Pages

|The Comrades|

Showing posts with label redmummy. Show all posts
Showing posts with label redmummy. Show all posts

06 August 2011

Kenapa nak heboh-hebohkan ko bercinta? Ko sorang ke gitu?

**Ko retis tak? Bila ko artis sila jangan baca entry ni. Tak sesuwei**

Kadang rasa macam hell jer kan bila ada orang kata apesal nak jaja kisah percintaan, perkahwinan ko dalam blog? Ingat ko pames ke nak jaja suruh orang baca. Eh² aku nak tanya dulu, ada orang suruh ko baca tak pasal blog orang? Takkan. Itu atas kerelaan ko sendiri kan yang jadi silent reader konon.

Honestly aku tak setuju 100% bila ada orang kata macam ko sorang je yang bercinta dalam dunia ni sampai nak jaja semua kisah percintaan ko yang super duper switttt. Bagi aku, aku punya blog, aku punya suka la nak tulis apa kan. Uolls setuju tak? Ada ke idok orang baca, I tak kisah. Yang penting aku luahkan semua kat sini kan. Yer dak?

Paling tak boleh blah bila ada yang bagi buku lali kat kita bila ada pergolakan mahupun pergaduhan dalam hubungan. Ok contoh macam gini. “ Hah rasakan, kan dah bercerai, putus tunang. Sapa suruh jaja boyfwen/girlfwen ko dalam blog. Hah jaja lagi betapa romantiknya percintaan uolls”".

Hellooooo plissshhh la. AKu bukan artis la. Kalau aku artis tadi maybe ada tergugat sikit kot bila ceritakan perhubungan kat public. Yer tak? Yer la kita ni kan orang besa je. Tak pames mana pun. Takde sapanya yang nak rampas² kekasih ko tue macam retis. Lainla memang kekasih ko memang gatal.

x1pjzF2-RYhxRWe9URt3AnnlqV9-FOKGHo2juIqNN1QN9RuUrngSA-ufsZsg0lpLKGhEq-yH00UiFyckgJwcxK6sqLYWblipJ

**gambar sekadar hiasan** Yang penting bukan daku

Kalo pames macam Khairul Fahmi, Jimmy, Ally Iskandar boleh gak nak jaja² kat public kan. Ni tak… Kita hanya insan biasa la bhai. Salute ngan Ally takde pun nak gembar gemburkan pasal putus tunang.Ke ko yang menyebabkan Ally tue putus? Ko tahu tak? Hah.. Takde pun dia hebohkan pasal kisah dia bercinta dulu kan kat public. So kat sini, takda istilah ko dedahkan kisah perhubungan percintaan ko kat public, so ada orang terus nak sabotaj ala² rampas kekasih ko.

Si sepet ngan buah hatinya dok jaja kisah romantika dorang berkapel takde pun putus ke benda. Persoalannya kat sini, ko jenis yang cepat cair ke? Jadi, takde masalah ke ape kalo ko nak jaja ke ape kisah peribadi ko kat sini selagi ko rasa kisah tue ko nak kongsi kat public. Ko tengok Redmummy dok jaja kisah dia and keluarganya lagi la dahsyat sampaikan dia reveal keburukan maid dia si fifin. Hah! Ada ko fedulik? Blogger pames tue bhai..  Bila ko rasa kisah tue terlalu privasi nang dishare, baru la ko buat PRIVATE AND CONFIDENTIAL.

Ala tue pun nak diajar gak ke.Hah kan aku dah popek panjang dah.

-Daaaaa-


Terima Kasih

14 July 2011

Header blog macam redmummy

**Klik kat gambar kalo nak tengok lebih clear lagikkk**

Sebelum ape², aku nak tanye uolls ni.Sapa punya kerja dok search keyword gini hah? Hah baek angkat kaki sekarang? Ker aku suruh uolls korek lobang idong uolls dalam². Nak tak nak tak?

Orait dari gambar aku letak kat atas mesti uolls tahu yang aku nak popek pasal ni kan. "HEADER BLOG MACAM REDMUMMY". Fuh kelasss ko nyah nak header cam dier. Ker ko nak pames macam redmummy gak ni? Cewah.. Ek eleh tak ngaku plak. Ngaku jer la. Orait ko siyes nak macam header blog dia ek? Better ko jumpa terus kat redmummy. Tambah² RM tengah pegnen sekaran ni. Mana taw dia mintak suggestion dari ko untuk nama baby baru dia nanti. Kot² la kan.



Terima Kasih

11 May 2011

Cek ke-2 Nuffnang



Ouh My Gucci! erk..ape kes ke tiba² je nak OMG kan. Ce cite ce cite...Woraiitttt.

Aku tak sabar nak dapat cek ke-2 dari nuffnang ni coz ari tue aku dah gatal tangan dok cashout earning. HAHAH. Walaupun kali ini agak ciput, at least ada gak cikit kan untuk berfoya². Berfoya la sangat kan. Mesti lama giler tunggu cek sampai ni kan coz aku punya status tak geli² dah. Aku nyer status Ordinary sebab mengatal nak menduakan nuffnang. Takpe.. Mana rezeki lebih, kat situ grab. Kata Grab the Opportunity kan. So grab la ni.HAHA

Sila zoom kalau kurang nampak yer. Hah, kan aku kata earning aku cikai jer..Cukup makan jer bak kata orang. Tak macam otai² kite kan yang dapat beriban tiap bulan. Erk ni yang jeles ni.Takpe, bulan ni nak usaha lebih sebab mood untuk berblog dah melimpah ruah ni.

notatangan:layan Hotfm babe sambil cannot wait untuk jumpa Mr Kiroro kan.Lama giler tak jumpa babe.boleh meroyan aku.
Terima Kasih

06 October 2010

Redmummy[dot] com very da melatop!!


Zasss uolls. Agaknya kali ni aku terperasan rajin ingin menulis entry. Yerla kan sudah lama benar tak exercise tangan ni. Tapi kali ni aku rajin bersebab tau. Sebabnya kerana ada contest paling HANGAT di teratak Kak Red. Hangat camner la kan sampai aku tergoda nak mengatal join. Kalau nak tengok kehangatannya, terjah jer terus teratak Kak Red.

Ok aku tak nak la buat intro panjang lebar, better straight to the point jer kan. Aku join contest ni memang takda undangan dari Kak Red pun. Yerla kan sapa la aku ni di mata Kak Red yang glamer tue kan. Op coz la dia tak kenal ngan aku. Dan aku juga bukan nak cita pasal Kak Red tue. Aku nak cita pasal Redmummy yang glamer siot ehs. Eh bukan Redmummy ngan Kak Red tue sama ke (kalo di translatekan). Kalo bagi kamu-kamu yang tak ikut blog Redmummy dari dulu memang korang rasa sama kan. Bagi aku non sama lor..

Ok apa yang aku tau pasal redmummy ni..

Jika nak diikutkan cita nenek kebayan ni, terperasan kewujudan redmummy[dot]com ni bila dok gatal- gatal blogwalking ke blog member. Jenjalan ke blog ni, kat tepi mesti ada nama blog redmummy[dot]com. Pegi blog yang satu lagi mesti redmummy[dot]com lagi. Aku aper lagi, hebat beno ke redmummy ni sampai rata-rata blog yang aku pegi mesti dorang kasi letak redmummy jadi paberet blog dorang. Terus je aku cekedot blog redmummy[dot]com ni. Mak ai!! Patutla dorang giler paberet kat blog dia. Semua kaler merah. Dari background, rumah, baju, kasut, handbag semua merah. Giler abeh la dia ni (hati aku berbicara tue). Memang fanatik giler la sampaikan aku ada terjumpa entry yang redmummy raih banyak $ dari nuffnang, dapat awards lagi, masuk newspaper, etc la. Dari situ la aku terus tertarik menarik Redmummy memang da boom dan terus menjadi silent reader sehingga ke hari ini.

Paling tak boleh blah bila nengok header redmummy[dot]com ni amat melatop*bukan bodek ok* . Yer la mana tak nyer, aku dok lama-lama lepak kat redmummy[dot]com sebab nak nengok gambar-gambar family kak red kat header tue. Kalo tak sampai habis nengok, memang tak sah. Tue yang mamai kadang-kadang.HAHAHA.

Ingat lagi dulu sanggup dok terjah blog dia time lagi berdomainkan blogspot. Kira nak nengok kisah dari mula la kunun kan. Dah terjah baru tau rupanya gini. Mula time masih dengan blogspot, aku nengok redmummy[dot]com punya entry masih bersepah macam entry aku mula berjinak ngan blog gak **kira sama la kita kan kak red**HAHA. Dah bertukar domain g [dot]com, baru aku nengok entry dia very da melatop. Tak caya tengok tue. Entry pun pendek-pendek belaka. Sekarang? Mak ai..dok tercungap aku baca.


Tapi walaupun silent reader, aku tatop takut nak menegur empunya redmummy[dot]com ni. Aku rasa RedMummy]dot]com ni memang dah berjaya menambat semua hati pembaca kot terutama aku.Yuhuu.. Yerla kan kalo tak berjaya, takkan sampai media nak kejo-kejo, intebiu redmummy bagai kan..Bukti tue babe sampaikan redmummy[dot]com dah secara rasminya didaftarkan dalam LHDN kan kan kan..

Alahai kalo la aku ada blog macam redmummy[dot]com ni, memang hangus la vontot aku dok kejo2 event sana sini. Yer la dah blog pames kan mesti banyak undangan. Tul tak Kak Red? Teringat time entry beriban-riban dulu time Abang kena H1N1. Gigih giler aku baca tiap hari. Dok berpinar mata sebab blink-blink nengok background kaler merah. Demi redmummy,[dot]com aku berjaya tempuhi nauuuuu.

Yang paling lain dari yang lain redmummy[dot]com ni semacam nak mesra pembaca la kan. Ala-ala nuffnang gitu babe. Macam mana? Cuba uolls nengok kat bahagian atas tue. Ada "ask Red" kan? Aha, yang ni la aku kata redmummy[dot]com bukan saja dok nulis pasal personal & family dia tapi dia mesra ngan pembaca-pembaca dia. Kalau ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan atau ada masalah ker nak luahkan, luahkan ajork di redmummy[dot]com. Maybe pembaca lain boleh selesaikan masalah uolls tue dengan jaminan personal detail uolls akan dirahsiakan kak red. Sudah terang lagi bersuluh kan, redmummy[dot]com ni lain dari blog-blog yang kita selalu jumpa. Kalau ada pun cuma detail empunya blog tue jer yang dikongsi.

Panjang dah entry aku ni. Takpo biar berpinau mata si pembaca bila sekali aku bold semua word ngan kaler merah. Kang terus ditendang sebab tak ikut syarat kontest. Ampun yer Kak Red. Ker aku tak ikut syarat ni. Ala, luluskan jer yer.

** Entry kali ni memang aku nak guna kaler merah semua, sebab aku sedang "mereview" blog paberet aku..Fewitttt!! Uolls jangan geli

p/s
Bersempena ngan hari bersejarah aku ni nanti, nak juga dapat hadiah dari Kak Red. Makanya aku bersemangat join contest ni. Ditambah lagi contest tutup 8hb. Time aku raptai untuk majlis konvokesyen aku tue. So apa lagi pilih la aku jadi pemenangnyer k. Ada gak jadi kenangan sempena konvokesyen aku 10 october ni nanti. Yer Kak Red.. Lagi bertambah best bila aku memang nanti, aku boleh vangga tunjuk kat encik kiroro yang aku ada hadiah termahal nau...HAHA(feeling menang contest jap)

Sayang U manyak-manyak Kak Red. Jangan jeles yer Sirman..Aku pompuan ni.HAHAHA.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign