Pages

|The Comrades|

28 June 2010

Penyingkiran Ila Damia Amat Mengejutkan !!


Siapa yang tengok Mentor malam tadi? Dan siapa pula yang menitis airmata saat Ila Damia diumumkan peserta yang tersingkir pada peringkat separuh akhir? Mesti uolls tak menyangka kan Ila diumumkan tersingkir malam tadi apatah lagi Dato' Sheila Majid dah mengumumkan bahawa peserta pilihan membuat persembahan terbaik malam tadi merupakan Ila. Tapi kenapa Ila tersingkir sedangkan Ila merupakan peserta yang mendapat pujian daripada Dato' Sheila Majid.

Ngexz sendiri pun tak menyangka Ila akan tersingkir semalam. Andaian ngexz meleset apabila Ila Damia hanya mendapat 42 markah sahaja dan cuma berbeza 2 markah sahaja daripada abangya Adi yang mendapat 44. Bayangkan hanya 2 markah sahaja yang memisahkan dan hasrat kedua beradik ni yang ingin sama-sama masuk final punah bila Ila yang tersingkir. Malah Adi pun terkejut bila Ila yang diumumkan terkeluar sedangkan tiap persembahan Ila membuat persembahan yang amat memukau.

Malah ngexz akui sendiri Ila Damia merupakan peserta favourite ngexz. Yer la kan adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Terima je kenyataan kan. Maybe ada hikmah di sebalik penyingkiran Ila Damia. Malah Joe Flizzow sendiri menyatakan bahawa Ila Damia akan kembali. Ngexz bangga dengan Ila kerana dia merupakan bakal mengegar dunia hiburan dengan imej bertudungnya. Malah Ila boleh membawa semua bentuk lagu hip hop ke, rock ke, balada ke semua dia boleh bawa. Salute kat Ila.

4 Julai ni kita sama- sama tengok Mentor Akhir dan siapakan yang merangkul juara Mentor 4 ni. Ketiga-tiga peserta yang masuk final semua hebat- hebat belaka. Bisa Mohd iaitu protege Ziana Zain amat menyengkat semakin hari. Tetapi jangan dilupa bahawa protege Azmeer iaitu Nani pun tak kurang hebatnya yang mempunyai suara serak-serak basah. Jom sama- sama kita tunggu!!

p/s Go Nani!!!
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign