Pages

|The Comrades|

07 August 2011

Gangguan Seksual di tempat kerja

Orait aku nak inporm awal entry ni takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Menulis sekadar untuk bersharing okie.

Berapa ramai yang alert dengan hak kita sebagai pekerja di tempat kerja? Sila angkat kaki. Erks..Silap..Bos uolls jenis camner? Jenis yang suka kenyit² mata bila kita hantar paperwork ke? Jenis yang suka raba², jenis yang selalu keluarkan kata² lucah? Hah ada tak antara list yang aku gitaw kat atas.

Dari apa yang aku pernah tahu before ni gangguan seksual ni bukan setakat gangguan dari segi raba meraba, kenyit² mata, tapi mengeluarkan kata² lucah pun sudah dianggap gangguan seksual.. Hah ada tak yang kena jenis gini? Cepat g report dengan orang yang sepatutnya dan suarakan hak anda sebagai pekerja.

rabaraba

Member aku pernah share ngan aku bagaimana dia berasa sangat stress bila ada gangguan seksual di tempat kerja. Bayangkan dari awal pagi sampai tempat kerja dia dah di pandang dari atas sampai ke bawah dengan dek lelaki gila seks ni. Member aku ni bukan jenis yang bukak sana bukak sini. Kira macam guna proper attire la g ofis. Ada plak orang gitu kan.

Bukan takat tue jer, siap main² lidah lagi ngan dia. Walaupun si pelaku ni bertujuan hanya sekadar nak bergurau sahaja, tetapi bagaimana pulak ngan kita yang diganggu kan. Mesti la rasa tidak selesa. Bukan itu sahaja!! Bila dah keterlaluan, ada plak yang sanggup pegang², raba², ramas² punggung perempuan. Hah melampau giler kan

Kalau aku la kena gitu, mesti la rasa macam nak bunuh jer kan. Yer la kalau jenis perempuan yang suka di buat gitu tak la kisah sangat, ni kalo jenis yang perempuan alim ulama memang kena penampo la jawabnya.

Kenapa dorang gini? Maybe dorang punya tahap pemikiran sudah mencapai tahap maksimum kot. Yer la maybe tak dapat nak pikir benda lain dah,dalam kepala hotak dok pikir hal seks jer. Naya la sapa yang jadi isteri lelaki gini kan. Ewwww..

Wanita² di luar sana, berhati² la dengan lelaki gini di tempat kerja. Kalau dorang ganggu uolls, sepak jer anu dorang tuh, takpun jerit kuat² supaya ofismate lain dengar supaya dia malu, hah mana tahu lepas tue dia akan sedar. Kalo bos yang buat gitu?? Adoi payah gak kan, kan selalu bilik bos gelap jer, mesti rasa gerun jer nak masuk bilik bos kan, Adeh.. ala, jerit jer, tak pun tampo jer then terus report kat orang yang sepatutnya. Tak susah pun, bukan kita salah pun kan

seksual-2


Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign