Pages

|The Comrades|

11 May 2010

Hari Belia Negara!!


Hari ini aku tertarik nak buat satu entry berkenaan dengan Hari Belia yang bakal kita sambut tidak lama lagi. So dengan ini, aku pun ingin membuat satu entry khas sempena dengan Hari Belia ni dan sekaligus aku ingin mengikuti contest Creative Youth Blog yang dianjurkkan oleh ITYM.

Ok memang amat tepat dengan tema hari belia pada tahun ini iaitu "Belia Kreatif Pemancu Pembangunan Negara" dan maka memang amat sah lagi bahawa aku memang wajib mengikuti aktiviti seperti ini kan. Korang kat luar sana ada peluang lagi nak join contest ni sebab tarikh tutup adalah 13 Mei. So nak join jom terjah kat sini.

Apa yang anda perlu lakukan bila menyertai contest ni?? Senang je. Jom tengok syaratnya kat sini

Pada tahun ini Hari Belia akan diadakan pada 14 sehingga 16 Mei 2010 bertempat di Presint 4, Putrajaya. Banyak aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut seperti persembahan Nasyid, peragaan fesyen, siaran langsung al- Kuliyyah, Karnival JomHeboh, Konsert Rabbani, clash of the band, pertandingan cyber games dan banyak lagi aktiviti lain yang best.

Apa itu ITYM?

ITYM merupakan singkatan kepada Information Technology Youth Movement atau dalam bahasa melayunya Gerakan Belia Teknologi Informasi. ITYM berfungsi untuk menyatukan golongan belia yang terlibat dalam aktiviti yang melibatkan IT atau senang kita nak paham iaitu belia yang terlibat dalam dunia blogging.

Visi ITYM

Untuk menjadi saluran utama agar suara golongan belia dapat didengari dan dihubungkan dengan agensi kerajaan. Melalui cara sebegini belia berpeluang untuk menyuarakan pendapat dengan saluran yang betul dan sekali gus boleh membantu dari segi sosial, ekonomi, dan politik negara.

Misi ITYM

Untuk menghimpunkan kesemua belia dan pemimpin golongan belia untuk lebih rapat samada saluran perjumpaan luar dan dalam talian.

Objektif ITYM

Untuk kesedaran bagaimana golongan belia boleh menyumbang sesuatu kepada pembangunan negara menerusi internet terutamanya dalam saluran blog.


Apa sangkut-paut hari belia dengan blogger?

Oleh kerana tema pada tahun ini adalah " Belia Kreatif Pemancu Pembangunan Negara", dan pada masa yang sama kebanyakkan bloggers banyak berkecimpung dalam dunia blogging. So maka amat tepat sekali bahawa contest ni amat sesuai untuk para-para bloggers a.k.a belia kan. Sepanjang penglibatan aku dalam dunia blogging ni, aku dapat tengok sendiri bahawa kebanyakkan bloggers adalah terdiri daripada belia- belia.

Sempena Hari Belia yang bakal kita sambut ni nanti, ITYM akan membuat pameran untuk Bloggers di mana mereka akan mencari 50 blog belia yang kreatif dan 50 blog yang kreatif tersebut akan menerima sijil penghargaan dan sekali gus, blog mereka akan dipamerkan di booth ITYM sempena Hari Belia nanti. Hebat tak? Pada masa yang sama, blog yang terpilih tersebut dapat mempromosikan blog mereka sendiri.

Korang tahu tak contest ni amat penting sebab 50 blog kreatif yang dipilih nanti akan diserahkan kepada Perdana Menteri kita, Datuk Sri Najib Tun Razak untuk membuktikan penglibatan blogger dalam masyarakat.

Memperjuangkan bloggers seperti kita selaras dengan tema Hari Belia

Seperti yang aku nyatakan tadi Belia Kreatif Pemancu Pembangunan Negara, tema ini amat bertepatan dengan belia- belia pada hari ini kerana ibarat kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa penglibatan belia dalam masyarakat dan sekaligus dalam memajukan pembangunan negara amat penting sekali.

Ingin aku nak imbas kembali kata seorang tokoh suatu ketika dahulu bahawa, kemusnahan sesuatu negara ada sangkut paut dengan kemusnahan belia- belia negara itu sendiri kerana belia lah yang menjadi tulang belakang di dalam sesebuah negara. Penglibatan belia dalam dunia blogging adalah amat sesuai kerana dari situ mereka dapat mengeluarkan idea-idea yang kreatif tanpa ada isu-isu sensentif dan tahu batas- batas kebebasan bersuara.

Kewujudan blogger pada hari ini sekali gus dapat menghimpunkan kesemua di dalam satu- satu aktiviti dan pada masa yang sama boleh mengeratkan tali silaturahim antara blogger dengan menganjurkan aktivit- aktiviti yang sihat.

Dunia blogging pada mata kasar aku juga dapat mengurangkan aktiviti- aktiviti yang tidak sihat yang kita selalu dengar di dada-dada akhbar pada masa kini. Sebagai contohnya dalam diri aku sendiri bahawa aku lebih banyak meluangkan masa dengan bermesra dan mengenali blogger lain walaupun hanya di alam maya. Dan ini menampakkan bahawa sebagai seorang blogger tidak menyalahi undang- undang selagi kita tahu batasnya

Okeyh siap entry khas sempena Hari Belia ni.

p/s rasa macam dihargai sebagai seorang blogger kalau ada contest gini kan :)






Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign