Pages

|The Comrades|

09 August 2010

Download Drama Epilog Syurga Cinta| Ngexz


Munink uolls..Salam 1 Malaysia. Hari ni merajinkan diri update sekali lagi teratak ngexz yang semakin hari semakin goyah dek kerana kemalasan diri ngexz nak update entry baru. Tapi kali ni ngexz datang dengan seribu satu entry yang bisa mengoyah iman korang. Hah ! Amacam ada berani dengar statment tue ke?

Sebenarnya takde ape pun cuma ngexz nak kongsikan drama Akasia terbaru di TV3 kat uolls walaupun ngexz belum berkesempatan nak tengok drama ni sebab masih kemaruk dengan Sinetron Benci Bilang Cinta yang semakin penghujung episod.

Uolls kan memang dah tahu siapa si cilik yang menambat hati uolls dalam cerita Epilog Syurga Cinta kan sehingga menjadikan uolls kemaruk tunggu depan tv tiap petang. Sebab sapa lagi kalau bukan si cilik Mia Sara Nasuha kan. Ala si cilik yang duk glamer dalam cerita Adamaya dulu tue la.
Tapi sekali ngexz tengok macam tak de "chemistry" jer si Zizan digandingkan dengan Mia Sara kan. Kalau dibandingkan dengan Lisa Surihani dulu memang betul-betul holiaw!!.HAHA

Mesti ada yang ketinggalan tengok drama ni kan. Kepada yang ketinggalan jangan susah hati tau sebab boleh lagi download drama ni. Ni ngexz bagi link, pas tue pandai-pandai uolls la nak download k.

Episod 01
Part 1 | Part 2
Episod 02
Part 1 | Part 2
Episod 03
Part 1 | Part 2
Episod 04
Part 1 | Part 2
Episod 05
Part 1 | Part 2
Episod 06
Part 1 | Part 2
Episod 07
Part 1 | Part 2
Episod 08
Part 1 | Part 2
Episod 09
Part 1 | Part 2
Episod 10
Part 1 | Part 2
Episod 11
Part 1 | Part 2
Episod 12
Part 1 | Part 2
Episod 13
Part 1 | Part 2
Episod 14
Part 1 | Part 2
Episod 15
Part 1 | Part 2
Episod 16
Part 1 | Part 2
Episod 17
Part 1 | Part 2
Episod 18
Part 1 | Part 2
Episod 19
Part 1 | Part 2
Episod 20
Part 1 | Part 2
Episod 21
Part 1 | Part 2
Episod 22
Part 1 | Part 2
Episod 23
Part 1 | Part 2
Episod 24
Part 1 | Part 2
Episod 25
Part 1 | Part 2
Episod 26
Part 1 | Part 2
Episod 27
Part 1 | Part 2
Episod 28
Part 1 | Part 2


Kredfit to Team Aryzs


Ok meh ngexz bagi cikit sinopsis drama ni k



Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.

Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.








Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign