Pages

|The Comrades|

31 July 2011

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently

Dear Diary,

Weh!! Ko ingat ko baik sangat ke sampaikan ko tak nampak kesalahan ko sendiri. Ko apesal asyik nak cari kesalahan orang je. Ke ko jeles dengan apa yang aku ada sekarang.GOTOHELL la.. Aku sebenar malas nak bertekak pasal benda tak berpaedah ni ngan ko. Bukannya ko penting pun dalam hidup aku. Bagus aku buat dont know je.

Ko memang tak pernah kenang budi orang kan. Bagi ko, ko sorang jer yang perfect. NOBODY PERFECT la kat dunia ni weh. Aku boleh tahan lagi kesabaran aku. Kadang, orang boleh tahan lagi dengan perangai busuk ko tue, tapi lama-lama ko tengok la, ada ke tak orang yang nak kawan ngan ko nanti. Jadi kera sumbang la jawabnya kelak

Hah. Dah malas aku nak taip bila bersangkut paut dengan benda camgini. Kang ada perkataan yang tak sepatutnya keluar nanti. HAHAHA

3letters

**credit to google**

Nak tengok previous entry berkenaan 30 days challenge klik je sini


Terima Kasih

30 July 2011

Day 12- How you found out about Blogger and why you made one

Hurmm.. Apa tajuk camgini nih!!. Macam mane ni eh. Ok aku main hentam jer jawab ngan uolls boleh? Adeh memang nak kena lempang aku ni.

Orait, aku dulu memang kaki blogwalking,blogrunning and sewaktu dengannya kat blog blogger yang lain. Sampai indonesia nun aku terjah blog taw. Yer la aternya nak mencari member baru. Dan disebabkan ke addictan aku menerjah blog blogger ni la aku banyak berkenalan dengan otai blog, junior blog, senior blog and yang paling penting aku tahu REDMUMMY\ dari blogger lain gak taw. Kalo tak memang aku tak tahu pun camner muka jutawan blog kita ni kan. Ejeje.

Paling penting lagi aku dapat pendapatan pasif yang agak lumayan suatu ketika dulu bila tak pernah jemu bertanya kat sifu yang dah memang sedia expert hal² berblog la macam SEO, cmner nak tarik lebih ramai lagi visitor ke blog kita and banyak lagi la.

So, sekarang aku macam timbul kemalasan dah nak blogwalking. Tambahan lagi bila aku blogwalking kat blog orang, kadang² dorang macam tak sudi nak singgah balik blog aku ni. Yer la aku paham la kan blog aku ni cikai jer, tak macam blog dorang ni. **hah kan aku dah ngadu ni**.

Sapa nak tengok previous entry pasal 30 days challenge ni boleh klik sini k

notatangan: Lama lagi la ni


Terima Kasih

29 July 2011

Day 11- Another picture of you and your friends

Adeh, apesal tak cakap awal² ada tajuk iras² nak minta picta with friends lagi. Jap aku nak cilok gambar aku dulu² ok.

Sila layan picta weolls time pergi Sarawak Cultural Village kat Kuching suatu ketike dulu.

Perhatian: Sila ignore size badan aku ketika itu. HAHAHA

DSC08560 

Naik tangga ni ok jer, tapi part turun tue macam nak jatuh berderai jer jantung then kutip balik. Tinggi bhai

DSC08606

Eventhough sehari jer sana, dapat gak parents angkat sekejap. Parents untuk bergambor jer. HAHA. Member aku siap lentokkan kepala jer kat yang perempuan tue

DSC08628

Lastly, of coz akan mengedikkan diri wat style ala² manja sikit. Yer la time tue kan style camgini kan tengah tip top untuk budak remaja. Larikssss

DSC08590

Paling tak boleh blah time diorang wat persembahan, weolls memang tak ketinggal nak mengedik gak kat atas pentas eventhough tak tahu step pun tarian tradisional. HAHA


Terima Kasih

28 July 2011

Pelengkap hidupku

Tetiba mood fall in love datang kembali bila dengar lagu ni. Paling tak boleh blah sebelum ni tak pernah pun dengar lagu ni. Pergh, ingatkan tak best, tapi sekali dengar terus rasa macam nak kawen dengan anak raja.Phewww, pelengkap hidupku. Yang paling penting lirik tak boleh nak menandingi mana² lagu lain. HAHAHA, tercabar la penulis lirik lepas ni.

Sebenarnya lagu tue enckik kiroro yang kasi kat aku. Aternya, lagu khas buatmu. Adeh jiwang kan pakcik ni <blink> sila jangan muntah depan aku</blink>. Ala sekali sekala apa salahnya.

Yang paling best lagu ni lirik betul² menginsafkan diri aku bhai. Yer la.. Duhal ada gak yang ikhlas menyayangi & memerlukan aku ni kan. Sapa la aku ni bhaiiii. Penyanyi memang la aku tak pernah dengar.Eren & Romi. Maybe anggota kangen band kot. Aku ni mana la nak kenal sangat dorang ni. Sangat kolot aku kan

Antara lirik² lagu ni ada la sikit cam gini ek

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Hah camner uolls? Ada cair tak hati bila hayati bait² lagu ni betol². Uolls search jer kay YOUTUBE kalau nak dengar lagu ni. Kemalasan aku dah datang dah nak upload kat sini. SOrry yer

notatangan: Eh, no boundries lak


Terima Kasih

Suhaila sudah lantik peguam untuk tuntut hak penjagaan anak dan cerai dari Jimmy Shanley

Wow,bukannya makin pulih hubungan Jimmy Shanley dan isterinya, tetapi makin ditahap yang kronik ada lah. Sebelum ni rumah tangga dorang memang dah lama bergolak dari mula² dorang nikah dah kan. Tapi sekarang macam tak dapat diselamatkan lagi dah.

Berikut adalah kenyataan Suhaila, Jimmy , mak & bapa Suhaila time majlis cukur jambul anaknya semalam.

suhailaanak

Kenyataan Suhaila

Buat masa sekarang anak dengan saya. Dan saya juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan hak penjagaan anak dan saya mahu membuat tuntutan cerai dengannya. Saya nekad untuk bercerai kerana beranggapan kami sudah tidak bersefahaman. Saya tidak takut kalau ada perkara-perkara yang dia bongkar. Saya tidak kisah apa yang dia akan lakukan dan apa yang akan berlaku sekali pun. Saya memang tidak ada kawan luar, kawan-kawan yang saya ada pun semuanya kawan semasa di sekolah dahulu. Dia memang tidak benarkan saya keluar rumah, malah semua kena ikut cakap dia. Padanya, dia lebih sukakan suasana ‘privacy’ yang tidak perlu bercampur dengan orang ramai. Tidak bagi saya yang lebih sukakan suasana ramai, seperti malam ini. Dia mahu saya ikut cara dia, tetapi kenapa dia tidak mahu terima cara saya dengan keluarga yang sememangnya riuh

Dan ini pula kenyataan Bapa Mertua Jimmy Shanley semasa majlis mencukur jambul

Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia ‘free’. Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepdanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya.

Malah ibu Suhaila pun seakan- akan menyebelahi anaknya, Suhaila kali ni

Memang sebelum ini saya sebelahi dia, tetapi bila saya dapat tahu yang dia bertindak sedemikian, saya rasa sangat kecewa. Sebelum ini, saya hanya diamkan sahaja kerana ingat anak saya yang bersalah sehingga sanggup memarahi anak sendiri kerana percayakan dia. Sehinggalah sidang media yang dilakukan anak saya, baharulah saya mengetahui hal sebenar. Anak saya memang tidak pernah ceritakan kepada kami apa yang berlaku. Cukup banyak yang saya lakukan untuknya, tapi dia balas seperti itu pula

Adeh, macam² dunia artis ni kan.Sikit² cerai. Macam tak dapat cari jalan penyelesaian jer, Yang jadi mangsanya di sini adalah anak dorang bila besar kelak

-kredit to beatifulnara di atas entry berkenaan Jimmy & isterinya


Terima Kasih

Khairul Fahmi Che Mat ada skandal lain?

Wow! Melatop jer bunyi tajuk kat atas kan. Sapa tak kenal Khairul Fahmi a.k.a Apek ni sila sembunyi cepat. Uolls pun dah tahu Apek ni dah ada tunang kan. Yang baru tunang hari tue ngan Aimie Harmelia. Paling kuat lagi aku tengok kat blog tunang Apek ni, dia luahkan perasaan dia melalui doa agar hubungan dorang baik sedia kala.

Baru² ni aku terciom bau gosip sangat hot bahawa Apek ni ada skandal ngan perempuan ni hah

dahliateck

Adeh, camer la boleh jadi cam gini kan? Kalau sapa yang ikuti perkembangan Apek & tunangnya dari dulu, kapel ni memang sweet giler bhai.. Yer la macam takde masalah jer. Tup², tak lama lepas bertunang dorang dilanda gosip cam gini. Apa keheynyerrr?

dahliateck3

Kalau betul la gosip ni, memang lupa asal usul la si Apek ni kan. Yer la bila dah pames semua lupa. Dan kalau nak ditengok² kan, aku sokong lagi Apek ngan tunang dia sekarang berbandind yang dalam gambo tue, Macam sosial jer perempuan tue.

Apa² pun kita sama² la berdoa agar hubungan Apek & tunangnya pulih sediakala.Paling penting malam ni Singapura vs Malaysia, janganla masalah ni beri efek kepada perlawanan penting Harimau Malaya malam ni kan. Yer la kot² Apek tak concentrate. HEHE.

notatangan: Sapa pergi stadium malam ni? Aku tengok dari TV jer


Terima Kasih

Habit camgini apa kes??

Lalalala. Sebelum apa² aku nak tanya kat uolls dulu. Sapa yang driving akan buka kasut time driving? Hah, memang tah heran pun kan bukak kasut time driving.. Cuba tengok ni. Ce teka sapa punya kaki ni

^^

^^

^^

2011-07-27 18.02.53

Aku adalah salah seorang yang driving akan buka kasut. Memang tak boleh blah jer bukak² cam gitu kan. Entah la aku pun tak tahu nape habit aku camgini, walhal time sekolah memandu dulu takde pun nak gedik² bukak kasut segala.

Masuk jer keta, secara automatik aku akan buka segala yang kat kaki. Alergik gila. Pernah gak try nak guna kasut tekan² , tapi tak menjadi. Mindset aku memang salu negatif sebab aku macam tak konpiden nak tekan guna kasut, tambah² bila guna kasut tinggi. Pergh, memang takde rasa ape² time tekan kan.

2011-07-27 18.02.37

Bagi aku kalo aku guna kaki jer, aku dapat anggar aku tekan tue kuat ke idok. Kalo guna kasut, macam was² jer nak tekan. Huh tak boleh blah. Maybe terikut² encik kiroro bukak kasut time driving kot, sebab kadang² dia pun bukak kasut time driving. Sila salahkan encik kiroro sebab menjebakkan aku ke kancah tak berkasut time driving. Ada plak cam gitu kan. HAAHA

Ala, takpe kan pakai kasut ke tidak, takde salah nyer, yang mana kita rasa selesa yang tue la kita praktikkan. Tak gitu uolls? Uolls pulak camner? Ada gak ke tak berkasut time driving?

notatangan: nasib baik guna auto, kalo manual terkapai² cari gear mana satu


Terima Kasih

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

Kalau nak dilistkan semua lagu² yang aku dengar time situasi kat atas tue memang banyak babe. Okeyh aku list kan jer la untuk uolls yang sentiasa bertakhta kat hati aku k. Aternya 30 days challenge. Of coz la mesti “saya yang menurut perintah” kan.

Time happy aku akan dengar lagu yang genre macam boleh bawa mood aku terus hepi jer memanjang. Contohnya macam lagu omputeh yang paling aku paberet sekarang sapa lagi kalo bukan Katy Perry ngan lagu E. T dia tue.

Kalau lagu orang kite, aku lebih suka dengar lagu Hafiz Awan Nano tue. Uolls pun dah sedia kala tahu kan yang aku ni memang sejak dari zaman AF lagi dah meminati beliau. And at the same time dia kan <blink> Sarawakian</blink> Winkk.. Vangga lagi di situ.

Time bila mood aku tiba² berubah pergi sedih aku akan layan lagu Secondhand Serenade tue. Kan kebanyakkan lagu dorang macam slow² jer kan. Lentok abis bila time mood merindui encik kiroro datang. Phewwww

Kalau lagu orang kite aku layan lagu ALyah Kisah Hati yang tengah tiptop sekarang. Kalau sekali dengar liriknya memang menusuk kan kan.

Time boring of coz aku layan lagu yang boleh menaikkan semangat aku supaya tak boring. Kira dengar lagu yang rancak² gitu lor… Tak perlu la aku mention apa nama lagu rancak yang aku dengar. Gitu jugak bila aku mood hyped and mad. Kalau mad aku akan lebih prefer dengar lagu yang slow² supaya mood mad tue tak la makin berapi-api kan. Takkan la api nak lawan dengan api juak kan. Eh tershasul guna bahasa Sarawak lak. hehe

Nak tengok previous entry pasal 30 days challenge ni leh jer klik sini k

notatangan: tengah dengar lagu hafiz Masih Jelas time dia kat AF dulu


Terima Kasih

27 July 2011

Day 09- Something you’re proud of in the past few days

Ni aku dah share kat previous 30 days challenge aku ni. Cuba uolls terjah Day 07 aku. Hah yang tue la yang membuatkan aku proud. Sapa yang jenis malas nak cilok balik entry aku meh aku share jer sini.

Aku vangga menjadi Melanau. Hah.. tue yang membanggakan aku. Impact dari hadiri bengkel la ni. Eh eh bukan bermaksud before this aku tak bangga jadi Melanau. Cuma kekuatan dalam diri tue tak kuat sangat. Ni disebabkan time bengkel ni aku macam diberus sekuat-kuatnya macam mana nak kekalkan jati diri, budaya dan adat kaum kite.

Uolls tahu kan Sarawak memang berbilang etnik. Pergh.. amat la proud of it.

227962_218596438165802_100000463411743_905342_4078374_n

cer tengok cer tengok aku guna pakaian tradisioanl etnik melanau which is my ethnic. Paling tak boleh blah, 1st time dowh guna cam gitu. Makin la menambahkan kevanggaan aku bhai

Ejeje, entry tersangat la pendek kali ni. Aku nak join orang lagi.. Dadidu..

Nak tengok entry lepas berkenaan 30 days challenge klik je sini

notatangan: Wordless wednesday pun aku letak lambang etnik aku. ko ado??


Terima Kasih

#6 WordlessWednesday


I'm proud to be Melanau... yeahhhh!!





Terima Kasih

26 July 2011

Day 08- Short term goals for this month and why

Short term goal- Of coz la nak cari keja tetap and boleh menjamin masa depan aku

Why- Tanya lagi kenapa. Nak aku lempang ke. Ecececeh, jangan la marah, gurau jer.. Of coz la aku ada goal tersendiri kan. Aku pun nak berjaya dalam kerjaya aku. Takkan aku belajar amik degree tinggi² tapi tak memanfaatkan sepenuhnya degree aku tue kan. Memang tak dinafikan sekarang ni memang payah giler nak cari keja. Persaingan amat la sengit. Kadang aku ni macam nak dilahirkan awal² dulu lagi. Tak la bersaing nak cari keja cam hari ini kan. Macam singkat jer pemikiran aku kata cam gitu kan.

Semua nak kena ada duit zaman sekarang, even masuk toilet pun nak kena bayar. Mana ada benda free sekarang kan. Kalau dulu, naahhh ko amik jer barang tue, free jer. Sekarang?? Non ado,, sorry jer la. Kalau ada pun ko memang beruntung giler. Tambah² bila kita dah ada family sendiri kan. Takkan aku nak suruh laki aku sorang jer nak cari rezeki. Memang la, tanggungjawab suami adalah memberi nafkah untuk isteri and anak². And tanggungjawab isteri adalah kat rumah.

Tapi sekarang dah lain bhai. Jarang kita tengok isteri lekat kat rumah. Ada pun lekat kat rumah, dorang still gak buat kerja sampingan macam amik tempahan baju or so whatever kan.

Yang paling lawak aku pernah gitaw encik kiroro aku nak duk umah jer jadi mem. HAHA.. Non boleh oi, dia suruh aku kuar jer cari kerja. Jahat kan dia. HAHA. Sebenarnya bukan jahat, cuma dia nak kehidupan kami kelak tak la susah sangat kalau dia sorang kerja. Hah tue dia cakap weh bukan aku. Nengok, Long term planning gitu. HAHA.

DSC00521

picta langsung takde kena mengena

Nak tengok previous entry pasal 30 days challenge klik jer sini


notatangan: takde long term planning ke?


Terima Kasih

25 July 2011

Header baru

Sebelum apa², aku nak tanye dengan seikhlasnya kat uolls ni… Header baru aku ni santek tak? Gitaw la ek². Ikhlas taw.

Tapi aku nengok okie jer kan header aku berbanding dengan yang dulu. Yer la aku dah expert sikit pakai adobe photoshop. HAHAHA. Padahal tak santek pun pada pandangan uolls owh. Tapi bagi aku santek bhai..

At least aku dah pandai pergi next step ek. Dulu mana aku reti guna photoshop la. Paling cikai aku guna untuk edit gambar pun aku guna paint. Kolot tak kolot tak. HAHA. Yer la aku ni mana reti sangat pasal teknologi. Tak macam uolls. Semua dah up²

Yang ni pun orang dah guna Photoshop 5 la 6 la sepoloh la, tapi aku masih guna yang cikai.. Photoshop CS2 jer babe. Tue pun masih blur nak guna mana satu.

Eh melalut ke arah photoshop plak. Bukan header jer baru babe, siap background ngan semua dalam blog pun baru kan. Pinky gitu lor. Aku tak paham nape aku suka letak kaler blog aku pink. Terus terang aku bukan fanatik ngan kaler fink tau. Aku cuma fanatik kat kaler fink ni untuk diletak kat blog. Lepas ni uolls jangan gelar aku minah pink plak. Kang tak pasal² aku muntah badang. HAHA

 transparent copy

Ni header baru blog aku . Tengok la tengok la betapa vangga veta

barupunyaa2-1

Yang ni pun aku pernah pakai suatu ketika dulu. Yang satu lagi aku takde copy dah, aku dah delete terus buang dalam tongsampah. Tue yang takde tunjok kat sini. Yang ni pun kebetolan ada.

notatangan: Dah pandai edit ni, aku nak wat watermark lagi la. Ker uolls nak tempah suroh aku buat. HAHAHA.


Terima Kasih

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Ok aku amik something jer ok. Sebenarnya aku pilih this one disebabkan impact dari bengkel yang aku hadiri baru² ini. Totally make the biggest impact kat aku bhai. Bengkel Kaul yang aku hadiri 2 hari tue memang membuka seluas-luasnya pemandangan aku betapa uniknya my ethnic. I’m so proud. Sapa yang memang follow blog aku dari awal memang dah tahu who am I kan.

Ok, takpe yang baru nak kenali aku. Biar aku introduce sikit pasal aku. Aku Sarawakian and berbangsa Melanau.Orang Mukah and Melanau is the one of ethnic yang terdapat di Sarawak. Pendek kata small ethnic. Sebut jer pasal Mukah, mesti orang tanya, Melanau ke? And our Chief Minister juga orang Melanau. Very proud of it.

kaul mukah

Satu yang aku tahu pasal Melanau adalah ciri² kepimpinan yang tinggi dalam diri mereka. Ni aku baca dari sejarah pahlawan² Melanau dahulu kala macam Tugau salah seorang daripada nya.

Ok, aku tak nak cita pasal tue sebenar, yang aku nak cita betapa uniknya orang Melanau. Hah uolls jangan jeles. Time bengkel tue orang tua² yang dah banyak pengalaman pun join sekali to share their knowledge. Dari situ aku tahu asal- usul, sejarah, keunikkan and banyak lagi.

tibow

Satu lagi yang mempopularkan etnik Melanau adalah KAUL. Hah, sapa tak tahu What is Kaul all about, later on aku cita gak k.

Huh, kalau aku nak taip kat sini, memang sampai esok tak habih kot. Tunggu aku ada kelapangan nak cita kat uolls k.

Teringin nak tengok previous entry pasal 30 days challenge ni klik je sini


Terima Kasih

24 July 2011

Day 06- Favorite super hero and why

Wassup buddy!! Yeah ejejeje macam minah rawks jer gitu kan. 30 days challenge kali ni nak share pasal paberet super hero. Hurm sapa ek paling aku paberet ni. Takde paberet yang spesifik kat aku kot. Cuma…….

^^

^^

^^

^^

Encik Kiroro jer super hero aku yang salu no 1 kat heart aku ni.** erks, nak muntah la asyik mention nama dia jer kan** Ala rilek la dah tue yang paling aku paberet.

Erm..Why?? Sebab dia my heart aku la. Aper la uolls ni nak tanye why lagi. Logik tak logik tak? Hehehe.

Ok, aku siyes la ni nape dia yang aku pilih jadi superhero. Sebab encik kiroro salu ada tak kira time aku sakit, sedih, hepi, and sewaktu dengannya la.

DSC00174

Sila jangan muntaj lebih okie. Ni jer gambar yang ada, sebab kami memang sekepala tak suka amik gambar gedik. Gambar camgini pun kebetulan jumpa. Susah giler nak ajak encik kiroro amik gambar. Maklumla muka dia tak encem (dia kata la), and muka aku pun tak kiut miut (aku kata). Larikkkk

Nak tengok entry lepas berkenaan 30 days challenge, terjah jer sini okie!!

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Day 02- The meaning behind your Blog name

Day 03- A picture of you and your friends

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

Day 05- A picture of somewhere you've been to


notatangan: ilebiu kiroro


Terima Kasih

23 July 2011

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to

Lalalala. Eh dah day 05 kan. Cier.. Masih menepati citarasa tak challenge ni. Meh skodeng picta vogue pilihan aku untuk challenge hari kelima ni DSC04942

Tara.. Sila zoom dekat² kalau picta tak clear sangat. Almaklumla guna kamera cikai jer. Ni time aku g mandi- manda with encik kiroro. Cuba tengok tarikh bawah tue. 1402 babe. Ko ado?? Haha.. Ngegeh jer aku ni kan.

Memori ni tak mungkin aku lupa sampai bila² kot. Yer la time ni aku jatuh macam nangka busuk dek tak kuat sangat kena arus. Nasib tak ape² berlaku. Encik kiroro pun blur jer tengok aku jatuh, bukan nak tolong pun. Skres sikit jer buku lali I ni. HAHA. Sampai ke hari ni ada parut nawwww

DSC00028

Tara.. Yang ni plak time akujoin group aku g lawatan ke kampung member aku. Kira macam dapat keluarga angkat la konon. Kami dapat kat perkampungan orang bidayauh. Best taw. Kalau tak caya, tengok jer kegembiraan yang kami tonjol ni. Hah, dah dapat aura best tak? Kihkih. Ada plak tanye aura kat uolls kan ** nak kena lempang ngexz ni kot**

20277_1266307336999_1209261742_30839431_1531180_n

One of our activities kat sana adalah main pijak² padi. Eh² bukan la. Ni nak pisahkan padi dari tangkainya la. Eh betol ke apa aku gitaw ni. Lupa dah aku. Tengok jer la aku ngan member aku tue. Bukan nak wat keja btol², siap gelak² lagi. Bukan ape babe, geli la. Aku konpius ek, nape nak kena pijak kan, yer la, kan nanti kita makan beras tue. Auww konpius².

Apa² pun, best giler laa..Tat all.

Nak tengok previous entry pasal 30 days challenge klik jer bawah k

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Day 02- The meaning behind your Blog name

Day 03- A picture of you and your friends

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

notatangan: sambil taip sambil tengok malaysia vs singapura.


Terima Kasih

Luar jangkaan

Tadi kan tadi kan...ejejejeje.. bikin naves jer cakap gitu kan. Orait aku nak ceciter ceciter kat uolls la ni. Tak sabo betol la.. Jangan gelojoh okie.

Tadi time nemankan my mom g pasar basah beli belah dak ikan sayo ni......

^^

^^

^^

^^

Aku jumpa best friend merangkap classmate aku time sekolah rendah dulu weh. Selepas habis darjah 6 dulu memang lepas tue tak pernah jumpa lagi. Aku pun tak tahu mana hala tuju kawan aku ni..

Nak dijadikan cecite dia dak kedah, tapi pindah sarawak, tat y la sama kelas ngan aku time darjah 6 dulu. Sekali nengok memang aku tak kenal dah sebab lain beno. Yer la kan jauh beza time darjah 6 yang time tue umur aku pun still 12 tahun berbanding dengan hari ini umur masing² dah 24 tahun ek. Dia balik sarawak ni pun nak jumpa her mom ek. Pastu go bek Kedah balik la

Pergh tak sangka kan dapat jumpa selepas bertahun- tahun tak jumpa. Nasib kenal lagi kan. Ada sesetengah orang ni bila lama dah lost kontek ada yang terus buang batu. Aku respek dengan dia sebab still ingat lagi. Tak sempat nak cakap lama sangat tadi. Yer la tempat jumpa pun tak sesuwei gitu. Kang tak pasal² orang baling ikan mentah kat weolls. HAHAHA

notatangan: aku lupa nak snap picta member aku tadi. Yer la perkara di luar jangkaan ek.
Terima Kasih

22 July 2011

Perhatian: Ini Entry Peram Pompom



Dah tengok tajuk kat atas kan? So jangan mengomel or so whatever. Macam la ada yang nak mengomel kan. Hah. Aku hempuk budak ni kang *aku la tue**

Aku macam ingat² lupa plak samada aku dah publish ke tak entry pasal oreo milkshake kan. Udah ke weh? Eh takpe la udah ke blom yang penting aku nak publish 2 3 kali lagikkk.
^^


^^


^^

^^

Sebabnya aku mengidam lagi nak makan oreo milkshake ni. Sedap sampai menjlilat ibu jari kaki bhai. Erk takde la sampai ke situ. Cuba uolls tengok gambar aku sempat snap sebelum habis aku tibai. Hah? Amacam? Ada tergugat keimanan kejelesan uolls nengok tak?

Terima Kasih

30 days challenge!

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

Auwww ni paling malu nak publish kat uolls ni.HAHa. Apa kata aku main tipo jer ngan uolls? Boleh? Adeh adeh mana boleh gitu kan. Kang tak aci la pulak challenges ni.

Habit yang aku tak ingin giler nak punyai of coz la moody kan. Aku ni cepat giler moody. Kalau moody mula la orang yang rapat ngan aku kena tempias terutama encik kiroro tue. Dia memang selalu kena tempias dush² ngan aku walaupun takde kena mengena ngan dia. Kasihan dia kan! Nasib baik la encik kiroro aku tue jenis yang penyabar sikit. kalau yang jenis macam aku ni non ada kesabaran, mati kesedihan la aku kena tinggal encik kiroro bertahun lama dah.

Aku ni kan pompuan, so tiap bulan mesti la ada mood moody dier kan. Uolls pepaham la maksud aku tue. Ala, bila nak piyed mula la moody aku tue datang kembali. Uolls ni slow la pick up. HEHE

Uolls camner? Ada habit camgini gak ke? Mustahil takde kan

Nak tengok entry lain pasal 30 days challenge ni uolls leh skodeng sini k

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name
Day 03- A picture of you and your friends

notatangan: meleleh jer hingus ni. dasar budak hingusan

Terima Kasih

21 July 2011

30 days challenge!

Day 03- A picture of you and your friends

Ehem² ni picta with bestie time aku dok Universitas dulu taw. Actually zaman ni la paling havoc sekali. Sekarang dah masing² berpisah jauh merentasi Laut China Selatan ntah bila la nak jumpa.. Sedih kan.. Sangat merindui saat itu bhaiiii..


Ni picta time konvokesyen hari tue.. Tengok la semua muka ceria jer kan. Hepi memanjang jer. Sapa tak hepi jumpa best friend lagi bhai at the same time dapat raikan kejayaan bersama kengkawan


Gambar tak boleh blah. Uolls tahu tak kat mana ni? Dalam toilet kat fakulti la ni. Time ni bila sejuk jer dalam bilik kuliah, mesti mengescapekan diri pegi toilet. Padahal nak sesi memanaskan badan kat luar.

Kalau nak terjah entry lain berkenaan dengan 30 days challenge ni boleh terjah sini k

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name
** aku pelik la apesal font dok tuka bila aku bukak balik. Eh konpius aku. Tak kiut dah.. Uwaaa
Terima Kasih

20 July 2011

Dating la pulak

Semalam kan semalam kan, time bertugas untuk registration peserta seminar 1 Malaysia, tetiba jer x10 aku ni berbunyi.. Tettttt... Nengok² aku dapat mms dari encik kiroro. Uolls tahu apa dia sent


^^


^^


^^

^^


^^

Hah dia sent mms ni. Lawok giler gambar dia lukis. Ni gambar dia lukis guna application dalam hp dia taw. kih3.. Yang tak boleh tahan nengok tue part sunset atas ngan burung². Sambil tue, dating sambil tengok burung la kot dalam fikiran dia. Yang tak boleh blah plak awal² dah dia gitaw yang mana satu aku and yang mana satu dia.Dia pulak dengan gatainya tangan kebelakang.
Ingat nak buat wallpaper henpon. Tapi tak santek la pulak sebab pixel pecah. Takpe la. Simpan buat anak beranak nanti la.

notatangan: Ko ado??
Terima Kasih

30 days challenge!

Day 02- The meaning behind your Blog name

TALK WITH YOU HAND

Hah atas tue nama blog aku bila uolls masuk jer blog aku kan. Actually meaning pasal ape eh? Sebenarnya masa mula² letak title dulu aku main hentam jer sampaikan ada gak sebilangan kawan bloggers tanya dapat ke cakap dengan tangan.

Hah? uolls dapat tak cakap dengan tangan? Dapat kan kan kan. Cuba try sekarang dapat tak. Bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Eh, ada kena mengena dengan bercakap with hand ke? mengarut jer aku n ikan

Actually takde meaning ape² pun disebalik blog aku ni. Just for fun bha. Cier tershasul guna dialek sarawak plak.

Nak tengok previous entry aku pasal 30 days challenge ni klik jer kat link bawah k


Terima Kasih

Underconstruction

Blog aku sekarang underconstruction. Sebarang kesulitan amat dikesali. Cewah ayat boleh blah jer kan.. Ok chiow dulu.. Nak meetinggggggggggg
Terima Kasih

#5Wordless Wednesday

I wont let U go
Terima Kasih

19 July 2011

30 days challenge!


Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Apa yang interesting facts tentang aku ni eh? 15? Banyak tue. Ok aku try nak cukupkan 15.

#Aku ni muda lagi taw. Baru je 24 tahun. Cewah macam la muda sangat
#Tamat amik degree & konvo pada 101010. Cantik tak no tue?
#Pelatih Latihan Pemerkasaan Siswazah kat Pjbt Residen Mukah sekarang
# Single but not available. Hah apa maksud macam tue? Mati la aku kalau kiroro baca ayat gitu
#Aku tak suka menunggu dan ditunggu. Paling pantang ok. Be On Time tue yang aku suka
# Kaki online tapi bukan kaki game. Kalau takde internet macam dunia ni berhenti jer rasa.
#Kadang buat part time merajinkan diri buat assignment orang lain. Kira side income la kan
# Rabbit lovers. Korang geledah jer previous entry aku dalam ni, gerenti aku ada citer pasal rabbit aku tue
# Addicted pada henpon model baru ni. Tapi tak juga la salu sangat nak main tukar henpon.
# Wishlist aku yang belum tercapai adalah ....tetttttttt.....IPAD2. Bila la nak tercapai kan.
# Memori aku masih segar time tayar belakang scoot kesayangan kena curi dulu.
# Addicted dengan Angry Birds sekarang. Tengah mencari patung angry birds sekarang. HAHA
# Eh lupa la nak gitaw yang ni, Aku ni anak Malaysia taw. Lahir 16 Sept. Hah. cuti gitu time bday aku. At the same time bday aku ngan ayah aku sama taw
# Sangat pendiam kalau 1st time kenal dengan orang yang baru kenal. Tapi bila lama dah kenal....Hah, tahu-tahu jer la kan
# Payah juga nak abiskan 15 ni kan. Hah habis pun

Orait Day 1 aku dah terpublish. Mudahan 29 days lagi akan terpublish gak kat sini.

Terima Kasih

18 July 2011

30 days challenge


Tadi jenjalan pegi blog member. Then ternampak la entry paling membuatkan gelora dada aku ni membuak pun nak buat cabaran ni. 30 days challenge. Bukannya challenge apa pun macam Fear, Factor, Amazing Race gitu. Challenge nak update entry kat blog jer. Kira at the same time tak la blog aku ni bersawang kan. Yer la aku ni kan selalu ketandusan idea. Bila aku nak start ni eh? Bila-bila. Boleh ke aku cakap gitu. Tampo kang!. Orait aku mulakan esok boleh?

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name
Day 03- A picture of you and your friends
Day 04- A habit that you wish you didn’t have
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
Day 06- Favorite super hero and why
Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08- Short term goals for this month and why
Day 09- Something you’re proud of in the past few days
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11- Another picture of you and your friends
Day 12- How you found out about Blogger and why you made one
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
Day 14- A picture of you and your bestfriends
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16- Another picture of yourself
Day 17- Someone you would want to lives with for the whole day and why
Day 18- Plans/dreams/goals you have
Day 19- Nicknames you have; why do you have them
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21- A picture of something that makes you happy
Day 22- What makes you different from everyone else
Day 23- Something you crave for a lot
Day 24- A letter to your parents
Day 25- What I would find in your bag
Day 26- What you think about your friends
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned
Day 30- Your favorite song.

notatangan: tajuk dlm english kan..aku wat entry dalam bm bolehke? maklumla tak pasih sangat nak ckp omputeh
Terima Kasih

15 July 2011

Macam-macam pe'l arnab ni

Semalam kan seperti biasa la balik dari kerja, aku akan lepak ngan rabbit² kesayangan aku ni even penat macam nak mampus. Bangun pagi² pun aku mesti dok lepak depan kandang depa ni dulu sebelum mandi- manda. Betapa fanatiknya aku kat dorang kan.**eh dorang pulak. Takpe la kan.

Masa aku melayan dorang ni semalam tiba² jer terkejut ngan pe'l yang seekor ni. Cuba tengok ni
Hah, apa ke jadanya Raya wat style gini. Dok melentang pulak.Tak pernah dibuatnye. Manja giler bila nampak tuannya dok melayannya. Jeles plak bila nengok aku dok layan yang 2 ekor tue je. Mula la si Raya ni melompat² mintak dilayan.

Kerenah Si Melody ngan Elang ni pulak. Bukak jer kandang asyik try nak lompat kuar je. Si coklat tue namanya Elang. Agresif giler nawww.. Yang putih of coz Melody. Si gemok gedempol tue. Kuat makan tue.
Si Elang ni memang pemalu weh. Tengok jer gaya tue. Tiap kali aku nak snap tiap kali dok tunduk muka. Geram tol. Lain pulak Si Melody tue, semua nak digigit.. Tak paham aku

notatangan: Eh, mini turtle aku yang sekorang dah mati jugak :(

Terima Kasih

14 July 2011

Header blog macam redmummy

**Klik kat gambar kalo nak tengok lebih clear lagikkk**

Sebelum ape², aku nak tanye uolls ni.Sapa punya kerja dok search keyword gini hah? Hah baek angkat kaki sekarang? Ker aku suruh uolls korek lobang idong uolls dalam². Nak tak nak tak?

Orait dari gambar aku letak kat atas mesti uolls tahu yang aku nak popek pasal ni kan. "HEADER BLOG MACAM REDMUMMY". Fuh kelasss ko nyah nak header cam dier. Ker ko nak pames macam redmummy gak ni? Cewah.. Ek eleh tak ngaku plak. Ngaku jer la. Orait ko siyes nak macam header blog dia ek? Better ko jumpa terus kat redmummy. Tambah² RM tengah pegnen sekaran ni. Mana taw dia mintak suggestion dari ko untuk nama baby baru dia nanti. Kot² la kan.



Terima Kasih

13 July 2011

#4 Wordless Wednesday



Apa itu Wordless Wednesday?

Wordless Wednesday ni satu trend utk semua bloggers di alam Maya. Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya. Gambar mempunyai seribu maksud tak gitu? Biar gambar yang menceritakan segala2nya.

notatangan: Awan golap jer deng.. Hujan lagi ke ni

Terima Kasih

11 July 2011

Makan Free Lagi



Wow monday blues kan tiap kali monday menjelma. Tapi apa boleh buat. Tapi monday blues kali ni buat aku semangat. Sebabnyer........
^
^
^
^
^
^
^
^
Tetttt. Makan free kat ofis. Apa sebab asyik makan free jer ni? Sebabnyer sorang budak praktikal habis praktikal hari ni. Hah. Ofis ni memang dah budaya dia. Tiap kali ada yang nak kuar dari ofis ni, dorang akan buat jamuan sikit. Tak banyak, sikit pun jadi la. Asalkan ada jamuan kan. Kira nak hargai apa yang dorang buat selama berkhidmat kat ofis ni la kan.

Aku hari ni mengeksyenkan diri diet la konon sebab menunyer nasi lemak. Hamekk ko.. So aku terpaksa dengan tak malunya mengignorekan saja nasi lemak paberet aku. Bukan apa kat umah dah bekpes nasi lemak gak. Tak nak la aku nak menambah berat aku ni (malam tadi baru promise ngan kiroro nak turunkan berat until 46kg. Hujung tahun ni tengok hasilnyer. Ops next entry aku ceciter eh)

So aku amik yang ni jer tadi

Caya tak aku makan ni jer?? Sila jangan percaya okie..Ada banyak lagi aku makan tadi, tapi aku suka snap yang ni jer. Nak bagi nampak sket aku ni on diet kan. Tapi aku memang tak makan nasi tadi okie. Aku makan ikan kering digoreng, puding(sedap taw), telor rebus separuh jer. Hah tue jer aku makan tadi tau. Eh lupa la, timun sikit. HAHA.

Adeh, susah beno nak turunkan berat kan. Aiyaa.. Any suggestion?

notatangan: Uolls camner ada idea tak?


Terima Kasih

08 July 2011

6 IPAD2, 49 tea sets dan Grand Livina untuk dimenangi

Wahai orang kampung sekalian,aku ada benda nak dikhabarkan kat uolls. Bukan apa nak khabarkan kat uolls, takot ada yang hisap jari sebab aku tak bagitaw. Kang aku sorang Linkyang menang. Non aci la kan. Hah ni ada contest baek punya yang membawa hadiah yang lumayan. Paling tak boleh blah hadiah adalah IPAD2 wei...

Hah ni hah BOH ada kuarkan peraduan untuk uolls. Senang giler main teka jer dah dapat hadiah grand wei. Hah meh cepat-cepat klik gambar kat bawah


Terima Kasih

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE



Orait lama beno aku tak join GA ni kan. Sekarang tabiat nak mengedik join GA orang datang lagi. Actually aku tengok GA ni mendapat sambutan hangat dari para blogger. Hurm?? Ada peluang ke aku nak menang? Almaklumla aku ni memang tak pernah bertuah uolls kalau nak tahu. Bukan tak pernah bertuah, memang tak pernah pernahhhhhh la. Hah camner tue.. Ehss.. Camner nak join GA ni. Ce citer ce citer..

Cara nak join GA ni senang gegilo la weh.

  • Buat entry bertajuk GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE dan link kan ke blog dil.
  • Copy Banner GA dan letakkan dalam entry tersebut
  • Follow blog ini *untuk pastikan korang terima update pasal GA ni tapi tiada paksaan
  • Tag 2 orang rakan blogger yang lain
  • Dan copy kan url entry tersebut dan letakkan dibahagian komen entry ini
Sapa yang berminat nak join boleh la klik banner kat bawah oraittt


Eh eh.. GA ni bermula dari 2/7/2011 hingga 31/7/2011. Lama lagi ni korang nak join. Pemenang akan dipilih secara random taw. Mana taw kot-kot uolls bertuah. Tue yang aku tak ketinggalan nak join gak. Mana taw kali ni aku terlebih tuah.

Boleh tak aku tag 2 orang ni
*dak kecik*
*bujang kenit*

notatangan: Lama aku tak join main hit jackpot kan.

Terima Kasih

07 July 2011

Angry Bird bakal difilemkan


Woah teruja giler hari ini bila baca newspaper mengatakan Angry Bird bakal difilemkan. Paling tak boleh blah maybe akan dibuat episod gitu babe. Teruja tak. Cer teruja cer teruja...Aku memang addicted giler sejak dah terror main game angry bird. Angry Bird Seasons dah habeh, Angry Bird Rio pun dah habeh, meh suggest kat aku yang mana aku belom tibai?? Sekarang nak tunggu filem dia kuar dah

Mesti best duper- duper giler kalau dah difilemkan kelak kan. Yer la pengarah Ironman & Incredible Hulk yang akan buat filem ni kelak. WOah teruja akak wehhhhh..Korang meh la join sekaki dua kaki main game angry bird sementara tunggu filem dia kuar. Woah ketara sangat aku ni dah gila kat angry birds.
Hah ni la watak yang te
Aku lebih prefer main game ni kat handphone aku daripada main kat notebook eh. Sebabnya, aku rasa lebih umphhh lagi aku main slide jer kat skrin handphone aku..

notatangan: Game zombie aku dah habeh dah. Ada episod baru lagi ke idok owh


Terima Kasih

06 July 2011

Stop Smoking



Aku nak mintak pendapat uolls ni camner nak suruh orang lain berhenti merokok. Hah ce share ce share. Eh takde intro la pulak.. Camgini sebenar.

Malam tadi aku texting ngan kiroro gitaw la dia leh tak aku wat satu permintaan. Paling worst dia janji akan tunaikan. HAHA. Aku suruh dia berhenti lagi main sedut² hisap² asap rokok tue. Actually bukan baru sekarang aku warning kat dia suh berhenti, tapi sejak bertahun² dah. Tapi ibarat masuk telinga kiri kuar telinga kanan jer permintaan aku tadi.

Then sekarang aku macam ala² nak strict la konon.

Aku: Kalau tak nak berhenti merokok, syg tinggalkan abg. Tak nak dah ngan abg.(durjana tak ugutan aku).

Kiroro: Hurm, janganla macam tue, sama² tolak ansor. Abg akan berusaha untuk kurangkan merokok

Aku: Kurangkan merokok jer ke? Bukan berhenti merokok? Kurangkan dengan berhenti tak sama maksudnya abg oi.

Kiroro: Ya abg tahu tue. Tapi abg janji akan kurangkan. Tapi slow². Kalau abg suruh syg berhenti main facebook, boleh tak syg tunaikan permintaan abg?

Dengan konpidennya, aku jawab....

Aku: Ya boleh, y not syg akan deactive fb kalau abg pun sama tunaikan permintaan syg ya. Hah rasakan. Dia ingat aku tak boleh hidup tanpa fb(Of coz tak dapat berhenti kot). Tapi demi dia, I sanggup taw asalkan dia berhenti smoking kan. Ok tak?

Lastly....

Kiroro: Abg akan berusaha untuk kurangkan merokok, slow².. Tapi bukan sekarang. (Bila ka itu)

Aku: Hurmmm... ( Aku jawab gitu maksudnya aku tak berapa setuju la dengan jawapan dia tue.GAGAGA)

Huh, aku harap sangat dia boleh berhenti merokok. Dah lama dah suruh berhenti taw uolls. Tapi tak tercapai langsung. Camner nak berhenti jika dalam diri tak tanam azam nak berhenti kan. Kiroro pernah gitaw dulu, susah giler nak berhenti sebab bila once dah ketagih ssh nak berhenti. Kalau org lain dapat berhenti, kita tak kan tak dapat kan. Tol tak? Tue namanya keazaman penting. Adeh....



Nak tanya pendapat uolls, apa the BEST WAY STOP SMOKING untuk suruh dorang² ni berhenti merokok?

Terima Kasih

Aksi Melampau Pekerja KFC

Agak geram bila nengok perlakuan pekerja KFC yang tak menerapkan nilai kebersihan di tempat kerja. Paling tak boleh blah dah la makanan nak dimakan oleh public. Sampai hati dorang nak letak kat kaki la, letak air perahan lap meja dalam tempat memasak la. Apa punya nilai sivik la dorang ni kan. Geram giler tengok. Kalau la berlaku kat depan mata aku, dah aku lempang depan dorang terus. Memang terus tak berhutang. Hah ni aku share kat uolls video yang menunjukkan rendahnya sivik dorang ni.


Hah, uolls judge la sendiri cam ner nak hukum orang yang cam gini? Cuba dorang berada di tempat kita, then kita buat perkara yang sama macam dorang buat dalam video kat atas tue, ntah apa perasaan dorang. Cam tue gak kita kan.. Customers always right. So meh kita semua report kat pihak atasan KFC. Keranan nila setitik rosak susu sebelanga.
Ada lagi satu video yang dorang perah air dari kain lap meja dalam tempat memasak. Uolls leh tengok kat sini

notatangan: kiroro pernah ingatkan jangan minum air bila kita sendiri tak tengok cara dorang buat air sebab ada satu kes member dia order teh tarik peng. Nak jadikan teh tarik tue berbuih, dorang main tiup guna straw. Auwww kotor
Terima Kasih

#3 Wordless Wednesday

Hanya gambar dapat menerangkan segalanya.. Get Well Soon Nenek
Terima Kasih

05 July 2011

Gambar Majlis Perkahwinan Tomok dan Ayu

Wow mesti uolls tercari² gambar majlis perkahwinan tomok dan ayu kan. Hah sekarang aku nak sajikan uolls dengan gambar perkahwinan dorang yang super melatop ni. Jeles nengok design baju ayu kan. Pelamin pun ala² perkahwinan diraja gitu. Auwwww

kredit gambar tuk madammondoq

notatangan: geram ngan kiroro berani nak sakat aku hari ini. Tunggu la hari pembalasan







Terima Kasih

01 July 2011

Dugaan demi dugaan

Happy friday uolls! Erks mood sekarang adalah tengah geram sebab semalam bagi yang giler update blog mesti uolls naik darah kan coz tak dapat nak bukak blogger[dot]com semalam, tak dapat nak update entry kan. Kuar jer mesti blog error. Hah.. ni yang aku nak popekkan hari ni gak. Actually aku dah tulis entry semalam. Then kuar gak hal yang sama macam aku kata kat atas tue. Tak tahu cmner tetiba window tempat aku tulis ni ilang gitu jer ke or aku tertutup tanpa sengaja. Hangin satu badan babe.. Dan la aku taip panjang. Hari ni terpaksa la aku gigih menaip semula.

Dah la blog lama tak berupdate. Tup² error pulak kan. Tambah plak lately memang banyak giler dugaan datang yang kita tak sangka² eh. Aku baru jer kehilangan nenek saudara yang kami semua sayangi. Benar kata orang pergi takkan kembali. Bila² saja kita akan pergi. Then sekarang nenek yang sorang pulak tengah nazak. Keluar dari hospital semalam coz doktor sendiri kata takde harapan nak ok kembali sebab paru² dah kena jangkitan kuman. So, terpaksa berserah kepada Nya jer la sekarang. Mana yang terbaik untuknya, kami tetap berserah. Kasihan gak nengok nenek menderita menahan sakit dia.

Orait, aku nakmo mood sedih² plak. Bukan nak sajer gitaw kat uolls, tapi aku rasa aku akan rasa lega bila menulis giniand share ngan uolls even uolls tak sudi baca BUT tetap gak uolls baca sampai habis kan.Tocheee..

notatangan: Habis manis sepah dibuang
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign