Pages

|The Comrades|

Showing posts with label Pesta Kaul. Show all posts
Showing posts with label Pesta Kaul. Show all posts

01 August 2011

Day 14- A picture of you and your bestfriends

Picta ni masih fresh lagi taw. Fresh dari ladang sebab baru dicapture minggu lepas lagi time bertugas protokol  sempena Sarawak Cub Prix 2011 . Ala yang bawak moto wenggggg jer bunyi tuh. Bukan yang bawak keta ferari macam Michael Schumacher(betul ke idok ejaan ni) bawak kat Litar Sepang tue. AHAHHAA

P7311146

this is tibow uolls,fames time PESTA KAUL.

P7311140

ALALA, nak gak merasa duduk tempat champion ni kan. AHAHA

Sapa nak tengok previous entry berkenaan 30 days challenge ni, boleh klik sini


Terima Kasih

25 July 2011

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Ok aku amik something jer ok. Sebenarnya aku pilih this one disebabkan impact dari bengkel yang aku hadiri baru² ini. Totally make the biggest impact kat aku bhai. Bengkel Kaul yang aku hadiri 2 hari tue memang membuka seluas-luasnya pemandangan aku betapa uniknya my ethnic. I’m so proud. Sapa yang memang follow blog aku dari awal memang dah tahu who am I kan.

Ok, takpe yang baru nak kenali aku. Biar aku introduce sikit pasal aku. Aku Sarawakian and berbangsa Melanau.Orang Mukah and Melanau is the one of ethnic yang terdapat di Sarawak. Pendek kata small ethnic. Sebut jer pasal Mukah, mesti orang tanya, Melanau ke? And our Chief Minister juga orang Melanau. Very proud of it.

kaul mukah

Satu yang aku tahu pasal Melanau adalah ciri² kepimpinan yang tinggi dalam diri mereka. Ni aku baca dari sejarah pahlawan² Melanau dahulu kala macam Tugau salah seorang daripada nya.

Ok, aku tak nak cita pasal tue sebenar, yang aku nak cita betapa uniknya orang Melanau. Hah uolls jangan jeles. Time bengkel tue orang tua² yang dah banyak pengalaman pun join sekali to share their knowledge. Dari situ aku tahu asal- usul, sejarah, keunikkan and banyak lagi.

tibow

Satu lagi yang mempopularkan etnik Melanau adalah KAUL. Hah, sapa tak tahu What is Kaul all about, later on aku cita gak k.

Huh, kalau aku nak taip kat sini, memang sampai esok tak habih kot. Tunggu aku ada kelapangan nak cita kat uolls k.

Teringin nak tengok previous entry pasal 30 days challenge ni klik je sini


Terima Kasih

31 May 2011

Wishlist pertama sudah tercapai



Still in cuti mode dowh~ Lama dah tak merasa cuti gini even cuti seminggu jer. For the same time dapat gak spent time with beloved one kan. Auwwwcak!!

Genap 2 minggu dah bermanja² dengan pacar baru aku ni. Semua aku explore dari selekoh², celah², roundbout pun aku semua dah explore. HAHA. Amacam ada bunyi propa tak. HAHA. Ok la malas nak suruh uolls bersimbol tanda tanya besau kat atas kepala tue. Sebenarnya aku dah mencapai hajat pertama aku ingin berhenponkan henpon baru. Auww.. Lama giler mengidam nak guna Sony Ericsson Experia X10 ni tau. Haha

Hah ni la wishlist yang aku dah capai sekarang. Now nak move ke second wishlist. Tapi yang second wishlist ni macam lambat lagi nak tercapai. Nak tahu apa wishlist kedua aku? IPAD babe.. HAHA wow tinggi giler kemahuan aku kan. Tak padan ngan gaji yang aku dapat sekarang je nak beli yang tue. HAHA. Apa² pun kalau dah ada hajat mesti la usaha lebih lagi kan.

Xperia ni aku beli hasil titik peluh aku sendiri tau. Hasil aku menang dapat JOHAN pertandingan menulis esei sempena pesta kaul hari tue. Ada la dapat 1k . Belanja member² sana -sini. Sangat teruja dapat duit macam jatuh dari langit. HAHA. Then aku tampung duit yang sikit tue lagi dengan income blog yang aku cashout hari tue. Finally dapat gak aku beli bendalah ni. Sangat teruja babe kalau beli dengan titik peluh kita sendiri kan. Angguk la uolls sana sapa setuju ngan aku. HAHA.

Nak tanya pendapat uolss, IPAD yang camner paling best nak choose ni? HAHAHA. Planning jer. Angan² awal tak kisah kan. HAHA. Ok la tak nak cakap lebih kang ada yang termuntah baca wishlist aku ni. LArikssssssssssssssssss!!


notatangan: Gigih giler aku download games masuk Xperia aku ni. Ko ada?? HAHA

Terima Kasih

06 May 2011

Berkaul




Perhatian! Ini masih entry yang bersangkut paut dengan previous entry. Kalau tak berminat sila pangkah terus kat atas. HAHA. Macam harem jer statment gitu kan. Adaakukesah korang nak baca ke tidak. Uolls tak nak baca aku tetap juga nak membebel berkenaan dengan previous entry sebab aku masih histeria dengan event ito dowh.HAHA

Even kehitaman kulit gara² “berKAUL” belum lagi dapat putih kembali(macam la putih sangat kan), tapi memang enjoy the moment walaupun sangat fenat. Dalam fenat gitu memang akan wujud rasa keseronokan coz berkat pertolongan sesama staf kan dan pada masa yang sama aku dapat mempelajari benda baru. Hah tak ke rugi kalo uolls tak dapat pelajari benda baru. Bak kata orang cerdik pandai “belajar dari sesuatu yang baru dapat mematangkan diri kita walaupun kita dimarah kerana cara sebegitu merupakan salah satu proses pembelajaran”. Wah mengalahkan kaunselor jer aku kan.**erk idea tiba² macam dah berterbangan”

Aku tak nak bebel panjang². Kang mesti ada yang rasa nak muntah hijau kan. So better uolls tatap jer picta² yang aku letak ni okieeee

Yang ni picta semasa sesi mengemas and membina gerai kami. Even banyak giler dugaan macam hujan then terkena plak tempat kami banjir coz tempat tue rendah, so memang mencabar sikit kesabaran kan. Nasib boleh manage semua tue. HAHA.

1. Tengah menganyam untuk perhiasan dalam galeri kami. Yang lawaknya before ini memang aku tak reti menganyam. Disebabkan ini la jari jemari aku ni pandai menganyam walaupun tak santek. HAHA

2.Cantik tak burung² yang bergantungan tue? Hah tue belas ehsan dari gerai komuniti dari kampung orang tau. Nasib ada burung tue. Cantik la sikit rupanya. HAHA

3. Hah tue la view galeri kami pada waktu malam. Awesome kan.

4.Yang ni memang dah complete semua and dah siap kemas² semua.

notatangan: panjang tak? Ke nak tambah tahap kepanjangan.HAHA


Terima Kasih

05 May 2011

Hutang entry lepas

Erkss..first of all aku nak a thousand sorry la kat uolls even tak de sape yang sudi baca teratak aku ni kan. Aku nak mintak mahap coz aku lambat citer pasal PESTA KAUL yang pernah aku janji nak share kat uolls dalam previous entry kan. Ingat lagi tak ni? Kalau tak ingat aku katok pala tue nanti hah.

Ok aku tanya dulu sapa nak baca entry pasal Kaul ni nanti? Ntah ada ke tak yang baca kan. Erks, tak heran la ada ke tak yang baca nanti aku tetap nak jugak post pasal kaul. yezaa..

Pesta Kaul merupakan salah satu pesta keramaian yang disambut oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Dahulu, Pesta Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau ‘Pagan’ untuk memohon restu daripada makhluk halus, iaitu ipok kala agar penunggu tidak mengganggu ketika mereka keluar mencari rezeki. Kala dalam dialek Melanau Mukah membawa maksud muara sungai dan ipok kala merupakan kuasa ghaib yang menguasai sesuatu tempat. Oleh kerana kaum Melanau amat sinonim dengan aktiviti nelayan pada masa tersebut, pesta ini diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Pesta Kaul akan dijalankan di sebelah kanan muara sungai. Tempat ini dianggap penting kerana muara sungai merupakan pertemuan di antara darat, laut dan sungai.

Upacara kaul ini akan diketuai oleh seorang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat yang digelar sebagai Bapak Kaul. Pemilihan Bapak Kaul tidak boleh dipilih sesuka hati kerana Bapak Kaul mestilah seorang lelaki dan seorang yang telah diiktiraf oleh masyarakat dan seorang yang arif tentang adat. Bapak Kaul merupakan perantara atau orang tengah yang akan menghubungkan penduduk di dunia nyata dengan ipok di alam maya. Persediaan awal akan dibuat sebelum melaksanakan upacara ini seperti penyediaan barang makanan untuk dipersembahkan dan talam- talam diguna untuk meletakkan jamuan tersebut. Talam tersebut mestilah diperbuat daripada daun nipah. Antara lauk yang perlu disediakan seperti papit (nasi pulut yang dimasak di dalam daun), belen (sirih pinang), dan rokok daun apung. Bapak Kaul diberi tanggungjawab untuk memujuk, merayu makhluk halus dan ipok serta menghalau segala kejahatan dan kesusahan yang mungkin menimpa penduduk kelak.

Pesta Kaul tidak mungkin akan sempurna sekiranya tiada serahang. Serahang merupakan ‘kepala hantaran’ kepada ipok yang mempunyai motif tertentu. Motif yang diletakkan di serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya yang berkaitan dengan ipok. Motif tersebut harus melambangkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan mempunyai tujuh lapisan di atas dan tujuh lapisan di bawah. Mengikut mitos daripada Sepok di Dalat, serahang berasal daripada perkataan ‘serahan’, iaitu barang persembahan untuk ipok dan bunyinya begitu dekat dengan ‘rirang’ yang membawa maksud ‘Rirang Rabu Bunga’.


** Tak complete kalau tak de tari menari di pesta gini kan. So harus ada tarian kebudayaan yang datang dari berbilang kaum kat sarawak. Best dowh!!

Selain daripada itu juga, permainan tibow merupakan permainan yang amat popular semasa berlangsungnya pesta ini. Pada asalnya permainan tibow bertujuan untuk menyambut ketibaan musim bunga. Melalui permainan ini mereka memohon agar rezeki dimurahkan, ikan di sungai diperbanyakkan dan tanaman dapat berbuah dengan lebat. Selain itu juga, permainan ini merupakan salah satu permainan mencari jodoh untuk anak- anak muda kerana permainan ini memerlukan keberanian yang tinggi untuk bermain. Mengikut tradisi kaum Melanau Mukah, bermain tibow tidak semudah seperti yang kita lihat. Hal ini kerana banyak pantang larang dan tradisi yang perlu dipatuhi oleh pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya juga haruslah dengan istiadat dan pantang larangnya tersendiri. Peralatan yang digunakan untuk membina tibow seperti dua tiang kayu diperlukan untuk pembinaan tiang tibow tersebut, beberapa kayu sederhana sebagai tangga, rotan segar dan daun muda digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan suasana. Semasa mendirikan kedua- dua tiang tersebut, pantun akan dinyanyikan beramai- ramai (Kat kerakat, kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’). Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipok tibow yang menguasai permainan tibow tersebut dan memohon pertolongan untuk memudahkan kerja- kerja mendirikan tiang tersebut.

** Ni la permainan tibow yang aku citakan kat aku atas tue.Best jer nampak kan. Tapi aku tak pernah naik lagi. Takotttttt

oh yer, serba sedikit pasal pesta kaul ni bukan copy paste tau,tapi ni esei yang membawa tuah kat aku coz esei ni yang membawa kemenangan kat aku sempena pertandingan menulis esei hari tue. So, better aku letak kat sini and share kat uolls semua kan. Ni sikit jer lagi. Ada panjang lagi kat aku ni cuma aku summarize jer kat uolls. Tak la uolls blur baca panjang² kan.

Ok la aku rasa dah cukup info aku bagi kan. Ker uolls ni nak aku tempek banyak lagi gambar². HAHAHA.NONONO.Kang uolls termuntah nampak gambar banyak sangat. BTW credit to pawanako ke atas semua gambar di atas. Santek yooooo.

Next entry kalo aku rajin, aku bebel lagi k.

Notatangan:First time aku guna baju tradisional kaum aku sendiri dowh kalau korang nak tahu. HAHA. Sejarah tue babe. Jarang uolls nak nengok aku guna gitu.


Terima Kasih

20 April 2011

Memang tak bertitle

Adeh kemalasan giler nak turun keja tiap kali Isnin menjelang kan. Uolls camner? Ada sindrom macam aku jugak ke? Nasib baik la Jumaat ni cuti Good Friday. Yay!! Aku tertunggu² Perdana Menteri announce yang Isnin ni dia akan bagi untuk Sarawak sempena Barisan Nasional menang 2/3 kan. Tapi non ado.. Adeh.. Keciwa sikit di situ.

Ngantok pun ada ni. Memang kemalasan tahap kronik dah sebab mulot tak henti². Dah la aku nak melalak kejop.. Melalak la sangat kan. HAHA.. Oh ye lupa plak. Pesta Kaul tak lama lagi.. Uolls tahu tak apa ada kat Pesta Kaul ni? Next entry i story mori okeyyyy..

Larikkkkkkssssss

TIBAU019


Terima Kasih

25 December 2010

Aku Blogger Sarawak

Kali ni nak join sahabat blogger dah. Time usha blog eqa tadi aku tertarik nak join sahabat blogger yang dianjurkan oleh blog pilihan malaysia. Korang amacam? Ada minat, tertarik ke nak join? Sahabat Blogger ni bertujuan nak mengumpulkan semua blogger- blogger setiap negeri dan pada masa yang sama dapat berkenalan dengan blogger sesama negeri. Mana tahu sebelum ni korang memang dah lama kenal blogger lain tapi tak tahu pun yang sebenarnya korang satu negeri. Ahaks!!

Bagaimana nak join? Meh aku tunjukkan link untuk korang yang berminat. Meh klik kat bawah

**Link ke blog penganjur**
http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2010/12/kategori-sahabat-blogger-mengikut.html

**Nama**
Korang nak nama betul ke nama glamer dulu? Ok aku bagi nama glamer dulu la k. Nama glamer panggil jer Datin Sri. HAHAHA. gurau jer la nyampah jer nak dipanggil gitu kan. Panggil aku Ley jer k. Nak panggil ngexz pun leh gak bagi yang dah terlebih biasa panggil aku gitu. Nama betul aku Ledia. Hah ni nama dalam IC okiee.

**Status**
Aku ni belum berkahwin. Single but not available lagi okie!! Oledy taken oleh Kiroro sudaaa

**Cara Hubungi**
Cara nak hubungi aku very the senang okie. Aku ada facebook(saia ledia), twitter (edz_princess@yahoo.co.uk) & ym(personwifnoname@yahoo.co,) je. Skype dah lupa id. Kalo nak hubungi aku melalui emel pun ok gak (edz_princess@yahoo.co.uk)

**Daerah Jajahan**
Auww daerah jajahan. Macam penjajah je korang ni kan kata daerah jajahan. HAHAHA. trauma aku. Ok Aku stay kat daerah Mukah. Very da kecil daerah tapi ke arah pembangunan gitu okie.

** Tempat Tinggal**
Aku stay kat kampung Sesok okie. Kalo dari bandar Mukah ambil masa 15min macam gitu jer nak ke rumah aku. Nak g umah aku mesti la informkan aku dulu. Yer la mana taw takut aku non ada kat umah

** Apa yang menarik di tempat aku**
Yang menarik di tempat aku? Hurm.. Actually takde yang menarik sangat la cuma kalo sebut jer Mukah mesti orang akan ingat Pesta Kaul. Apa itu Pesta Kaul?? Time Pesta ni la bandar Mukah memang dibanjiri pelancong-pelancong tak kira dari dalam@luar negara. Best gilerr... Hah, kalo nak tahu apa itu pesta kaul, kontek jer aku melalui alamat yang aku bagi kat atas k (fb, twitter, ym@emel). Kat kampung aku juga fames dengan ulat mulong. Diorang kata ulat mulong sedap. Lemak berkrim, Tapi aku tak pandai makan okie. Korang nak try? Datang la sini. Yang paling menarik tertarik lagi kat umah aku ada banyak arnab tau. Rugi tak datang sini. HAHAHAHA


Ehs dah abis yer aku nak celotehkan kat sini. Amacam? Kenal aku tak? Atau mula nak mengenal aku. Eh aku lupa nak kasi tunjuk kat korang arnab cute aku. Kang korang cakap aku tipu umah aku takdo arnab.hahaha

notatangan: ntah bila la arnab aku nak pegnen ni
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign