Pages

|The Comrades|

31 August 2011

Kadang-kadang betul jugak kan

2011-08-13 21.16.33

Ok hari ini aku nak bersyarah sikit. Bersyarah bukan ape pun. Bersyarah berkenaan picta kat atas tue untuk suka suki aku yang super duper no idea hari ni kan.

Ok keratan ni aku cilok dari majalah mangga edisi Ogos 2011 ni. Hah latest lagi ni. HAHA. Tanpa tak disengajakan aku jumpa la benda alah ni dan punya la syiok baca, terus bagi kat kiroro baca. Tahu apa respon dia after baca ni.

“ Hah memang 100% betul ramalan ni kan. Macam mana lak dia tahu perangai syg kan”. Huh sabar jer aku kan sebab aku akui sendiri ramalan ni memang tepat gak kat aku pasa bulan ni. HAHA.

Ok aku nak ulas sikit la kan

Best ke kerja di tempat sekarang ni? Kalau rasa selalu dianiaya, cubalah bertukar angin

ok yang ni aku akui betul la sikit sebab time aku baca keratan ni pung aku dapat interview dari salah satu kompeni swasta, tapi tup-tup interview aku ditunda plak. Hah baca entry ni. Sedih taw.

Kawal perasaan bila berdepan dengan si dia. Jangan ikutkan perasan marah dan tak puas hati anda.

Yang ni memang betul- betul terkena atas batang hidung sendiri bila kiroro sendiri yang ambush. HAHAHA. Aku kan salu jer menjadi perosak mood bila bersama kiroro. Ada jer benda yang nak digaduhkan dan tak puas hati. Yang jadi mangsa sapa lagi.. Dia la. HHAHA. Ok,aku akan berusaha ke arah menkontrolkan sikap amarah aku. HAHAHA. ASAP la konon.

Kewangan sekadar cukup- cukup makan sahaja.

Yes. yang ni betul giler kan. Almaklumla elaun aku sekarang memang tak cukup makan. HAHA. Tapi ok la daripada takde langsungkan. Sebab kewangan cukup- cukup ni jugak la aku dah pandai berjimat taw sebab aku ada mission sendiri iaitu berusaha untuk mendapat sebijik IPAD2. Amacam kelas tak misi aku. Misi paling murni aku pernah buat tue.

Ok, uolls plak camner? Percaya tak kat ramalan gini? Kadang betul giler ramalan dorang kan, tapi kalo aku baca ramalan yang tak tepati citarasa aku macam malas dah aku nak percaya. HAHA. Ada lak gitew kan..


Terima Kasih

30 August 2011

Apabila ATM Machine kehabisan duit

Aku ingatkan bank tak pandai habis duit kan. Nengok- nengok pandai gak. Mana tak pandai abis dah dia cuma mesin kan. Tue pun manusia yang letak berapa ribu dalam tue. Kalau banyak orang amek guna ATM, cepat la habis. Apa la ngok sangat aku ni.

Tambah- tambah pulak time nak dekat raya gini, memang panjang la Q orang nak amik duit guna ATM. Aku pun nak gedik gak Q up amik kat ATM. Sekali… Hah amek ko duit habih. Walawei..Dah la dalam purse aku tinggal banyak ni jer lagi…

2011-08-29 11.31.07

Cer teka berapa banyak dah tinggal dalam purse aku…

Tettt masa habis. Hah banyak ni jer la tinggal dalam purse aku…

2011-08-29 11.30.28

Huh..akibatnya aku kena la berjimat sementara. Aku malas nak g bank lain. Aku ni kan kedekut sikit. Kalau g bank lain kan kena charge lagi even singgit ke 2 inggit. HEHE. Baik aku tunggu jer kan.

Kalau la boleh amik duit tanpa perlu g bank kan bagus.. Hurmm. maksud aku boleh kuar melalui komputer ke notebook jer kan. Tak la susah nak g bank.


Terima Kasih

29 August 2011

Ofis yang super duper sunyi!!

Lalalala (mood meriangkan hati sendiri akibat semua ofismate cuti suda). Boleh hitung guna jari jer staf yang datang ofis hari ni. Ke mana yang lain? Bercuti suda la bhaiii..Yang paling best bila temperature aircond tak sesejuk nak mampus macam sebelum ni.

Hari ini aircond macam suam-suam kuku gitew. I like super duper bhai.

2011-08-26 14.07.09

Kan gue dah bilang semua penduduk kat ofis dah bercuti. Nah ni buktinya. Nengok jer kat papan pergerakan staf tue. Sikit jer tinggal lompang kan. Kalau semua lompang diisi, alamatnya tutup la ofis ni sementara. mesti orang yang nak berurusan  terus bisign- bising gitew. HAHAHA.

BTW, aku nak ucapkan HAPPY MERDEKA RAYA kat semua yang celebrate  kedua- dua hari penting ni.

p/s Jangan lupa celebrate aku nyer bday 16 Sept nanti k. Nasib baik PM dah umumkan 16 Sept tahun ni Public Holiday dah. HAHAHA . lama dah tunggu pengumuman tue. Larikkkkk


Terima Kasih

27 August 2011

Nah selipar angry bird

Siapa yang dok search selipar angry birds ni hah. Sila cepat-cepat korek hidong. HAHAHA. Alalalala gurau jer la… Ada macam cikgu displin  tak aku garang tadi. HAHA. Boleh blah jer bunyik kan.

cats

Hah sapa punya angkara ni ingat aku tokey jual sliper angry bird ke? HAHA. Mentang- mentang sekarang ni aku fanatik ngan Burung Marah ni kan. HAHAHA. Nak sangat ngan selipar angry birds ke? Nah amek ni aku bagi free je..

2011-08-26 14.20.25

HAHAHHA. Amacam kelas tak? Ko ado??? Non ado kan.. Jangan jeles. Okie aku saja nak bagi uolls jeles. Untuk menambah kejelesan uolls, nah uoll tatap aku mengedik ngan selipar angry birds.HAHAHA

P8261242

Amacam? Ada timbul kejelesan tak kat situ? Kawan aku cakap aku macam orang baru abeh bersalin. Hah tue baru sikit. Belom aku pakai stokin pelangi combine ngan selipar angry birrds ni. Baru uolls terbeliak nengok. HAHAHA.

Jangan jeles uolls sebab aku dah ada selipar angry birds eventhough cuma selipar camgini. HAHA


Terima Kasih

26 August 2011

Addicted Sudah!!


Walawei... Sapa fan Rihanna kat sini sila korek hidong cepat- cepat. HAHA



^^

^^

^^

Ok aku sajer nak kepo kat sini padahal lagu dah basik kan.. Sekarang aku addicted kat lagu minah Rihanna ni yang bertajuk CALIFORNIA KING BED. Wow melody dia melatop gilos even aku tak reti pun melody-melody ni. Hantam jer la kan.

Video klip pun aku thump up la. Aku suka nengok mulot Rihanna bila dia nyanyi. Lembut jer nengok kan. Auwww... Ada lak gitu...

Uolls minat gak ke? Sapa yang belom nengok jom terjah kat YOUTUBE ni. Meh aku bagi link sekali

Dah- dah aku nak continue dengar lagu dia.HAHAHA

Chiowww


Terima Kasih

24 August 2011

I Like.. U Like Ka….

Hah…Bukan niat nak mengular la kan. Tapi yer la dari semalamdah nak g cuci keta. Tapi macam limited giler masa sejam jer rehat. Hari ni…Hah amek ko bhaiii…. Kuar kejap nak g cuci sebab keta macam dah tahap dewa kotor.

Hah amek ko sekali jakun sekali nengok orang cuci guna snow wash. Mana tak nyer aku ni kan jakun sikit.

2011-08-23 11.58.03

Hah cantik kan. Rasa macam tak nak suruh dorang buang snow tue jer. Nak bawa balik gitu jer keta tue kan. Lepas tue semua orang tengok dengan kepelikan keta tue jalan dengan snow-snow. HAHA..

Ok, sekian…


Terima Kasih

23 August 2011

#10 Wordless Wednesday

2011-08-22 16.36.25 

Mula- mula masih malu- malu

2011-08-22 16.36.42

Dah mula nak mendekati

2011-08-22 16.38.21

Last- last buat muka gini

Alahai budak- budak.. Hepi jer memanjang kan


Terima Kasih

Raya oh Raya!!

Woah raya tak lama lagi kan. Minggu depan jer lagi. Pas tue ofis akan sunyi 2 3 hari. Sorga la gitu kan.. Semua tak sabo nak berhari raya. Kalau tak caya cuba tengok keeksaitedan kami berhari raya di ofis.

2011-08-23 10.45.27

Pintu masuk pejabat memang lap lip lap jer ngan lampu kan. Ketupat mainan pun berjuntai-juntai jer kan. Memang meriah la

2011-08-23 10.45.47

Hah, kat dalam lagi la over bhaiii.. Sapa yang masuk pejabat ni mesti mood terus zupppp melayang ke kampung halaman. Dah la siap ada sofa kan. Memang exactly mood hari raya datang la..

Uolls camner? Ada cam gini gak ke?


Terima Kasih

22 August 2011

Mahal!! Tapi Puas Hati

Perhatian: Ini entry basik suda.. Entry peram la katakan. Aku ni kan suka peram pampam.HAHA.

Hari tu temankan kiroro berbuka kat luar. Destinasi yang dah dirancang tak lain tak bukan adalah tempat paberet bila tekak mengidam nak makan seafood. So pergi la topspot seafood sana.

Punya la terkejut bila nampak ramai giler orang choose tempat tue nak berbuka. Aku & kiroro apa lagi cepat-cepat reserve tempat duduk takot takde tempat. Ada lak gitu kan padahal tempat besar. Kali ni kiroro pilih stall lain. So, kami pilih 2 menu jer iaitu…. jeng jeng….

2011-08-14 19.07.41

Ini menu yang kiroro pilih. Ketam makanan paberet dia eventhough lelaki ini alergik dengan bendalah gini. Tapi tamak sampai order 6 ekor crab. Belum pun abis ketam dia makan, tangan pun mula gatal. Fadan muka dia kan…

2011-08-14 19.07.50

Aku pulak order kerang masak kicap.. Paberet aku bhaiii.. Aku sorang yang ngap ni. 2 3 biji jer bagi kiroro makan. Kezekut giler kan. Sedap giler weh.. Rasa macam nak order lagi sambil hisap gitu..

Sebenarnya aku order lagi satu.Aku order sayur campur. Tapi sayur campur macam hampeh jer. Tak sedap..So aku malas la nak snap. Aku snap makanan sedap jer. HAHA

Aku rasa sejam kot kami dua mengenyangkan perut kat sana sampai orang kat meja sebelah pun pelik nampak kami dua lama giler. HAHA. Dah la kiroro laju giler jer makan ketam-ketamnya tue. Aku lak tak sempat. Yer la kena la kontrol sikit makan. HAHA.

Ok dah kenyang, tiba masa nak bayar. Uolls tahu berapa semua?? RM94.00 bhaii.. Mak ai mahal giler. Aku ingat lagi kami makan kat situ gak tapi stall berlainan, rega tak la semahal tue sebab masa tue kami order ikan, ketam, ketang, sayur baru RM50++ jer. Tapi ni 3 jenis jer mak ai mau ke RM100. Belom lagi order ikan. Huh..

Tapi takpe asal puas kan.. Bayaran of coz la sharing- sharing. Aku malas nak biarkan kiroro sorang bayo. Kang makin botak kepala mamat ni. Give and take la konon kan. Baru best nak berbelanja. HEHEHE


Terima Kasih

Ini baru model angry birds

Yabedabedu.. Yezaa… Awal-awal aku nak gitaw SILA JANGAN JELES OKIE!!.. Jeng- jeng… Aku dah ada t- shirt ANGRY BIRDS** TDDMKA** Nak tengok tak kejelesan uolls ni.

2011-08-18 13.50.46

Muka terpaksa diblurkan kerana takut diterjah oleh pihak yang jeles nengok Angry Birds. HAHA. Ada lak gitu owh. Yeah.. Like giler-giler. Sampai ofis terus masuk toilet try t-shirt ni. Tue namakan fanatik mati-matian kan.

Sampai lak rumah tak puas hati lagi, terus try buat kedua kalinya sehingga dipakai sampai ke tido. HAHHA. Apa pendapat uolls bila jumpa orang yang fanatik sedemikian rupa? Ada rasa macam nak lempang laju- laju tak? Sila kan.. Larikkkkkk

Ok next entry aku citer satu lagi benda yang ada sangkut paut yang aku ada beli baru lagi. Tunggu dopsss!!

TDDMKA- Tangan di dada, mata ke atas


Terima Kasih

19 August 2011

Rise of the Planet of the Apes. Berapa banyak OF laaa

Sapa dah tengok citer ni? Cepat korek hidong. HAHA. Aku? Aku dah lama nengok, before kuar panggung dah. Opsss tershasul. Hari tue time jenjalan ngan kiroro singgah jap kat cineplex, then kiroro bisik kat telinga mengidam nak nengok cita babun ni. Aku? Not my taste.. Sebab? Sebab aku dah tengok awal even kualiti tak berapa nak bagus. So terpaksa jer la cancel. Bagi dia nengok lam laptop jer nanti.


Apa aku nak komen kat cita ni?

^^

^^

^^

Pergh, time nengok trailer jer aku dah fall in lurve gitu² dah inikan pula bila dah nengok sampai abis. Memang terbaek la. Kalau nak bandingkan cita robot, aku lebih prefer pilih cita jenis cam gini. Babun la aku maksudkan tue.. Alaa.


Uolls nampak tak ketomeyan babun kat atas ni. Nama dia CHESTER. Eeei.. Bijak giler bhai..Sebab maybe dah ikut genetik mak dia kot. Tuannya dah suntik virus BIJAK kat dalam ibunya. Tue yang Chester ngekot sama..


Time ni Chester and the gang mengamok. Kira macam protes mintak dilepaskan la. Yer la kan time ni chester dah kasi virus yang nyuruh bijak tue semua kat geng dia. So apa lagi. Serang laaa
Haiwan pun ada perasaan kan. Time ni dia lepas mengamok bila dia nampakada seorang lelaki marahkan tuannya..

Ni part sedih bila Chester nak kembali ke tempat asal. Kalau uolls nengok mesti meleleh aekmata

Aku bagi 5/5 star untuk muvie ni. Best giler. Macam nak ulang patpulohpat kali jer nengok.Over nauuuu


Terima Kasih

18 August 2011

Peminat Kipas Mati Angry Bird!!

Pergh, puas giler aku memborong aksesori angry bird hari tue.Mana idoknyer dari bulan lepas dah aku meraung mencari barang² yang super duper kiut angry bird. Sampai je hari tue time jenjalan ngan kiroro, terus macam budak kecik berlari menuju tempat jual angry bird ni. Penghujungnya ni yang berjaya aku sambar

^^

^^

^^

angry bird

Hah camner? Kelas tak? HAHAHA. Yang paling tak boleh blah tang set alat² tulis tue. Macam kanak² ribena bak kata kiroro bila nampak aku beli yang tuh. Yer la aku nak wat koleksi kat ofis aku. Biar ofismate aku kata aku kanak² ribena, yang penting aku PUAS HATI. HAHAHA.

Mug tue pulak aku beli kat kedai lain sebab kat situ kehabisan  stock. Dah la tengah aku dok bizi pilih semua ni, paling tak boleh blah budak² semua melekat meraung² mintak kat bapak dorang nak beli angry bird jugak. Aku buat muka sposen macam la aku beli kat anak² aku konon, padahal malu dorang nampak aku beli barang gini. Kalau macam pillow dibeli tak la dorang kisahkan, ni tak set alat tulis siap ada blink². HAHA.

DSC00330

Kiroro ada gak suggest nak belikan bantal angry bird, tapi aku malas dah nak bantal² ni. Penuh dah katil aku ngan bantal je. Bantal spoengebob yang dia belikan dulu pun dah cukup penuh atas katil. So angry bird pillow takde dalam list aku. Sekarang aku ngah nunggu selipar angry bird dah. Ari tue aku tanya belom sampai lagi.

Pergh memang puas hati la cuci mata pilih angry bird ni. Lupak lak aku nak snap. T-shirt ada, beg sandang pun ada. Ibarat macam² ado la. Cuma selipar jer takdo.HAHA

Aku siap upgrade lagi game angry bird aku dalam xperia aku. HAHAHA. Memang fanatik kan ngan angry bird ni. Kiroro siap tanya apa spesialnya angry bird ni padahal kartun dia tak la sekiut spongebob. Huh, berani dia kata gitu kan..

p/s Aku tak sabo nak tunggu angry bird difilemkan lagi. HAHAHA. Mesti bertambah cute kan dorang kamceng ngan ngot². HAHAHA


Terima Kasih

17 August 2011

-Entry Sambungan-

Aku ada gitaw kan yang interview aku hari tue last minit dipostponed. Huh memang macam nak melatop situ jer aku time tue bila tahu postponed. Aku dah excited giler datang awal kat tempat tue, last² dia gitaw interview postponed.

Mana taknyer, dorang just emel jer kat aku berkenaan dengan penundaan temuduga. Mana aku nak check emel time tue, bukan aku online 24 jam. Apa salah call jer aku gitaw kan. Huh bikin aku choncheng jer kan.

Dah la aku dok prepare bebeno nak g temuduga ni, nengok² tunda. Dah lak tue kena sound dak pak gat kat pintu masuk gak sebab tak amek pas pelawat. Huh, makin hangin jer aku. Mana la aku ngan kiroro tahu kan yang perlu guna pas masuk. Dah dorang tak tahan dulu time kite masuk. Aper da.

Banyak giler benda rugi. Cuti aku pun burn jer 3 hari macam takde hasil. Tapi takpe gak dapat jumpa kiroro. Kiroro lak terpaksa membakarkan cutinya 2 hari gara² nak hantar aku. Dah la dia susah giler nak mintak cuti dengan bos dia yang macam chongcheng tue. Nasib guna alasan kukuh. HAHAHA


Terima Kasih

Contest Cik Sepet sempena Hari Raya

----> Ini entry sticky mode. Scroll down untuk lihat entry terbaru <-----

Eww, dari hari tue dah dok usha² nak join contest sepet ni. Tapi tangan bukan main malas nak menaip. Nah amek ko hari ini aku over rajin nak menaip. Ko ado? HAHA. Orait aku nak mewar² kan uolls ni yang sepet ada anjurkan satu contest kat blogshop dia ni taw. Rugi sapa tak join sebab hadiah menarik giler vaveng. Syarat nak join pun senang giler.

Saya sudah mengikuti syarat contest.. yezaaa

1. Jadi FOLLOWER kat sepet shop ------> Aku dah lama jadi follower dia. Buktinya…

follower

Kalau tak caya lagi ni satu lagi bukti

cats

2. “ Saya mahu menang kerana saya tersangat la fall in lurve dengan hadiah pertama walaupun peluang untuk mendapat LIKE yang banyak amat la tipis. Tapi saya tetap jugak mahu menerai menjoinkan diri. Boleh ke gitu? HAHA. Ok, siyes k. Saya mahu menang sebab saya nak hadiah birthday saya yang kali ni Sepet yang bagi walaupun sebulan lagi iaitu 16 September nanti. Bole la bole la. -----> DONE

3. Hantar link entry contest kat link contest SAHAJA.----> DONE

4. Blog wajib ada button LIKE Facebook sebab entry paling banyak like dia akan jadi pemenang. So uolls rajin² la Like entry saya k.. Plishhh ----> DONE

Huh.. Habis dah syarat² aku follow. Lepas ni aku nak mohon jasa baik uolls, tolong² la kasi aku menang kali ni k. Lop u uolls ketat²

DSC09369

Aku terlampau berkenan dengan beg yang ini…. Tulunnn..

-Sekian


Terima Kasih

#9 Wordless Wednesday

kura-kura


Terima Kasih

15 August 2011

Layanla customer sebaik mungkin

Huh, dugaan memang tak kenal siapa, tempat and masa kan. Dugaan giler dua tiga hari ni bhai. Semalam jer 2 3 bijik sekali dugaan datang.Yang paling worst bila 1st time sepanjang guna flight kena tinggal flight. Memang meletop la sikit rasa bila kena tinggal flight. Melatop bukan apa bila management macam f*ck jer.

Bayangkan aku lambat 5 min jer bhai, dengan konpidennya aku Q up la check in. Tetiba pompuan sial tue gitaw check in dah tutup.

Aku: Camner boleh tutup sedangkan aku nyer flight ada sejam lagi. Then uolls gitaw flight delay tat y aku datang lewat sikit.

Perempuan Sial: (dengan muka masam mencuka) Dah memang pintu pelepasan dah tutup camner la nak buat. Flight pun dah berlepas.

Aku bertambah felik la camner dia gitaw flight dah berlepas sedangkan masa nak berlepas pun belom tiba. Macam aku nak teriak jer kat sana. Ok takpe aku sabar sikit. Then terus call kiroro yang time tue tengah order McD.

Aku: Syg tak dapat balik. Tak sempat check in. Orang sini gitaw dah lambat.

Kiroro: Hah! Betul ka? Camner boleh jadi camgitu? Ok² abg g atas sekarang.

Time tue aku dah kuar airmata dah sebab… ntah la aku pun tak tahu nape tetiba jer nak kuar airmata. Yer la aku ni sensitip sikit, tak boleh kena jentik sikit. Kiroro pun sampai then tak lama lepas tue future MIL &FIL pun datang gak. Kiroro gitaw la yang aku tak dapat check in semua.

Future MIL pun tak puas hati terus tanya balik kat kaunter check in balik. Tapi kali ni nada perempuan sial tue tak macam time dia layan aku tadi. Kali ni lebih sopan sikit cuma airmuka dia still mencuka. Maybe dia hormat kat orang yang lebih tua kot. Yer la aku tadi macam budak²  hingusan jer. Tat y layan macam beruk kan.

Lepas perempuan sial tue explain gitu gini kat MIL, then kami pun macam redha jer ngan semua dugaan tue. Aku apa lagi makin macam hujan la airmata kuar, cuma time tue cover sikit takot MIL perasan. Aku nampak pun MIL nangis gak nengok aku camgitu. MIL pelok aku suruh bawak bersabar. Lepas semua itu ini kat airport, aku decide nak guna bas pada belah malam jer, tapi family kiroro tak bagi semua sebab tak bagi balik malam². Tambah plak aku ni pompuan.

Aku berkeras gak nak balik malam sebab esoknya aku ada meeting. Chong cheng chong cheng lastly dorang surrender gak ngak keputusan aku, terus ngan kiroro g beli tiket bus untuk balik 10pm.

FYI, bukan apa aku title kan perempuan yang aku maksudkan kat airport tue macam sial sebab tiap kali aku berurusan ngan dia, ada saje benda salah kat atas aku. Dulu time aku nak bawa balik rabbits aku, dia gak yagn gitaw tak boleh bawak pets dalam flight even letak dalam kargo. Aku apa lagi melenting la sikit gitaw before ni ok jer aku bawa rabbits naik flight, nape kali ni tak boleh plak. Mana satu uolls nyer management betul kan.

 

husna 

*gambar takde kena mengena dengan entry*

Last² dia surrender gak bila aku berurusan ngan orang atasan dari dia lagi. Ntah apa maksud gitaw tak boleh bawak kan. Ingat aku tak tahu ke prosedur nak bawa benda gitu. Even bawa pets ke semenanjung pun dapat tapi kena declare la, tapi kalo domestik tak perlu nak declare bagai. Hah apa ke jadahnya. Bukan kita tak bayo kan. EEEEiii aku mencik la ngan perempuan tue. Kalo aku jumpa pompuan tue kat jalan mintak tolong, sumpah aku takkan tolong orang macam gitu. Geram niiii..

Erk, masih terbayang jer muka sial perempuan tue. Menyesal aku Q kat tempat dia. Dia kuli jer kot tue yang malas nak buat keja remeh² kan.  Satu hal lagi, kita kan dah konpem beli tiket tue, kalau yer pun nampak orang yang dah beli tue belom check in bagai, y not dorang call kita gitaw kita tanye nape tak check in bagai kan. Aku malas nak bertekak time tue nanya hal ni sebab mesti dia akan jawab “tanya kat top management”. HAh tue jer la jawapan yang dia bagi. Ok cuba bandingkan kita yang dah beli tiket berbanding dengan orang yang waiting list yang time tue belom beli tiket kan. Yang mana kita UTAMAKAN? Eiii macam hell jer penerbangan gitu kan….Dah la aku malas nak chongchengchongcheng panjang , kang banyak perkataan yang hell kuar.

Aku kan balik guna bus belah malam jer kan. Keesokkanya aku direct g keja lepas mandi balik umah kejap sebab ada meeting *tak penting pun aku sebenar*. Effectnya mata aku macam nak terbalik jer dalam bilik meeting sebab mengantuk giler. Dah la meeting tue lama giler sampai kul 4 nawwww.. Huh,member siap tego jer sebab mata aku macam stim giler dah. Dah nama mengantok tahap dewa kan, hah gitu la jadinya.. Macam nak juling pun ada.

Kepada yang bekerja kat bahagian yang aku citakan kat atas tue, please la jangan buat customer uolls camgini kan. Without customer, uolls takkan dapat ke mana gak. Ingat tue.

For kiroro gak, thank coz always support me, ada bersama time aku ditimpa dugaan cam gini and thank for everything.

For Kiroro Family’s, thank gak coz bersusah payah sama² menghadapi masalah yang aku hadapi (even dorang tak baca blog aku). I’m very appreciated apa yang dikorbankan untuk FIL ni. HEHE.

merpati

Sempat jugak aku snap gambar burung merpati melimpas depan aku walaupun time tue hati tengah lara

-Dugaan gini maybe uolls nampak kecik jer kan, tapi bila kita sendiri berada di tempat tue, maybe kita akan merasa dugaan tue macam besar giler. Renung- renungkan. HEHE


Terima Kasih

13 August 2011

Apa ke jadahnya

Pergh... last minit announce interbiu ditunda. Apa ke jadahnya. Apa punya management la tak pandai nak inform awal.
* nanti aku popekkan lebih panjang lagi hah*
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih

Bau yang menusuk lobang hidong

*Disaat entry ini ditaip aku sedang berada dalam flight*

Pergh,untung giler sapa yang duduk dekat ngan aku. Sampai nanti gerenti dorang akan mengalami simptom2 pening kepala. Kasihan kan. Yer la aku bawak buah yang menyengat gilet baunya mengalahkan bau buah durian. Buah kuini. Uolls tahu tak cmner rupa buah ni. Ala buah ni ala2 mangga,mempelam gitu. Walaupun bau menyengat,tapi perghhhh...sedappp giler. Manis gitu..

Aku pun dah mengalami simptom pening kepala ni.fadan muka aku..
Ok la aku nak menidurkan mata jap.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terima Kasih

10 August 2011

Panggung buatan sendiri kat ofis

Ya aw². Sejuk giler ekon sini. Tangan aku pung dah tuka kaler biru macam mayat dah. Yer la manusia ni lain kan. Kalo sejok, mau panas, kalo panas lagi la bising mauk kan sejokk. Adeh tak bersyukur la ko ni ngexz.Erkss..

Workstation aku ni dah macam panggung lak. Yer la bila aku bukak movie jer gerenti ada yang melekat kat sini. Berdiri pun berdiri la, janji dapat nengok citer baru. Yer la aku kan salu pengedar cerita baru. Cerita yang belom kuar panggung pun aku dapat cilok. Mana tak suka dorang. HAHA*gelak devil*

Ni pun baru abis nengok movie baek punya. Eh² tapi  kami non ado layan movie blue yer. Tolong cikit.. Yer la buhsan sangat tak taw nak wat ape, aku layan movie la. Kadang aku sumbatkan earphone aku dengar je ko sana lagu jiwang ke, karat ke, rawks ke. Lantak la asalkan aku sendiri yang dengar.. HAHAHA

04042008(011)

Jumaat ni aku ada interview. Ntah camner la rupa interview ni kan. Yer la aku sebelum ni tak pernah attend mana² intebiu pung. Kalo ada pun time zaman U dulu, tue pun lecturer main paksa, kalo tak fail la ko course tuh. Time praktikal dulu pernah masuk bilik intebiu, tapi bukan aku yang intebiu. Aku nengok orang intebiu sebab aku tolong in chargekan orang yang nak intebiu je. Siap dok gelak² lagi ngan member aku bila nengok calon yang masuk intebiu ni. Yer la uolls sendiri tahu kan mesti la time tue kena skema giler. Pakaian kemas, kasut pun itam gitu. Tak ke skema gitu.

05042008(003)

Hah Jumaat ni merasa la ko ngexz kena batang hidong sendiri gelak sorang. Harap² dapat la aku menjawab semua soklan yang diberi nanti kan. Uolls doa² kan la aku ni. Dah la ilmu belom berapa nak banyak ni….


Terima Kasih

#7 Wordless Wednesday

2011-08-06 09.12.23

Teka apa jantina budak dalam gambar.Kihkihkih


Terima Kasih

09 August 2011

Nickname so swittttt

Sila tarik napas dalam² pastu bukak lobang idong besar². Ada hidu bau harum tak? HAHAHA.Joke jer la

Eh² kamu² ada nickname yang pelik² tak sepanjang uolls ni bernapas. HAHA. Ape². Share ler.. Aku? Erk, Napa pulak aku…Ish.. Malooo nyer nak kasi taw nickname kiter ni..**ee sengal jer buat nada gitu kan** Lempang kan

^^

^^

^^

Nak tahu gak nickname aku ni? Hah meh aku bisik kat telinga ko

^^

^^

^^

“TIBOUK”

Hah. Dapat sebut tak? Ok sebutannya gini. Mulot tue kasi muncong sikit. Kalo tak bunyi tak menjadi. HAHA. Jangan gelak taw. Kalo gelak sekeh kang

Tahu tak sapa bagi gelaran gitu? Nenek aku punya keja la gelaran aku gitu. Tak senonoh jer kan. AKu pun tak tahu maksudnya apa. Tapi sekarang takde la dok aku panggil nama gitu. Sekarang panggil aku senonoh² jer dah.


Terima Kasih

07 August 2011

Gangguan Seksual di tempat kerja

Orait aku nak inporm awal entry ni takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Menulis sekadar untuk bersharing okie.

Berapa ramai yang alert dengan hak kita sebagai pekerja di tempat kerja? Sila angkat kaki. Erks..Silap..Bos uolls jenis camner? Jenis yang suka kenyit² mata bila kita hantar paperwork ke? Jenis yang suka raba², jenis yang selalu keluarkan kata² lucah? Hah ada tak antara list yang aku gitaw kat atas.

Dari apa yang aku pernah tahu before ni gangguan seksual ni bukan setakat gangguan dari segi raba meraba, kenyit² mata, tapi mengeluarkan kata² lucah pun sudah dianggap gangguan seksual.. Hah ada tak yang kena jenis gini? Cepat g report dengan orang yang sepatutnya dan suarakan hak anda sebagai pekerja.

rabaraba

Member aku pernah share ngan aku bagaimana dia berasa sangat stress bila ada gangguan seksual di tempat kerja. Bayangkan dari awal pagi sampai tempat kerja dia dah di pandang dari atas sampai ke bawah dengan dek lelaki gila seks ni. Member aku ni bukan jenis yang bukak sana bukak sini. Kira macam guna proper attire la g ofis. Ada plak orang gitu kan.

Bukan takat tue jer, siap main² lidah lagi ngan dia. Walaupun si pelaku ni bertujuan hanya sekadar nak bergurau sahaja, tetapi bagaimana pulak ngan kita yang diganggu kan. Mesti la rasa tidak selesa. Bukan itu sahaja!! Bila dah keterlaluan, ada plak yang sanggup pegang², raba², ramas² punggung perempuan. Hah melampau giler kan

Kalau aku la kena gitu, mesti la rasa macam nak bunuh jer kan. Yer la kalau jenis perempuan yang suka di buat gitu tak la kisah sangat, ni kalo jenis yang perempuan alim ulama memang kena penampo la jawabnya.

Kenapa dorang gini? Maybe dorang punya tahap pemikiran sudah mencapai tahap maksimum kot. Yer la maybe tak dapat nak pikir benda lain dah,dalam kepala hotak dok pikir hal seks jer. Naya la sapa yang jadi isteri lelaki gini kan. Ewwww..

Wanita² di luar sana, berhati² la dengan lelaki gini di tempat kerja. Kalau dorang ganggu uolls, sepak jer anu dorang tuh, takpun jerit kuat² supaya ofismate lain dengar supaya dia malu, hah mana tahu lepas tue dia akan sedar. Kalo bos yang buat gitu?? Adoi payah gak kan, kan selalu bilik bos gelap jer, mesti rasa gerun jer nak masuk bilik bos kan, Adeh.. ala, jerit jer, tak pun tampo jer then terus report kat orang yang sepatutnya. Tak susah pun, bukan kita salah pun kan

seksual-2


Terima Kasih

06 August 2011

Kenapa nak heboh-hebohkan ko bercinta? Ko sorang ke gitu?

**Ko retis tak? Bila ko artis sila jangan baca entry ni. Tak sesuwei**

Kadang rasa macam hell jer kan bila ada orang kata apesal nak jaja kisah percintaan, perkahwinan ko dalam blog? Ingat ko pames ke nak jaja suruh orang baca. Eh² aku nak tanya dulu, ada orang suruh ko baca tak pasal blog orang? Takkan. Itu atas kerelaan ko sendiri kan yang jadi silent reader konon.

Honestly aku tak setuju 100% bila ada orang kata macam ko sorang je yang bercinta dalam dunia ni sampai nak jaja semua kisah percintaan ko yang super duper switttt. Bagi aku, aku punya blog, aku punya suka la nak tulis apa kan. Uolls setuju tak? Ada ke idok orang baca, I tak kisah. Yang penting aku luahkan semua kat sini kan. Yer dak?

Paling tak boleh blah bila ada yang bagi buku lali kat kita bila ada pergolakan mahupun pergaduhan dalam hubungan. Ok contoh macam gini. “ Hah rasakan, kan dah bercerai, putus tunang. Sapa suruh jaja boyfwen/girlfwen ko dalam blog. Hah jaja lagi betapa romantiknya percintaan uolls”".

Hellooooo plissshhh la. AKu bukan artis la. Kalau aku artis tadi maybe ada tergugat sikit kot bila ceritakan perhubungan kat public. Yer tak? Yer la kita ni kan orang besa je. Tak pames mana pun. Takde sapanya yang nak rampas² kekasih ko tue macam retis. Lainla memang kekasih ko memang gatal.

x1pjzF2-RYhxRWe9URt3AnnlqV9-FOKGHo2juIqNN1QN9RuUrngSA-ufsZsg0lpLKGhEq-yH00UiFyckgJwcxK6sqLYWblipJ

**gambar sekadar hiasan** Yang penting bukan daku

Kalo pames macam Khairul Fahmi, Jimmy, Ally Iskandar boleh gak nak jaja² kat public kan. Ni tak… Kita hanya insan biasa la bhai. Salute ngan Ally takde pun nak gembar gemburkan pasal putus tunang.Ke ko yang menyebabkan Ally tue putus? Ko tahu tak? Hah.. Takde pun dia hebohkan pasal kisah dia bercinta dulu kan kat public. So kat sini, takda istilah ko dedahkan kisah perhubungan percintaan ko kat public, so ada orang terus nak sabotaj ala² rampas kekasih ko.

Si sepet ngan buah hatinya dok jaja kisah romantika dorang berkapel takde pun putus ke benda. Persoalannya kat sini, ko jenis yang cepat cair ke? Jadi, takde masalah ke ape kalo ko nak jaja ke ape kisah peribadi ko kat sini selagi ko rasa kisah tue ko nak kongsi kat public. Ko tengok Redmummy dok jaja kisah dia and keluarganya lagi la dahsyat sampaikan dia reveal keburukan maid dia si fifin. Hah! Ada ko fedulik? Blogger pames tue bhai..  Bila ko rasa kisah tue terlalu privasi nang dishare, baru la ko buat PRIVATE AND CONFIDENTIAL.

Ala tue pun nak diajar gak ke.Hah kan aku dah popek panjang dah.

-Daaaaa-


Terima Kasih

05 August 2011

I HATE DRAWING!!

** santek tak? percaya la BUKAN SAYA YANG LUKIS.HAHAHA**

Euwww, tajuk macam apa jer kat atas tue kan. Ape kejadahnya. Motip? Motip pe kebenda? ejeje. aku tak pernah gitaw lagi kan yang aku ni paling mencik bab² melukis ni. Aku sendiri pun tak tahu nape. Maybe aku tak minat kot ke arah nak berseni ni. Dulu bila cikgu suruh lukis pokok ke rumah ke aku la yang paling macam nak sembunyi dalam mangkuk tandas jer. Nak escape dari melukis la tue. Last2 terpaksa gak. Yang paling lawak bila cikgu siap gelak bila rumah yang aku lukis ada 3 tiang jer. Salu kita lukis mesti la 4 tiang kan. Cikgu siap tanya apesal rumah ni tempang dapat berdiri. Hell jer time tue kan. Aku pa lagi, sambil lap hingus aku explain la gitaw rumah orang bujang. HAHAHA.

Bila lukis rumah mesti ada matahari kat atas kan. Kalau tak pun kat tepi ada sawah padi siap ada padi tumbuh menguning. HAHA. Kadang macam best jer nengok lukisan member lain yang santek jer dari lukisan aku. Down jap kat situ. HAHAHA.

Bila masuk sekolah menengah aku paling takot dimasukkan atau termasuk dalam kelas seni. yer la nanti kerja kursus mesti ada yang lukis-lukis kan. Aku siap awal-awal pikir nak upah orang lukis. Nasib baik la aku masuk dalam kelas sains walaupun paksa rela macam dalam entri ni

Masa form 1 sampai form 3 kan wajib amik pendidikan seni. Tahu tak aku salu jer dapat markah paling rendah untuk subjek ni. Mana taknya, lukis meja pun aku tak pandai. Hell kan. Adeh!! Akibatnya sampai ke hari ni aku memang tak pernah kretip sampaikan header blog aku pun main tempek skati aku jer. Kat mata aku nampak santek jer, tapi kat mata uolls mesti santek lagi lukisan budak tadika kan. *tsk tsk*

-sekian- *saya malu*

notatangan: 30 days challenge macam tak berjalan dah

Terima Kasih

04 August 2011

Isteri Kapten Singapura macam longkang bila kutuk Safee Ali & Amirulhadi MONYET!!

Macam hell jer bila nampak ada orang yang kutuk pemain kita kan. Agak hangin sikit bila nampak Isteri kepada Kapten Singapura ni tweet gambar 2 orang pemain Malaysia time melawan Singapura hari tue.

Siap kata buat bicycle kick macam monyet lak. Huh. Macam nak kena lempang jer kan perempuan ni

pix_gal0

Time ni la yang hidayah maksudkan tue. Tengok dia cakap

2 monkeys in the pitch!! Bicycle kick konon!! BOOOO

Tak cukup kata orang monyet, tapi siap BOO pulak kan.. Safee Ali dan Amirulhadi dan tahu pun pasal picta ni. Cuba baca apa kenyataan yang Safee Ali gitaw kat kita

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.” - Safee Sali

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan" Safee Sali

Hah amek ko dorang tengah pikir nak amik tindakan. Kalau aku la takdenyer nak pikir 2 3 kali. Terus jer amik tindakan. Bukan setakat memalukan kita kan, tapi mencemarkan nama team Singapura jer. Free je nama team dorang kotor sebab mulut puaka perempuan ni

isteri shahril ishakNi la muka perempuan bermulut puaka ni. Muka cantik, tapi mulut macam longkang.Puiii.

Hah kan aku dah popek dah. Yer la aku kan penyokong team Harimau Malaya sekarang. Of coz la sakit hati giler bila dengar ada yang memperlekehkan team kesayangan kita kan.

p/s Berhati-hati dulu bila nak buat sesuatu tindakan. Hah kan dah kena publish satu malaya. Memalukan suami dia jer kan

notatangan: Pernah gitau ngan kiroro kite yang kite minat pemain berambut perang. Ewwww..Lariksssssssssss


Terima Kasih

Hala Tuju Selepas SPM??

Erks, apesal tajuk camgitu? Cik Ngexz baru abis SPM ke ni? Ish, idok la wei. Sebenarnya aku saje nak wat entry cam gini. Baru nampak intelektual sikit kan. HAHA Blah la ngexz ko intelektual. Ok sebenarnya ntah sapa ntah search kat blog aku tanya hala tuju selepas SPM. Bukan tue jer ada gak yang search “Apa nak buat selepas SPM”, “Tempat terbaik selepas SPM”. Hah cepat korek hidung dalam² **acah jer la**.

p/s Sila tekan butang X kat atas jika malas nak baca entry panjang + bosan saya kali ini

Ok terus terang aku nak gitaw uolls aku bukanlah pelajar cemerlang mahupun pelajar 4P time zaman U dulu. Aku bukan jenis yang suka menatap buku a.k.a ulat buku gitu.Ok la zaman SPM dulu result aku memang tak boleh blah adik² sekalian sebabnya aku dulu telah tercampak masuk kelas Sains yang mana aku amatlah jahil sedikit tentang sains² ni sebabnya uolls sendiri tau kan bidang sains ni banyak sangat kira². Aku sangatlah gotohell bab kira² ni. Akibat kevodohan aku sendiri maka result SPM aku macam hell jer terutama bidang sains. Paling worst subjek terbaik aku time tue cuma Sejarah jer yang dapat A. Hah cuba bandingkan sains ngan Sejarah. Jauh giler kan.

Aku pun tak tahu aku minat subjek sejarah ke idok time tue. Tapi yang penting time kuar result aku cukup hepi melompat² sebab Sejarah aku A walaupun subjek Kimia, Biologi, AddMath, Fizik aku macam hell **nasib tak cangkul jer a.k.a fail la tue**. Kesimpulannya aku takde rasa sedih ke kecewa ke dengan result SPM aku. Aku sendiri pun tak tahu nape perasaan aku camgitu. Maybe masih pikir nak enjoy jer kot.

Nasib baik la result aku cam gitu masih tetap mendapat tempat masuk form 6. Hah nasib aku amat la baik sebab aku tak tercampak masuk kelas sains lagi time form 6. yer la sapa nak amik aku yang keputusan SPM macam hell jer kan. HAHA. Syorga betul dapat kelas kemanusiaan yang mana major aku Geografi. Yezaa. Dari situ uolls tahu tak aku mula bertekad tak nak dah main² sebab bila aku tak concentrate time ni aku takkan dapat ke mana dah.

Time tue aku simpan angan² nak merasa jadi budak U, nak merasa duduk di dewan kuliah macam yang selalu aku tengok dalam filem. Even perangai gila² aku tak pernah berubah, aku tetap akan meletakkan pelajaran is my priority time tue eh. Perangai gila² yang aku maksudkan kat sini bukanlah masuk pub keluar disko, hisap ganja or so whatever. Plish k aku bukan jenis suka bersosial. Maksud aku, gila² aku ni yang jenis suka ganggu budak² junior. Yer la aku kan perasan senior time tue. HAHA. Ok back to the story.

Hmm.. Aku dulu kan tinggal asrama, so aku banyak kawan la. Bila musim exam, mula la nak wat study group la konon ngan member² ni. Paling worst study group kami tak pernah jadi pun bila group terbina lebih dari 8-10 orang. Mana tak nya, 5 minit awal ker bukan main concentrate yang selebihnya ada tin pepsi la, kuaci la, keropok la. Semua keluar stok² makanan( Adik² sekalian sila jangan tiru aksi camgini k). STPM menjelang aku perlu lebih nekad supaya angan² aku tercapai.

Anak sapa ka

Hari yang mana result STPM keluar aku betul² kaget bila member tarik tangan aku ada media nak amik gambar aku. Eh apesal plak nak amik gambar aku, giler ape dorang ni. Nengok² aku adalah antara BEST STUDENT YANG DAPAR RESULT TERBAIK kat sekolah aku. WOW!! Aku tak sangka betul aku akan berdiri seiring dengen student² yang memang tak pandang aku before ni. Yer la sapa la aku ni kan sampaikan aku sendiri pun tak caya bhai..

IMG_0009

Kuar je result aku pun sibuk isi borang ke IPTA la konon kan. Yer la itu kan angan² aku. Sekali lagi aku dilema sebab aku belum menemui bidang apa yang sebenar aku minat. Isi amik bidang pendidikan. Uwaaaa aku memang tak minat bab² ajar ni. Yer la aku ni kan yang salu mengalah dengan budak kecik. Cepat tunduk gitu. HAHA. NAk amik engineering gitu memang takde nyer orang menerima kan. HAHA. Last² aku isi jer bidang kemanusiaan.

Honestly aku memang tak tahu pun binatang kemanusiaan tue. Adakah aku kena belajar organ yang ada manusia ke, belajar manusia dulu² ke. Cetek giler pengetahuan aku kan. Dan aku tekad aku amik jer HUMAN RESOURCES. Time tue pilihan still 8 pilihan. Dari pilihan pertama sampai 8 semua aku pilih hal berkaitan dengan human. First choice of coz aku letak kat Sarawak. Nape aku letak Sarawak jadi 1st choice? Sebabnya aku tak nak berjauhan dengan kiroro. Vodoh tak keputusan aku time tue? HAHA. Akhirnya impian aku tak nak berjauhan dengan kiroro pun termakbul bila aku dapat cos yang aku mintak iaitu human resources, kat sarawak lagi tue UNIMAS gitu lor..

Aku masih mendapat culture shock sikit dengan suasana baru. Yer la aternya jadi Student U kan. Sem pertama aku agak kucar kacir sikit bila result aku cukup makan. Yer la aku ni kan jenis yang sukar sikit nak bergaul ngan orang. Tak macam budak lain yang rapat ngan senior². Aku pikir lak apesal nak kena rapat dengan senior, bukan dorang yang bagi kita lulus or gagal. Padahal dari senior la kita boleh belajar banyak perkara. Vodoh sekali lagi kat situ kan**opss**. Patut pun result sem 1 aku macam sampah jer kan. Vadan muka aku.

DSC02806 

Hah kan aku dah cakap kampus life memang best giler bila dapat teman gempaq cam gini

Tettttt.. habis pun aku 6 sem kat UNIMAS and sekarang aku masih tercari² mencari kerjaya yang ngam dengan apa yang aku amik dulu. Uolls sendiri tahu kan susah giler nak cari kerja pada hari ini. Tak macam dulu, kerja yang cari kita. Sekarang, jangan harap la kerja cari ko bhaii..Aku harap aku dapat mencipta kerjaya yang aku dah idamkan kelak.  Aku bersyukur sangat sebab sekarang aku telah ditempatkan menjadi seorang pelatih siswazah di bawah program latihan pemerkasaan siswazah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak. Syukur sangat. Mudahan aku dapat banyak ilmu kan.

IMG_0633Ganjaran yang aku dapat setelah bertungkus lumus selama 3 tahun akhirnya aku mendapat segulung ijazah.

Pejam celik aku dah mencapai angan² aku nak ke menara gading yang pernah aku idamkan suatu ketika dulu kan. Yer la time kecik² dulu kan selalu gitaw ngan cikgu, bila cikgu tanya “apa impian awak kelak”?. Mesti kita jawab “nak ke menara gading” kan. Hah dah nampak camner menara gading kan. Ada menara tak? Ada gading tak? Hehehe

 

Adik² ku sekalian,

Aku bukanla cerdik pandai, intelektual dan seangkatan dengannya. percaya la bila kita berusaha untuk sesuatu perkara, usaha lah sepenuhnya jangan putus asa, nescaya kita akan dapat ganjaran apa yang kita usahakan kelak. Jika tidak hari ini, mungkin esok kita akan mendapat hasilnya. Yang penting jangan mudah putus asa. Aku cuma kongsi pengalaman aku yang tak la berapa cukup ni untuk panduan adik² yang mencari keyword kat blog aku ni ok ** eh ada plak tetiba cam gitu kan

erks,, panjang sangat dah ni, ok la cukup sampai sini jer. takot ada yang jadi hulk nanti bila nampak aku taip panjang²

notatangan: ini bukan cerita hantu


Terima Kasih

Day 17- Someone you would want to lives with for the whole days and why

Adeh aper la wujudkan soklan camgini..Takkan tak tahu lagi jawapan cik ngexz ni kan. Ce teka ce teka sapa someone tuh….

^^

^^

^^

Tadaaaaaaaaa

^^

^^

ENCIK KIRORO la

Why??

  • Dia yang sudi nak terima aku yang tak secantik mana and tak sesempurna macam orang lain even sumtimes kiroro ni salu jer gitaw dia takde kelebihan, kesempurnaan, etc la
  • BUT, for me, he is very special from others guys yang aku pernah kenal. Walaupun kadang perangai kiroro ni buat aku fedup jer** fedup sayang jer tue** HAHAHA
  • Sangat la penyabar and toleransi bhai… Susah nak cari lelaki yang camgini sekarang kan. Salunya perempuan yang bersabar. Tahu jer uolls aku ni jenis yang cmner, aku ni cepat marah, melenting and paling worst orang yang cepat BUHSAN. Kiroro lak lebih penyabar and yang selalu terima jer kemarahan aku walaupun pahit mana. Kalau dia tak penyabar, memang dah lama melatop relationship ni kan. Kalo aku marah, dia akan sejukkan suasana. Kira macam jenis yang diam jer, tapi diam kat sini bukan jenis yang turut jer kata aku. Non ada weh…
  • Tue jer la.. Aku sebenar malas nak jaja kisah peribadi aku banyak-banyak dalam ni. Takot ada yang termuntah lak. Sikit-sikit boleh kan.

p54

Nak tengok previous entry berkenaan 30 days challenge klik jer sini


Terima Kasih

03 August 2011

Najwa Latif Si Gadis Youtube

Hari ni setelah agak membuhsan duduk jer kat ofis tak tahu nak wat ape** erk macam la hari² sebelum ni aku bz ngan kerja**, aku dok search la kat youtube lagu yang best². Tetiba aku teringat budak kecik nama Najwa Latif yang pames dengan lagu Cinta Muka Buku sekarang ni.Tettt..terus search and tengok video klip dia..

^^

^^

Wow!! Sora budak ni memang boleh tahan kan. Video Klip pun macam comel² gitu. Siyesly, before ni aku tak pernah nak terjah video klip dia, cuma dengar lagu Cinta Muka Buku dia yang salu berkumandang dalam radio jer. Then, terus berdesup download video klip dia sambil tak henti² bukak.** Waduhh dong!! Sora dia boleh bikin hati cair**. Kalau aku lelaki la..

Bukan aku baru tahu kewujudan Najwa ni, cuma baru sekarang tergerak nak meminati dia.Mula perasan Najwa ni dulu time aku gila search video yang Maddi Jane nyanyikan tue. Time tue video Najwa ada terselit sikit kat tempat Maddi Jane. Ape ntah nama lagu yang Najwa mainkan time tu. Jar of Heart kalau tak silap aku. Maddi Jane pun sora tiptop jak..HEHE. Eh, uolls tahu tak nape dia digelar gadis YOUTUBE?? Sebab dari youtube lah dia boleh jadi pames tip top macam sekarang.

najwalatif

Ok, aku brief sikit kat uolls yang baru nak mengenali adik Najwa ni.** yang baru nak kenal macam aku ni la**. Ini yang aku tahu la k

  • Najwa upload semua cover lagu yang dia nyanyi dan letak di dalam YOUTUBE. Siapa sangka viewers yang view lagu yang dia nyanyi tue sehingga mencecah ratusan ribu orang. Banyak tue bhai.
  • Najwa gitaw, dia upload lagu² dia kat YOUTUBE sebab supaya abahnya senang nak tengok perkembangan Najwa bermain gitar ** betul tak Najwa**
  • Kalau kita tengok semua video lagu yang dia buat, rata² berlatarkan dalam kereta kan. Kalo dalam kereta baru best takde pencemaran bunyi yang menganggu time Najwa nak record.HEHE
  • Sekarang tengah tiptop dengan lagu CINTA MUKA BUKU
  • oh yer, sekarang Najwa dan bernaung di bawah NAR records** correct me if i’m wrongs** hehe
  • Ce teka umor Najwa brpa? Baru 16 tahun tue dan hari tue perolehi keputusan PMR 7A 1B. Terror nyanyi, terror gak dalam pelajaran kan

Ok la setakat tue jer serba sedikit pasal adik Najwa kita ni..Nak continue dengar lagu dia la…Adoi… jatuh cinta lak.

Oamigod… kiut gilerrrrrnajwalatifduduk

Oh yer, g la terjah blog Najwa ni.. Awesome gitu lor. Diharap adik najwa ni pandai bahagikan pelajaran and bidang nyanyian k.**erk, macam la adik najwa ni nak singgah blog aku**. Larikkkkk

p/s Gambar ni aku cedok dari blog Najwa.HEHE

notatangan:Aku ngan encik kiroro bukan cinta muka buku taw. Sebabnyer kiroro takde muka buku.Tak lama lagi aku lak yang takde muka buku. omaigoddddd


Terima Kasih

OST Hingga Akhir Waktu

Aku tak tahu pun sinetron Kawin Masal dah habis hari tue. Tengok² ada cita baru eh. Hingga Hujung Waktu. Sekali aku tengok ada Marshanda dan Lucky Perdana yang berlakon terus melekat depan TV. LALALA. Mesti best cita ni nanti kan. Tapi jalan cita macam ala² korea. Eh mana aku tahu macam jalan cita Korea padahal tak minat pun nengok cita Korea. Sekati aku jer kan. Yer la aku pernah dengar member aku cakap kebanyakan cita Indonesia kopipes cita korea. Sebanyak mana berita tue betul tak la aku tahu kan

Apa² pun aku tetap nak nengok gak cita ni. Sebenarnya aku nak kongsi lirik OST Hingga Hujung Waktu kat uolls sebenar ni. HAHAHA. Lagu mana? Malas la aku nak upload ngan uolls sini. Uolls download sendiri ek ek.. EJEJE

Hingga Akhir Waktu Poster

Lagu tema sinetron Hingga Akhir Waktu nyanyian Nineball


Ku coba untuk melawan hati
Tapi hampa terasa di sini tanpamu
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau di sini
Tepiskan sepiku bersamamu
Tak `kan pernah ada yg lain di sisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain di sisi
Ku ingin kau di sini tepiskan sepiku bersamamu
Bagiku semua sangat berarti
Ku ingin kau di sini
Bagiku semua sangat berarti lagi
Ku ingin kau d isini
Tak `kan pernah ada yang lain di sisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi
Ku ingin kau di sini tepiskan sepiku bersamamu
Hingga akhir waktu
Hingga akhir waktu
Hingga akhir waktu

notatangan:LAlalala sambil nyanyi sebab dah ada lirik.


Terima Kasih

10 isu berkenaan Khairul Fahmi dan Elia Putus Tunang

Memang tip top la dorang ni kan sampaikan menjadi buruan media. Malah hari tue pun jadi muka depan majalah kisah putus tunang dorang ni.Previous entry aku ada share keterangan yang diberi Elia dan Khairul Fahmi.

Harap-harap dengan penerangan 10 isu yang dianjurkan oleh pihak MURAI dapat menepis segala tohmahan yang dilemparkan kepada kedua-dua belah pihak. Thank to Beatifulnara dan andyhowtt  atas info ni

khairulfahmisedih

  • Keputusan nekad putus tunang

Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.

Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

  • Tidak ada kena mengena dengan orang ketiga

Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.

  • Kaki perempuan

Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.

Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

  • Isu facebook

Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.

Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru

 

  • Tidak menjawab panggilan telefon dari Elia

Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

  • Campurtangan pihak keluarga

Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.

Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya

 

  • Skandal dengan Elia

Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

  • Lupa Diri

Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

 

  • Gila glamour dan cari publisiti murahan

Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

 

  • Memohon Maaf

Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.

Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

 

Diharap segala kenyataan yang telah nyatakan diatas dapat memberi penjelasan kepada penyokong Apek dan peminatnya.


Terima Kasih

#7 Wordless Wednesday

Image0143

Sapa tahu ni?? Kata wordless wednesday kan, so tak leh kasi taw ma


Terima Kasih

Day 16- Another picture of yourself

1_978298469l

Hah amek uolls picta burok aku ni. Amacam? HAHAHA. Seingat aku picta ni aku amik bertahun-tahun dah. Tarikh jer aku tak lupa iaitu 16 September. Time birthday aku tue bhai. Tat y senang nak ingat. HAHAA

Aku amek picta tue guna laptop cikai aku. Maklum la aku kan duduk bilik single jer kat kampus dulu. So macam-macam aku boleh buat dalam bilik kan. HAHA, jangan mula pikiq benda lain taw. Paham² la kan bila aku dah dilanda kebuhsanan tahap marimuthu alagapas.

Kadang duduk bilik single ni best gak, baru privasi sikit kan. Eh bukan sikit, privasi banyakkkkk nawwww. Antaranya dapat bergayut ngan encik kiroro lomantik², tak perlu la kontrol² and ada member yang termuntah dengar ayat yang kuar kan, nak seksi² pun tak segan kan. Kata dalam bilik sorang² kan.

Eh apasal aku melalut sampai ceciter hal bilik single mingel ni.. Larikssss.

Nak tengok previous entry berkenaan 30 days challenge ni, klik jer sini


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign