Saat ngexz menulis artikel ni, mesti uolls sudah tahu berkenaan dengan kisah penceraian Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri dengan suaminya Abdul Wafi Hassan yang dinikahi sejak 2006 lalu. Tidak siapa tahu takdir jadi sebegini kan. Jodoh di tangan Tuhan walaupun ada ura- ura mengatakan punca utama adalah disebabkan orang ketiga dan difahamkan suaminya telah nikah lain. Akan tetapi Anne dengan tenang menyangkal semua itu.
KOSMO!: Sejak bila Anne dan Wafi berpisah? Adakah Wafi tahu mengenai kandungan Anne?
ANNE: Kami berpisah sejak bulan Mac lalu dan masa Wafi melafazkan cerai dia tahu yang saya sedang mengandung.
Waktu diceraikan, ada tak Wafi terfikir mengenai kandungan Anne?
Saya tak tahulah apa reaksi dia tentang hal ini.
Bagaimana dengan perasaan Anne sekarang?
Bagi saya, ini semua qada' dan qadar. Mungkin jodoh kami tidak berpanjangan. Saya pun dah cuba yang terbaik. Sekarang saya rasa lebih lega. Saya menerima takdir ini dengan hati yang terbuka. Saya menerima apa yang sudah terjadi dan inilah penyelesaian yang terbaik untuk kami.
Lega dengan keputusan ini?
Ya. Sebab saya reda dengan ketentuan ini dan lega kerana segala masalah yang dilalui kami selesaikan dengan cara yang baik. Saya pun tak suka antara kami atau keluarga bergaduh.
Apa punca kalian bercerai?
Saya tak mahu komen apa-apa dan ia terlalu peribadi untuk saya ceritakan. Dia pun ada keluarga dan saya perlu menjaga hati keluarga bagi kedua-dua belah pihak.
Ada gosip mengatakan yang Anne adalah mangsa keganasan rumahtangga. Benar?
Saya tak mahu komen apa-apa.
Ada kaitan dengan orang ketiga?
Maaf, yang ini juga saya tak mahu komen.
Masih lagi sayang pada suami?
Ya, masih. Siapa yang tidak sayang suami dan siapa yang mahu rumah tangga mereka berantakan bukan? Tapi ia telah pun terjadi dan inilah jalan terbaik buat kami. Saya reda. Saya percaya, ada hikmah disebaliknya.
Sudah bersedia bergelar janda?
Ya, saya dah sedia dan tak risau pun dengan kritikan yang bakal diterima nanti. Saya masih muda dan banyak perkara lagi yang perlu dilakukan. Saya pun tak serik untuk berumah tangga semula pada masa akan datang nanti.
Anne nampak terlalu tenang, tapi mesti anda menyimpan semuanya sendirian bukan?
Saya pun tak tahu. Kena redalah. Rasanya dalam hal ini, kita tak boleh tuding jari kepada sesiapa pun kerana dua-dua pun salah.
Komen Anne bila orang mengaitkan penceraian kalian berpunca daripada badi program realiti televisyen, Sehati Berdansa?
Taklah. Ini semua kerja Allah S.W.T. Saya percaya hal ini bukan kerana badi Sehati Berdansa. Ada juga yang tidak terlibat dengan program itu juga bercerai.
Dulu ketika Anne baru menjinakkan diri dengan pemakaian tudung, Anne dikritik kerana membuka tudung dalam dramaNa-O-Mei. Jadi adakah Anne akan membuka tudung mengikut tawaran juga selepas bergelar janda?
Saya tak mahu komen apa-apa. Insya-Allah saya akan pakai sampai bila-bila. Alhamdulillah, sejak peminat dan media memberi respons mengenai perubahan saya yang memakai tudung ini, semakin banyak pula tawaran berlakon watak bertudung.
Apa perancangan Anne kini?
Pada 26 Mei ini, saya akan mengerjakan umrah mengikut rombongan. Saya tahu, beribadat di mana-mana pun sama. Tapi di sana saya nampak cahayanya dan hasrat ini sudah lama saya inginkan. Sudah dua kali saya ingin mengerjakan umrah dan Alhamdulillah, keinginan buat kali ketiga ini termakbul. Kebetulan tarikh itu adalah ulang tahun pernikahan saya.
Hak penjagaan anak pula bagaimana?
Buat sementara waktu, saya yang menjaganya dan setakat ini kami tiada masalah tentang hak penjagaan anak. Lagipun, saya tinggal berdekatan dengan keluarga dan jika tidak dapat menjaga anak-anak kerana penggambaran, saya akan hantar kepada mak saya. Cuma harapan saya, biarpun kami sudah berpisah, anak-anak kami tidak akan terabai. Terutama daripada segi kasih sayang. Saya harap kami akan adil dalam hal kasih sayang ini.
Nak tahu lebih lanjut tengok kat sini k