Pages

|The Comrades|

20 August 2010

Penceraian Roslin Hashim Memang Menjadi Perbualan Hangat | Ngexz




Mungkin ngexz agak terlambat untuk menulis entry ni kerana sekarang di media cetak mahupun elektronik memang penuh memaparkan isu penceraian Roslin Hashim, jaguh badminton negara kali keduanya setelah bercerai dengan isteri pertamanya, Faizah Bt Mohamad pada tahun 2009. Perkahwinan pertamanya cuma bertahan selama 12 hari sahaja!

Mengikut sumber punca penceraian mereka adalah disebabkan Faizah menolak permintaan Roslin untuk bersetubuh sepanjang perkahwinan mereka!.Yang ini merupakan kenyataan hangat Raja Azmi semasa disiarkan oleh Galaxy, TV9. Raja Azmi juga berkata walaupun Roslin Hashim mungkin tidak akan memaafkannya kerana telah mendedahkan kenyataan hangat tersebut, tetapi beliau terpaksa kerana beliau telah terheret sama dalam kemelut ini.

Perkahwinan kedua Roslin Hashim berlangsung pada 9 Julai 2010 setelah beliau berkenalan dengan Norhayati Othman selama 5 bulan dan terus melangsungkan perkahwinan. Dan kini Roslin Hashim atau nama sebenarnya Muhammad Roslin Hashim yang dilahirkan pada 23 Oktober 1975 di Kota Bahru Kelantan telah melafazkan cerai kepada isteri keduanya, Norhayati Othman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Apa sebab mereka bercerai, ngexz tak nak nak buat ulasan yang mendalam. Aku tak nak sebarkan fitnah yang macam- macam tambah- tambah lagi dengan hal yang bersangkut paut dengan rumah tangga kan. Biarlah mereka yang selesaikan sendiri.
Isu tentang Raja Azmi dikaitkan dengan punca penceraian itu biarlah pihak yang wajib menyelesaikannya. Mungkin mereka lebih tahu. Tambahan pula Raja Azmi akan memburu kaki fitnah di laman web yang telah menyebarkan fitnah yang macam- macam terhadap dirinya kerana isu penceraian ini.


Daripada berita terkini pula Raja Azmi telah ditahan di balai polis Ampang setelah kehadirannya untuk membuat laporan polis berhubung dengan kes penceraian Roslin Hashim. Dibawah merupakan keratan daripada Bernama berkenaan dengan penahanan Raja Azmi

"KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.


Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang Khamis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu. Ketua Polis Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira pukul 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki.


"Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan hari ini dua kali iaitu kira-kira pukul 1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasil menemuinya.


"Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya," kata Abdul Jalil kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.


Beliau berkata Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan esok akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi.


Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang sama dipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991.
Muka depan beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Raja Azmi merupakan punca Roslin bercerai dengan isterinya, Norhayati Othman yang baru dikahwininya pada 9 Julai lepas.


-- BERNAMA"


~ Aku bukanlah suka untuk menulis entry ini. Oleh kerana orang- orang di atas merupakan public figure, so sudah tentu mereka akan menjadi perhatian masyarakat. Lebih- lebih lagi dengan isu sebegini. Ngexz harap mereka boleh menjadi ikon yang boleh dicontohi oleh masyarakat, bukan menunjukkan contoh yang tak baik sebegini. Alahai apa nak jadi dunia sekarang kan.Cerai- berai dah jadi trend dalam alam perkahwinan~ FULLSTOP!!!


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign