Pages

|The Comrades|

04 January 2012

Uolls ada mengalami camgini jugak ker??

Rasanya belum terlambat lagi nak wish Happy New year kat uolls kan. So apa azam tahun baru ni? Hurm.. 1hb lepas go back to hometown selepas bercuti selama seminggu with kiroro. Heaven oiii…

Eh aku nak story kejadian masa dalam flight taw. Eeei gilos ##sentapmak.. Malang betul bila dapat tempat duduk single. Eh, uolls tahu jer kan keadaan dalam flight Maswings. Bukan AirAsia mahupun Mas Airlines ok. MASWINGS hah. Belon kecik bak kata orang sarawak yang hanya menjalankan penerbangan dalam kawasan Sarawak jer. Sapa yang tak tahu nah ni gambar MASWING

maswings

Hah, nampak besar dalam gambar, tapi nak masuk dalam ko kena tunduk jalan taw, bukan boleh jalan mendabik dada. HAHA. Ok aku story kejadian aku duduk single seat. Alkisah gini la terpaksa amek single seat bila double seat dah full & aku terpaksa bagi kat wanita yang bawa anak dia kasi dia duduk double seat, so terpaksa la aku duduk single seat kan.

 

Pasang semua seatbelt, popekpopekpopek zzzzz, sejam after that aku sampai la kat hometown. Tiba nak mendarat telinga aku dah semacam, uolls sendiri tahu kan simptom bila nak mendarat. Sakit giler bhai telinga aku macam ada binatang jer masuk. Bukan 1st time aku kena camgini. Yang peliknya tiap kali aku duduk kat single seat mesti aku alami simptom gini. Sebaliknya bila aku duduk double seat, ok jer takde sakit2. Hampeh tol. Sampai ke rumah telinga sakit macam orang pekak jer terpaksa hah hah hah bila orang cakap. Yer la kan tak dengar sangat. Macam berdengung jer kita dengar.

 

Nak kuar dari flight satu hal pulak, seatbelt tak boleh nak bukak. Macam aku ni jakun tak pernah/ tak pandai nak bukak seat belt jer dah kan. Padahal belt tu  jer problem,. Dah la pada masa yang sama masih menahan telinga sakit ni. Adoyai, siap tanya ngan penumpang sebelah pesal la tak boleh bukak. Budak tuh senyum jer tengok aku. Last2 dapat gak bukak. Kalo tak dapat bukak, mahu nya aku dibawa balik lagi jumpa kiroro. Yippiee lagi aku suka kan. HAHAAHa. Adeh senyum sorang kalo mengenang kejadian gitu, sampaikan aku nak bukak seatbelt macam bukak suar, nasib tak berjaya. Aku gagahi juga bukak belt tuh. Huh, kalo boleh lain kali aku nak avoid duduk tempat single. Siksa tol oiiii…

Uolls ada alami simptom macam aku gak ke?


Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign