Pages

|The Comrades|

Showing posts with label Stacy. Show all posts
Showing posts with label Stacy. Show all posts

19 May 2012

Hafiz juara mania

Sebaik jer pak nil umumkan juara mania, wall facebook aku penuh berkenaan dengan kejuaraan hafiz termasuk la aku sendiri bila dapat tahu jac dapat no. 3. Terus automatik update status hafiz juara. Hahaha padan la sangat kan.

Memang mabeles la hafiz ni. Well anak sarawak men. Bangga dowh. Aku salute la ngan hafiz ni sampai aku terngaga bila tengok dia perform, penuh menghayati kan sampai urat2 kat leher menegang. Hahh. Tak sangka pulak jac sampai jatuh no 3 kan. Besa la bila dah kuasa SMS, apa2 boleh berubah.



Takpe, yang penting hafiz dah juara. Oyehhh sambil lompat bintang. Kayo la hafiz kan. Ahmad dani pun terima habuan. Huhuhu.. Tahniah hafiz. We proud of u!!

Juara dimenangi oleh hafiz, tempat kedua , stacy dan ketig jaclyn victor. Tahniah semua. Jangan lup kongsi hadiah dengan peminat yang dah banyak mengundi uolls k.

- Posted using BlogPress from my iPad
Terima Kasih

29 November 2010

Kasihan CIkgu Shida| Ngexz



Kenal Cikgu Shida a.k.a Teacher Shida tak? Kalo tak kenal memang tak up to date la uolls ni. Kalau yang tak kenal tue meh sini aku introducekan dulu.Cikgu Shida ni pernah mengemparkan dunia blogging mahupun facebook-ing 2 3 bulan yang lepas dengan video miming beliau yang memang tip-top.

First tengok video miming dia dulu nak kata lawak pun ada, nak kata dia sakit mental pun ada. Yer la kan mana pernah orang publish video miming sendiri kat public kan. Kat Youtube memang banyak giler orang views video beliau. Sampaikan aku pun terjebak dengan mendownload semua video beliau dengan harapan nak tengok time bosan kan. Yer la video miming yang dia buat semua lawak belaka terutama lagu Stacy ngan lagu Wali Band.HAHA

Sehinggakan ramai yang mengutuk cikgu shida kerana tindakannya yang tidak sesuai dengan profesion perguruannya sehinggakan dorang suruh cikgu shida menghentikan tindakan seakan-akan bodoh dan mempermalukan seluruh profesion perguruan. Cikgu Shida tak kan dengar semua tue sebab dia gitaw dia nak menggembirakan orang lain. tue jer la cara dia nak gembirakan orang. Pergh aku ni sampai jadi fan dia tau.HAHA



Lepas tahu hal sebenar kenapa cikgu shida buat semua tue, baru aku tahu apa yang berlaku kat beliau adalah disebabkan perasaan kecewa kerana pernah putus tunang suatu ketika dulu. Untuk menggembirakan hatinya, dia buatla video miming gitu kan. Patutla lagu-lagu yang dia bawakan mula-mula semuanya lagu-lagu macam orang putus cinta jerk.

Malah menurut sumber jugak, cikgu shida dikatakan menghadapi gangguan mental selepas putus tunang. Tak tahu la jugakkan betul ke tak khabar angin ni. Kecian dia kan. Kalau nak tahu sumber lain lagi cuba pergi ke page Kak Dahlia ni. Aku bukan nak kritik ke apa dengan apa yang berlaku kat cikgu shida tue, cuma turut bersimpati dan kadang-kadang nak suruh dia berhenti jer buat video miming tue sebab macam tak sesuai la dengan profesion perguruannya. Ada orang kata gak dia merupakan cikgu English paling dihormati kat sekolah dia. Tak tahu la betul ke tak kan.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign