Pages

|The Comrades|

28 July 2011

Suhaila sudah lantik peguam untuk tuntut hak penjagaan anak dan cerai dari Jimmy Shanley

Wow,bukannya makin pulih hubungan Jimmy Shanley dan isterinya, tetapi makin ditahap yang kronik ada lah. Sebelum ni rumah tangga dorang memang dah lama bergolak dari mula² dorang nikah dah kan. Tapi sekarang macam tak dapat diselamatkan lagi dah.

Berikut adalah kenyataan Suhaila, Jimmy , mak & bapa Suhaila time majlis cukur jambul anaknya semalam.

suhailaanak

Kenyataan Suhaila

Buat masa sekarang anak dengan saya. Dan saya juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan hak penjagaan anak dan saya mahu membuat tuntutan cerai dengannya. Saya nekad untuk bercerai kerana beranggapan kami sudah tidak bersefahaman. Saya tidak takut kalau ada perkara-perkara yang dia bongkar. Saya tidak kisah apa yang dia akan lakukan dan apa yang akan berlaku sekali pun. Saya memang tidak ada kawan luar, kawan-kawan yang saya ada pun semuanya kawan semasa di sekolah dahulu. Dia memang tidak benarkan saya keluar rumah, malah semua kena ikut cakap dia. Padanya, dia lebih sukakan suasana ‘privacy’ yang tidak perlu bercampur dengan orang ramai. Tidak bagi saya yang lebih sukakan suasana ramai, seperti malam ini. Dia mahu saya ikut cara dia, tetapi kenapa dia tidak mahu terima cara saya dengan keluarga yang sememangnya riuh

Dan ini pula kenyataan Bapa Mertua Jimmy Shanley semasa majlis mencukur jambul

Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia ‘free’. Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepdanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya.

Malah ibu Suhaila pun seakan- akan menyebelahi anaknya, Suhaila kali ni

Memang sebelum ini saya sebelahi dia, tetapi bila saya dapat tahu yang dia bertindak sedemikian, saya rasa sangat kecewa. Sebelum ini, saya hanya diamkan sahaja kerana ingat anak saya yang bersalah sehingga sanggup memarahi anak sendiri kerana percayakan dia. Sehinggalah sidang media yang dilakukan anak saya, baharulah saya mengetahui hal sebenar. Anak saya memang tidak pernah ceritakan kepada kami apa yang berlaku. Cukup banyak yang saya lakukan untuknya, tapi dia balas seperti itu pula

Adeh, macam² dunia artis ni kan.Sikit² cerai. Macam tak dapat cari jalan penyelesaian jer, Yang jadi mangsanya di sini adalah anak dorang bila besar kelak

-kredit to beatifulnara di atas entry berkenaan Jimmy & isterinya


Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign