Uolls layan ke cerita Benci Bilang Cinta yang ditayangkan di Astro Ria setiap hari Selasa sehingga jumaat pukul 6,30 pm dan ulangannya pukul 1 kalau tak silap ngexz. Ngexz layan sinetron Indonesia ni. Bak kata orang sinetron suam-suam kuku gitu. Tambahan lagi pelakonnya merupakan pelakon kesukaan ngexz, sapa lagi kalau bukan Marshanda. Ingat lagi tak sinetron Puteri yang terbuang dahulu. Best kan. Ok jom ngexz ceritakan serba sedikit sinetron Benci Bilang Cinta k.
Sinetron ni dilakonkan oleh Baim Wong sebagai Dimas a.k.a hero dan Marshanda sebagai Winda a.k.a heroin dalam sinetron ni. Sinetron ni mengisahkan Dimas anak orang kaya yang mempunyai syarikat penyiaran yang besar manakala Winda sebagai anak orang miskin sahaja. Lantas, atas wasiat atuk Dimas yang menginginkan Dimas dikahwinkan dengan Winda, maka ahli keluarga Dimas terpaksa akur dengan wasiat atuknya.
Manakalah keluarga Winda yang dipenuhi hutang keliling pinggang terpaksa menerima lamaran tersebut kerana berfikir dapat melangsaikan hutang mereka. Akan tetapi antara Dimas dan Winda mempunyai perjanjian sulit iaitu perkahwinan mereka merupakan kahwin kontrak iaitu selama 6 bulan sahaja. Kedua-duanya bersetuju.
Selepas sah menjadi suami isteri banyak gler scene best antaranya lawak bodoh yang dibuat oleh Winda untuk membuat Dimas tersenyum dan yang paling penting kedua- dua mereka seakan- akan sudah menyimpan perasaan cinta. Sepupu Dimas iaitu Aditya seolah-olah menyimpan perasaan sayang kepada Winda.
Kita tengok apa yang berlaku seterusnya. Ngexz tak sabar nak tengok episod seterusnya. Uolls tengok la. Rugi tak layan.