Pages

|The Comrades|

30 December 2010

Khairul Fahmi Che Mat Sudah Berpunya Dowh




Auw.. Amacam tekak korang hari ini? Dah tak sakit lagi ke? Ke terus hilang sora tue. Hari ni aku dengan gagahnya bertemu Mr Google untuk menyelongkar latar belakang hero malaya. Sapa lagi kalo bukan goalkepper terbaek Malaya Khairul Fahmi Che Mat.

Aku tak nak popek panjang giler dah sebab aku dah tak sabo nak tunjuk kat korang awek Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek. Nama dia Elia. Pagi tadi aku sempat tengok Fafau menyelongkar blog kekasih hati Apek ni. Pergh memang berdesup blog awek dia pames. Korang nak tengok gak ke.. Tak perlu jer la. Alalala yo la yo la meh aku share kat korang.

Hah ni la muka awek si apek. Korang g la selongkar sendiri blog awek si apek ni k.Hah ni pulak Facebook Fan Club si Apek

Nama Apek ni memang terus naik mencanak selepas Malaysia menang Piala Suzuki AFF Cup. Kalo tak caya cuba korang check kat analisis google. Silap-silap artis Luna Maya pun kalah kena taw. HAHA.

Sedikit info tentang Apek. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Januari 1989. Tahun ini Apek baru berusia 21 tahun. Apek mempunyai darah campuran Melayu + Cina. Apek adalah penjaga gol terbaik untuk Liga Super bagi tahun 2010. Apek tidak diturunkan untuk perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di mana Indonesia membelasah Malaysia 5-1.Kalau Apek diturunkan time ni mesti Malaysia tak kalah teruk kan.Tapi tak pe Malaysia kan dah menjulang Piala Suzuki.
Terima Kasih

25 December 2010

Aku Blogger Sarawak

Kali ni nak join sahabat blogger dah. Time usha blog eqa tadi aku tertarik nak join sahabat blogger yang dianjurkan oleh blog pilihan malaysia. Korang amacam? Ada minat, tertarik ke nak join? Sahabat Blogger ni bertujuan nak mengumpulkan semua blogger- blogger setiap negeri dan pada masa yang sama dapat berkenalan dengan blogger sesama negeri. Mana tahu sebelum ni korang memang dah lama kenal blogger lain tapi tak tahu pun yang sebenarnya korang satu negeri. Ahaks!!

Bagaimana nak join? Meh aku tunjukkan link untuk korang yang berminat. Meh klik kat bawah

**Link ke blog penganjur**
http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2010/12/kategori-sahabat-blogger-mengikut.html

**Nama**
Korang nak nama betul ke nama glamer dulu? Ok aku bagi nama glamer dulu la k. Nama glamer panggil jer Datin Sri. HAHAHA. gurau jer la nyampah jer nak dipanggil gitu kan. Panggil aku Ley jer k. Nak panggil ngexz pun leh gak bagi yang dah terlebih biasa panggil aku gitu. Nama betul aku Ledia. Hah ni nama dalam IC okiee.

**Status**
Aku ni belum berkahwin. Single but not available lagi okie!! Oledy taken oleh Kiroro sudaaa

**Cara Hubungi**
Cara nak hubungi aku very the senang okie. Aku ada facebook(saia ledia), twitter (edz_princess@yahoo.co.uk) & ym(personwifnoname@yahoo.co,) je. Skype dah lupa id. Kalo nak hubungi aku melalui emel pun ok gak (edz_princess@yahoo.co.uk)

**Daerah Jajahan**
Auww daerah jajahan. Macam penjajah je korang ni kan kata daerah jajahan. HAHAHA. trauma aku. Ok Aku stay kat daerah Mukah. Very da kecil daerah tapi ke arah pembangunan gitu okie.

** Tempat Tinggal**
Aku stay kat kampung Sesok okie. Kalo dari bandar Mukah ambil masa 15min macam gitu jer nak ke rumah aku. Nak g umah aku mesti la informkan aku dulu. Yer la mana taw takut aku non ada kat umah

** Apa yang menarik di tempat aku**
Yang menarik di tempat aku? Hurm.. Actually takde yang menarik sangat la cuma kalo sebut jer Mukah mesti orang akan ingat Pesta Kaul. Apa itu Pesta Kaul?? Time Pesta ni la bandar Mukah memang dibanjiri pelancong-pelancong tak kira dari dalam@luar negara. Best gilerr... Hah, kalo nak tahu apa itu pesta kaul, kontek jer aku melalui alamat yang aku bagi kat atas k (fb, twitter, ym@emel). Kat kampung aku juga fames dengan ulat mulong. Diorang kata ulat mulong sedap. Lemak berkrim, Tapi aku tak pandai makan okie. Korang nak try? Datang la sini. Yang paling menarik tertarik lagi kat umah aku ada banyak arnab tau. Rugi tak datang sini. HAHAHAHA


Ehs dah abis yer aku nak celotehkan kat sini. Amacam? Kenal aku tak? Atau mula nak mengenal aku. Eh aku lupa nak kasi tunjuk kat korang arnab cute aku. Kang korang cakap aku tipu umah aku takdo arnab.hahaha

notatangan: ntah bila la arnab aku nak pegnen ni
Terima Kasih

18 December 2010

Bekom Bercinta dengan Mochie

Lalalala agak lama tak postkan perkembangan cinta 3 segi ni kan. Dek kasihankan cinta hanya bertiga, aku mengambil inisiatif untuk tidak menyeksa batin Bekom & Bonat. So aku g angkat seekor lagi arnab betina yang diberi nama Mochie. Oleh kerana bulu Mochie iras-iras Bekom, so aku cadangkan Mochie disandingkan dengan Bekom. Bonat absolutely dengan Wenly si rabbit ganas.

Jadi no more cinta 3 segi. Untuk mengelakkan perebutan kuasa veto, aku asingkan Bekom & Mochie di satu sangkat yang agak sempit untuk dorang berkejaran. Menurut family 1st Mochie, Mochie still 3 bulan. Dari apa pengetahuan yang pernah aku lalui, arnab 3 bulan memang still masih anak dara kalau nak dijodohkan. Sebaik-baiknya arnab boleh beranak pada umur 5 bulan. Tak pasal- pasal macam menyeksa Mochie je kan. Tapi ada aku kesah? HAHAH. Aku still samakan Mochie satu sangkar dengan Bekom. Nasib Bekom tak agresif macam Bonat yang lebih kepada pemaksaan.

**Bekom & Mochie.. Bulu memang seakan-akan sama. Susah nak bezakan. cuma bulu badan Bekom lebih pudar sikit.

Sekarang aku terpaksa ceraikan Bekom dengan Mochie untuk sementara waktu kerana Mochie disahkan dihidapi penyakit KURAP.hahaha. Kurap ke pe ntah la. Ada luka kecil di bahagian atas telinga. Lain pula ceritera Bonat & Wenly. Pasangan ni memang tak boleh duduk diam. Pantang bersentuh sikit, memang akan diterkam antara satu sama lain. Sampaikan aku terkena 2 gigitan percuma dari Wenly minggu lepas. Gedebab punya Wenly. Siap ko!! Tunggu jer time korang mandi. Memang aku nak siram habis-habisan. HAHA. Harap- harap la Wenly pegnen dengan Bonat ni kan.
**Sila abai penukul kat sebelah okie!! Yang ni la arnab agresif Bonat & Wenly. Yang putih2 besar gedabak tue la Wenly

Terima Kasih

11 December 2010

Cinta Tiga Segi Perlukan Pengorbanan

Macam mana agaknya nak memulakan kisah rentetan cinta tiga segi ni kan. Agak lama mencari idea untuk mengarang kisah tersebut. Baru hari ini dapat mencari idea tersebut. Ahaks! Perlu diingatkan pada permulaan rentetan ini berkemungkinan besar ada sambungan kerana ditakuti akan membuat pembaca setia bosan bila penulis mengarang terlalu panjang. Hal ini kerana pada saat rentetan ini dikarang, kisah cinta tiga segi ini belum menemui jalan penamat. Ahaks! Pergh skema giler ayat aku gunakan. Macam nak muntah badang.

Watak Utama
*Bekom- hero
*Bonat- hero kedua
* Wenly- heroin

Pagi seperti biasa la kan bagi makan ketiga2 mahkluk Tuhan paling seksi ni. Dan tiap pagi tue la juga akan mengambil masa yang lama melihat telatah mahluk 3 ekor ni. Ahaks! Time nak bagi makan time tue juga la dorang ni mula nak beromen-romen depan aku. Bikin hati aku goncang jew. Erks, maksud aku pada masa tue Wenly ni dipasangkan dengan bekom dalam kandang yang besar. Mula la adegan kejar mengejar di mana Bekom sepuas tenaga mengejar Wenly. Apakan daya larian Wenly lebih laju dari Bekom. Melihat di mana Bekom tak dapat-dapat mengejar Wenly, dok kecian gak nengok kan, aku pindahkan kedua pasangan ni ke dalam sangkar yang lebih kecik untuk membolehkan Bekom senang mengejarnya. Jahatkan aku. HAHAHA.

Woah sebaik aku letak lam sangkat dapat gak akhirnya Bekom mendapat Wenly. Tapi memang agak tragis kerana Wenly langsung tak melayan godaan mesra dari Bekom. Kesian jugak aku melihatnya. Di saat adegan tersebut berlaku, Bonat melihat dengan mata yang sayu kerana kekasih hatinya dirampas oleh Bekom. **jaga ko Bekom, kalo aku dapat ko, aku tenyeh-tenyeh ko sampai mati**. Si Bonat bermonolog sendiri di dalam kandang sambil melihat kekasihnya menjadi milik orang.

Walaupun Bekom tak putus asa mengoda Wenly, Wenly tetap tak melayan Si Bekom ni taw. Auwwww.. sungguh kecian aku melihatnya. Agak- agaknya adegan pujuk memujuk berlaku selama 2 jam kot.

Adakah Wenly termakan pujukan Bekom??? Nantikan sambungan seterusnya.

**maaf yer sebarang gambar belum dapat dikeluarkan ketika ini atas sebab-sebab peribadi.

Terima Kasih

06 December 2010

Mari berlari bersama BlogLarian



Syok-syok jenjalan awal pagi ni di blog yang tak asing lagi kalau tak blog cikgu dahlia. tiba-tiba tanganku gatal klik readmore kat bahagian entry berkenaan dengan bloglarian yang cikgu ni post. Macam menarik jer aku tengok yang mana kebetulan sekaran blog aku kehilangan banyak trafik disebabkan berukband tka berapa kuat nak melompat memanjat pohon kayu. Ahaks! Tapi before nak disenaraikan dalam bloglarian ni, aku kena la buat entry khas untuk dorang kan. Syarat memang da vavom senang giler.

1. Letakkan banner yang dorang dah sediakan berserta dengan link ke blog http://bloglarian.blogspot.com/ **settle**


2. Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

Saya suka berblogwalking kerana dari berblogwalking dapat mengenali blogger lain di samping mengetahui berita hot pada masa kini dan meningkatkan trafik ke blog saya. **settle**

3. Follow Bloglarian **settle**

4. Tag 3 orang atau lebih rakan

http://www.sheisfifiey.blogspot.com/
http://eikasyaza85.blogspot.com/
http://www.qamarguyz.blogspot.com/

**settle**

5. sila beritahu rakan yang anda Tag melalui comment **settle**

6. Tinggalkan link post anda di comment entry ini... **settle**

7. peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan.. **harap dilistkan.hehe**

8. tiada tarikh tutup buat masa ini


Mengikut entry yang ditulis cikgu dahlia, bloglarian ni memang best. Apa yang best menurut cikgu dahlia adalah:

1. Blogwalking dengan lebih mudah dan pantas.

2. Bukak 5 blog dalam satu masa. Bukak banyak blog dalam satu windows. Tak payah tekan pangkah banyak kali.

3. Loading time untuk blog lebih cepat.

4. Trafik berganda. Bila ada yang bukak senarai jer, dah dapat trafik.


Hah..percaya tak..sila la percaya okie!! sebab tue la aku nak try gak ni.. Harap tersenarai la..


Terima Kasih

03 December 2010

Proton Pahlawan Series

Wow, hebat betul la Proton ni sebab terfikir nak keluarkan konsep rekaan terbaru mereka iaitu Proton Pahlawan Series. Sekarang memang tengah tip top berlangsung Kuala Lumpur International Motor Show(KLIMS) di PWTC.

Amat menarik perhatian orang ramai sekarang ni adalah disebabkan konsep kali ini, Proton menggunakan kelima-lima pahlawan Melaka iaitu Hang Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu & Kasturi. Kalau sekali dengar macam lawak je bunyi kan. Yer la contoh la suatu hari kelak aku ni beli Proton Tuah. Then orang tanya "Ko pakai keta apa?". Aku jawab la "Guna Proton Tuah je". Haha. Idok ke lawak jer bunyikan. Kalau sekali tengok design yang dorang ni buat pun macam setaraf ngan Jepun je


Kelima-lima Proton Pahlawan ni difahamkan dibangunkan berasaskna konsep proton yang terkini dan terdapat juga model yang dibangunkan Lotus & Proton

Jom saksikan kelima-lima gambar setiap model proton ni

Senarai Kereta Konsep Proton dan platform kenderaan yang dikongsi :

Proton Tuah : Proton Persona (Proton Persona R / Replacement ?)
Proton Jebat : Proton Inspira (Mitsubishi Lancer)
Proton Lekir : Lotus Europa S
Proton Lekiu : Proton Exora
Proton Kasturi : Proton Saga


Jom saksikan kelima-lima gambar setiap model proton ni


Proton Tuah



Proton Jebat



Proton Lekir


Proton Kasturi



Proton Lekiu




p/s Aku paling tergoda bila tengok Proton Lekir..Auwwww




Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign