Pages

|The Comrades|

09 July 2012

Kenapa banyak retis sekarang ni kawin jer mesti cerai?

Eh, tajuk macam nak kena lempang patpulohlapan kali jer kan. Siapla sapa retis lepas ni semua dok saman aku. Erkk. maksud aku bukan semua tapi segelintir je. Aku tengok sekarang majlis kawen bukan main gah lagi, tapi dengar-dengar berbulan lepas tue hah bercerai dah. Paling tragis tak sampai sebulan pun dah failkan perceraian, terutama retis hollywood tue eh.

Retis Katy Perry tue berapa hari jer ek dapat gelaran isteri orang, dengar lepas tue dah cerai, paling aku tak boleh blah dia siap nyanyikan kisah hidupnya dalam bentuk lagu. Giler ke aper, paling sadis mesti bekas suami dia macam terkilan dengar lagu tue kan, sikit sebanyak mesti ada rasa nyesal bercerai ngan perry kan. Perry tue bhai, retis salah seorang pames ehs.

Artis kita Malaywood ni camner? Aku nengok macam nak ikut retis barat dah dewasa ni. Gaduh sikit, hah siap ko aku lepaskan ko la, aku ceraikan dikau la. Time bercinta, berkahwin bukan main lagi kan. Mintak-mintak dijauhkan benda sebegini, takut nanti generasi akan datang terikut- ikut.

Ingat, budaya kita orang Malaysia bukan camgini dulu- dulu, bak kata pepatah nak pijak semut pun tak mati. Kembalikan adat budaya kita dulu-dulu yer. Jangan kerana arus pemodenan, budaya kita ditinggalkan.

Eh apa aku merapu meraban ni. Yer la besa la aku sekarang update guna lappy, so best sikit nak menaip sampai idea mencurah macam hujan lebat. HAHAHA..
Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign