Akan tetapi mood serta keterujaan di stadium tidak begitu dirasai. Entah di mana silapnya, program yang mengangkat Shahir sebagai juara dengan menguasai jumlah undian 43.19 peratus itu pada mata pandangan ramai - gagal.
Mencatatkan jumlah undian 3.75 juta untuk keseluruhan musim, angka itu mencatatkan kemerosotan berbanding tahun lalu yang berjaya meraih 3.9 juta undian. Dari segi rating secara purata bagi keseluruhan musim, AF8 juga mencatatkan penurunan yang ketara berbanding tahun lalu".
Apa yang uolls dapat rasa daripada petikan tersebut? Penonton seakan- akan bosan menonton persembahan yang tidak ada transformasi daripada para peserta. Akan tetapi, ura- ura menyatakan bahawa AF musim akan datang tetap akan diteruskan kerana AF sudah mendapat tempat di hati penonton, cuma kualiti peserta seakan- akan tidak menepati citarasa penonton. Suka ngexz nak imbas lagi, ngexz paling suka AF yang ada Bob, Aizat,Stacy & Hafiz sebab kesemua pelajar pada masa tersebut terbaikkkk.
Kita lihat sendiri sahaja populariti Mawi & Faizal. Ke mana pergi kedua- dua sang juara ini? Adakah mereka juga sudah hanyut ditelan kepopularan? Mawi yang suatu ketika dahulu merupakan ikon yang menjadi buah mulut dan kini berdesup jatuh selepas mendirikan rumah tangga & Faizal hilang entah ke mana.
Bebalik kepada AF8, kita sendiri lihat kenapa kebanyakkan lagu yang diberikan kepada pelajar merupakan lagu- lagu daripada KRU sendiri dan kebanyakkannya lagu- lagu lama. Dan ini jawapan daripada pengetua AF, Norman.
Jawab Norman: "Pilihan lagu sebenarnya bukan terletak atas tangan saya. Kami ada satu pasukan khas yang mendengar lebih 30 buah lagu baru. Mereka memainkan lagu tanpa mengetahui siapa penulis dan penggubahnya.
"Kemudian lagu-lagu dipilih mengikut kesesuaian pembawakan serta genre masing-masing. Bila saya menjadi pengetua, ia tidak bermaksud saya mahu membelot semua.
"Dari awal lagi saya menyatakan saya memang mahukan bantuan daripada Edry dan Yusry. Mereka membantu saya dari segi penilaian dan kualiti. Bukan senang untuk menghasilkan lagu dan klip video dalam masa singkat."
Tidak kira apa pandangan umum mengenai edisi kelapan AF, barometer Astro menyatakan program itu sukses. Maka, perjuanganAF setakat ini dilihat tidak akan terhenti sebegitu sahaja.
Landasan hiburan yang pernah mencipta fenomena itu disimpulkan berakhir dengan melahirkan seorang lagi bintang baru dalam industri. Cuma adakah Shahir akan mengikuti jejak langkah juara lain yang berjaya atau sebaliknya. Kita tunggu dan lihat."
Ok ngexz tak nak tulis panjang- panjang lagi. Cuma ngexz suka nak mengimbas semula era kegemilangan AF yang dahulu. Biar melatop macam dahulu, baru penonton ada semangat nak tengok.
Apa- apa pun entry ngexz kali ini ngexz dapat sumber daripada Kosmo.