Pages

|The Comrades|

16 September 2011

Hari Lahirku, Hari Malaysiaku, Hari Sarawakku

Syukur sangat kali ini aku masih lagi bernafas dan larat untuk menaip entry di hari kelahiranku yang ke 24 tahun. Kali ini bertriple- triple kevanggaan ku sebab tahun ni sepanjang aku bernafas di bumi ini, tanggal 16 September mula ditabalkan Cuti Umum bersempena dengan Hari Malaysia. Tenkiu Prime Minister!!.

Lama giler dah aku tunggu saat gini. Bukan ape.. Semua orang tahu 16 September merupakan tarikh di mana Sabah n Sarawak mendapat kemerdekaan pada 16 Sept 1963 kan. Y not sambut hari yang besar gini kan. 31 Ogos pun hari merdeka, cuti umum.. Tapi kenapa 16 Sept di lupakan.,.Opss aku tershasul dengan tujuan utama. Saje nak refresh balek fakta sejarah aku. (lempang jer bunyi kan)

Setiap tahun semua berlainan cara aku sambut birthday aku. Kalo dulu aku sambut bday aku dengan kawan- kawan aku time zaman kampus, sambut dengan kiroro, sambut dengan penuh kejutan bila member lelaki aku sanggup ceroboh masuk asrama puteri semata- mata nak bagi suprise kat kek aku, tapi tahun ni aku tahu aku takkan dapat semua cara- cara yang aku penah lalui dulu kan (wow, bunyik entry ni macam skema je. SILA JANGAN MUNTAH!!). Tapi aku tetap vangga sebab tahun ni seluruh Malaysia menyambut kelahiran aku kan. Yer la dah nama 16 September. Aku berterima kasih vanyak-vanyak coz uolls semua sanggup amik cuti hari ni coz nak sambut bday aku kan HAHAH (sila lempang lagi).

Eh aku lupa gak nak hebohkan kat sini, aku ngan bapak aku berkongsi tarikh yang sama gak taw. Hebat tak hebat tak? Ko ado??? HAHAHA. Tahun jer tak sama dowh!! Sebenarnya entry ni beberapa jam awal aku taip sebelum tanggal 16 September. Nanti aku auto publishkan. Biar tarikh kat situ 16 Sept 12.00am. Sejarah dowh aku rajin gitu konon.

Sekarang ni gak tengah dengar ucapan PM berkenaan dengan sambutan hari malaysia kat depan TV. Harap2 la PM bagi bday present ke ngan yang lahir 16 September ni kan. Woah demand lak aku..Yang paling mendapat tepukan gemuruh adala AKTA ISA dimansuhkan terus dowh.-No Komen-

Kiroro ada bday suprise ke? Nak terjah rumah aku malam2 buta? Tak mungkin la kan sebab kami sedang dalam perhubungan jarak jauh sekarang. :(. Baik aku buat2 tido awl malam ni sebab aku tahu mesti dia akan kol tepat 12am kan. Hah, jahat tak. HAHAHA.Ngade kan..

Apesal lak entry aku ni kejap cite ni kejap cite tue kejap cite gini. Adeh.. ke laut giler. Alaa. takpe la uolls layang kesengalan aku hari ni kan. Hari ni jer aku taip kesengal gini. HAHA


Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign