Pages

|The Comrades|

14 May 2010

Lagi-Lagi Kes Pembuangan Bayi


Petang ni ngexz tengok berita semasa di tv1. Alangkah terkejutnya ngexz apabila manusia pada hari ini tidak pernah serik dan sedar lagi terhadap masalah yang menghantui negara kita pada hari ini iaitu kes pembuangan bayi!!

Dimanakah sikap perikemanusiaan yang dimiliki manusia sebelum ini sehingga sanggup membuang darah daging sendiri? Adakah tidak pernah ada perasaan belas kasihan terhadap bayi yang dikandungkan 9 bulan sehingga sanggup membuang darah daging sendiri tak ubah seperti binatang?

Baru- baru ini, seorang bayi telah ditemui diletakkan di hadapan pintu masjid di Kedah ketika lelaki tersebut hendak menunaikan solat. Pada mulanya beliau hanya menyangka bahawa tangisan suara bayi adalah datang daripada anak kepada keluarga yang menginap di masjid itu sementara waktu, akan tetapi alangkah terkejutnya apabila beliau mendapati bahawa tangisan tersebut adalah datang daripada bungkusan yang berada di tangga.

Bayi tersebut masih ada kesan tompokan darah dan menurut sumber kemungkinan besar bayi tersebut baru dilahirkan. Bayi yang malang tersebut amat bernasib baik kerana masih bernyawa dan terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut cuma yang amat kasihan bayi tersebut dalam kesejukkan kerana kemungkinan besar ditinggalkan selama berjam- jam.

Ngexz tertanya- tanya kenapa sikap manusia pada hari ini tidak pernah insaf walaupun telah banyak langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani isu pembuangan bayi. Uolls rasa apa yang patut kita lakukan untuk menangani isu ini? Ngexz ingatkan selepas peristiwa pembuangan bayi yang sebelum ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan akan reda, tetapi lain pula yang jadinya. Semacam menjadi trend dah isu ini.
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign