Pages

|The Comrades|

09 July 2012

Amukan di Putrajaya

Tadi tengah tengok berita kat tv, terkejut tengok ada orang mengamuk membawa samurai. Samurai? Gerun jer dengar kan. Hah ni sumber berita daru utusan.

“ PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. – UTUSAN “






Ni ker muka orang yang mengamuk tue? Sapa ntah yang mengutuskan makhluk2 ni kan. Nape nak buat huru-hara kat negara kita ni.



Dengar-dengar kat astro awani tadi dah meninggal ya g sorang kan. Aku tak sure pulak yang pompuan ke yang lelaki hah. Hmm, kerana taksub sangat dengan politik, sanggup buat keja gini kan. Bukan satu pihak jer susah, orang lain pun susah sekali. Dah kat tempat public tu

- Posted using BlogPress from my iPad
Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign