Pages

|The Comrades|

30 January 2012

Sunggu tepat ramalanku {Awan Nano}

Lepas ni semua orang akan demam akibat kehantuan lagu awan nano yang dimenangi Hafiz time Anugerah Juara Lagu ke 26 malam tadi. Woah memang berbaloi aku tido lewat semalam. Yer la paberet aku menang bhai. Tak sia2 jadi fanatik dia selama ni. Huhahuha..

 

Yang paling penting Hafiz sekali lagi mengharumkan nama Sarawak. Salute la bro!!! Ada lagi tak yang tak tahu malam tadi Hafiz menang Anugerah Juara Lagu dan Vokal Terbaik melalui lagu berhantunya itu, Awan Nano. Dan baru malam tadi gak aku paham apa maksud Awan Nano. Nano tue memang la aku tahu sejenis benda yang sekecil zarah kot.Tapi maksud baru aku paham.

IMG_67171

**kredit to redmummy

Lirik lagu ni memang touching habeh, siapa yang feeling dengar, memang akan kuar airmata. Dan time AJL pun, even Hafiz juz tak berselipar, guna t shirt n suar tracksuit, memang berbaloi bawa balik 2 trofi owh.. Auwww mimpi lagi la malam ni. Mimpi Awan Nano versi Johan. HAHAHA.


Terima Kasih

26 January 2012

Breaklaju yang semalam punya


Semalam punya la kebulur pepagi hari. Syorga tol bila dapat meneguk air walaupun air tak setap.. #sentapmak. Telan jer kan..



Hah, ni jer yang mampu ada. Yer la kan gaji dah tingtong.alamatnya gini jer la plus aku ni memang pemalas nak kuar.#malaslasangat.

Hari ni pun kebulur gak ni. Hahaha. Yer la dah aku salu lambat bangun. Oh yer semalam aku jadi hero kat 4 ekor rabbits aku taw. Nak tahu? Tunggu next entry kalao aku rajin yer..



- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

20 January 2012

Kempen keselamatan jalan raya sempena tahun baru cina


Eh, tadi menyebokkann diri ikut ofis buat kempen jalan raya sempena CNY. Paling best berkerjsama dengan abang JPJ yang ada iras- iras randy pangalila. Ala hero dalam cita nada cinta tue. Ricky tue bha. Hahaha

Tahun lepas buat kempen camgini, bertemu pulak dengan dia..suka nengok muka mamat ni, tapi macam kontrol macho. Eh aku dah tersasul ke entry asal la. Layan jer la picta yang ada,aku lapar ni






Kroookkk, perut aku bunyi yoooo

- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

18 January 2012

Wordless wednesday

Nasib baik hari ni ingat ada ww..nak aku lanting satu



- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

Kong si kong si kong sini sana


Auewww,sangat best minggu ni dapat cuti 4 hari.yo la cuti cy kan 2 hari..maksokaaaa..

Semalam dapat ini dari my bos even my bos ni malay. Semua di sambut. Yer la dah nama bos kan mesti la ketuai semua..nama dah 1 Malaysia bak kata PM kita...



Member aku kata dah nampak macam nak bagi makhluk halus makan jer letak kat situ. Terus aku simpan balik..takootttt..

- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

15 January 2012

Go away fluuuuu

Hari ni terpaksa bertugas jaga bilik operasi gerakan banjir. Dah la on the way nak dapat flu ni akibat mentekakdarah durian banyak giler semalam. Malam tadi habis pening kepala, hah rasakan, sapa suruh makan tak hingat dunia.

Yo la dah bertemu durian memang humppphhhh, tak dapat diucap dengan kata2, bak kata orang tua, tak nampak gigi makan durian tue, hah uolls mejin la camner rupa x nampak gigi.hahaha

Pagi ni habeh semua sakit nyilu2 badan. Malas giler nak turun bertugas,takpe nanti claim overtime.hahaha.dasar ko nyahhhh..

Sekarang tunggu masa nak balik jer lagi.. Tak lama lagi sebab my shift until 12pm jer..yohaaa


- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

13 January 2012

Alahai ko mee kolok goreng

Alkisahnya tadi kan keluar awal, yer la jumaat kan.. Aku pergi la tapau mee kolok goreng. Punya lama giller aku tunggu. Maybe dalam setengah jam kot aku tunggu. Lama jugak orang masak mee kolok owh..

Tanpa sengaja, aku terdengar pekerja situ salah bagi kat kastemer lain mee kolok aku, padahal kastemer tu order laksa. Aku memang dah nampak order aku dah siap, aku heran la apesal la mamat tue tak bagi kat aku padahal kastemer yang sorang lagi last dari aku order tup tup dia dapat dulu.

Sabar jer la aku tunggu dorang goreng balek, rasa nak blah terus pun ada, tapi sabar jer la kan. Duduk lama gilos kat situ badan aku pun bau dapur je dah..terpaksa sembur dior balek.auwww...

Tue jer la, hari ni aku nak masukkan arnab betina masuk dalam sangkar si jantan... Kit kawankan lagi...eh betol ke bahasa gitu..

Maaf yer takde gambooo mee kolok...non sodappp


- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

12 January 2012

Tak reti nak say sorry

Aku heran la sesetengah masyarakat kita ni yang tak reti nak berbudi bahasa even nak ucap kata maaf. Bukan ke kiter ni diterapkan dengan penuh budi bahasa dan sivik.

Huh, paling pantang la aku jumpa manusia gini. Ok contoh la macam tadi aku g keluar lunch ngan officemate, time aku nak reverse kereta, ada jugak makhluk tuhan ni nak reverse sebab dia nak masuk parking. Yer la uolls sendiri tahu bontot avanza ada panjang sikit dari myvi aku.

Aku keluar parking, then avanza tetiba reverse ke belakang balek. Nasib baik la mata aku ni sempat tengok belakang bersamaan dengan alarm warning myvi aku dah bunyi. Memang 3 saat jer lagi myvi aku kena cium. Kalau avanza tue nak reverse lagi ke belakang memang sah la mencium keta aku. Aku tak sempat nak hon, driver dia dah keluar kereta dan blah gitu jer.

Aku ingatkan dia nak ketuk cermin kereta aku then say sorry,tapi haram bhai memang tak pangang belakang pun. Huh kalau aku tahu tadi memang aku hon time tue gak, tapi aku kan masih ada budi bahasa.huhuhu

Trauma gak kan takut berlaku hal gitu, even kita drive safely, tapi ada sesetengah driver lain ni yang erti kata lain agak gopoh sehingga menyusahkan orang lain..

Ok stop,aku malas nak membebel panjang!!!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

Kasihan belum sampai 24 jam melihat dunia dah pergi selamanya :(

Semalam balik kerja terus tanya mak

Aku: mak, rabbit dah beranak x?
Mak: belum. Mana ada beranak perut kecik gitu. Kotak dalam sangkar aku dah keluarkan.
Aku: mak, cuba tengok kat bawah semua anak dia matiiiiiiiiii *terus berlari ke bawah ambil anaknya,
Mak: hahhhhhhh!!!!!

Nampak dah anak dia semua bergelimpangan kat tanah and aku pun kutip satu persatu. Sadis giler time tue, nampak 5 ekor semua anak dia dah mati. Dah la beranak kali pertama, ditambah pulak kesemua mati.

Sehari sebelum tue memang aku dah nampak dia dah bagi signal nak beranak sebab dah mula cabut bulu badan dia sebab tue aku asingkan kat sangkar lain. Orang lain yang tak percaya arnab tue pegnen. Yer la perut bukan main keck jer, kalau kucing tahu jer kiter dia pegnen kan. Arnab kalau bunting memang tak ketara sangat. Hah tengok la anak2 dia. Kasihan kan.. Tak sempat tengok dunia. Yang sekor kaler itam memang ikut bapak dia sebab bapak dia itam.



Menyesal pun ada sebab aku letak dia dalam sangkar yang anak dia boleh jatuh tue, tapi takpe la dah takde rezeki. Lain kali usaha lagi.huhu. Mest ibu dia cari anak2 dia kan. Jangan jer dia meroyan kehilangan anak dia kelak. Huhu.

Hari ini aku berjaga2 jer takut2 ada lagi anak yang tertinggal dalam perut ibu dia, sebab tue aku masih asingkan dalam sangkar. Aku pegang perut dia semalam macam ada kepala jer dalam. Ntah la tunggu jer la nanti.

Ni la ibu anak2 arnab tue, mesti dia tengah cari mana pegi anak2 dia ni kan. Ish sadis lagi di situ..



- Posted using BlogPress from my iPad
Terima Kasih

09 January 2012

Mentekakdarah di food court

Siapa tak suka makan? Eh apa pulak tanya soklan gitu. Mestila orang semua suka kan. Kan ada sesetengah prinsip orang makan untuk hidup, hidup untuk makan. Hah uolls pilih yang mana? Aku? Aku makan untuk meneruskan hidup jer la. Hahaha.
Ok, sebenarnya entry ni entry peram pampam, saje je nak melewatkan kan. Feeling #retis.



Ok ini entry perampampam kan dan makanan kat dalam gambar pun dah jadi bahan buangan. Hahaha. Ni time having lunch ngan kiroro hari tue kat food court the spring kuching.naku order makanan kampung jer, dia order nasi lemak yang ada ayam goleng and western food. Selera beno tekak mamat ni makan lamb chop kan. Yuksss.. Dah la hari tue aku tak tahu pun yang aku makan daging unta. 25 tahun dah aku idop, aku memang belum penah makan daging unta. Sila jakun di situ. Hahahha. Yer la aku ni jenis tak suka nak try makanan pelik2. Tak koser mak. Order banyak2 , tapi last2 tak habeh. Padan muka. Dah la makanan mahal giler. 2 orang makan jer dah rm60++. Kiroro kata takpe asalkan kenyang sekali sekala. Ek eleh kenyang la sangat kan. Oden tak kenyang la..

Terima Kasih

05 January 2012

Tempat menjerit baru

Monink januari!!. Pejam celik pejam celik dah 5 hari kita berada dalam tahun 2012 kan. Sekarang musim hujan kan, sana sini dengar banjir kilat la, banjir besar, arus deras, ada budak kena hanyut la. kasihan kan. Kalau diramalkan sampai CNY memang hujan jer.. Air pun makin besar jer pasang. Takot, tak nak dah banjir besar macam 2 tahun lepas. Banjir paling worst dalam hidup sepanjang 24 tahun aku ni.Opss!!

 

Tersasar pulak ke landasan awal nak cita psal shoutbox baru aku ni. Cuba nengok tepi belah kanan. Ada shoutbox baru kan kan. Aku tukar yang baru sebab 4 hari dah aku tengok shoutbox lama kat situ gitaw unavalable memanjang. Ingatkan tak available sekejap jer, tapi tengok2 sampai hari ni gitu jer. Hah cam gini la dulucats

So aku terpaksa menukar g shoutbox baru jer. Huh, terpaksa tue tukar bhai. Yang baru rupanya macam yang uolls nampak sebelah ni la. Takpe la tak tomey asalkan ada kan.

catse


Terima Kasih

04 January 2012

Uolls ada mengalami camgini jugak ker??

Rasanya belum terlambat lagi nak wish Happy New year kat uolls kan. So apa azam tahun baru ni? Hurm.. 1hb lepas go back to hometown selepas bercuti selama seminggu with kiroro. Heaven oiii…

Eh aku nak story kejadian masa dalam flight taw. Eeei gilos ##sentapmak.. Malang betul bila dapat tempat duduk single. Eh, uolls tahu jer kan keadaan dalam flight Maswings. Bukan AirAsia mahupun Mas Airlines ok. MASWINGS hah. Belon kecik bak kata orang sarawak yang hanya menjalankan penerbangan dalam kawasan Sarawak jer. Sapa yang tak tahu nah ni gambar MASWING

maswings

Hah, nampak besar dalam gambar, tapi nak masuk dalam ko kena tunduk jalan taw, bukan boleh jalan mendabik dada. HAHA. Ok aku story kejadian aku duduk single seat. Alkisah gini la terpaksa amek single seat bila double seat dah full & aku terpaksa bagi kat wanita yang bawa anak dia kasi dia duduk double seat, so terpaksa la aku duduk single seat kan.

 

Pasang semua seatbelt, popekpopekpopek zzzzz, sejam after that aku sampai la kat hometown. Tiba nak mendarat telinga aku dah semacam, uolls sendiri tahu kan simptom bila nak mendarat. Sakit giler bhai telinga aku macam ada binatang jer masuk. Bukan 1st time aku kena camgini. Yang peliknya tiap kali aku duduk kat single seat mesti aku alami simptom gini. Sebaliknya bila aku duduk double seat, ok jer takde sakit2. Hampeh tol. Sampai ke rumah telinga sakit macam orang pekak jer terpaksa hah hah hah bila orang cakap. Yer la kan tak dengar sangat. Macam berdengung jer kita dengar.

 

Nak kuar dari flight satu hal pulak, seatbelt tak boleh nak bukak. Macam aku ni jakun tak pernah/ tak pandai nak bukak seat belt jer dah kan. Padahal belt tu  jer problem,. Dah la pada masa yang sama masih menahan telinga sakit ni. Adoyai, siap tanya ngan penumpang sebelah pesal la tak boleh bukak. Budak tuh senyum jer tengok aku. Last2 dapat gak bukak. Kalo tak dapat bukak, mahu nya aku dibawa balik lagi jumpa kiroro. Yippiee lagi aku suka kan. HAHAAHa. Adeh senyum sorang kalo mengenang kejadian gitu, sampaikan aku nak bukak seatbelt macam bukak suar, nasib tak berjaya. Aku gagahi juga bukak belt tuh. Huh, kalo boleh lain kali aku nak avoid duduk tempat single. Siksa tol oiiii…

Uolls ada alami simptom macam aku gak ke?


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign