Pages

|The Comrades|

Showing posts with label Baim Wong. Show all posts
Showing posts with label Baim Wong. Show all posts

18 April 2011

Kejora dan Bintang


Sebenarnya lama dah aku nak share kat uolls yang aku minat nengok Kejora dan Bintang**macam la uolls nak tahu sangat apa yang aku minat kan.HAHA**. Memang tak pernah miss tengok cita ni tiap petang babe. Rugi sapa tak tengok. Tambah² aku minat giler ngan Bintang. Innocent jer muka kan. Apa lagi si Erlangga (Baim Wong) bila bawa watak nangis, memang melentok giler nangis sampaikan aku pun terikut kuarkan airmata. Tat mean lakonan dia menjadi kan.

Kalau diikutkan sinetron ni sebanyak 72 episod. Kadang fedup plak aku tengok macam konflik tak abis² melanda kan. Ada gak macam tak logik pun ada. Tapi tetap pulak aku menanti penuh setia depan tv melangok kat sana. HAHA.

Korang macam mana? Minat gak ke?
Lagu tema sinetron ni pun aku layan gak. Korang dah ada ke? Kalau belom ada meh cepat download lagu rindu setengah mati kat sini. HAHA ntah² korang dah lama download kan. Larikkkkkkkksss



Terima Kasih

25 February 2011

Opss aku tak sedar aku jatuh cinta lagi

Eh! Sila ambil perhatian dengan tajuk di atas. Terbaek tak? *sambil kenyit² mata*. Uolls mesti jatuh cinta gak sekarang kan? Tak kira la jatuh cinta pandangan ke berapa. Tapi aku, dah berkali² jatuh cinta ni. Aku terjatuh cinta terlayan dengan sinetron indon sekarang sampaikan cakap indon pun aku boleh tahan dah. *blah jer kan*.

Aku terlebih layan sinetron Kejora dan Bintang dah sekarang selepas Benci Bilang Cinta bikin aku tak mandi. HAHA. Yer la Baim Wong memang pames giler sekarang kan sampaikan di undang ke Kuala Lumpur hari tue gara² jemputan peminat fanatik dari Malaysia. Wow ganteng deh. Ok aku tak nak popek² memanjang. Tujuan entry ni publish sebab aku nak korang terlentok jugak dengan aku sambil dengar lagu tema Kejora & Bintang ni kan.

Berbalik kat jalan cerita Kejora & Bintang ni kan, kasihan kat bintang yang belom jumpa² lagi dengan kakaknya Kejora. Ouhhh..bila la lagi dorang nak berjumpa ni. Makin ketahuan aku nak habiskan cerita ni. Boleh tak mintak percepatkan kat penerbit.HAHA


notatangan: Eh aku lupa nak gita aku fanatik kat sinetron Sejuta Cinta Marshanda gak yang ditayang kat TV3 tue. Dan juga Baim Wong sama Marshanda gak sana wei.Cepat tengok.Next week tak dapat tengok dah sebab next week dah start kerja. Uwaaa
Terima Kasih

15 July 2010

Sinetron Benci Bilang Cinta |Ngexz


Sapa peminat setia Sinetron Benci Bilang Cinta? Kalau nak tahu sekarang sinetron tue dah episod 34 tau. Pergh jalan cerita memang makin santek i tell u oiiiii...Rugi sapa yang dah ketinggalan cerita ni. Dan kepada sesiapa yang ketinggalan sinetron ni pada pukul 6.30 petang, uolls boleh tengok ulangan pada keesokkan harinya pada pukul 9 pagi dan 1 petang.

Jap yer ngexz nak review ckit jalan cita dia episod 34 nih. Yang paling special sekali bila Winda disahkan hamil beb. Uolls dah taw kan yang Dimas ngan Winda dah lari dari rumah. Pergh memang bahagia habis dorang beb walaupun hidup gitu. Pak Rian pulak dah meninggal dan Aditya masih mencari kehilangan Dimas & Winda. Rasa-rasanya Aditya dah boleh menerima kenyataan kot.

Yang paling lawak pulak, Winda mengidam nak tengok muka ayahnya. So, Dimas pergi la cari idea macam mana nak tunaikan hasrat Winda tue. Sampai upah wartawan olok-olok beb. Takut Winda kempunan.

Kalau sesiapa yang mengikuti cerita ni memang makin best weh. Rugi uolls tak tengok. Uolls teringin nak download sinetron Benci Bilang Cinta ni tak? Ala melambak jer TV online tue, Uolls download jer dari sana.

Kalau ngexz rajin, nanti ngexz tempek link dia kat sini k

Terima Kasih

01 June 2010

OST Benci Bilang Cinta


Uolls layan ke cerita Benci Bilang Cinta yang ditayangkan di Astro Ria setiap hari Selasa sehingga jumaat pukul 6,30 pm dan ulangannya pukul 1 kalau tak silap ngexz. Ngexz layan sinetron Indonesia ni. Bak kata orang sinetron suam-suam kuku gitu. Tambahan lagi pelakonnya merupakan pelakon kesukaan ngexz, sapa lagi kalau bukan Marshanda. Ingat lagi tak sinetron Puteri yang terbuang dahulu. Best kan. Ok jom ngexz ceritakan serba sedikit sinetron Benci Bilang Cinta k.

Sinetron ni dilakonkan oleh Baim Wong sebagai Dimas a.k.a hero dan Marshanda sebagai Winda a.k.a heroin dalam sinetron ni. Sinetron ni mengisahkan Dimas anak orang kaya yang mempunyai syarikat penyiaran yang besar manakala Winda sebagai anak orang miskin sahaja. Lantas, atas wasiat atuk Dimas yang menginginkan Dimas dikahwinkan dengan Winda, maka ahli keluarga Dimas terpaksa akur dengan wasiat atuknya.

Manakalah keluarga Winda yang dipenuhi hutang keliling pinggang terpaksa menerima lamaran tersebut kerana berfikir dapat melangsaikan hutang mereka. Akan tetapi antara Dimas dan Winda mempunyai perjanjian sulit iaitu perkahwinan mereka merupakan kahwin kontrak iaitu selama 6 bulan sahaja. Kedua-duanya bersetuju.

Selepas sah menjadi suami isteri banyak gler scene best antaranya lawak bodoh yang dibuat oleh Winda untuk membuat Dimas tersenyum dan yang paling penting kedua- dua mereka seakan- akan sudah menyimpan perasaan cinta. Sepupu Dimas iaitu Aditya seolah-olah menyimpan perasaan sayang kepada Winda.

Kita tengok apa yang berlaku seterusnya. Ngexz tak sabar nak tengok episod seterusnya. Uolls tengok la. Rugi tak layan.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign