Kaul 2013 dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak. Walaupun panas terik, Pehin Sri teruja pergi melawat gerai- gerai yang ada di tapak kaul. Perasmian pula diserikan lagi dengan Perarakan kumpulan- kumpulan penari yang terdiri daripada pelbagai kaum dan datang dari seluruh Sarawak. Meriah sangat!! Persembahan pun semua hebat- hebat belaka. *Lihat gambar di bawah*
Kaul kali ini disajikan dan ditonjolkan segala adat dan budaya masyarakat Melanau yang amat unik contohnya seperti Adat Pertunangan dijalankan, proses membuat lemantak dan sagu. Unik sangat.
Gambar di atas merupakan demonstrasi Adat Pertunangan masyarakat Melanau. Untuk pengetahuan, adat pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melanau lebih kurang sama dengan adat pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu Islam yang mana tepak sirih dijadikan pembuka sesuatu majlis.
Gambar di atas merupakan pelamin yang digunakan oleh masyarakat Melanau untuk melangsungkan perkahwinan. Cantik sangat!!
Demonstrasi perkahwinan masyarakat Melanau. Cantik tak? |
Kemeriahan jelas terpancar apabila orang ramai membanjiri ruang pameran warisan kaul untuk menyaksikan sendiri keunikan adat dan budaya masyarakat Melanau.
Gambar di atas menunjukkan bagaimana penenunan kain dijalankan.Kerja- kerja penenunan dilakukan dengan teliti sekali.
Gambar di atas merupakan salah satu gerai komuniti yang terdapat semasa berlangsungnya pesta ini. Difahamkan semua gerai- gerai ini meliputi semua kampung- kampung yang terdapat di Bahagian Mukah dan yang paling seronok lagi kesemua gerai tersebut dihias dengan cantik dan unik sekali kerana untuk dipertandingkan.
Melalui gambar dapat menunjukkan betapa meriahnya gerai komuniti ini bertanding untuk merebut gelaran juara.
Tahun ini saya tak dapat nak bermain permainan 'tibou' atau lebih dikenali buaian gergasi ni. Best sangat bila dah naik atas buaian ini. Tahu tak sejarah 'tibou' ni? ok bagi sesiapa yang tak tahu sila baca sedikit sejarah kewujudan tibou ni ok.
Tibow merupakan permainan yang amat popular semasa berlangsungnya pesta ini. Pada asalnya permainan tibow bertujuan untuk menyambut ketibaan musim bunga. Melalui permainan ini mereka memohon agar rezeki dimurahkan, ikan di sungai diperbanyakkan dan tanaman dapat berbuah dengan lebat. Selain itu juga, permainan ini merupakan salah satu permainan mencari jodoh untuk anak- anak muda kerana permainan ini memerlukan keberanian yang tinggi untuk bermain. Mengikut tradisi kaum Melanau Mukah, bermain tibow tidak semudah seperti yang kita lihat. Hal ini kerana banyak pantang larang dan tradisi yang perlu dipatuhi oleh pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya juga haruslah dengan istiadat dan pantang larangnya tersendiri. Peralatan yang digunakan untuk membina tibow seperti dua tiang kayu diperlukan untuk pembinaan tiang tibow tersebut, beberapa kayu sederhana sebagai tangga, rotan segar dan daun muda digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan suasana. Semasa mendirikan kedua- dua tiang tersebut, pantun akan dinyanyikan beramai- ramai (Kat kerakat, kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’). Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipok tibow yang menguasai permainan tibow tersebut dan memohon pertolongan untuk memudahkan kerja- kerja mendirikan tiang tersebut.
Anak kecil pun nak tunjuk berani main tibou ni. Hebat tak hebat tak? |
Cukup tak setakat ni? Belum cukup lagi ke? Ok takpe banyak lagi gambar yang bakal saya sajikan untuk tontonan semua seperti penghantaran serahang, pembuatan sagu lagi belum saya pertontonkan. Sabar ok!!
No comments:
Post a Comment