Pages

|The Comrades|

31 May 2011

Hah pikir jer la

Actually sangat terkilan bila janji² tak ditunaikan. Uolls ada rasa sakit ati tak bila janji tak ditepati? Ok ce citer ce citer...

Gini ni, tetiba teringat pasal giveaway yang seorang blogger tue janji nak bagi. Aternyer belom ada masa nak poskan. Takkan la dari tahun lepas takde masa kan. Hah camner tue? Lu pikiq la sendiri. Aku bukan nak menjatuhkan air muka dia or sengaja nak sabotaj dia dengan menulis entry ni, cuma aku rasa terkilan jer kan. Kalau tak boleh nak bagi, just straight to the point yang dia tak jadi nak bagi kat aku kan. Aku tak kisah pun. Asalkan jangan buat orang lain hilang kepercayaan jer kat kita. Betul tak uolls? Sapa setuju?

Hurm, kalau la tuan punya blog tue terbaca or memang sedang membaca entry ni, paham² je la. Maksud aku kat sini, bukan la aku terdesak giler nak kan giveaway awak tue, cuma nak tuntut janji² yang telah dijanjikan dahulu jer kan. Ker aku sorang yang awak tak bagi giveaway? Yang lain awak dah bagi semua? Ker awak memang semua tak tunaikan semua janji awak tue kat bloggers lain? Hah ce citer lagi...

Pesanan aku yang tak la perfect sangat ni kan. Contoh jer la situasi nak bagi giveaway ni. Tengok orang lain syok jer bagi giveaway, kita ni kalau tak terdaya nak bagi giveaway kat orang lain, better tak payah jer. Orang lain bagi giveaway, kite pun tak nak mengalah. Sedangkan kita memang tak mampu nak ikut cara dorang. Hah camner tue? Even nak pameskan blog or nak naikkan trafik blog pun, ada lagi cara lain nak buat semua tue tanpa memancing visitors dengan giveaway² ke, jackpot la, contest² ke. Kalau mampu, memang tak salah kan. Nama dah usaha. Yang tak mampu macam awak, better tak payah jer.

Ok, enufff, lariksssssssssss. Tengok, kan aku dah popek² dah.

notatangan: tak ingat dah apa giveaway dia nak bagi kat aku dulu sebab kalau tak silap aku last year dah giveaway tue.

Terima Kasih

Wishlist pertama sudah tercapai



Still in cuti mode dowh~ Lama dah tak merasa cuti gini even cuti seminggu jer. For the same time dapat gak spent time with beloved one kan. Auwwwcak!!

Genap 2 minggu dah bermanja² dengan pacar baru aku ni. Semua aku explore dari selekoh², celah², roundbout pun aku semua dah explore. HAHA. Amacam ada bunyi propa tak. HAHA. Ok la malas nak suruh uolls bersimbol tanda tanya besau kat atas kepala tue. Sebenarnya aku dah mencapai hajat pertama aku ingin berhenponkan henpon baru. Auww.. Lama giler mengidam nak guna Sony Ericsson Experia X10 ni tau. Haha

Hah ni la wishlist yang aku dah capai sekarang. Now nak move ke second wishlist. Tapi yang second wishlist ni macam lambat lagi nak tercapai. Nak tahu apa wishlist kedua aku? IPAD babe.. HAHA wow tinggi giler kemahuan aku kan. Tak padan ngan gaji yang aku dapat sekarang je nak beli yang tue. HAHA. Apa² pun kalau dah ada hajat mesti la usaha lebih lagi kan.

Xperia ni aku beli hasil titik peluh aku sendiri tau. Hasil aku menang dapat JOHAN pertandingan menulis esei sempena pesta kaul hari tue. Ada la dapat 1k . Belanja member² sana -sini. Sangat teruja dapat duit macam jatuh dari langit. HAHA. Then aku tampung duit yang sikit tue lagi dengan income blog yang aku cashout hari tue. Finally dapat gak aku beli bendalah ni. Sangat teruja babe kalau beli dengan titik peluh kita sendiri kan. Angguk la uolls sana sapa setuju ngan aku. HAHA.

Nak tanya pendapat uolss, IPAD yang camner paling best nak choose ni? HAHAHA. Planning jer. Angan² awal tak kisah kan. HAHA. Ok la tak nak cakap lebih kang ada yang termuntah baca wishlist aku ni. LArikssssssssssssssssss!!


notatangan: Gigih giler aku download games masuk Xperia aku ni. Ko ada?? HAHA

Terima Kasih

26 May 2011

Maddi Jane memang Awesome

Hari ini aku nak saji mata uolls dengan kegilaan aku mendengar, menonton, dan mengimagine ala² suara Maddi Jane. Ops korang tahu ke sapa Maddi Jane ni? Ke korang dah lama dengar atau aku saje² yang baru tahu. Kecian kan aku.

Aku dua tiga hari ini memang nak termuntah dah dengar suara merdu budak ni nyanyi eventhough dia nyanyi lagu orang lain. Personal komen dari aku.. Sora budak ni lebih sedap dari sora penyanyi asal. Hah. Ada terkejut ke dengar. **cepat la buat muka terkejut uolls**

Masih tak percaya? Ok aku malas nak membebel panjang². Better uoll judge sendiri apa yang aku kata kat atas tue.


Hah amacam. Aku share sebijik je video kat korang. Ni lagi paling paberet aku dengar. Tat y aku letak kat sini. HAHA. Nak tengok banyak lagi dia nyanyi search je nama dia kat YOUTUBE sana.
Terima Kasih

12 May 2011

Nur Kasih The Movie

Adeh sanggup taw nengok trailer Nur Kasih The Movie gara² tak sabo nak tengok full cite ni. Erks, lama lagi la nak 19 May kan. Mesti aku tak dapat nengok.Uwaaa. Tapi takpe. Akan ku usahakan mencari jalan g mana aku nak nengok cita tue asalkan aku dapat nengok.

Mesti makin romantik dorang hero & heroin kan. Paling aku tak boleh blah scene Tiz Zaqyah kena peluk Remy Ishak. auwwww. Ish².

Korang macam mane? Ada rasa excited ke nak serbu pawagam 19 May nanti. Kalau ada, meh share kite² kat sini. Ke korang memang dah planning nak download atau g beli yang pirate je nanti? Ish jangan la babe.**ewah mengata orang gitu lebih² kan. **

notatangan: melayan lagu NurKasih

Terima Kasih

11 May 2011

Cek ke-2 Nuffnang



Ouh My Gucci! erk..ape kes ke tiba² je nak OMG kan. Ce cite ce cite...Woraiitttt.

Aku tak sabar nak dapat cek ke-2 dari nuffnang ni coz ari tue aku dah gatal tangan dok cashout earning. HAHAH. Walaupun kali ini agak ciput, at least ada gak cikit kan untuk berfoya². Berfoya la sangat kan. Mesti lama giler tunggu cek sampai ni kan coz aku punya status tak geli² dah. Aku nyer status Ordinary sebab mengatal nak menduakan nuffnang. Takpe.. Mana rezeki lebih, kat situ grab. Kata Grab the Opportunity kan. So grab la ni.HAHA

Sila zoom kalau kurang nampak yer. Hah, kan aku kata earning aku cikai jer..Cukup makan jer bak kata orang. Tak macam otai² kite kan yang dapat beriban tiap bulan. Erk ni yang jeles ni.Takpe, bulan ni nak usaha lebih sebab mood untuk berblog dah melimpah ruah ni.

notatangan:layan Hotfm babe sambil cannot wait untuk jumpa Mr Kiroro kan.Lama giler tak jumpa babe.boleh meroyan aku.
Terima Kasih

09 May 2011

Jumaat Malang Dowh!!

Sapa suka bila jummat menjelma? Sapa tak suka memang sangat workholic la kan. Aku? Memang sangat suka. HAHAHA. Kerana Jumaat itu memang akan ku ingat sampai bila².

Kain ku koyak weh. Malas aku nak selindung lagi. Better straigt to the point je ngan uolls kan. Adeh. Kuar ofis memang terlalu excited nak balik. Before balik aku singgah kedai bakery jap sebab tekak ni mengidam giler nak makan fros chicken.

Then tak seperti hari besa aku park scoot aku kat parking. Hari malang tue aku park jer scoot aku kat tempat yang tidak sesuai untuk parking. Mana taknya, tempat parking moto dijadikan tempat parking keta. Erks. So jalan singkat aku park mana je tempat yang boleh menyelit kan.

Krekkk! Eh apesal plak kain aku ni macam tersangkut jer sampai membantutkan aku untuk terus berlari g bakery. Nengok² kat bawah kain dah berlubang. PERGHH!! Dah tahu kain dah berlubang, aku tetap gak nak gigih g bakery. Sekali aku try nak catwalk, ketara giler tempat koyak babe.

Tanpa toleh kiri kanan aku terus blah jer balik gitu jerk. Takde orang nampak kot. Kalau ada orang nampak pun pekerja kat situ jer. HAHAHA

 DSC00213

Hah uolls sendiri la judge macam mana dah rupa kain aku. Uwaaaa.. Tak boleh pakai dah. Pakai lap kaki jer kan.

notatangan: Berulang kali dengar lagu aishiteru jer sambil menaip entry ni. Demam Cinta Melody katakan. Paham² jer la


Terima Kasih

06 May 2011

OST Cinta Melody (Aishiteru)


Sapa dah tengok episod pembukaan cinta melody semalam? Aku tak terkecuali okie!! Selepas tamatnya Kejora & Bintang, kini Cinta Melody akan membuatkan aku melangok depan tv pukul 630 petang babe. HAHA.

Apa yang attract aku adalah OSt Cinta Melody ni. Aku baru pasan tajuk lagu OSt ini ialah Aishiteru (Aku Cinta Kamu). Part yang tak boleh blah of coz la korus kan. So apa korang tunggu lagi tuh. Cepat download lagu ni. HAHA. Meh klik sini kalo nak download mp3 lagu ni.


Lirik lagu OST Cinta Melody, Aishiteru (Aku Cinta Kamu) – Zivilia Band

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tooku ni ite mo
Kimi no omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo shinjiteru yo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Wo..wo..wo..
Wo..wo..wo..a a ai aishiteru





notatangan: lepas ni tak dengar dah lagu rindu 1/2 mati.HAHAHA

Terima Kasih

Berkaul




Perhatian! Ini masih entry yang bersangkut paut dengan previous entry. Kalau tak berminat sila pangkah terus kat atas. HAHA. Macam harem jer statment gitu kan. Adaakukesah korang nak baca ke tidak. Uolls tak nak baca aku tetap juga nak membebel berkenaan dengan previous entry sebab aku masih histeria dengan event ito dowh.HAHA

Even kehitaman kulit gara² “berKAUL” belum lagi dapat putih kembali(macam la putih sangat kan), tapi memang enjoy the moment walaupun sangat fenat. Dalam fenat gitu memang akan wujud rasa keseronokan coz berkat pertolongan sesama staf kan dan pada masa yang sama aku dapat mempelajari benda baru. Hah tak ke rugi kalo uolls tak dapat pelajari benda baru. Bak kata orang cerdik pandai “belajar dari sesuatu yang baru dapat mematangkan diri kita walaupun kita dimarah kerana cara sebegitu merupakan salah satu proses pembelajaran”. Wah mengalahkan kaunselor jer aku kan.**erk idea tiba² macam dah berterbangan”

Aku tak nak bebel panjang². Kang mesti ada yang rasa nak muntah hijau kan. So better uolls tatap jer picta² yang aku letak ni okieeee

Yang ni picta semasa sesi mengemas and membina gerai kami. Even banyak giler dugaan macam hujan then terkena plak tempat kami banjir coz tempat tue rendah, so memang mencabar sikit kesabaran kan. Nasib boleh manage semua tue. HAHA.

1. Tengah menganyam untuk perhiasan dalam galeri kami. Yang lawaknya before ini memang aku tak reti menganyam. Disebabkan ini la jari jemari aku ni pandai menganyam walaupun tak santek. HAHA

2.Cantik tak burung² yang bergantungan tue? Hah tue belas ehsan dari gerai komuniti dari kampung orang tau. Nasib ada burung tue. Cantik la sikit rupanya. HAHA

3. Hah tue la view galeri kami pada waktu malam. Awesome kan.

4.Yang ni memang dah complete semua and dah siap kemas² semua.

notatangan: panjang tak? Ke nak tambah tahap kepanjangan.HAHA


Terima Kasih

05 May 2011

Hutang entry lepas

Erkss..first of all aku nak a thousand sorry la kat uolls even tak de sape yang sudi baca teratak aku ni kan. Aku nak mintak mahap coz aku lambat citer pasal PESTA KAUL yang pernah aku janji nak share kat uolls dalam previous entry kan. Ingat lagi tak ni? Kalau tak ingat aku katok pala tue nanti hah.

Ok aku tanya dulu sapa nak baca entry pasal Kaul ni nanti? Ntah ada ke tak yang baca kan. Erks, tak heran la ada ke tak yang baca nanti aku tetap nak jugak post pasal kaul. yezaa..

Pesta Kaul merupakan salah satu pesta keramaian yang disambut oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Dahulu, Pesta Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau ‘Pagan’ untuk memohon restu daripada makhluk halus, iaitu ipok kala agar penunggu tidak mengganggu ketika mereka keluar mencari rezeki. Kala dalam dialek Melanau Mukah membawa maksud muara sungai dan ipok kala merupakan kuasa ghaib yang menguasai sesuatu tempat. Oleh kerana kaum Melanau amat sinonim dengan aktiviti nelayan pada masa tersebut, pesta ini diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Pesta Kaul akan dijalankan di sebelah kanan muara sungai. Tempat ini dianggap penting kerana muara sungai merupakan pertemuan di antara darat, laut dan sungai.

Upacara kaul ini akan diketuai oleh seorang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat yang digelar sebagai Bapak Kaul. Pemilihan Bapak Kaul tidak boleh dipilih sesuka hati kerana Bapak Kaul mestilah seorang lelaki dan seorang yang telah diiktiraf oleh masyarakat dan seorang yang arif tentang adat. Bapak Kaul merupakan perantara atau orang tengah yang akan menghubungkan penduduk di dunia nyata dengan ipok di alam maya. Persediaan awal akan dibuat sebelum melaksanakan upacara ini seperti penyediaan barang makanan untuk dipersembahkan dan talam- talam diguna untuk meletakkan jamuan tersebut. Talam tersebut mestilah diperbuat daripada daun nipah. Antara lauk yang perlu disediakan seperti papit (nasi pulut yang dimasak di dalam daun), belen (sirih pinang), dan rokok daun apung. Bapak Kaul diberi tanggungjawab untuk memujuk, merayu makhluk halus dan ipok serta menghalau segala kejahatan dan kesusahan yang mungkin menimpa penduduk kelak.

Pesta Kaul tidak mungkin akan sempurna sekiranya tiada serahang. Serahang merupakan ‘kepala hantaran’ kepada ipok yang mempunyai motif tertentu. Motif yang diletakkan di serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya yang berkaitan dengan ipok. Motif tersebut harus melambangkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan mempunyai tujuh lapisan di atas dan tujuh lapisan di bawah. Mengikut mitos daripada Sepok di Dalat, serahang berasal daripada perkataan ‘serahan’, iaitu barang persembahan untuk ipok dan bunyinya begitu dekat dengan ‘rirang’ yang membawa maksud ‘Rirang Rabu Bunga’.


** Tak complete kalau tak de tari menari di pesta gini kan. So harus ada tarian kebudayaan yang datang dari berbilang kaum kat sarawak. Best dowh!!

Selain daripada itu juga, permainan tibow merupakan permainan yang amat popular semasa berlangsungnya pesta ini. Pada asalnya permainan tibow bertujuan untuk menyambut ketibaan musim bunga. Melalui permainan ini mereka memohon agar rezeki dimurahkan, ikan di sungai diperbanyakkan dan tanaman dapat berbuah dengan lebat. Selain itu juga, permainan ini merupakan salah satu permainan mencari jodoh untuk anak- anak muda kerana permainan ini memerlukan keberanian yang tinggi untuk bermain. Mengikut tradisi kaum Melanau Mukah, bermain tibow tidak semudah seperti yang kita lihat. Hal ini kerana banyak pantang larang dan tradisi yang perlu dipatuhi oleh pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya juga haruslah dengan istiadat dan pantang larangnya tersendiri. Peralatan yang digunakan untuk membina tibow seperti dua tiang kayu diperlukan untuk pembinaan tiang tibow tersebut, beberapa kayu sederhana sebagai tangga, rotan segar dan daun muda digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan suasana. Semasa mendirikan kedua- dua tiang tersebut, pantun akan dinyanyikan beramai- ramai (Kat kerakat, kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’). Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipok tibow yang menguasai permainan tibow tersebut dan memohon pertolongan untuk memudahkan kerja- kerja mendirikan tiang tersebut.

** Ni la permainan tibow yang aku citakan kat aku atas tue.Best jer nampak kan. Tapi aku tak pernah naik lagi. Takotttttt

oh yer, serba sedikit pasal pesta kaul ni bukan copy paste tau,tapi ni esei yang membawa tuah kat aku coz esei ni yang membawa kemenangan kat aku sempena pertandingan menulis esei hari tue. So, better aku letak kat sini and share kat uolls semua kan. Ni sikit jer lagi. Ada panjang lagi kat aku ni cuma aku summarize jer kat uolls. Tak la uolls blur baca panjang² kan.

Ok la aku rasa dah cukup info aku bagi kan. Ker uolls ni nak aku tempek banyak lagi gambar². HAHAHA.NONONO.Kang uolls termuntah nampak gambar banyak sangat. BTW credit to pawanako ke atas semua gambar di atas. Santek yooooo.

Next entry kalo aku rajin, aku bebel lagi k.

Notatangan:First time aku guna baju tradisional kaum aku sendiri dowh kalau korang nak tahu. HAHA. Sejarah tue babe. Jarang uolls nak nengok aku guna gitu.


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign