jom kita scrool apa sebenarnya sindrom ni..tapi belom ada bukti saintifik yang mengatakan penggunaan komputer yang berlarutan akan menyebabkan kita berhadapan dengan sindrom ni.selamat la ckit yang duduk 84 jam depan PC kan.
SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.(korang tau tak ni) kira macam kebas la.
Ini disebabkan oleh terowong(ok cik ngexz guna term terowong la k) yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.
Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.(ok korang cek pergelangan tangan korang tuh jap)
Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.
ok cik ngexz nak share lagi macam mana kita boleh tahu kita terkena sindrom carpal tunnel ni k.
1.Kebas - kita akan dapat merasa pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut. (korang ada rasa gitu tak)
2. Kesakitan - kesakitan ini yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.
3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.(ini kira macam time tangan kita kebas.bila kebas kan kita rasa macam tak dapat pegang ape2 kan)
4. Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.(korang cek la time pagi, ada tak macam gini)
Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.terutamanya pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:
* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus. ( dengar korang semua kaum hawa..)
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok. (yang merokok la paling teruk sebenarnya ni.so better stop smoking)
pesanan cik ngexz bagi yang duduk depan komputer lama-lama tuh..ni tips paling berguna cara pegang tetikus yang betul
so korang semua..renung-renungkan la k.cegah dulu dari mengubati.
No comments:
Post a Comment