Pages

|The Comrades|

Showing posts with label akademi fantasia 8. Show all posts
Showing posts with label akademi fantasia 8. Show all posts

27 May 2010

Apakah Nilai AF di mata peminat industri hiburan masa kini?


Wow! Ngexz suka nak mengimbas kembali dari AF1 sehinggah AF8 yang baru mendapat juara baru. Uolls rasa apakah nilai AF di mata uolls sekarang? Pejam celik dah 8 musim AF diadakan. Macam tak terasa je kan. Jika kita lihat AF yang terdahulu memang memberi kesan di mata masyarakat, tetapi pada musim ke -8 nampaknya efek AF musim ini semakin pudar.

Mereka tidak lagi menonton AF sebagai satu aktiviti wajib di hujung minggu, duduk di kedai kopi mengadap skrin TV untuk menyaksikan konsert AF. Mereka seolah- olah tidak kisah apa kejutan yang dilakukan oleh pihak AF. Berbeza dengan AF terdahulu, setiap kejutan yang dilakukan memang meninggalkan kesan di hati penonton. Malah menjadi trademark kepada penonton. Contohnya suatu ketika dahulu anak- anak muda mengikut trademark yang dilakukan oleh ADAM yang popular dengan " bandangannya". Malah kanak- kanak sanggup bersengkang mata menonton sekali konsert AF yang berlangsung setiap Sabtu pukul 9 malam. Tetapi tidak pada masa kini. Apa sudah berlaku?

Suka ngexz nak imbas kembali semasa era AF7 dahulu yang mana ngexz melihat sendiri di tempat ngexz kegilaan penonton menanti konsert berlangsung sampaikan sanggup lepak di kedai kopi dan ini sekali gus mengkumpulkan semua ahli keluarga dengan menonton bersama- sama meskipun duduk di kedai kopi. Naaa... di sini kita dapat lihat mereka secara tidak langsung mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan adanya program AF. Sekarang? Ngexz bukannya nak pertikaikan bahawa AF sekarang tidak semacam dahulu, tetapi agak pudar berbanding dahulu. Mana kurangnya?

Mari kita baca petikan yang ngexz baca di akhbar Kosmo hari ini berkenaan dengan Konsert AF yang lalu.

"Mengakui persembahan terakhir kelima-lima finalis Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), Ahmad Shahirb Zawawi (Shahir) dan Siti Adira Suhaimi (Adira) lebih menghiburkan.

Akan tetapi mood serta keterujaan di stadium tidak begitu dirasai. Entah di mana silapnya, program yang mengangkat Shahir sebagai juara dengan menguasai jumlah undian 43.19 peratus itu pada mata pandangan ramai - gagal.

Mencatatkan jumlah undian 3.75 juta untuk keseluruhan musim, angka itu mencatatkan kemerosotan berbanding tahun lalu yang berjaya meraih 3.9 juta undian. Dari segi rating secara purata bagi keseluruhan musim, AF8 juga mencatatkan penurunan yang ketara berbanding tahun lalu".

Apa yang uolls dapat rasa daripada petikan tersebut? Penonton seakan- akan bosan menonton persembahan yang tidak ada transformasi daripada para peserta. Akan tetapi, ura- ura menyatakan bahawa AF musim akan datang tetap akan diteruskan kerana AF sudah mendapat tempat di hati penonton, cuma kualiti peserta seakan- akan tidak menepati citarasa penonton. Suka ngexz nak imbas lagi, ngexz paling suka AF yang ada Bob, Aizat,Stacy & Hafiz sebab kesemua pelajar pada masa tersebut terbaikkkk.

Kita lihat sendiri sahaja populariti Mawi & Faizal. Ke mana pergi kedua- dua sang juara ini? Adakah mereka juga sudah hanyut ditelan kepopularan? Mawi yang suatu ketika dahulu merupakan ikon yang menjadi buah mulut dan kini berdesup jatuh selepas mendirikan rumah tangga & Faizal hilang entah ke mana.

Bebalik kepada AF8, kita sendiri lihat kenapa kebanyakkan lagu yang diberikan kepada pelajar merupakan lagu- lagu daripada KRU sendiri dan kebanyakkannya lagu- lagu lama. Dan ini jawapan daripada pengetua AF, Norman.

Jawab Norman: "Pilihan lagu sebenarnya bukan terletak atas tangan saya. Kami ada satu pasukan khas yang mendengar lebih 30 buah lagu baru. Mereka memainkan lagu tanpa mengetahui siapa penulis dan penggubahnya.

"Kemudian lagu-lagu dipilih mengikut kesesuaian pembawakan serta genre masing-masing. Bila saya menjadi pengetua, ia tidak bermaksud saya mahu membelot semua.

"Dari awal lagi saya menyatakan saya memang mahukan bantuan daripada Edry dan Yusry. Mereka membantu saya dari segi penilaian dan kualiti. Bukan senang untuk menghasilkan lagu dan klip video dalam masa singkat."

Tidak kira apa pandangan umum mengenai edisi kelapan AF, barometer Astro menyatakan program itu sukses. Maka, perjuanganAF setakat ini dilihat tidak akan terhenti sebegitu sahaja.

Landasan hiburan yang pernah mencipta fenomena itu disimpulkan berakhir dengan melahirkan seorang lagi bintang baru dalam industri. Cuma adakah Shahir akan mengikuti jejak langkah juara lain yang berjaya atau sebaliknya. Kita tunggu dan lihat."

Ok ngexz tak nak tulis panjang- panjang lagi. Cuma ngexz suka nak mengimbas semula era kegemilangan AF yang dahulu. Biar melatop macam dahulu, baru penonton ada semangat nak tengok.

Apa- apa pun entry ngexz kali ini ngexz dapat sumber daripada Kosmo.


Terima Kasih

23 May 2010

Kemenangan Shahir sudah dijangka


Agak kelewatan ngexz publishkan entry terkini berkenaan dengan keputusan akademi fantasia 8 kan. Mesti sudah lapuk uolls pikir. Yer la ngexz nengok pergi saja ke mana- mana blog rakan lain, latest entry mesti berkenaan dengan kemenangan Shahir malam tadi.

Ngexz tak tengok sangat konsert akhir akademi fantasia malam tadi coz ngexz tengok macam hambar je berbanding dengan AF sebelum ni kan. Maybe lagu- lagu yang dibawa pelajar kebanyakkan lagu lama- lama kot. Lain la macam era Stacy, Hafiz dulu kan, lagu yang diberikan memang lagu yang tengah meletup.

Ok berbalik kepada kemenangan Shahir. Jika kita imbas kembali, Shahir merupakan pelajar yang bertuah mendapat AFMASUK daripada para pengundi kan. So, sama juga keadaannya dengan era kegemilangan Mawi dulu. Mawi juga merupakan pelajar AF yang mendapat AFMASUK. Maka tidak hairan la kita semalam Shahir telah mengembalikan kembali era Mawi dahulu. Maksud ngexz, kedua- dua juara ini merupakan antara pelajar yang mendapat AFMASUK.

Ngexz bukan nak menyatakan ketidakpuashatian kemenangan Shahir, tapi macam berat sebelah kepada 4 pelajar lain yang bertungkus lumus mempelajari benda baru sepanjang Shahir keluar AF kan. Then tiba-tiba dalam masa 1 minggu jer, Shahir bergelar juara. Mengikut ramalan ngexz, Adira mahupun Maulana dijangka juara kerana kedua- dua pelajar ini mempunyai keunikkan vokal tersendiri. Tapi apa-apa pun rezeki lebih memihak kepada Shahir.

Suka ngexz hendak membandingkan Shahir dengan Mawi kerana kedua- dua orang ini seakan- akan mempunyai persamaan. Bukan banyak la, cikit ada la. Contohnya, suara Shahir ada iras2 melodi Arab ckit, sama macam Mawi gak kan. Yang lain ngexz malas nak ulas. Uolls la judge sendiri.

Apa- apapun, ngexz ucapkan tahniah kepada Shahir. Moga dapat mencipta nama di persada seni seiring dengan artis lain. Jangan macam Mawi, sekejap jer meletup, then sekarang terus tenggelam.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign