Pages

|The Comrades|

19 October 2011

Minuman di Pagi Hari

2011-10-19 09.18.43

Tiap pagi aku “terpaksa” minum jus ni.. Terpaksa koo.. Ayat macam ada orang paksa je kan. Sapa lagi kalo tak kiroro yang paksa. Mesti uolls tahu dah kan Jus yang dalam gambar ni.Sekali tengok gambar dalam paket dah tahu kan. Jus untuk Kurus. omaigodddd.. Ngexz gemok ke? HAHAHA.

Berat aku 54kg ni. Boleh dikata gemok ke? Tapi aku cek BMI aku masih normal pun. Ni kiroro la cakap aku dah montel. Biar susah payah dia belikan jus ni semata- mata nak suruh aku kurus balik. HAHAA. Tapi dia tak sedar diri dia tue dah la gemok, boroi lagi tue, tapi tak nak minum jus ni. Dia cakap aku eksperimenkan kat aku dulu. Kalo ada perubahan, baru dia nak minum gak. Huh..

So, sekarang terpaksa la aku memaksakan diri aku berdiet. Adeh.. Hari tue timbang belom turun je. Harap timbang kali ni akan ada perubahan. Nah kang bagi suprise kat dia aku kurus macam lidi baru tahu.

Uolls, jus ni memang sedap tau. Tak macam aku time minum teh herba orang kampung, Effect dia bila jam 2 3 pagi jer mesti ngadap toilet. Tapi jus mate 5 ni takde effect gitu. Besa2 jer. Habis jer sekotak jusmate5 ni nanti aku nak timbang balek berat aku. Hopefully ada kesan kan.. HUHU

Sekarang kiroro dera aku kontrol makan. Macam la dia kontrol sangat kan. Hampeh jer apek tue. Huh, tunggu jer aku dah slim takde lemak berkrim kang terbeliak mata dia nengok. HAHAHA.

Oh yer aku lupa nak pomot. Kalao uolls berminat nak try jus ni, g tanya dr rozmey sana. Tapi ingat Dr Rozmey pesan awal- awal jangan beli kat farmasi, toko jamu or so whatever. Kalo nak beli pun direct terus kat dorang., Sebab ada yang tiruan. Hah yang aku beli ni memang direct terus dari dia. Ala dr sakit puan tuh yang trademark guna “thumbs up”. HAHA.

Bukan setakat jus untuk kurus gak taw, macam2 ada. Nak bagi anak pandai, org kencing manis,dan banyak lagi la. Uolls skodeng sendiri kat sini k ataupun uolls skodeng facebook dia

Selamat mencuba uolls. Macam aku promoter jer kan.


Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign