Pages

|The Comrades|

29 April 2010

Bertengkar Tapi Hati Tak Panas


Salam sayang dari ngexz kat uolls semua. Gatal rasa tangan nak menaip kat blog ni. Seperti entry2 lepas ngexz busy dengan final exam. Tapi sekarang aku dah kembali menyinari kembali rumah aku yang sudah mahu roboh kerana tidak dicuci. HAHA. Dah selesai final exam ngexz. Lega rasa. Cuma sekarang berdebar tunggu result jer lagi. After abis exam, ngexz memang tak tenteram sebab risau dengan 1 paper tue. Macam tak konfiden jerk. Doakan ngexz supaya lulus dengan cemerlang semua paper yang ngexz duduki k kengkawan!!

OK kali ni ngexz nak berkongsi sedikit info kepada pasangan-pasangan cintun di luar sana.Apa yang uolls faham dengan tajuk yang aku tulis kat atas tue? Tipu la kalau uolls tak pernah gaduh dengan pasangan uolls kan. Kata orang, kalau selalu gaduh, better kahwin jer. Mana tau after dah kahwen, dah tak gaduh2 lagi sebab dah duduk sebumbung.

Memandangkan semua pasangan pernah melaluinya, maka adalah sangat penting untuk kita semua tahu cara- cara untuk menghadapi pertengkaran sebegini. Perkara pertama yang perlu kita amek tahu adalah mengawasi setiap kata- kata yang keluar dari mulut. Yer la kan tahu-tahu jer bila time marah, macam-macam ayat-ayat yang kotor keluar dari mulut kita dan biasanya ayat-ayat yang keluar dari mulut sememangnya amat menyakitkan hati. Lebih buruk lagi bila kedua-dua pasangan tidak mahu mengalah.

Disini ngexz kongsikan kalimat yang perlu anda gunakan ketika menghadapi pertengkaran.

1. "Saya cuma mahu meluahkan isi hati saya."
Kebanyakan wanita hanya mahu menceritakan masalahnya tetapi seringkali disalah erti oleh pasangan. Si lelaki menganggap perempuannya meminta dirinya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Lalu dia akan mula memberi jalan penyelesaian. Bila langkah yang disarankan itu tidak diterima, maka timbullah pertengkaran. Oleh itu, ayat, "Saya cuma mahu meluahkan isi hati saya" pastinya dapat memberi ketenangan kepada si lelaki. Lelaki akan lebih memahami dan memberikan kata-kata semangat agar pasangannya lebih tabah menghadapi masalahnya itu.

2. "Tolong fahami pendapat saya."
Salah satu perkara yang sering dilupakan ketika berdebat atau bertengkar ialah empati. Maklumlah masing-masing cuba menegakkan hujah mereka. Anda kena faham, semakin banyak perbezaan pendapat, itu bermakna semakin sempit cara anda berfikir.

Sebaiknya anda katakan kalimat ini sebelum anda memulakan percakapan. Ia penting supaya anda berdua dapat meluahkan masalah yang dihadapi dan dalam masa yang sama tetap memahami serta prihatin terhadap perasaan masing-masing.

3. "Perkara ini penting untuk saya. Tolonglah dengar."
Apabila bertengkar dengan pasangan, sesiapa pun jua cenderung untuk tidak mendengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh pasangan. Sebaliknya anda sibuk berfikir apakah yang perlu anda katakan untuk membalas kembali apa yang diperkatakan oleh pasangan anda.

Jalan terbaik, sebelum anda meluahkan perasaan anda, katakan dulu kalimat ini agar pasangan anda lebih prihatin dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa yang cuba anda sampaikan.

4. "Saya juga bersalah."
Apabila wujud sesuatu masalah di dalam hubungan, kita cenderung untuk menyalahkan pasangan di atas segala perkara yang berlaku. Pada pendapat anda, anda berada di pihak yang benar dan perlu mempertahankan pendirian anda.

Itu bukan caranya kerana di dalam setiap perhubungan, sudah pasti akan berlaku kesilapan di sana sini. Sebagai pasangan, anda perlu bersedia untuk bersama-sama memikul segala kesalahan yang berlaku.

Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti hubungan rumahtangga anda akan terjalin dalam suasana yang harmoni dan romantis. Ini kerana anda bijak untuk mengawal pertengkaran agar tidak terus melarat.

5. "Nampaknya kita sudah keluar dari topik."
Apabila bertengkar seringkali apa yang diperkatakan akan berlanjutan kepada perkara-perkara yang tidak perlu atau bersangkutan. Lebih bahaya jika apa yang dikatakan itu seakan-akan mengungkit kerana ia mampu meremukkan hati pasangan maisng-masing.

Jalan terbaik, segerakan luahan kata-kata ini agar pertengkaran akan kembali ke perkara asal yang harus diperbincangkan. Tiada gunanya membebel untuk perkara yang tidak perlu kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi suasana.

6. "Ini masalah kecil dan kita mampu selesaikannya."
Perkara kecil mampu menjadi besar serta menggugat ikatan perkahwinan sekiranya ianya tidak dikawal dengan segera. Lebih membimbangkan jika perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas di antara pasangan.

Sebelum hal kecil tersebut menjadi lebih besar, apa kata anda berterus terang sahaja dengan pasangan. Ajak dirinya berbincang dan bertanya mengapa perkara tersebut harus berlaku.

7. "Kita sebenarnya perlukan masa untuk berfikir."
Ketika bertengkar, kita selalu terbawa-bawa dengan emosi yang panas dan akhirnya akan mengeluarkan kata-kata kesat. Jika anda merasakan anda masih tercari-cari kata-kata yang boleh menyakitkan hati pasangan anda, apa kata anda ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Rasanya itu adalah cara terbaik agar pertengkaran yang berlaku tidak berlanjutan. Beri waktu untuk anda dan pasangan berfikir. Tanya pada diri sendiri sama ada apa yang anda lakukan itu betul atau tidak. Hentikan perdebatan dan ajak pasangan anda berbincang pada masa lain iaitu ketika anda berdua tidak dikuasai oleh emosi.

8. "Saya sayangkan awak."
Perasaan marah ketika bertengkar pastinya akan luluh apabila mendengar kata-kata ikhlas daripada anda yang menyatakan rasa sayang kepada pasangan masing-masing. Ia ibarat kalimat sakti dalam pertengkaran. Anda akan menyedari bahawa pasangan anda amat bererti kepada anda dan tidak mahu ikatan yang terjalin musnah hanya kerana sedikit salah faham yang berlaku.

Anda perlu sentiasa positif dan fikirkan bahawa tiada manusia yang sempurna. Maafkan kesalahan pasangan masing-masing jika benar anda masih memerlukannya dalam hidup anda.


p/s Teringat bila time gaduh-gaduh ngan Incik Kiroro, selalunya dia yang akan mengalah kerana tak nak gaduh lama-lama.

credit to Gua.com

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign