Pages

|The Comrades|

24 June 2010

Dendam Orang Minyak Makin Mengganas


Selamat malam cikgu. Eh salah pulak. Belom nak tido kan. Nampak tak title ngexz atas tue? Ada sesape perasan tak Slot Lagenda kat TV3 kita dramanya dah bertukar daripada Sayang Cendana kepada Dendam Orang Minyak. Ngexz memang mencanak depan tv tengok Dendam Orang Minyak dari episod pertama lagi. Dan sekarang jalan cita makin best. bak kata pepatah " Orang Minyak makin mengganas. Rugi kalau uolls tak tengok. Jom ngexz kasi sinopsis cita ni kat uolls supaya kalau yang tak mengikuti dari mula cita ni dapat paham jalan cerita ni.


Dendam Orang Minyak yang telah memasuki episod ketujuh menyaksikan kebingungan Fendi (Aqasha), seorang wartawan jenayah yang terlibat dalam siri pembunuhan gadis-gadis tanpa kerelaan diri.Kehidupannya berubah setelah menjumpai dan menyarungkan sebuah cincin permata hitam dalam laci arwah ayahnya.Setelah diberikan amaran oleh ibunya, Fendi cuba menanggalkan cincin tersebut tetapi gagal. Malah dia langsung tidak sedar apa yang telah berlaku.Fendi telah dipergunakan oleh Wak Man untuk mencapai tujuannya dan dirasuk oleh Orang Minyak iaitu Lamin (Azhan Rani) yang mahu membalas dendam terhadap generasi musuh-musuhnya.Aina (Melissa Maureen Rizal) selaku pegawai penyiasat kes tersebut gagal menemui apa-apa maklumat dalam penyiasatan kes pembunuhan tersebut.

Fendi mula mengesyaki tujuan sebenar Wak Man yang memandikannya dengan minyak hitam dan mahukan penjelasan daripadanya.Wak Man cuma mentertawakan Fendi dan menyatakan bahawa dia tidak mampu melarikan diri daripada keturunannya.

Dalam mimpi aneh yang dialami oleh Fendi, dia sebenarnya mengimbas kembali kehidupan Lamin sebelum bergurukan Joyo.Setelah isteri Lamin, Melati diperkosa dan dibunuh dengan kejam, Lamin mahu menuntut bela daripada Semandan rakan-rakannya namun dihalang oleh Pak Guru Anding.Seman telah bersumpah bahawa dia tidak membunuh Melati tetapi mengesyaki bayang gelap yang sering merayau di kampung pada waktu malam.Lamin meninggalkan kampung dengan dendam dan bergurukan Joyo. Demi mencapai kekebalan dan kesaktian seperti Joyo, Lamin perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.

Lantas, adik-adik perempuan musuhnya menjadi mangsa Lamin. Meskipun Lamin berjaya dibunuh oleh Bakar dengan buluh kuning tetapi malangnya, dendam Lamin tidak berakhir di situ.Walaupun tidak berdaya untuk melawan Lamin yang kini berjaya menguasai dirinya, Fendi tekad melepaskan diri daripada rasukan tersebut termasuk sanggup memotong jarinya.

Aina pula berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar di samping mengambil berat tentang perubahan yang berlaku pada Fendi.

Dapatkah Fendi menyelamatkan diri daripada rasukan orang minyak tersebut? Apakah Aina berjaya membongkarkan rahsia Fendi dan apakah tindakan yang akan diambil kemudian?


sumber daripada mystaronline


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign