Pages

|The Comrades|

11 July 2012

Cara nak menjimatkan minyak kenderaan anda

Sejak drive g keja sekarang ni, aku belajar untuk jimat minyak myvi aku tue. Kalau dulu aku rempit guna Scooter Ego aku tu RM5 je seminggu cukup. Tapi sejak guna myvi macam RM50 seminggu jer. Sengkek aku dibuatnya. Jadi aku mula la gatal tangan men'google' tips untuk jimat minyak kenderaan. Semalam tak sengaja time godek entry terbaru fitrihadi berkenaan blogger gila mati ditembak tu, aku terjumpa la tips jimatkan kenderaan. Ok check it out.

1. Isi minyak di waktu pagi atau di waktu suhu sejuk-->aku baru praktiskan pagi tadi

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

2.Isi minyak dengan perlahan- lahan --> salu aku la paling gelojoh sebab orang belakang dok hon

Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak dengan tangki separuh penuh. --> kalau time pocket full boleh la kan.

Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Kurangkan beban dan berat kenderaan anda --> aku tak suka myvi aku semak ngan barang ntah ape ntah

Buang barang yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

5. Periksa tekanan angin tayar anda --> aku paling malas nak buat ni

Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

6. Penyelenggaraan --> setakat ni masih ikut jadual yang dah ditetapkan

Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.

7. Kelajuan ---> kadang aku over speed bila dah lambat g keja

Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak. Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena teknologi penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.

8. Matikan enjin --> kalau nak gerak matikan jugak ke? Kikiki

Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

9. Penggunaan gear yang betul--> aku kan guna automatik, so memang D4 jer selalu, kalau pecut jer aku guna 3. kikiki

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

10. Penggunaan brek yang betul--> member aku cakap elakkan menekan brek selalu sangat, kalau boleh kite mesti pandai main minyak, hah baru minyak jimat.

Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

Ok la aku share 10 jer tips jimatkan minyak kenderaan ni, kalau nak diikutkan banyak lagi kan macam tutup aircond bila cuaca sejuk,jaga enjin kenderaan, perkongsian kenderaan, panaskan enjin dengan betul dengan jangan press minyak bila tengah panaskan, dan yang paling penting SIKAP. kikki


Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign