aku?). Tapi hanya sekadar nak memenuhi naluri aku yang agak obses kepada dunia maya (dulu la) . Yer la kan pantang nampak cikit benda baru, mula la nak cuba walaupun sedar diri tak taw ape-ape. Seluk sini seluk sana akhirnya baru aku taw apa itu blog sebenarnya. Mula memang aku merapu meraban jer dalam sini. Tak caya cuba tengok entry 1st aku tulis ( kalau aku belom letak dalam draf la ). Sampai kan nak g jamban pun aku bagitaw. Lawak kan.

Era pertengahan pulak, ngexz nengok blog ngexz seakan dah menjadi matang(cikit jer tue nak setaraf ngan otai). Paling mongok nyer aku walaupun dah join lama dalam dunia blogger, tapi aku tak taw blog ni boleh menjana pendapatan. Sampaikan satu hari time aku berjalan ke rumah Sepet (ala sapa tak kenal budak ni. Kira pames gak ni) dan terbaca entry sepet yang bercerita berkenaan dengan pendapatan yang beribu beriban dia dapat daripada Nuffnang. Maka dari situ aku mula mengatal nak join Nuffnang. Seminggu aku test, hasilnya memang memberangsangkan walaupun pada mulanya aku dapat 20 sen kot.

Bermula dari situ aku mula ingin mencari identiti sebenar blog aku supaya pembaca duduk melekat kat blog aku. Dan akhirnya sehingga entry ni ditulis, blog aku telahpun mempunyai sebanyak 300 lebih Follower ( Thank Uolls sudi follow aku). Macam mimpi pulak aku mendapat sebanyak itu. Dan masihku ingat lagi kerana taksub nak mendapat income lebih, aku bersama blogger2 lain mula menjadi sang kelawar dengan membuat pelbagai aksi untuk mendapat extra income. Apa lagi aksi tembak menembak iklan yang timbul apabila tepat jam 12am.(Tak caya tanye nana, eqa, aie, kak fare, kak dahlia and banyak lagi geng aku).Aktiviti blogwalking aku masa tue memang dahsyat gler sampaikan dalam sehari aku dapat 1k visitor. Tapi sekarang?
Uolls nampak blog aku ada perubahan ke daripada apa yang aku cakapkan ni? Macam tunggang langgang jer ayat aku. HAHA.(ops tips tulis entry mane boleh taip perkataan "HAHAHHA" banyak sangat).kihkihikih

Oh yer berbalik kepada identiti sebenar blog aku. Pada mulanya aku ingin memenuhi ruang entryku dengan tutorial. Akan tetapi visi utama aku semakin tersasar apabila masa tersebut terlalu banyak isu semasa muncul. So aku pun lari kepada isu semasa sehingga aku terjah ke dunia artis glamer. Wow!! Amat memberangsangkan sehinggakan aku terfikir maybe aku pelbagaikan entry dalam blog aku supaya visitor tidak bosan terjah ke blog aku kan.

Habis bab identiti. Sekarang aku nak citer pendapatan aku selama mengenali blog boleh menjana pendapatan pasif. 1st payment aku dapat rm400++. Not bad kan. 2nd aku dapat seratus jew. Then yang baru2 ni aku dapat 1k++( Walaupun agak lewat menerima kan). Aku tulis entry ni bukan nak show off or so whatever. Tidak sekalipun ok. Otai- otai jangan berang ok. HAHA. Saje jer ni nak penuhkan blog aku yang bersawang. Aku nak berjaya macam Redmummy tue..Auww

Mai ai panjang giler dah aku taip weh. Boleh aku stop sini ke? Alamak!! Tapi ada benda lagi aku lupa nak bagitaw la.

^
^
^
^
^
^
^
^
Cuma nak bagitau Kiroro kim salam kat aku la. HAHAHHAHAHA.

ntah ape- ape ntah kan. Ok la better aku stop sini


p/s perasan tak kali ni aku banyak gunakan "aku" berbanding before ni aku salu guna "ngexz", Transformasi okie!!

Terima Kasih

19 July 2010

Ngexz In da Club

wow 1st time update blog gun window live writer..besh gak kan.Erkk macam jakun plak ngexz.kahkah.yer la kan kebelakangan ini berukband memang sungguh memedihkan hati ngexz. Slow tahap babun jer. Wow!! Kali ni ngexz takde nak wat entry berkenaan dengan hal lain. Lama pulak tak wat entry pasal personal ngexz kan. Yer la kalau selalu wat entry pasal personal aku, kang termuntah plak korang nak baca blog aku. Last2 xde saper nak jenguk teratak buruk aku.

Sekali lagi ngexz puji ni. Besh gak update blog guna WLW ni kan. Ni pun sebab ngexz terbaca dalam entry sis Dahlia yang blh update entry guna WLW. Yang beshnyer time offline pun kita dapat update blog. Ape susah letak jer dalam Draft kan. Then online, main publish jer lagi. Ngexz sajer jer nak try guna benda alah ni. Kalau berjaya, teruskan jer kan.

Opss, uolls apa citer? Dua tiga menjak ni ngexz jarang jenguk umah uolls babe. Sori la k. Blogwalking pun sempat singgah 2 3 buah umah member jer, 2 yang lama uolls tak nampak nick ngexz nyebok kat cbox uolls. Kalau tak memang full la cbox uolls ngan popek ngexz kan. Haha. Kalo ngexz ingat la bila tepat jer jam 12am, mula la geng2 blogger wat serbuan ke rumah member- member. Best gler ngexz rasa time tue. Tambah2 lagi geng kedai kopi Nanajoe, Eqa, Aie , dan banyak lagi. Memang akan sedia nak aksi tembak menembak kan. Sampai last2 aksi tembak menembak terpaksa diberhentikan selama beberapa bulan sebab akaun innity digantung. HAHAAHA. Padan muka kita kan. Sapa suruh tamak giler nak klik sampai beratus kali iklan. Woah ngexz ingat lagi keesokkan paginya, mula la nak tanye berapa earning selepas aksi tembak menembak semalam terutamanya si Nanajoe, Sis Dahlia. Paling kaya time tue Si Aie. Sunggoh ko tembak kan Aie.Sekarang akaun dah diaktifkan balek. Cuma sesetengah uolls jer pasang balik kan sebab payment lambat masuk. HAHAHA. Sabar jerla kan.

Ok enuff cita pasal tembak menembak, Sekarang nak cita apa ngexz wat sekarang. Yer la kan kite kan sekarang dah jadi penganggur terhormat. So teramat la buhsan duduk kat rumah. Baru ngexz tahu macam mana rasa orang yang takdo kerja bertahun- tahunkan. Lain la orang yang memang pemalas nak kerja. Even bertahun- tahun tak kejo pun memang takdo rasa buhsan.

Mai ai, tak sedor la tulis panjang- panjang gini. Udah ler weh, kang uolls termuntah pulak baca post aku ni. Yer la kan teruja ckit guna WLW ni. Thank yer sis Dahlia bagi cara gini. Boleh la ngexz update hari2.(Kalo rajin). hahaha



p/s Miss u damn much Kiroro

Terima Kasih

15 July 2010

Sinetron Benci Bilang Cinta |Ngexz


Sapa peminat setia Sinetron Benci Bilang Cinta? Kalau nak tahu sekarang sinetron tue dah episod 34 tau. Pergh jalan cerita memang makin santek i tell u oiiiii...Rugi sapa yang dah ketinggalan cerita ni. Dan kepada sesiapa yang ketinggalan sinetron ni pada pukul 6.30 petang, uolls boleh tengok ulangan pada keesokkan harinya pada pukul 9 pagi dan 1 petang.

Jap yer ngexz nak review ckit jalan cita dia episod 34 nih. Yang paling special sekali bila Winda disahkan hamil beb. Uolls dah taw kan yang Dimas ngan Winda dah lari dari rumah. Pergh memang bahagia habis dorang beb walaupun hidup gitu. Pak Rian pulak dah meninggal dan Aditya masih mencari kehilangan Dimas & Winda. Rasa-rasanya Aditya dah boleh menerima kenyataan kot.

Yang paling lawak pulak, Winda mengidam nak tengok muka ayahnya. So, Dimas pergi la cari idea macam mana nak tunaikan hasrat Winda tue. Sampai upah wartawan olok-olok beb. Takut Winda kempunan.

Kalau sesiapa yang mengikuti cerita ni memang makin best weh. Rugi uolls tak tengok. Uolls teringin nak download sinetron Benci Bilang Cinta ni tak? Ala melambak jer TV online tue, Uolls download jer dari sana.

Kalau ngexz rajin, nanti ngexz tempek link dia kat sini k

Terima Kasih

13 July 2010

Saya Suka Myvi Limited Edition | Ngexz

Auwwwww.. hari ni sungguh teruja bila nengok blog Cik Puan Aina berkenaan dengan keluaran Perodua terbaru tak lain tak bukan Perodua Myvi Limited Edition khas untuk cewek-cewek beb. Ala khas untuk kaum Hawa la. Pink lagi tue. tak caya tengok ni. Memang cantik giler i tell u oit.. Tak caya jom usha gambar yang ngexz maksudkan. Naaaa... Lepas ni memang melambak la kaum Hawa merempit guna Myvi pink ni nanti. Dan makin tinggi la kejelesan ngexz nak merasa jugak.. I wanttttt!!


Bukan setakat luaran je cun, malah Myvi LE ni banyak keistimewaannya. Ada AirBag lagi


Tengok jer la dia punya interior. Pergh memang marvelous la kan.

Mesti ada juga yang jeles ni kan sebab Myvi LE choices for Ladies ni baru je kuar kan. So yang dah beli keta tuh, tak yah berangan nak tukar kereta anda. Dan kepada ladies- ladies yang kemaruk dengan kaler pink, apa tunggu lagi.. Serbu Perodua, beli sebijik. Kang melepas jangan nanges



p/s Nanajoe, apa tunggu lagi beb...


Terima Kasih

01 July 2010

Fasha dah " Declare" Jejai Boyfriendnya| Ngexz



"Saya mengakui sudah mempunyai teman lelaki. Saya bersedia untuk 'declare' sebab sudah sampai waktunya. Saya sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman istimewa dalam hidup saya. Sebelum ini kalau saya tak cakap pun, orang akan cakap ya. Saya tak nak sorok. Lepas ini, dia pun tak payah nak 'cover line' untuk tunjukkan yang dia cintakan saya. Dia merupakan 'boyfriend' saya yang serius selepas Sharil.

"Saya tak nafikan, mesti ada yang tak suka tapi saya tak boleh puaskan hati semua orang. Tapi nampaknya peminat di 'fanclub' saya boleh terima (perhubungan kami)," umum Fasha Sandha kepada para wartawan yang telah hadir petang tadi untuk majlis beramah mesra dengan barisan pelakon drama Duyung Aridinata di Slot Lagenda TV3 , bermula 12 Julai depan, jam 4.30 petang.

Begitulah pengakuan yang telah dibuat oleh Fasha sendiri ketika ditemubual oleh Gua.com. Dan akhirnya Fasha mengaku bahawa bekas suami Nora Danish telah rasmi menjadi kekasih hatinya apabila Jejai telah menghadiahkan cincin sebagai tanda hubungan mereka berdua. Hebat tak lakonan Fasha selama ni?

Menurut Fasha lagi, keluarga masing- masing sudah mengetahui hubungan mereka berdua dan terpulang kat keluarga lagi nak menerima ke tidak hubungan mereka. Malah fasha dengan bangganya apabila Jejai sanggup terbang menaiki helikopter ke tempat penggambaran " Duyung Aridinata" semata- mata nak menyerahkan cincin berlian kepada Fasha. Fuh!! Hebat lah tue kan.

Fasha juga mengakui bahawa hubungan mereka telah menjangkua 7 tahun. Wow!! masa yang lama tue kan. Agak- agak uolls mesti sebelum berkahwin dengan Nora Danish dah kan. Lupakan la.Hope Nora Danish bahagia dengan puteranya Putera Rayqal. Malah ditanya sendiri kepada Fasha adakah dia menerima Rayqal atau tidak, Fasha menjawab dia bersedia menerima seadanya. Yer ker ni. HAHAHA. tengok je la nanti kan


Sumber: Gua.Com
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign