Pages

|The Comrades|

Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

31 May 2011

Wishlist pertama sudah tercapai



Still in cuti mode dowh~ Lama dah tak merasa cuti gini even cuti seminggu jer. For the same time dapat gak spent time with beloved one kan. Auwwwcak!!

Genap 2 minggu dah bermanja² dengan pacar baru aku ni. Semua aku explore dari selekoh², celah², roundbout pun aku semua dah explore. HAHA. Amacam ada bunyi propa tak. HAHA. Ok la malas nak suruh uolls bersimbol tanda tanya besau kat atas kepala tue. Sebenarnya aku dah mencapai hajat pertama aku ingin berhenponkan henpon baru. Auww.. Lama giler mengidam nak guna Sony Ericsson Experia X10 ni tau. Haha

Hah ni la wishlist yang aku dah capai sekarang. Now nak move ke second wishlist. Tapi yang second wishlist ni macam lambat lagi nak tercapai. Nak tahu apa wishlist kedua aku? IPAD babe.. HAHA wow tinggi giler kemahuan aku kan. Tak padan ngan gaji yang aku dapat sekarang je nak beli yang tue. HAHA. Apa² pun kalau dah ada hajat mesti la usaha lebih lagi kan.

Xperia ni aku beli hasil titik peluh aku sendiri tau. Hasil aku menang dapat JOHAN pertandingan menulis esei sempena pesta kaul hari tue. Ada la dapat 1k . Belanja member² sana -sini. Sangat teruja dapat duit macam jatuh dari langit. HAHA. Then aku tampung duit yang sikit tue lagi dengan income blog yang aku cashout hari tue. Finally dapat gak aku beli bendalah ni. Sangat teruja babe kalau beli dengan titik peluh kita sendiri kan. Angguk la uolls sana sapa setuju ngan aku. HAHA.

Nak tanya pendapat uolss, IPAD yang camner paling best nak choose ni? HAHAHA. Planning jer. Angan² awal tak kisah kan. HAHA. Ok la tak nak cakap lebih kang ada yang termuntah baca wishlist aku ni. LArikssssssssssssssssss!!


notatangan: Gigih giler aku download games masuk Xperia aku ni. Ko ada?? HAHA

Terima Kasih

11 May 2011

Cek ke-2 Nuffnang



Ouh My Gucci! erk..ape kes ke tiba² je nak OMG kan. Ce cite ce cite...Woraiitttt.

Aku tak sabar nak dapat cek ke-2 dari nuffnang ni coz ari tue aku dah gatal tangan dok cashout earning. HAHAH. Walaupun kali ini agak ciput, at least ada gak cikit kan untuk berfoya². Berfoya la sangat kan. Mesti lama giler tunggu cek sampai ni kan coz aku punya status tak geli² dah. Aku nyer status Ordinary sebab mengatal nak menduakan nuffnang. Takpe.. Mana rezeki lebih, kat situ grab. Kata Grab the Opportunity kan. So grab la ni.HAHA

Sila zoom kalau kurang nampak yer. Hah, kan aku kata earning aku cikai jer..Cukup makan jer bak kata orang. Tak macam otai² kite kan yang dapat beriban tiap bulan. Erk ni yang jeles ni.Takpe, bulan ni nak usaha lebih sebab mood untuk berblog dah melimpah ruah ni.

notatangan:layan Hotfm babe sambil cannot wait untuk jumpa Mr Kiroro kan.Lama giler tak jumpa babe.boleh meroyan aku.
Terima Kasih

05 February 2011

Takpe ke Kalau tak pakai antivirus?



Wow!Lama beno tak menaip ni kan.Seakan-akan nak kaku jer jemari kiut aku ni.Auww.. Ahaa! Berbalik kat tajuk di atas korang rasa apa? Rasa oren or strawberi? Aku rasa macam nak ketawa besar jew.

Sebenarnya time cek akaun nuffnang ni aku tengok la keywords yang hot visitors aku search kat teratak aku ni aku tersangat la teruja bila melihat satu keyword yang agak blink-blink di mata aku kan.
**TAKPE KE KALAU TAK PAKAI AINTIVIRUS?**

Ntah gerangan sapa ka yang search keyword tue kan. Ehem, aku nak kata perlu pakai ke tak perlu pakai ni , aku bukannya arif sangat hal-hal komputer ni. Hal menjahanamkan komputer pandai la aku. HAHA. Jom kita tanya yang pakar komputer. Amacam? Penting ke letak antivirus.HAHA

Cekidauttttt

notatangan: malas beno rasanya nak update
Terima Kasih

20 August 2010

Limited Edition Phone Socks By DIGI | Ngexz


Wow menarik my attention ini iklan kan. " Limited edition Phone Socks By DIGI".Awesome..Ok straight to the point jer la. Sebenarnya ni contest yang telah bertempek di dalam lama sesawang Nuffnang. So aku apa lagi. Terus jer grab. Mana taw dapatkan. COntest ni very da easy okie!!

"Why I want the limited edition phone sock"

Woah bukan main lagi tajuk kan. Itu title kenapa aku mengidam phone sock blackberry tuh. Uolls rasa aku ada Blackberry ke ni. Ehem.. Non ada la weh. Aku baru empunya Sony Ericsson P1i aje la. Belom teringin nak empunya Blackberry. Sebenarnya bukan belum teringin. Tapi belum ada bajet!!. Opss kantoi pulak..

Tapi kalau belom ada kenapa gatal- gatal nak join contest ni kan. Kenapa? Tak boleh ke? Aku join sebab nak bagi phone sock yang aku menang tue nanti kat perempuan ni la sebab sekarang dia tengah penuhkan tabung nuffnang dia untuk beli blackberry. So walaupun belum beli Blackberry, tak salah la prepare dulu phone sock. HAHA. baru bersemangat dia nak penuhkan. Perempuan tue merangkap adik aku yang giler syok kat Blackberry. Angau ape budak tuh. Huh!! Tak paham aku. Meroyan kot.

Walaupun dah masuk minggu ketiga peraduan ni, aku gigih gak nak try kan. Sambil tue aku boleh gak promote kat blogger lain yang dah ada Blackberry tue. HAHA. Sunggu comel itu phone sock weh. Tak caya cuba skodeng sini..Harap- harap la dapat kan. Kalau dapat kira Nuffnang bagi aku hadiah hari jadi yang ke 23 aku la ni kan (16 September).

Bagi jerla wahai Nuffnang ku sayangggggg

Terima Kasih

16 August 2010

Puisi Kantoi The Contest | Ngexz

Selamat pagi di hari Isnin yer kawan- kawan. Ops macam kanak- kanak ribena pulak. Ehm, pagi2 ni seperti biasa rutin harianku adalah menjenguk blog, facebook, email, & cek akaun Nuffnang. Dalam sibuk membalas jejak kengkawan, aku terpersona melihat satu contest yang dipromote oleh seorang blogger ni. Siap ajak suruh join lagi. Beliau menggunakan nickname "Pencari Cinta". Pada mulanya aku fikirkan empunya blog ni adalah seorang perempuan. Tapi ternyata sangkaan ku tidak tepat apabila empunyanya adalah seorang lelaki. Hah jangan sangka perempuan je jiwang tau, lelaki pun ada gak. Haha, jangan marah yer pencari cinta .Jangan ingat beliau belom ada cinta taw, maybe dia just guna nickname tue kot. Aku tengok beliau sungguh setia singgah di blog aku sejak 2 menjak ni. Thank ya. Then, sekarang aku dengan rasminya ingin "menjoinkan" diriku mengikuti contest dia.



Contest yang aku maksudkan adalah " Puisi Kantoi The Contest". Hah tue lah tajuk dia. Macam menarik je kan. Aku pandai ke bab- bab puisi ni? Haha, haram weh, aku memang tak pandai. tapi untuk memeriahkan contest dia, aku join jerk. Tiap contest mesti ada hadiah kan. Hadiah lumayan beb!!

Pemenang pertama dapat RM50, kedua dapat RM30, dan yang ketiga dapat RM20. Paling menarik bila beliau nak bagi hadiah bonus kepada entry paling menarik. menarik tak. Meh la join cepat-cepat. Lambat rugi taw!!

Syarat nak join very da senang la beb! Kalau nak nengok syarat, uolls boleh g skodeng blog tuan empunya contest ni k. Klik sini!Senang tak.

Hah so sekarang uolls baca la puisi yang aku buat ni k. Jangan termuntah atau tergelak or so whatever la k. Entry ni tidak boleh dibaca umur 18 tahun ke bawah. HAHA.takde la gurau je. Tajuk puisi aku ni "Kau Ilhamkan Bahagia"


KAU ILHAMKAN BAHAGIA

Disaat kedukaan menyelubungi diriku,

Kau hadir mengubat luka dihati,

Disaat aku rindukan belaianmu,

Kau datang membelaiku,

Disaat aku benar- benar merinduikan mu,

Kau datang membahagiakan ku,

Disaat aku ingin memelukmu,

Lantas kau peluk diriku seeratnya,

Ampun dan maaf ku pinta jika dirimu tak bahagia denganku,

Ikhlas dariku bahawa aku terlalu menyayangi dirimu sepenuh hatiku,

Aku tidak mungkin menduakan dirimu

Memiliki dirimu anugerah paling istimewa pernah ku terima

Masih segar dalam ingatanku,

Ketika dirimu menyatakan bahawa engkau terlalu memujaku,

Oh!Betapa indahnya dunia bagai aku yang punya

Hidupku terasa amat bersinar sejak kehadiranmu,

Namun itu hanya seketika kerana aku terpaksa berjauhan denganmu di siang hari,

Oh Patung Spongebobku!!

Kau telah mengilhamkan sejuta bahagia kepada diriku.


Hah! Korang jangan gelak taw. Jangan pulak termuntah sebab aku bukan pemuisi terhebat. HAHA.Nak tengok rupa sumber ilham aku tak.
Ni la yang ilhamkan bahagia untuk ngexz. Yang besar tue yang pengilham setia taw. yang kecik-kecik tue pelakon sampingan je.




Terima Kasih

15 August 2010

Kenapa aku sayang Nuffnang | Ngexz




Selamat berhujung minggu kengkawan semua. Amacam hujung minggu gini? Yang berkeluarga mesti habiskan masa kat rumah dengan family kan. Yang bercouple pulak mesti busy kuar dating ngan pasangan masing- masing. Yang busy study pulak macam mana? Yang single pulak macam mana? whatever la macam mana, janji bahagia kan. Ok aku tak nak membebel panjang dengan entry yang ntah ape ntah aku tulis ni kan. Agak nya sudah lama aku tak membebelkan kisah- kisah hidup ku meskipun kisah- kisah yang berlaku di sekelilingku kan. Kenapa? Tepuk dada, aku jawab sendiri la. HAHA

Kenapa entry ku begini kali ni? Seingat aku, aku belum pernah lagi buat title gini kan. Kenapa aku sayang Nuffnang? Ouh ya sebelum apa-apa aku merapu kat sini, aku nak gitaw uolls, aku bukan nak jual minyak or saja nak kelentong kan. Tapi aku cakap perkara yang benar!! Ok kat bawah beberapa sebab utama kenapa aku sayang & memilih Nuffnang.

Kalau bagi yang setia jenguk blog aku ni mesti uolls tahu kan yang suatu ketika dahulu aku pernah curang dengan Nuffnang dengan beralih arah kepada Innity. Tahu tak Innity tue sapa? Ala Innity ni kira macam Nuffnang gak. Benda hijau yang uolls tempek kat blog tue. Mula dapat Innity memang aku happy macam dunia aku yang punya. Then last- last bila dah tahu macam mana Innity beroperasi, terus aku rujuk semula kepada Nuffnang.

Kat sini bukan aku nak bagitau yang Innity ni tak baik, tipu or so whatever. Innity baik, banyak kelebihan tapi aku cuma tak puas hati payment lambat dibayar walaupun earning dapat masyuk kan. Ala Nuffnang pun apa kurangnya , masyuk apa bila Buffered tengah lebat bertenggek dalam blog kita. Cuma tue la dek kerana aku terlalu tamak, aku kaut semua Innity dengan Nuffnang sekali gus sehingga status "Gliterrati"ku telah ditarik Nuffnang. Ternyata Nuffnang betul- betul kecewa dengan sikapku.

Dah nak masuk 3 tahun aku dalam dunia blogging ni, banyak perkara yang aku pelajari, malah banyak sahabat maya sesama blogger aku kenali. Tue yang membuatkan aku semakin ghairah mempopularkan dirik dalam dunia blogging walaupun tak popular2. HAHA! Ok, sejak peristiwa aku digantung tanpa tali oleh Nuffnang dan bergembira dengan Innity, aku telah melupakan Nuffnangku. Akan tetapi aku telah lihat sendiri bahawa Nuffnang memang pencinta yang setia. Mana tak nya, walaupun aku curang, dia tetap memberikan aku buffered di teratak ku di saat aku menempek benda hijau tue. Ohmygosh, sungguh aku terharu la kan. Kalau tak silap time tue dia bagi buffered xpax.

Sejak dari tue, aku tekad nak rujuk semula dengan Nuffnang dan membuang Innity bertempek di dalam teratak ku. Ternyata selepas menceraikan Innity, aku telah mendapat semula status "Glitterati" aku tuh. Bahagia taw dapat semula. Mana tak nya kalo hilang status tue, maka setengah earning yang kita dapat kena potong dan soal pembayaran pun lambat dorang nak bagi. Apa yang membuatkan aku makin setia kepada Nuffnang sekarang apabila dia tetap juga nak bagi buffered dalam teratak ku kan walaupun trafik kat rumah aku memang tak pernah maintain. Ada sesetengah orang bagitahu kalau takda 100++ visitor lawat teratak kita dalam sehari tue, jangan harap la nak dapat buffered. Tapi aku pernah mendapat buffered di saat trafik aku jatuh menjunam. Tak sampai 100 pun dapat eh. Tengok, betapa sayangnya nuffnang kat aku.

Aku nak kaya!! Fulamak berani betul statment gitu kan. Yer la sapa tak nak kaya weh. Berblog dapat duit. Hah, non ada modal tue. Itu yang aku mahu. Ditambah lagi dengan keminatan aku dunia blogging ni menjadikan aku makin kemaruk untuk menambahkan income ku dengan Nuffnang. Bak kata orang pendapatan pasif. Aku tak pernah mengimpikan earning selebat Redmummy, cukup la sekadar macam yang cikgudahlia selalu dapat tue. Itu kira dah syukur. At least dapat aku guna untuk beli domain kan. Tapi aku amat bersyukur sangat sebab aku dah pernah cash out payment aku dengan Nuffnang setelah aku rujuk semula dengan beliau. Tak percaya ke? Alamak, aku lupa nak snap cheque yang Nuffnang bagi. tapi duit dah habeh la. HAHA. Sekarang tengah on the way nak mendapat cheque lagi.

Aku juga pernah mendapat hadiah daripada Nuffnang taw. Barangan Adidas sempena Project Alpha 2 hari tue. 2 kali aku menang. Ni yang menguatkan lagi cinta dan sayangku terhadap Nuffnang sekarang.OhmyNN, ilebiusomuch.

Malah hal yang paling aku paling suka bila aku dapat mengenali rakan- rakan blogger. Tambah kawan I taw. Dorang pun tak lokek berkongsi hal- hal terbaru dan aku banyak mempelajari cara hendak menambahkan pendapatan mahupun visitor datang ke rumah aku. Thank uolls. Lebiu so much!! Kalau Nuffnang baca ni mesti terharu kan. HAHAHA. dapat la buffered sekali lagi. Ngeeee

Mak ai, panjang giler aku tulis. Mesti uolls tercungap dah ni kan. Sebenarnya aku nak share macam mana nak jadi salah seorang blogger pames ni. Tapi entry ni dah panjang giler, ayat aku pun macam dah ke laut dah ni. Lain kali aku akan share tips tue k walaupun aku belum jadi famous bloggers. HAHA


Terima Kasih

04 August 2010

The Very Sporting Mom, Mak Khairuddin | Ngexz

Munink uolls. Woah pepagi lagi ngexz dah merajinkan diri blogwalking g umah member yang lama tak dijenguk. Sori k uolls ngexz tak balas jejak uolls. tapi ngexz nak ucap beriban-riban makseh ni sebab sudi gak jenguk umah ngexz walaupun bersawang hah.

Ok dalam kesibukan ngexz blogwalking pagi ni, umah sis dahlia merupakan rumah yang tak pernah tertinggal untuk ngexz jejaki. Nak tau kenapa? Sebab ngexz nak tengok kalau-kalau ada entry terbaru yang sis dahlia publish. Dan tekaan ngexz tepat sekali bila entry yang paling atas ngexz nampak ada post yang sangat menarik. So ngexz berbesar hati nak share kat uolls gak k.

Uolls tahu ke pasal Mak Mohd Khairuddin ni? Ntah- ntah ngexz yang baru taw kan. Lambat pick up ngexz ni kan. Ala takpe la lambat pun lambat la. Lepas tengok video Mak Khairuddin ni dalam blog sis dahlia, ngexz tersangat la terhibur taw. Bukan setakat satu episod malah 3 episod mak dia buat semata-mata untuk anak dia taw.

Episod 1



Episod 2





Episod 3





Woah bertuah dapat mak sporting gini kan. Mak yang celik IT lagi tue sampai sempat nak sampaikan nasihat suruh jimat duit lagi. Dan siapakah pemuda yang bernama Mohd Khairuddin? Lepas ni memang meletup la Mak Khairuddin ni kan sebab dari apa yang ngexz tahu video ni memang tengah tercanang di dalam Youtube dan Nuffnang, malah kat Youthsays pun ada iklan gini. Ngexz pikir maybe makcik ni ada kaitan ngan iklan yang berkenaan dengan cara menjimatkan duit.

Mesti duit makcik ni beriban-riban sampaikan banyak tempat pengiklan dia iklankan. Ataupun makcik ni dibayar untuk membuat iklan gini. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat next episod k

Uolls layan jew video- video ni. Memang lawak pun ada sebab muka makcik ni sangat comel. Huhu.

p/s Lepas ni dengan anak- anak dia pun glamour kan.
Terima Kasih

23 July 2010

Hala Tuju Blog


Malam peeps!! Dengan segala hormatnya, pada hari ini ngexz dengan merajinkan diri "mengupdate" teratak ngexz yang bersawang kerana tidak dibersihkan. Wakluuuu jer intro gitu kan. Oleh kerana banyak permintaan yang nak ngexz update blog (padahal Nana je yang suh update, macam la pames aku ni kan), so ngexz update jer la walaupun takde bahan nak update. Biarla aku merapu meraban je sini kan. Hujung minggu gini malam- malam memang banyak masa aku nak susun kata-kataku dengan begitu mulus lagi sebab Incik Kiroro takde nak kacau aku time aku menyusun ayat- ayat munga. HAHAHA.

Uolls nampak tak title atas tue. Uolls rasa aku nak berdiskusi pasal ape kali ni? Tutorial, loyar burok, gosip? Hah, uolls rasa ape? Rasa oren.hahaha. Ok entry ni ngexz nak cita la panjang cikit tentang blog ngexz ni kan. Kalau uolls perasan archive blog ngexz bermula tahun berapa dah? 2007? 2008? 2009? .Uolls g la tengok sendiri. Aku pun lupa gak.

Kalau nak dipendekkan cerita mula- mula aku aktif dalam berblog bukan kerana hendak pames or whatever(pames ke aku?). Tapi hanya sekadar nak memenuhi naluri aku yang agak obses kepada dunia maya (dulu la) . Yer la kan pantang nampak cikit benda baru, mula la nak cuba walaupun sedar diri tak taw ape-ape. Seluk sini seluk sana akhirnya baru aku taw apa itu blog sebenarnya. Mula memang aku merapu meraban jer dalam sini. Tak caya cuba tengok entry 1st aku tulis ( kalau aku belom letak dalam draf la ). Sampai kan nak g jamban pun aku bagitaw. Lawak kan.

Era pertengahan pulak, ngexz nengok blog ngexz seakan dah menjadi matang(cikit jer tue nak setaraf ngan otai). Paling mongok nyer aku walaupun dah join lama dalam dunia blogger, tapi aku tak taw blog ni boleh menjana pendapatan. Sampaikan satu hari time aku berjalan ke rumah Sepet (ala sapa tak kenal budak ni. Kira pames gak ni) dan terbaca entry sepet yang bercerita berkenaan dengan pendapatan yang beribu beriban dia dapat daripada Nuffnang. Maka dari situ aku mula mengatal nak join Nuffnang. Seminggu aku test, hasilnya memang memberangsangkan walaupun pada mulanya aku dapat 20 sen kot.

Bermula dari situ aku mula ingin mencari identiti sebenar blog aku supaya pembaca duduk melekat kat blog aku. Dan akhirnya sehingga entry ni ditulis, blog aku telahpun mempunyai sebanyak 300 lebih Follower ( Thank Uolls sudi follow aku). Macam mimpi pulak aku mendapat sebanyak itu. Dan masihku ingat lagi kerana taksub nak mendapat income lebih, aku bersama blogger2 lain mula menjadi sang kelawar dengan membuat pelbagai aksi untuk mendapat extra income. Apa lagi aksi tembak menembak iklan yang timbul apabila tepat jam 12am.(Tak caya tanye nana, eqa, aie, kak fare, kak dahlia and banyak lagi geng aku).Aktiviti blogwalking aku masa tue memang dahsyat gler sampaikan dalam sehari aku dapat 1k visitor. Tapi sekarang?
Uolls nampak blog aku ada perubahan ke daripada apa yang aku cakapkan ni? Macam tunggang langgang jer ayat aku. HAHA.(ops tips tulis entry mane boleh taip perkataan "HAHAHHA" banyak sangat).kihkihikih

Oh yer berbalik kepada identiti sebenar blog aku. Pada mulanya aku ingin memenuhi ruang entryku dengan tutorial. Akan tetapi visi utama aku semakin tersasar apabila masa tersebut terlalu banyak isu semasa muncul. So aku pun lari kepada isu semasa sehingga aku terjah ke dunia artis glamer. Wow!! Amat memberangsangkan sehinggakan aku terfikir maybe aku pelbagaikan entry dalam blog aku supaya visitor tidak bosan terjah ke blog aku kan.

Habis bab identiti. Sekarang aku nak citer pendapatan aku selama mengenali blog boleh menjana pendapatan pasif. 1st payment aku dapat rm400++. Not bad kan. 2nd aku dapat seratus jew. Then yang baru2 ni aku dapat 1k++( Walaupun agak lewat menerima kan). Aku tulis entry ni bukan nak show off or so whatever. Tidak sekalipun ok. Otai- otai jangan berang ok. HAHA. Saje jer ni nak penuhkan blog aku yang bersawang. Aku nak berjaya macam Redmummy tue..Auww

Mai ai panjang giler dah aku taip weh. Boleh aku stop sini ke? Alamak!! Tapi ada benda lagi aku lupa nak bagitaw la.

^
^
^
^
^
^
^
^
Cuma nak bagitau Kiroro kim salam kat aku la. HAHAHHAHAHA.

ntah ape- ape ntah kan. Ok la better aku stop sini


p/s perasan tak kali ni aku banyak gunakan "aku" berbanding before ni aku salu guna "ngexz", Transformasi okie!!

Terima Kasih

22 May 2010

Menang Project Alpha Daily Contest!!


Salam di hari minggu uolls semua. Sihat tak hari ni? Mesti banyak plan uolls di hujung minggu gini kan. Yang dah berfamily tue, mesti ada plan masing-masing macam pergi berkelah, balik kampung ke atau ada yang memilih untuk berehat di rumah saja. Bagi pasangan berchenta pulak uolls mesti keluar dengan pacar hujung minggu gini kan. Hehehe

Ok nampak tak title ngexz atas tue. Sebenarnya semalam ngexz menerima emel dari nuffnang menyatakan bahawa ngexz merupakan salah seorang 5 daripada pemenang harian Project Alpha Daily Contest. Tak caya ni buktinya.

Hi there,

Congratulations on being one of the winners of the Project Alpha Ruumz Daily Contest! Your prizes have been delivered to the Nuffnang office and are ready for collection. As such, you're welcome to drop by our office from 9am - 6pm on weekdays to collect your prize. Our office is located at:

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

Once again, congratulations on your win and we hope to see you at our office soon!

Tapi ngexz ada problem nak claim hadiah tue sebab ngexz bukan berada kat Kuala Lumpur sekarang. I kat Sarawak ok.. Jauh nauuuuu.. Hah macam mana tue? Sayang plak hadiah tue burn je kan kalau tak claim sebab hadiah tue maybe barangan adidas dan daripada ruumz sendiri. Ngexz pun tak pasti. Dorang tak mention pulak. Semalam ngexz dah tanya samada mereka boleh poskan hadia tue or tidak. Kalau dorang nak poskan, tak menjadi masalah. Tapi kalau dorang nak suruh amik sendiri kat office dorang, tak taw pulak ngexz camner nak wat

Uolls, sapa yang boleh tolong ngexz claimkan hadiah tue? Plishhhh tolong lew.. HAHAHA

Terima Kasih

25 January 2010

Bertahan

woah.Kepenatan yang melampau cik ngexz hari ni.yer la kan.semua orang tak suka hari Isnin.permulaan segala hari.kelas cik ngexz dari pagi sampai ke petang memang non stop. TETAPI, walaupun non stop cik ngexz tetap menyelit kejap g lab nak online.haha.**waklu**

weh uolss.kalau tengok orang pakai formal, PELIK ke??nape bila time cik ngexz berbaju formal mesti member2 duk tanyer.ko nak g mana smart2 ni, nape smart2 hari ni, woah mcm skema ko hari ni, byk lagi la.malas cik ngexz nak cita balik..korang rasa apa??rasa oren ke??hahhaa

hah satu lagi.pasal nuffnang cik ngexz ni.cik ngexz still tak paham lagi macam mana nak dapat earning macam otai2 tue.ape ntah term yang dorang salu sebut tue.buffered.eh tul ke ni..cik ngexz pun tak paham.jeles gak tengok dorang dapat earning tinggi2. contohnya mcm
MR SUPERMAN ni. otai ke dia??hahahha..padahal cik ngexz memang non stop blogwalking.**cewah** .yer la kan cik ngexz kan baru lagi dalam dunia nuffnang ni walaupun lama berkecimpung dalam dunia blogging.**cewah**.cik ngexz ni slow skit nak pahami tip2 yang korang bagi tue.ape omputeh cakap.lambat catch up.lantak ler labu

Terima Kasih

19 January 2010

Ouh NuFFNang Ku

nape duit cik ngexz lambat nak naik yer.**ceh dasar mata duitan**.yer la cik ngexz perhatikan mcm seminggu sekali dorang br updatekan..padahal tgk org yg visit kat situ mcm byk jer...huhu..tp x tau la mmg dorang punya prosedur mmg gitu ko..yer la kan cik ngexz ni br nak berkecimpung dlm dunia nuffnang eventhough cik ngexz dh lama berkecimpung dlm dunia blog.yer la kan cik ngexz kn br updated dgn kewujudan nuffnang ni..**cian kan**
kalau la cik ngexz mulakan sejak dulu lg kan, msti dh ada gak ckit extra income cik ngexz.yer la kan cik ngexz ni kan lagi dpt income dr parents..huhu.

korang yg dh otai ngan nuffnang ni ajar2 la cik ngexz..bagi tips sekali la kan...mari menolong sesama kita..cewahh



**tlg2 la cik ngexz naikkn earning cik ngexz yer...kita tlg menolong, bekerjasama..
"apa yang penting kerjasama"

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign