Pages

|The Comrades|

26 May 2010

Mayat Bayi ditanam ditemui


Lagi- lagi kes pembuangan bayi. Apa nak jadi masyarakat kita pada hari ini. Memang tidak pernah wujud rasa belas kasihan dalam diri mereka sehingga sanggup membunuh darah dagin sendiri. Malam tadi ngexz tengok lagi berita berkenaan dengan penemuan seorang lagi bayi yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa.

Mayat bayi malang tersebut dijumpai seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) yang dibalut dengan kain lampin di dalam sebuah kubur kecil yang baru digali. Jahanam la orang yang melakukan perkara sebegini.Memang tak selamat dunia akhirat kan. Yer la bayi yang tak berdosa menjadi mangsa dan apatah lagi sanggup dibunuh dengan kejam.Buat seks pandai, tapi dah ada bayi, bayi pulak jadi mangsanya. Apa ke jadahnya. Jom tengok berita penuh berkenaan berita ini

"SHAH ALAM 25 Mei - Gejala buang bayi sudah kerap kali dihebahkan media namun ia sedikitpun tidak memberi kesedaran kepada segelintir individu tidak bertanggungjawab untuk mengulangi perbuatan itu.

Masih ada pihak yang tidak serik - melakukan hubungan seks terlarang sehingga hamil dan mangsanya adalah bayi yang tidak berdosa.

Terbaru, mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini malam tadi.

Mayat yang dibalut dengan kain lampin itu ditemui selepas seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ternampak sebuah kubur kecil yang baru di kawasan tersebut kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaludin berkata, polis yang tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan, menggali kubur kecil sedalam 0.5 meter itu sebelum menemui mayat bayi bersama urinya yang dipercayai baru ditanam.

"Kita masih menyiasat mengenai penemuan ini bagi mengesan individu yang terlibat," kata beliau ketika dihubungi pemberita di sini petang ini.

Ini merupakan kes buang bayi terbaru dikesan. Pada 14 Mei lalu, seorang bayi lelaki ditinggalkan di atas lantai beralas tikar di belakang Masjid Jamek Al-Makmur di Sungai Lalang, Sungai Petani di Kedah.

Dua hari sebelum itu, pasangan remaja yang baru berusia 19 dan 15 tahun didakwa menanam mayat bayi lelaki mereka di tebing sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, Melaka.

Menurut Nor Azam, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan polis meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya memaklumkan kepada mana-mana balai polis terdekat."

Kalau kita nak ingatkan kembali, isu pembuangan bayi memang tak pernah berkurang. Malah makin menjadi-jadi adalah. Buktinya ada disini. Tak cukup dengan itu lagi, muncul pulak isu berkenaan pembuangan bayi lagi, dan buktinya dipaparkan disini. Uolls tengok la sendiri macam mana sikap masyarakat pada hari ini. Artikel yang paling memilukan hati pernah ngexz tulis adalah berkenaan dengan penemuan bayi yang dibuang di dalam longkang di Kuching, Sarawak. Buktinya disini. Ngexz terpaksa remove gambar bayi malang tersebut kerana sangat menyayatkan hati.

Uolls, cuba kita cari jalan penyelesaian bagaimana nak selesaikan isu ini. Ngexz tengok isu ni macam tak pernah berkurang jew, makin menjadi ada la.


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign