Pages

|The Comrades|

01 July 2010

Fasha dah " Declare" Jejai Boyfriendnya| Ngexz



"Saya mengakui sudah mempunyai teman lelaki. Saya bersedia untuk 'declare' sebab sudah sampai waktunya. Saya sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman istimewa dalam hidup saya. Sebelum ini kalau saya tak cakap pun, orang akan cakap ya. Saya tak nak sorok. Lepas ini, dia pun tak payah nak 'cover line' untuk tunjukkan yang dia cintakan saya. Dia merupakan 'boyfriend' saya yang serius selepas Sharil.

"Saya tak nafikan, mesti ada yang tak suka tapi saya tak boleh puaskan hati semua orang. Tapi nampaknya peminat di 'fanclub' saya boleh terima (perhubungan kami)," umum Fasha Sandha kepada para wartawan yang telah hadir petang tadi untuk majlis beramah mesra dengan barisan pelakon drama Duyung Aridinata di Slot Lagenda TV3 , bermula 12 Julai depan, jam 4.30 petang.

Begitulah pengakuan yang telah dibuat oleh Fasha sendiri ketika ditemubual oleh Gua.com. Dan akhirnya Fasha mengaku bahawa bekas suami Nora Danish telah rasmi menjadi kekasih hatinya apabila Jejai telah menghadiahkan cincin sebagai tanda hubungan mereka berdua. Hebat tak lakonan Fasha selama ni?

Menurut Fasha lagi, keluarga masing- masing sudah mengetahui hubungan mereka berdua dan terpulang kat keluarga lagi nak menerima ke tidak hubungan mereka. Malah fasha dengan bangganya apabila Jejai sanggup terbang menaiki helikopter ke tempat penggambaran " Duyung Aridinata" semata- mata nak menyerahkan cincin berlian kepada Fasha. Fuh!! Hebat lah tue kan.

Fasha juga mengakui bahawa hubungan mereka telah menjangkua 7 tahun. Wow!! masa yang lama tue kan. Agak- agak uolls mesti sebelum berkahwin dengan Nora Danish dah kan. Lupakan la.Hope Nora Danish bahagia dengan puteranya Putera Rayqal. Malah ditanya sendiri kepada Fasha adakah dia menerima Rayqal atau tidak, Fasha menjawab dia bersedia menerima seadanya. Yer ker ni. HAHAHA. tengok je la nanti kan


Sumber: Gua.Com
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign