Pages

|The Comrades|

03 January 2011

Faizal Yusof Meninggal!!


Happy New Year. Belom terlambat kan nak wish tahun baru 2011 ni. Dan hope tak terlambat juga aku nak mengucapkan takziah kepada keluarga Faizal Yusof di atas pemergian beliau pada 1 Januari 2011. Mula memang tak percaya Faizal Yusof pergi sebegitu cepat. Aku ingatkan Faizal Yusof anak Datuk Yusof Haslam tapi rupa-rupanya Faizal Yusof bekas suami kepada Siti Nordiana.
Allahyarham meninggal terkena serangan jantung. Memang ramai yang tak percaya kan. Apa-apa pun kita semua terpaksa redha pemergian beliau. Pembukaan 2011 dah dikejutkan dengan pemergian bakat seni yang tiada tukar ganti. Teringat lakonan beliau dalam drama Adamaya yang membawa watak Dani dahulu. Ingat lagi tak sehingga ramai penonton tidak menyukai watak yang dibawa beliau dan sehinggakan ada peminat yang membuat fan page "kami benci watak faizal yusof dalam adamaya". Sehingga ke tahap itu kan penangan Dani kepada mereka. Harap-harap la uolls semuatak membenci Faizal Yusof yang sebenar kan. Benci kat Dani oke je. Kalau tak silap drama beliau yang tengah ditayangkan di TV3 sekarang iaitu Tiramisu merupakan drama terakhir beliau kot.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & moga keluarganya redha dengan pemergian beliau
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign