Pages

|The Comrades|

19 March 2015

KENTUT VAGINA. APA YANG ANDA PERLU TAHU

Pernah dengar tak pasal kentut vagina? Atau anda sendiri pernah mengalaminya. Ingat! Ini bukan perkara biasa kerana boleh menganggu keharmonian rumah tangga.


APA ITU KENTUT VAGINA?

Dari segi saintifik vagina adalah satu tiub berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Biasanya angin akan masuk melalui kelopak besar labia (labia majora) jika rahim anda dikatakan longgar. Dalam keadaan biasa angin tidak boleh masuk melalui sini.
Kentut vagina boleh berlaku bila otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi, masalah peranakan jatuh ataupun disebabkan oleh proses melahirkan yang berulang kali. Biasa dengar kan bila kita dalam tempoh berpantang, mak kita dulu suruh “sengkak” kan. Iaitu untuk angkat peranakan yang dilakukan oleh bidan. Yang bab sengkak tu Mak Jemah tak berani nak komen lebih sebab tidak pasti dari segi perubatan dibolehkan atau digalakkan atau tidak.
Bila kita faham yang vagina adalah satu tiub berotot, jadi secara lojiknya jika ia sudah mula kendur, banyak masalah yang akan berlaku seperti vagina yang boleh dimasuki angin yang akan menghasilkan keadaan seperti kentut. Masalah lain bagi rahim longgar adalah kencing tidak lawas. Sebab itulah sebagai wanita kita digalakkan berdehem semasa membuang air kecil untuk membolehkan saki baki air kencing dapat keluar dengan sepenuhnya.
BAGAIMANA NAK KESAN KITA ADA KENTUT VAGINA?
Anda boleh rasa keadaan ini terutama apabila kita dalam posisi sujud. Selepas melahirkan lazimnya faraj akan mengembang dan jadi lebih teruk selepas menopos. Apabila dalam posisi sujud, anda boleh merasakan ada keluar angin dari faraj anda dan ia bukanlah kentut biasa, kentut faraj tidak berbau. Jika ianya berbau anda kena rujuk pakar ditakuti ada masalah lain.
KESAN KENTUT VAGINA
Kentut vagina tidaklah membawa maut tetapi janganlah pula kita buat tidak tahu.Tahukah anda antara kesan lain yang akan berlaku jika kentut vagina tidak di kawal?
  • Rahim Jatuh (tombong
  • Masalah hubungan Intim suami isteri
  • Terkencing setiap kali batuk atau bersin
  • Kencing tidak puas
  • Rasa was-was samada wudhuk batal atau tidak
CARA MENGATASI KENTUT VAGINA 
Anda boleh membuat senaman kemutan ataupun dipanggil senaman “kagel” untuk menguatkan lantai pelvik. Cara membuatnya senang sahaja iaitu dengan kemut otot pelvik anda selama 5 saat dan rehat 5 saat. Ulang sehingga lima kali setiap sesi dan seeloknya boleh dilakukan bila-bila masa. Sambil duduk tengok tv pun boleh buat.
Bagaimana nak tahu kemutan yang betul? Ia adalah seperti anda menahan kencing. Buat berulangkali senaman ini akan memberi kesan yang baik kepada otot lantai pelvik.
Semoga kisah Puan B tidak berulang pada kita semua dengan mengambil segala langkah berjaga-jaga dengan menjaga kesihatan dan kebersihan vagina. Tidak bermakna proses penuaan dan proses kelahiran boleh dijadikan lesen untuk kita tidak mempedulikannya. Jaga sebelum terlambat kerana bila lambat tidak akan ada gunanya lagi kan?
Anda juga boleh bertukar kepada tuala wanita LEXEE kerana pad ini merupakan pad yang mempunyai ion negatif yang mampu menjaga rahim anda. 

Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign