Pages

|The Comrades|

19 October 2010

Cicak Tokek Dapat Ubati Penyakit HIV/AIDS ke?| Ngexz




Sejak dua menjak ni aku dengar ramai giler orang bz nak cari cicak tokek@ gecko terutama orang kampung. Uolls tahu tak apa sebab tokek tiba-tiba menjadi kegilaan orang ramai sekarang? Jual jer dapat beribu ringgit beb. Bayangkan 300gram jak dah ratusan ribu. Uolls tahu tak macam mana rupa cicak tokek yang ribuan ringgit ni? Bukan macam cicak yang selalu kat rumah kita tue. Kalau cicak tue, beriban kat umah aku ni.

Hah amacam sekarang..Ada berani tak?Paling lawaknya ada yang sanggup berhenti kerja sebab gara- gara nak cari cicak tokek. Selalunya cicak tokek boleh didapati dirumah-rumah sebab cicak jenis ni dorang anggap suka jaga rumah la konon. Kalau semua orang dah memburu cicak tokek, maka cicak-cicak ni lari la menyelamatkan diri kan. AHHA.


Ok ni aku amek dari utusan mengenai cicak tokek ni.

Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di sini yang memiliki dua ekor cicak tersebut berharap satu kajian saintifik dapat dilakukan bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.

Mohamad Fauzi Mohd. Norman (gambar), 42, berkata, dia mula memelihara dua ekor cicak tersebut selepas salah seorang daripada saudaranya memberikan haiwan itu kepadanya sebagai cenderahati.

Menurutnya, saudaranya itu menangkap cicak tersebut di kawasan hutan Hulu Terengganu dan ketika diberikan kepadanya, dia tidak mengetahui keistimewaan haiwan itu.

"Saya bertanya kepada kenalan dan merujuk dalam laman web mengenai spesies cicak ini sebelum mendapati ia amat bernilai kerana mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak miliknya yang berusia tiga bulan itu dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.

"Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.

Dalam pada itu, dia turut dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.

"Saya anggarkan dua ekor cicak tokek yang saya pelihara ini masing-masing seberat 100 gram dan 90 gram. Tetapi saya percaya ia mampu untuk membesar lagi,'' katanya.


**ni tokek milik Encik Fauzi

Pernah gak aku dengar ada sorang tue dia tak tahu apa-apa pasal kelebihan cicak tokek ni, maka diberinya free-free lagi cicak tokek tue kat seseorang. Apa lagi yang sorang ni diberi benda free, terus dijualnya cicak tokek tue. Dah la cicak tokek tue berat sampai 1kg. Pergh, memang kaya terus dowh!!. Cuba bayangkan kalau dah berjuta- juta menjual seekor tokek saja, memang tak perlu kerja dah kan. Goyang kaki jer dok umah. HAHA

Naa, ni tokek paling besar orang pernah jumpa..Tuan punya ni mesti dah kayo kan..


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign