Pages

|The Comrades|

27 February 2011

Tolong Jangan Comel

Pernah dengar tak orang sebut macam title di atas atau uolls sendiri mempraktikkan perkataan gitu. HAHA. Paham tak apa yang aku nak share kali ni.Ok aku bagi satu situasi hah

Aku: Awak, cuba jaga sikit tingkah laku tu. Lebih² lagi ngan orang tua.

Si Anu: Alaaaa, ko apa kesah, aq punya hal shuka hatii aq la nak wat perrrr. Ko jaga jerkkk kain sendiri ko tue.

Uolls cuba perasakan diri perkataan ‘aq’ kat atas & cuba sebut dengan intonasi yang betul. Kalau disebut betul² aku & ak jadi bunyinya? Tepuk dada tanya pikiran sendiri.

Satu lagi ‘shuka’. Cuba uolls sebut. Ada rasa tahap kecomelan uolls tinggi tak bila sebut gitu. shuka, shayang,shakit. Macam orang yang sakit lidah je bunyikan.

Apa yang aku tengok banyak sangat yang tulis gini sekarang kan. Ada sesetengah orang kata nak mencomelkan perkataan² tu. Baru ada umphhh.. Macam contoh ayat ni kan. Awak suka dia kewwww? Ish kenapa mesti ada ‘huruf wwwwww yang panjang kat belakang. Ambil jer contoh aku ni blogger sarawak, kalau aku baca yang gitu tak ke lain maknanya dah kan kalau lah aku tak tahu. Tambah² lagi bila mat saleh ke mat indon ke yang baca, mesti tahap tanda soal dorang naik mencanak.

Banyak lagi perkataan² yang sengaja dorang tambah² kan. Ini aku share shikit jer. Eh sikit la.HAHA.Kalau gitu mesti Dewan Bahasa & Pustaka naik pening nak tambah kosa kata baru dibuat kita kan..

Kalau tak caya cuba uolls tengok video ni. Kot² terkena batang hidung sendiri.

video

notatangan: Yang paling aku tak suka dulu bila member semenanjung guna ‘aq’ bila sms. Mula memang langsung tak paham. Nasib time baca sms tue bukan time makan. Kalau tak boleh tersedak aku baca dengan sebutan ‘ak’
Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign