Pages

|The Comrades|

25 October 2010

Kembalikan Bekas Kekasih |Ngexz

Selamat pagi di hari Isnin uolls. Amacam hari ni? Ada bagus ke ceritera di hujung minggu? Mesti rasa malas nak pegi keja bagi yang bekerja kan. Well, besa la hari Isnin memang semua orang tak suka kan. Ouh yer aku tak nak buat intro panjang lebar, takut idea kat kepala ni ilang melayang. Maklumla tengah mode merindui kiroro ni.


Uolls teka nape title aku buat gitu.Kembalikan bekas kekasih? Hurm, macam nak guna-guna ada gak kan, senyongyong pun ada rupa nya kan.HAHA. Uolls tahu tak mana aku dapat title tue. Semua tua aku dapat dari keywords visitor yang search kat blog aku. Baik uolls ngaku sapa yang gila search keyword gitu.Hurm, maksud aku uolls cari untuk apa? Untuk balas dendam ngan bekas kekasih uolls ke. Bahaya la uolls ni kalo nak balas dendam ngan ex uolls. Takut aku.




Aha, amacam uolls ada jumpa tak petua nak dapatkan kembali bekas kekasih uolls kat blog aku ni? HAha. Ntah entry mana satu pulak yang ada letak keywords gitu ek. Aku pun lupa dah.Aku rasa maybe kat entry nasi kangkang yang aku buat dulu kot.

Jangan uolls, jangan wat yang bukan-bukan. Dah la dulu, ada visitor yang cari keywords KIRORO SUDAH MATI. Giler uolls ni, macam-macam ragam visitor ni kan. Ker uolls nak seru balik bekas kekasih uolls kembali ke pangkuan uolls? Nanti boleh kembali lagi ngan uolls la.Tue yang dok search kat internet kan kalo-kalo ada tips nak dapat balik. Lawak la kan, tapi takut pun ada. Dah la 4 hits lagi tue dari keywords KEMBALIKAN BEKAS KEKASIH. Nampak sangat sang pencari tue berusaha keras nak kembali ke pangkuan bekas kekasih dia kan.

Apa-apa pun, jangan wat kerja kotor kalau betul-betul nak kembalikan kekasih uolls tue. Guna cara baik jer babe.



Terima Kasih

22 October 2010

Proton Inspira Inspirasiku| Ngexz


Nampaknya aku agak ketinggalan untuk menulis entry berkenaan dengan sebuah lagi kereta baru yang baru dilancarkan baru-baru ini. Mesti uolls dah anggap citer ni dah basi bagi uolls. Tapi bagi aku masih fresh suam-suam kuku gitu dowh!!

Sapa jatuh cinta dengan Proton Inspira? Plish angkat ibu jari kaki. Aku semacam tertarik kan. Tapi model kali ini kira lebih padan dengan orang yang sudah berkeluarga. Betul tak? Yer la luas lagi dalam tue. Auww. Harga pun agak suam-suam kuku antara RM79,888 hingga RM95,000 jer.

Kalau uolls nak tahu Inspira ni merupakan model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp.Apatah lagi Inspira ni ditambahbaik dengan penambahan teknologi Lotus babe. Naaa, sapa tak cair kalo ada Lotus ditambah.

Bukan itu sajor. Proton Inspira turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).

Hah apa lagi meh pakat ramai-ramai tukar keta g proton Inspira babe..

Terima Kasih

19 October 2010

Cicak Tokek Dapat Ubati Penyakit HIV/AIDS ke?| Ngexz




Sejak dua menjak ni aku dengar ramai giler orang bz nak cari cicak tokek@ gecko terutama orang kampung. Uolls tahu tak apa sebab tokek tiba-tiba menjadi kegilaan orang ramai sekarang? Jual jer dapat beribu ringgit beb. Bayangkan 300gram jak dah ratusan ribu. Uolls tahu tak macam mana rupa cicak tokek yang ribuan ringgit ni? Bukan macam cicak yang selalu kat rumah kita tue. Kalau cicak tue, beriban kat umah aku ni.

Hah amacam sekarang..Ada berani tak?Paling lawaknya ada yang sanggup berhenti kerja sebab gara- gara nak cari cicak tokek. Selalunya cicak tokek boleh didapati dirumah-rumah sebab cicak jenis ni dorang anggap suka jaga rumah la konon. Kalau semua orang dah memburu cicak tokek, maka cicak-cicak ni lari la menyelamatkan diri kan. AHHA.


Ok ni aku amek dari utusan mengenai cicak tokek ni.

Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di sini yang memiliki dua ekor cicak tersebut berharap satu kajian saintifik dapat dilakukan bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.

Mohamad Fauzi Mohd. Norman (gambar), 42, berkata, dia mula memelihara dua ekor cicak tersebut selepas salah seorang daripada saudaranya memberikan haiwan itu kepadanya sebagai cenderahati.

Menurutnya, saudaranya itu menangkap cicak tersebut di kawasan hutan Hulu Terengganu dan ketika diberikan kepadanya, dia tidak mengetahui keistimewaan haiwan itu.

"Saya bertanya kepada kenalan dan merujuk dalam laman web mengenai spesies cicak ini sebelum mendapati ia amat bernilai kerana mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak miliknya yang berusia tiga bulan itu dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.

"Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.

Dalam pada itu, dia turut dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.

"Saya anggarkan dua ekor cicak tokek yang saya pelihara ini masing-masing seberat 100 gram dan 90 gram. Tetapi saya percaya ia mampu untuk membesar lagi,'' katanya.


**ni tokek milik Encik Fauzi

Pernah gak aku dengar ada sorang tue dia tak tahu apa-apa pasal kelebihan cicak tokek ni, maka diberinya free-free lagi cicak tokek tue kat seseorang. Apa lagi yang sorang ni diberi benda free, terus dijualnya cicak tokek tue. Dah la cicak tokek tue berat sampai 1kg. Pergh, memang kaya terus dowh!!. Cuba bayangkan kalau dah berjuta- juta menjual seekor tokek saja, memang tak perlu kerja dah kan. Goyang kaki jer dok umah. HAHA

Naa, ni tokek paling besar orang pernah jumpa..Tuan punya ni mesti dah kayo kan..


Terima Kasih

Ini olang bikin gua panas wor| Ngexz

Haiya, manyak panas ini ali owh. Hati pun manyak panas. Aiya susah la ini macam wor. Lain lu cakap, lain lagi ali lain lu cakap. Apa barang ni. Lu manyak tipoo wor. Lu suda amik duit, then barang lambat sampai wor. Ini macam bikin gua susah manyak lama tunggu.

Amacam, boleh blah tak ayat-ayat tue atau masih bernada lembut? Adoi macam nak cakap bahasa atas tue jer kat bawah ni tapi takot uolls tak paham nanti. HAHA. Ok, meh aku jelaskan kenapa aku bengang giler. Ni semua pasal satu photo centre tempat aku bergambar studio sempena konvokesyen aku hari tu la. Nak aku gitaw naka photo centre tue ke? Tak yah la k, takot tak ada orang datang nanti kedai tu.

Actually macam ni. Aku kan konvo 10 Oktober hari tue dan sidang aku sebelah petang. Aku g la ambik photo studio sebelah pagi sebab takot sebelah petang ramai lagi yang nak ambik. So deal la dengan dorang ni semua. Tanya dapat amek keesokkan harinya ke tak. Dorang gitaw tak dapat. So, aku prefer pos laju la sebab malas nak ulang alik dah. Masalahnya, aku tak tanya pun bila boleh pos, dorang sendiri janji nak poskan hari Isnin bersamaan dengan 11 Oktober okie!!.

11 Oktober tak call lagi sebab fikir dorang memang dah poskan, so call la hari rabu selepas tue sebab tengok tak datang-datang pulak barang yang dipos padahal pos laju then padahal sama area situ jer kan. Paling lama pun 2 hari kalo abang posmen bercuti**erm**

Sabtu lepas call dorang nak gitaw nak g ambik sendiri kat ofis dorang, dorang kata boleh ambil, then sampai jer kat depan pintu ofis dorang, call dorang lagi, dorang cakap apa.... Dorang cakap "sudah pos hari jumaat itu worr" WTF la kan dorang ni. Geram giler aku dengan dorang. Banyak giler alasan dorang bagi. Kata belum edit la, belum pos la. Mangkuk betul la. Kiroro pun macam dah bengang dorang sampai ke hari ini aku & kiroro call dorang. Aku call lain, Kiroro call dorang jawab lain lagi. Aiya mana satu betul ni. Nak ambil duit kita cepat jer dorang kan, tapi service macam vaviiiii

Esok aku nak call dorang balik nak tanya no parcel sebab dorang janji nak poskan esok. Kalo dorang gagal bagi no parcel, alamatnya dorang memang belom pos la tue kan. Mana aku tak bengang weh, bila janji mula sedap jer dengan kan, then sampai kita nak perlukan cepat benda tue, dorang lengahkan lagi. Go to Hell la vavi.. kalo aku taw haram aku nak photoshoot tempat korang ...

p/s fuhhh.. pedas giler entry aku ni.. so takdo sajian gambar ookieee

Terima Kasih

17 October 2010

Ex boleh jadi Kawan Ke? | Ngexz

Zasssss... Amacam melatop tak aku punya title atas tu. Lama gak nak pikir title yang sesuwei untuk entry aku kali ini. Time boring gini memang rajin jer jari jemariku menaip. Bak kata orang menaip ikut gerak jari, tapi tak tau ada maksud ke tak yang aku taip, ada ke tak orang baca kan.. Lantak la kan. Asal aku puasssssss

Aha, so macam mana uolls rasa? Boleh jadi kamceng ke bekas kekasih uolls dulu. Kalo aku? Camner ek? tak boleh lah weh, memang HARAM nak mengatakan boleh. Kenapa? Jangan la tanya kenapa. Malu nyahhhh.. Ok ni reason aku k.

1.Yer la kang kalo kawan balik, mana tau cinta lama berputik kembali kan. Kang gigit jari kekasih baru uolls.HAHAHA. Itu reason aku la kan.

2. Mana tahu si ex ni ada sebab tertentu nak buat kat aku kan then dia eksyen la jadi kawan aku. Mana tahu ada plan jahat dia nak wat kat aku. So better jangan la. Negatif thinkin okiee!!

3. Malas nak kenang masa lampau kan. Buat apa nak rujuk semula ngan dia. Sapa suruh tinggalkan dulu kan. Sekarang baru nyesal. Maybe dia jeles tengok kebahagiaan uolls, then berusaha nak musnahkan dengan cara kawan balik dengan U. Hah.. ada berani tak statment aku. Dont try la..

4. Dah dia pernah bercinta dengan ko dulu, ko sanggup ke nak jadikan dia kawan balik after ko dah break dengan dia? Hah ask urself. Aku?? Nononono...

5. Memang aku tak nak la weh, nak jawab apa lagi..haha

Yezaa...tue la reason aku kan. specific tak. Lantak la specific ke tak yang penting tue jawapan aku. Kiroro camner? Dia gitaw tak boleh nak kawan balik takut cinta berputik kembali.HAHa boleh blah jer jawapan gitu kan

Ni separuh dari komen kengkawan yang aku post kat facebook. Apa-apa pun tiap orang berlainan reason kan..





Terima Kasih

AKU DECLARE TIKUS MUSUHKU SAMPAI BILA-BILA| Ngexz

15 oktober 2010. Tarikh yang sudah semestinya aku akan ingat sampai bila-bila. Kalau dapat sampai akhir hayat dowh!!. Habis sudah ceritera konvokesyen aku, so now masa nak penghantaran semula jubah & mortar board. Kebetulan aku decide nak hantar hari terakhir sebelum terkena denda lewat bila hantar after 15hb.

Pagi tue bangun awal, excited nak menjejakkan lagi ke UNIMAS. Alamak! Where is my mortar board? **dahmulapanik**. Paling tak boleh blah dah pikir ni mesti kes tikus bawa lari. Bawa lari jer ok lagi asal jangan gigit bahagian mortar board tue. Pagi tu, aku cergas nak mampuih dok cari mortar board aku. Memang tak pikir lain dah, finally jumpa bawah katil. WTF when tengok rambu-ramba mortar board dah habis. Sisa-sisa pun langsung tak ditinggalkan. Tapi aku tetap gigih gak nak cari rambu-ramba tue dengan sabar. Yer la mana tau boleh jahit balik kan.

Huh, memang tak dapat cari. So, aku pasrah jer la. G hantar je. Aku cepat- cepat bukak laptop aku then tengok PEKELILING PENDAFTAR. Terus cepat je aku scroll ke bahagian JUBAH. Nengok bayaran berapa kena bayar bila mortar board rosak. OMG!!Oh Menarik Gila. RM100!! Jubah? RM1000. Fuh!!nasib kena bayar RM100 je walaupun nilai itu agak besar sekali bagi aku yang masih menganggur kan. Nak tak nak kenala bayar pagi tu gak. Kalo tangguh bayar, transkrip aku memang tak boleh ambik.

Dan saat-saat pemulangan & pembayaran jugak, masalah menimpa-nimpa ibarat mencurah-curah. SYSTEM DOWN!! Huh. system unimas down, so memang tak boleh nak bayar dulu la kan sebab semua perlu di key-in dalam sistem. Bila boleh siap? Dorang pun tak tau coz bukan dorang yan incharge. So aku just berserah kat takdir. If hari tue tak dapat gak nak settle semua tue, alamatnya terpaksa berurusan lagi hari Isnin. Then of coz aku akan dikenakan lagi denda RM10 sebab lambat bayar. (Ikut berapa hari dah lewat)

Nasib baik la ada insa-insan yang masih mempunyai hati yang murni memahami aku kan. Sedikit sebanyak tak la aku rasa down sangat. Nak tak nak aku stay jer situ sampai sistem ok walaupun time tue sistem akan ok or tak. Nasib menyebelahi akhirnya sistem ok, then aku ceoat-cepat settlekan semua urusan. Huh, Settle gak akhirnya. So mortar board sekarang jadi milikku sebab kira dah declare hilangla. Nak tengok kesan daripada musuh utamaku tak?


p/s Sangat berterima kasih sebab jubah aku tak menjadi mangsa tikus durjana itu. Kalau jadi mangsa, memang rm1100 la kena kuar. Ada lagi yang lebih malang bila aku dengar ada gak yang kena bayar rm1100 sebab jubah and mortar board ilang when her car kena curi. Habis semua nan adoooo..




Terima Kasih

13 October 2010

Kechiwaaaaa |Ngexz



urghh lagi entry berkenaan hari bersejarah aku babe. Bila nengok siling, mesti kechiwa menebal giler. Pekehe nih? Yo la kan, bak kata orang bila perkara tue cuma sekali jer berlaku lam hidup kita, kita HARUS memanfaatkan sepenuhnya.

Maka, sampai ke hari ni aku masih kechiwa sebab takdo amek banyak-banyak gambar time konvokesyen aku ari tuh. Waklu jer bunyikan.. Ingatkan apa tadi. Yer la member-member lain semua amek beratus-ratus snap gambar, aku??? Walaupun kiroro dah gitaw punya gedabak banyak aku amek gambar tapi masih cakap sikit. Betoi apo sikit la babe.

Mana taknyer aku kechiwa. Aku tak amek pun picta aku pakai jubah depan pintu gerbang UNIMAS. Penting tue sebab tue impian aku 3 tahun blajor sana babe. Aku tak amek picta aku kat fakulti kesayangan aku pun. Malah aku juga tak amek picta gedik aku kat CAIS a.k.a library canggih aku. Naaa..Sapa tak kechiwa kan babe.

Dah la tak dapot amek picta semua satu geng mafia aku sekaligus. Sebab? Sebab masing-masing hilang entah kemana. Kuar sajork dari dewan konvo, terus memasing bawa haluan masing-masing kan. Jumpa family la, pakwe/makwe la/ member ler..Sebab tue la tak jumpa batang idong lagi.

Lagi satu paling aku kesalkan bila kerugian tak bawa henpon mahupun kamera masuk dewan konvo. Bukan apa babe. Pekeliling Pendaftar dah tulis semua peraturan semasa konvo yang mana salah satunya DILARANG MEMBAWA KAMERA/HANDPHONE/HANDBAG KE DALAM DEWAN KONVOKESYEN.Aku ape lagi, terus skema tak bawa semua tue sampai putus perhubungan sekejap dengan dunia luar. Nengok-nengok member aku yang lain giler gedabak main snap gambar time Naib Canselor bagi ucapan. Siap flash lagi dorang pasang. Hah hamek korang. Aku? Dok tercangok tanpa sekeping picta pun time dok dalam dewan. Uhhh..

Tapi semua tue tak perlu diingatkan lagi kan. Asalaku dah selamat grad.Ok apa tue. hahaha.
Tunggu picta studio aku kuar je lagi ni.



p/s kiroro nampak Alex Raja Lawak hadir gak time sidang aku tue. Masuk dewan konvo lagi tue. Dia datang nengok sapa erk? Awek dia ke, adik dia ke? Ntah la kan. Tak sempat nak tanya.HAHA

Terima Kasih

12 October 2010

Its 101010 | Ngexz

10.10.10. Cantik tak tarikh tue? Of coz la kan. Sekali jer berlaku tu babe. Sangat bermakna kat aku tarikh keramat tu kali ni. Dah la Angkasawan Negara pun pilih tarikh tu untk persandingan mereka, so aku pun ada kenangan tersendiri. It's my convo day ok!!. Hurgh.. memang aku akan ingat sampai bila-bila tarikh tu. Senang jer nak ingat tu.

Aku takde idea sangat nak menaip bila tak disertakan dengan gambar- gambar vogue gitu. Otak ni macam jem berkarat dah. So better aku letak pic then aku huraikan panjang lebar.. Bagus tak?

With kawan rapat a.k.a geng mafia la konon time kampus life. Tapi muka sejibik x iras mafia.Hampeh je kan

Aku main grab je orang yang limpas depan aku then ajak gambar with me. Amacam? Ada gaya mafia. Paling tak boleh blah bila ada media photographer tetiba datang then terus capture gambar kami. Apa lagi terus gedik semacam depan kamera. Mana taw masuk newspaper kan.

Paling tak boleh blah lagi bila ada nengok orang snap gambar guna "kamera ala-ala artis konon", terus cepat-cepat sembunyikan kamera lapok kami. Malu ehs.HAHA

I like this picta.. Sangat ayu kan bila posing maut atas scoot kaler pink. Sambil tahan pinggang ala-ala macam nak tumbang.
Sangat tak boleh blah a.k.a kaget terkejut beruk. Macam orang pegnen pun ado kan..Auww..imagine dulu la kan.Habis konvo dapat kawen cepat2.HAHA..gedik~


Tersangat spoil.Cuba pandang banner atas tue. Kami bukan Pra- U eh.Warning awal.HAHa. pinjam tempat dak Pra-U je sebab tempat lain semua full dek dak lain amik gambar pose sana sini. Alasan~
Aha..Satu-satunya gambar aku ngan Mr Kiroro. Satu ni je aku boleh masukkan. Dalam kamera melambak lagi. Bukan apa, tak mau pulak mamat ni nak aku letak lam blog mahupun facebook. Tapi aku tetap gedik nak letak. Lantak dia la. Bukan apa. Mamat tu gitau tunggu kulit dia putih baru leh letak picta dia banyak-banyak. Boleh bla kan.HAHA..Hah aku siap guna efek style lama-lama dulu tue sebab nak suh kulit gelap dia tak nampak.HAHA.Amacam? still gak gelop kan.kih2..Jangan mare yer kiroro.


Mak ai.panjang dah entry aku ni. Aku stop dulu ehs. Aku nak dengar nasihat pakar kaunseling dari Wanita Hari Ini jew. Dia pesan nak blogging, facebooking, yming ka tak boleh lama-lama depan laptop. Utamakan keluarga. Aha.so aku nak praktis dulu la ni. Kang tak sedar sampai 2 3 jam depan lappy.

Terima Kasih

08 October 2010

And Now we meet Again| Ngexz

Gonjeng-gonjeng eno-eno.. Tetiba jer kan Apakah penyebab.Macam meroyan je.HAHA.Actually aku happy hari ni sebab after beberapa bulan berpisah dengan member-member geng mafia akhirnya hari ini kami dipertemukan semula. Dan yang paling best sekali kami dipertemukan semula di hari kebahagiaan kami selelpas 3 tahun berhempas pulas iaitu hari konvokesyen kiter-kiter la. Ada jeles tak?

Actually hari ni raptai. tapi aku rasa macam tak raptai je
. Mana taknyer kami dok bizi popek sana sini diluar dewan time raptai diadakan. Mana taknyer banyak giler isu kami popekkan. mana tka banyak bila lama gedabak tak jumpakan. Aku pulak baru hari ini amik jubah konvo aku. Yang lain dari Rabu hari tue dah amek. Aku kan suka last minit. So, jangan dok kepo ok.

Hujan renyai pagi tue macam tak hujan je. Mana taknyer aku main redah je hujan-hujan tue sebab dok nak bergambar ngan member. Ditambah pula sempena konvo kali ini, ada minggu seni budaya dan warisan anjuran fakulti seni. Makin meriah la gamaknyer kan. & aku dengar malam esok ada persembahan kebudayaan dari MAKUM. Semua IPTA terlibat babe.

Nak nengok kegilaan kami hari ni tak? Let's go

Aha...Ni yang aku cakap tadi. Orang raptai, tapi kami bizi kat belakang. Yang kiri tue hidung bertampal plaster sebab sehari nak terbang sarawak dia eksiden. Naaaa dapat 3 jahitan kat hidung dia. Kesiankan. Takpe kan cute je lekat plaster kat hidung.Hoho

** Tadi 3 orang je, Then sekarang, haaaa hamek ngko. Ni memang dah cukup korum. Semua berkumpul katakan. Sehat-sehat semua jer nampak sini kan.HAHA

**Sempat gak bergambar kenangan depan pintu gerbang Minggu Seni Budaya dan Warisan tadi. Time ni aku tak tau yang lain mana dah pergi. Memasing hanyut.Mana tak nyer.Bila jumpa geng, terus lekat kat situ, memang tak boleh putus cita dorang.
**Lawak giler nengok gambar ni. Sebenarnya nak buat aksi lompaan kijang, tapi tak menjadi. LAst-last menjadi gak, tapi aku tak boleh masukkan kat sini sebab gambar agak sensitif okie!!HAHAHA

Aku rasa jari korang mesti dah penat scroll down kan. So better aku stop sini. Nanti aku update lagi bila ada kerajinan menjelma.. Tadaaaa


Terima Kasih

06 October 2010

Redmummy[dot] com very da melatop!!


Zasss uolls. Agaknya kali ni aku terperasan rajin ingin menulis entry. Yerla kan sudah lama benar tak exercise tangan ni. Tapi kali ni aku rajin bersebab tau. Sebabnya kerana ada contest paling HANGAT di teratak Kak Red. Hangat camner la kan sampai aku tergoda nak mengatal join. Kalau nak tengok kehangatannya, terjah jer terus teratak Kak Red.

Ok aku tak nak la buat intro panjang lebar, better straight to the point jer kan. Aku join contest ni memang takda undangan dari Kak Red pun. Yerla kan sapa la aku ni di mata Kak Red yang glamer tue kan. Op coz la dia tak kenal ngan aku. Dan aku juga bukan nak cita pasal Kak Red tue. Aku nak cita pasal Redmummy yang glamer siot ehs. Eh bukan Redmummy ngan Kak Red tue sama ke (kalo di translatekan). Kalo bagi kamu-kamu yang tak ikut blog Redmummy dari dulu memang korang rasa sama kan. Bagi aku non sama lor..

Ok apa yang aku tau pasal redmummy ni..

Jika nak diikutkan cita nenek kebayan ni, terperasan kewujudan redmummy[dot]com ni bila dok gatal- gatal blogwalking ke blog member. Jenjalan ke blog ni, kat tepi mesti ada nama blog redmummy[dot]com. Pegi blog yang satu lagi mesti redmummy[dot]com lagi. Aku aper lagi, hebat beno ke redmummy ni sampai rata-rata blog yang aku pegi mesti dorang kasi letak redmummy jadi paberet blog dorang. Terus je aku cekedot blog redmummy[dot]com ni. Mak ai!! Patutla dorang giler paberet kat blog dia. Semua kaler merah. Dari background, rumah, baju, kasut, handbag semua merah. Giler abeh la dia ni (hati aku berbicara tue). Memang fanatik giler la sampaikan aku ada terjumpa entry yang redmummy raih banyak $ dari nuffnang, dapat awards lagi, masuk newspaper, etc la. Dari situ la aku terus tertarik menarik Redmummy memang da boom dan terus menjadi silent reader sehingga ke hari ini.

Paling tak boleh blah bila nengok header redmummy[dot]com ni amat melatop*bukan bodek ok* . Yer la mana tak nyer, aku dok lama-lama lepak kat redmummy[dot]com sebab nak nengok gambar-gambar family kak red kat header tue. Kalo tak sampai habis nengok, memang tak sah. Tue yang mamai kadang-kadang.HAHAHA.

Ingat lagi dulu sanggup dok terjah blog dia time lagi berdomainkan blogspot. Kira nak nengok kisah dari mula la kunun kan. Dah terjah baru tau rupanya gini. Mula time masih dengan blogspot, aku nengok redmummy[dot]com punya entry masih bersepah macam entry aku mula berjinak ngan blog gak **kira sama la kita kan kak red**HAHA. Dah bertukar domain g [dot]com, baru aku nengok entry dia very da melatop. Tak caya tengok tue. Entry pun pendek-pendek belaka. Sekarang? Mak ai..dok tercungap aku baca.


Tapi walaupun silent reader, aku tatop takut nak menegur empunya redmummy[dot]com ni. Aku rasa RedMummy]dot]com ni memang dah berjaya menambat semua hati pembaca kot terutama aku.Yuhuu.. Yerla kan kalo tak berjaya, takkan sampai media nak kejo-kejo, intebiu redmummy bagai kan..Bukti tue babe sampaikan redmummy[dot]com dah secara rasminya didaftarkan dalam LHDN kan kan kan..

Alahai kalo la aku ada blog macam redmummy[dot]com ni, memang hangus la vontot aku dok kejo2 event sana sini. Yer la dah blog pames kan mesti banyak undangan. Tul tak Kak Red? Teringat time entry beriban-riban dulu time Abang kena H1N1. Gigih giler aku baca tiap hari. Dok berpinar mata sebab blink-blink nengok background kaler merah. Demi redmummy,[dot]com aku berjaya tempuhi nauuuuu.

Yang paling lain dari yang lain redmummy[dot]com ni semacam nak mesra pembaca la kan. Ala-ala nuffnang gitu babe. Macam mana? Cuba uolls nengok kat bahagian atas tue. Ada "ask Red" kan? Aha, yang ni la aku kata redmummy[dot]com bukan saja dok nulis pasal personal & family dia tapi dia mesra ngan pembaca-pembaca dia. Kalau ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan atau ada masalah ker nak luahkan, luahkan ajork di redmummy[dot]com. Maybe pembaca lain boleh selesaikan masalah uolls tue dengan jaminan personal detail uolls akan dirahsiakan kak red. Sudah terang lagi bersuluh kan, redmummy[dot]com ni lain dari blog-blog yang kita selalu jumpa. Kalau ada pun cuma detail empunya blog tue jer yang dikongsi.

Panjang dah entry aku ni. Takpo biar berpinau mata si pembaca bila sekali aku bold semua word ngan kaler merah. Kang terus ditendang sebab tak ikut syarat kontest. Ampun yer Kak Red. Ker aku tak ikut syarat ni. Ala, luluskan jer yer.

** Entry kali ni memang aku nak guna kaler merah semua, sebab aku sedang "mereview" blog paberet aku..Fewitttt!! Uolls jangan geli

p/s
Bersempena ngan hari bersejarah aku ni nanti, nak juga dapat hadiah dari Kak Red. Makanya aku bersemangat join contest ni. Ditambah lagi contest tutup 8hb. Time aku raptai untuk majlis konvokesyen aku tue. So apa lagi pilih la aku jadi pemenangnyer k. Ada gak jadi kenangan sempena konvokesyen aku 10 october ni nanti. Yer Kak Red.. Lagi bertambah best bila aku memang nanti, aku boleh vangga tunjuk kat encik kiroro yang aku ada hadiah termahal nau...HAHA(feeling menang contest jap)

Sayang U manyak-manyak Kak Red. Jangan jeles yer Sirman..Aku pompuan ni.HAHAHA.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign