Erkss..first of all aku nak a thousand sorry la kat uolls even tak de sape yang sudi baca teratak aku ni kan. Aku nak mintak mahap coz aku lambat citer pasal
PESTA KAUL yang pernah aku janji nak share kat uolls dalam
previous entry kan. Ingat lagi tak ni? Kalau tak ingat aku katok pala tue nanti hah.
Ok aku tanya dulu sapa nak baca entry pasal Kaul ni nanti? Ntah ada ke tak yang baca kan. Erks, tak heran la ada ke tak yang baca nanti aku tetap nak jugak post pasal kaul. yezaa..
Pesta Kaul merupakan salah satu pesta keramaian yang disambut oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Dahulu, Pesta Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau ‘Pagan’ untuk memohon restu daripada makhluk halus, iaitu ipok kala agar penunggu tidak mengganggu ketika mereka keluar mencari rezeki. Kala dalam dialek Melanau Mukah membawa maksud muara sungai dan ipok kala merupakan kuasa ghaib yang menguasai sesuatu tempat. Oleh kerana kaum Melanau amat sinonim dengan aktiviti nelayan pada masa tersebut, pesta ini diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Pesta Kaul akan dijalankan di sebelah kanan muara sungai. Tempat ini dianggap penting kerana muara sungai merupakan pertemuan di antara darat, laut dan sungai. Upacara kaul ini akan diketuai oleh seorang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat yang digelar sebagai Bapak Kaul. Pemilihan Bapak Kaul tidak boleh dipilih sesuka hati kerana Bapak Kaul mestilah seorang lelaki dan seorang yang telah diiktiraf oleh masyarakat dan seorang yang arif tentang adat. Bapak Kaul merupakan perantara atau orang tengah yang akan menghubungkan penduduk di dunia nyata dengan ipok di alam maya. Persediaan awal akan dibuat sebelum melaksanakan upacara ini seperti penyediaan barang makanan untuk dipersembahkan dan talam- talam diguna untuk meletakkan jamuan tersebut. Talam tersebut mestilah diperbuat daripada daun nipah. Antara lauk yang perlu disediakan seperti papit (nasi pulut yang dimasak di dalam daun), belen (sirih pinang), dan rokok daun apung. Bapak Kaul diberi tanggungjawab untuk memujuk, merayu makhluk halus dan ipok serta menghalau segala kejahatan dan kesusahan yang mungkin menimpa penduduk kelak. Pesta Kaul tidak mungkin akan sempurna sekiranya tiada serahang. Serahang merupakan ‘kepala hantaran’ kepada ipok yang mempunyai motif tertentu. Motif yang diletakkan di serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya yang berkaitan dengan ipok. Motif tersebut harus melambangkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan mempunyai tujuh lapisan di atas dan tujuh lapisan di bawah. Mengikut mitos daripada Sepok di Dalat, serahang berasal daripada perkataan ‘serahan’, iaitu barang persembahan untuk ipok dan bunyinya begitu dekat dengan ‘rirang’ yang membawa maksud ‘Rirang Rabu Bunga’.
** Tak complete kalau tak de tari menari di pesta gini kan. So harus ada tarian kebudayaan yang datang dari berbilang kaum kat sarawak. Best dowh!!
Selain daripada itu juga, permainan tibow merupakan permainan yang amat popular semasa berlangsungnya pesta ini. Pada asalnya permainan tibow bertujuan untuk menyambut ketibaan musim bunga. Melalui permainan ini mereka memohon agar rezeki dimurahkan, ikan di sungai diperbanyakkan dan tanaman dapat berbuah dengan lebat. Selain itu juga, permainan ini merupakan salah satu permainan mencari jodoh untuk anak- anak muda kerana permainan ini memerlukan keberanian yang tinggi untuk bermain. Mengikut tradisi kaum Melanau Mukah, bermain tibow tidak semudah seperti yang kita lihat. Hal ini kerana banyak pantang larang dan tradisi yang perlu dipatuhi oleh pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya juga haruslah dengan istiadat dan pantang larangnya tersendiri. Peralatan yang digunakan untuk membina tibow seperti dua tiang kayu diperlukan untuk pembinaan tiang tibow tersebut, beberapa kayu sederhana sebagai tangga, rotan segar dan daun muda digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan suasana. Semasa mendirikan kedua- dua tiang tersebut, pantun akan dinyanyikan beramai- ramai (Kat kerakat, kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’). Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipok tibow yang menguasai permainan tibow tersebut dan memohon pertolongan untuk memudahkan kerja- kerja mendirikan tiang tersebut. ** Ni la permainan tibow yang aku citakan kat aku atas tue.Best jer nampak kan. Tapi aku tak pernah naik lagi. Takotttttt |
oh yer, serba sedikit pasal pesta kaul ni bukan copy paste tau,tapi ni esei yang membawa tuah kat aku coz esei ni yang membawa kemenangan kat aku sempena pertandingan menulis esei hari tue. So, better aku letak kat sini and share kat uolls semua kan. Ni sikit jer lagi. Ada panjang lagi kat aku ni cuma aku summarize jer kat uolls. Tak la uolls blur baca panjang² kan.
Ok la aku rasa dah cukup info aku bagi kan. Ker uolls ni nak aku tempek banyak lagi gambar². HAHAHA.NONONO.Kang uolls termuntah nampak gambar banyak sangat. BTW credit to pawanako ke atas semua gambar di atas. Santek yooooo.
Next entry kalo aku rajin, aku bebel lagi k.
Notatangan:First time aku guna baju tradisional kaum aku sendiri dowh kalau korang nak tahu. HAHA. Sejarah tue babe. Jarang uolls nak nengok aku guna gitu.
Terima Kasih