Pages

|The Comrades|

23 July 2010

Hala Tuju Blog


Malam peeps!! Dengan segala hormatnya, pada hari ini ngexz dengan merajinkan diri "mengupdate" teratak ngexz yang bersawang kerana tidak dibersihkan. Wakluuuu jer intro gitu kan. Oleh kerana banyak permintaan yang nak ngexz update blog (padahal Nana je yang suh update, macam la pames aku ni kan), so ngexz update jer la walaupun takde bahan nak update. Biarla aku merapu meraban je sini kan. Hujung minggu gini malam- malam memang banyak masa aku nak susun kata-kataku dengan begitu mulus lagi sebab Incik Kiroro takde nak kacau aku time aku menyusun ayat- ayat munga. HAHAHA.

Uolls nampak tak title atas tue. Uolls rasa aku nak berdiskusi pasal ape kali ni? Tutorial, loyar burok, gosip? Hah, uolls rasa ape? Rasa oren.hahaha. Ok entry ni ngexz nak cita la panjang cikit tentang blog ngexz ni kan. Kalau uolls perasan archive blog ngexz bermula tahun berapa dah? 2007? 2008? 2009? .Uolls g la tengok sendiri. Aku pun lupa gak.

Kalau nak dipendekkan cerita mula- mula aku aktif dalam berblog bukan kerana hendak pames or whatever(pames ke aku?). Tapi hanya sekadar nak memenuhi naluri aku yang agak obses kepada dunia maya (dulu la) . Yer la kan pantang nampak cikit benda baru, mula la nak cuba walaupun sedar diri tak taw ape-ape. Seluk sini seluk sana akhirnya baru aku taw apa itu blog sebenarnya. Mula memang aku merapu meraban jer dalam sini. Tak caya cuba tengok entry 1st aku tulis ( kalau aku belom letak dalam draf la ). Sampai kan nak g jamban pun aku bagitaw. Lawak kan.

Era pertengahan pulak, ngexz nengok blog ngexz seakan dah menjadi matang(cikit jer tue nak setaraf ngan otai). Paling mongok nyer aku walaupun dah join lama dalam dunia blogger, tapi aku tak taw blog ni boleh menjana pendapatan. Sampaikan satu hari time aku berjalan ke rumah Sepet (ala sapa tak kenal budak ni. Kira pames gak ni) dan terbaca entry sepet yang bercerita berkenaan dengan pendapatan yang beribu beriban dia dapat daripada Nuffnang. Maka dari situ aku mula mengatal nak join Nuffnang. Seminggu aku test, hasilnya memang memberangsangkan walaupun pada mulanya aku dapat 20 sen kot.

Bermula dari situ aku mula ingin mencari identiti sebenar blog aku supaya pembaca duduk melekat kat blog aku. Dan akhirnya sehingga entry ni ditulis, blog aku telahpun mempunyai sebanyak 300 lebih Follower ( Thank Uolls sudi follow aku). Macam mimpi pulak aku mendapat sebanyak itu. Dan masihku ingat lagi kerana taksub nak mendapat income lebih, aku bersama blogger2 lain mula menjadi sang kelawar dengan membuat pelbagai aksi untuk mendapat extra income. Apa lagi aksi tembak menembak iklan yang timbul apabila tepat jam 12am.(Tak caya tanye nana, eqa, aie, kak fare, kak dahlia and banyak lagi geng aku).Aktiviti blogwalking aku masa tue memang dahsyat gler sampaikan dalam sehari aku dapat 1k visitor. Tapi sekarang?
Uolls nampak blog aku ada perubahan ke daripada apa yang aku cakapkan ni? Macam tunggang langgang jer ayat aku. HAHA.(ops tips tulis entry mane boleh taip perkataan "HAHAHHA" banyak sangat).kihkihikih

Oh yer berbalik kepada identiti sebenar blog aku. Pada mulanya aku ingin memenuhi ruang entryku dengan tutorial. Akan tetapi visi utama aku semakin tersasar apabila masa tersebut terlalu banyak isu semasa muncul. So aku pun lari kepada isu semasa sehingga aku terjah ke dunia artis glamer. Wow!! Amat memberangsangkan sehinggakan aku terfikir maybe aku pelbagaikan entry dalam blog aku supaya visitor tidak bosan terjah ke blog aku kan.

Habis bab identiti. Sekarang aku nak citer pendapatan aku selama mengenali blog boleh menjana pendapatan pasif. 1st payment aku dapat rm400++. Not bad kan. 2nd aku dapat seratus jew. Then yang baru2 ni aku dapat 1k++( Walaupun agak lewat menerima kan). Aku tulis entry ni bukan nak show off or so whatever. Tidak sekalipun ok. Otai- otai jangan berang ok. HAHA. Saje jer ni nak penuhkan blog aku yang bersawang. Aku nak berjaya macam Redmummy tue..Auww

Mai ai panjang giler dah aku taip weh. Boleh aku stop sini ke? Alamak!! Tapi ada benda lagi aku lupa nak bagitaw la.

^
^
^
^
^
^
^
^
Cuma nak bagitau Kiroro kim salam kat aku la. HAHAHHAHAHA.

ntah ape- ape ntah kan. Ok la better aku stop sini


p/s perasan tak kali ni aku banyak gunakan "aku" berbanding before ni aku salu guna "ngexz", Transformasi okie!!

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign