Pages

|The Comrades|

04 August 2011

Hala Tuju Selepas SPM??

Erks, apesal tajuk camgitu? Cik Ngexz baru abis SPM ke ni? Ish, idok la wei. Sebenarnya aku saje nak wat entry cam gini. Baru nampak intelektual sikit kan. HAHA Blah la ngexz ko intelektual. Ok sebenarnya ntah sapa ntah search kat blog aku tanya hala tuju selepas SPM. Bukan tue jer ada gak yang search “Apa nak buat selepas SPM”, “Tempat terbaik selepas SPM”. Hah cepat korek hidung dalam² **acah jer la**.

p/s Sila tekan butang X kat atas jika malas nak baca entry panjang + bosan saya kali ini

Ok terus terang aku nak gitaw uolls aku bukanlah pelajar cemerlang mahupun pelajar 4P time zaman U dulu. Aku bukan jenis yang suka menatap buku a.k.a ulat buku gitu.Ok la zaman SPM dulu result aku memang tak boleh blah adik² sekalian sebabnya aku dulu telah tercampak masuk kelas Sains yang mana aku amatlah jahil sedikit tentang sains² ni sebabnya uolls sendiri tau kan bidang sains ni banyak sangat kira². Aku sangatlah gotohell bab kira² ni. Akibat kevodohan aku sendiri maka result SPM aku macam hell jer terutama bidang sains. Paling worst subjek terbaik aku time tue cuma Sejarah jer yang dapat A. Hah cuba bandingkan sains ngan Sejarah. Jauh giler kan.

Aku pun tak tahu aku minat subjek sejarah ke idok time tue. Tapi yang penting time kuar result aku cukup hepi melompat² sebab Sejarah aku A walaupun subjek Kimia, Biologi, AddMath, Fizik aku macam hell **nasib tak cangkul jer a.k.a fail la tue**. Kesimpulannya aku takde rasa sedih ke kecewa ke dengan result SPM aku. Aku sendiri pun tak tahu nape perasaan aku camgitu. Maybe masih pikir nak enjoy jer kot.

Nasib baik la result aku cam gitu masih tetap mendapat tempat masuk form 6. Hah nasib aku amat la baik sebab aku tak tercampak masuk kelas sains lagi time form 6. yer la sapa nak amik aku yang keputusan SPM macam hell jer kan. HAHA. Syorga betul dapat kelas kemanusiaan yang mana major aku Geografi. Yezaa. Dari situ uolls tahu tak aku mula bertekad tak nak dah main² sebab bila aku tak concentrate time ni aku takkan dapat ke mana dah.

Time tue aku simpan angan² nak merasa jadi budak U, nak merasa duduk di dewan kuliah macam yang selalu aku tengok dalam filem. Even perangai gila² aku tak pernah berubah, aku tetap akan meletakkan pelajaran is my priority time tue eh. Perangai gila² yang aku maksudkan kat sini bukanlah masuk pub keluar disko, hisap ganja or so whatever. Plish k aku bukan jenis suka bersosial. Maksud aku, gila² aku ni yang jenis suka ganggu budak² junior. Yer la aku kan perasan senior time tue. HAHA. Ok back to the story.

Hmm.. Aku dulu kan tinggal asrama, so aku banyak kawan la. Bila musim exam, mula la nak wat study group la konon ngan member² ni. Paling worst study group kami tak pernah jadi pun bila group terbina lebih dari 8-10 orang. Mana tak nya, 5 minit awal ker bukan main concentrate yang selebihnya ada tin pepsi la, kuaci la, keropok la. Semua keluar stok² makanan( Adik² sekalian sila jangan tiru aksi camgini k). STPM menjelang aku perlu lebih nekad supaya angan² aku tercapai.

Anak sapa ka

Hari yang mana result STPM keluar aku betul² kaget bila member tarik tangan aku ada media nak amik gambar aku. Eh apesal plak nak amik gambar aku, giler ape dorang ni. Nengok² aku adalah antara BEST STUDENT YANG DAPAR RESULT TERBAIK kat sekolah aku. WOW!! Aku tak sangka betul aku akan berdiri seiring dengen student² yang memang tak pandang aku before ni. Yer la sapa la aku ni kan sampaikan aku sendiri pun tak caya bhai..

IMG_0009

Kuar je result aku pun sibuk isi borang ke IPTA la konon kan. Yer la itu kan angan² aku. Sekali lagi aku dilema sebab aku belum menemui bidang apa yang sebenar aku minat. Isi amik bidang pendidikan. Uwaaaa aku memang tak minat bab² ajar ni. Yer la aku ni kan yang salu mengalah dengan budak kecik. Cepat tunduk gitu. HAHA. NAk amik engineering gitu memang takde nyer orang menerima kan. HAHA. Last² aku isi jer bidang kemanusiaan.

Honestly aku memang tak tahu pun binatang kemanusiaan tue. Adakah aku kena belajar organ yang ada manusia ke, belajar manusia dulu² ke. Cetek giler pengetahuan aku kan. Dan aku tekad aku amik jer HUMAN RESOURCES. Time tue pilihan still 8 pilihan. Dari pilihan pertama sampai 8 semua aku pilih hal berkaitan dengan human. First choice of coz aku letak kat Sarawak. Nape aku letak Sarawak jadi 1st choice? Sebabnya aku tak nak berjauhan dengan kiroro. Vodoh tak keputusan aku time tue? HAHA. Akhirnya impian aku tak nak berjauhan dengan kiroro pun termakbul bila aku dapat cos yang aku mintak iaitu human resources, kat sarawak lagi tue UNIMAS gitu lor..

Aku masih mendapat culture shock sikit dengan suasana baru. Yer la aternya jadi Student U kan. Sem pertama aku agak kucar kacir sikit bila result aku cukup makan. Yer la aku ni kan jenis yang sukar sikit nak bergaul ngan orang. Tak macam budak lain yang rapat ngan senior². Aku pikir lak apesal nak kena rapat dengan senior, bukan dorang yang bagi kita lulus or gagal. Padahal dari senior la kita boleh belajar banyak perkara. Vodoh sekali lagi kat situ kan**opss**. Patut pun result sem 1 aku macam sampah jer kan. Vadan muka aku.

DSC02806 

Hah kan aku dah cakap kampus life memang best giler bila dapat teman gempaq cam gini

Tettttt.. habis pun aku 6 sem kat UNIMAS and sekarang aku masih tercari² mencari kerjaya yang ngam dengan apa yang aku amik dulu. Uolls sendiri tahu kan susah giler nak cari kerja pada hari ini. Tak macam dulu, kerja yang cari kita. Sekarang, jangan harap la kerja cari ko bhaii..Aku harap aku dapat mencipta kerjaya yang aku dah idamkan kelak.  Aku bersyukur sangat sebab sekarang aku telah ditempatkan menjadi seorang pelatih siswazah di bawah program latihan pemerkasaan siswazah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak. Syukur sangat. Mudahan aku dapat banyak ilmu kan.

IMG_0633Ganjaran yang aku dapat setelah bertungkus lumus selama 3 tahun akhirnya aku mendapat segulung ijazah.

Pejam celik aku dah mencapai angan² aku nak ke menara gading yang pernah aku idamkan suatu ketika dulu kan. Yer la time kecik² dulu kan selalu gitaw ngan cikgu, bila cikgu tanya “apa impian awak kelak”?. Mesti kita jawab “nak ke menara gading” kan. Hah dah nampak camner menara gading kan. Ada menara tak? Ada gading tak? Hehehe

 

Adik² ku sekalian,

Aku bukanla cerdik pandai, intelektual dan seangkatan dengannya. percaya la bila kita berusaha untuk sesuatu perkara, usaha lah sepenuhnya jangan putus asa, nescaya kita akan dapat ganjaran apa yang kita usahakan kelak. Jika tidak hari ini, mungkin esok kita akan mendapat hasilnya. Yang penting jangan mudah putus asa. Aku cuma kongsi pengalaman aku yang tak la berapa cukup ni untuk panduan adik² yang mencari keyword kat blog aku ni ok ** eh ada plak tetiba cam gitu kan

erks,, panjang sangat dah ni, ok la cukup sampai sini jer. takot ada yang jadi hulk nanti bila nampak aku taip panjang²

notatangan: ini bukan cerita hantu


Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign