Selamat tengahari uolls. Panas giler rasanya hari ini. Di dalam kepanasan sebegini, terdetik hasrat ngexz nak menulis lagi berkenaan dengan kisah pembuangan, pembunuhan bayi sekali lagi. Jika uolls ingat, minggu lepas ngexz ada menulis berkenaan dengan kisah bayi yang ditinggalkan di depan masjid. Tapi hari ini lain pula yang berlaku kepada nasib bayi malang ini. Bayi ditanam oleh remaja yang tidak punya hati perut!!
Melaka, seorang bayi telah ditemui mati akibat ditanam oleh remaja yang berumur 15 dan 19 tahun. Yang lebih menyedihkan lagi, bayi tersebut sudah cukup sifat dilahirkan oleh pasangan remaja berkenaan dan telah ditanam berhampiran Sungai Melaka. Memang tersangat la keji kan perangai dorang ni. Yang lebih memeranjatkan lagi menurut sumber remaja lelaki tersebut merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Terengganu.
Dalam pada yang sama remaja perempuan hanya diketahui oleh ibunya apabila ibunya menyedari bahawa anak perempuannya berlumuran darah dan segera mengejarkannnya ke hospital. Sampai di hospital, doktor mendapati bahawa anak perempuannya baru sahaja melahirkan anak dan terkejut dengan berita tersebut ibunya bergegas melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Dari situ baru la pihak polis melakukan siasatan dan bergegas ke tempat bayi tersebut ditanam. Siasatan mendapati bahawa bayi tersebut dilahirkan cukup sifat selain terdapat kesan lebam di kepalanya.
Cuba uolls renungkan kembali peristiwa pembuangan bayi ini. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani gejala pembuangan bayi ini? Nampaknya gejala ini makin menjadi budaya masyarakat kita pada hari ini. Bagi pendapat ngexz. kerajaan harus mengenakan tindakan yang berat kepada pesalah . Kalau setakat nak kenakan hukuman saman menyaman jer kepada pesalah, ngexz rasa gejala ini amat mustahil untuk diatasi. yer la kan setakat saman, bayar saman apa la sangat bagi mereka kan. Nengok2 kali kedua dorang wat perkara sama lagi.