Pages

|The Comrades|

27 April 2013

Kaul Mukah ~Serahang~





  Pesta Kaul tidak mungkin akan sempurna sekiranya tiada serahang. Serahang merupakan ‘kepala hantaran’ kepada ipok yang mempunyai motif tertentu. Motif yang diletakkan di serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya  yang berkaitan dengan ipok. Motif tersebut harus melambangkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan mempunyai tujuh lapisan di atas dan tujuh lapisan di bawah.


Serahang ialah "kepala hantaran" kepada ipok. Ia perlu dibuat mengikut motif tertentu. Motif pada serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya sejauh yang berkaitan dengan ipok. Lambang itu menggambarkan bahawa ia ada kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan tujuh lapisan di atas dan tujuh lapis di bawah.Motif-motif pada serahang turut melambangkan imej ipok laut, darat, dan udara. Motif yang sesuai dan cukup akan menyenangkan hati ipok.
Serahang yang diperbuat daripada bahan-bahan berikut - buluh, tedieng, semat, daun nyipah muda, daun iseng dan daun tegoh - disediakan beberapa hari sebelum kaul.Sebahagian daripada bahan itu tidak mudah diperoleh kerana ia perlu dicari dari dalam hutan.Serahang dibuat oleh wanita kerana motif-motif tertentu memerlukan mereka yang teliti, dan ini sesuai dengan sifat wanita.
Berdasarkan pemerhatian, serahang bukan sahaja menuntut ketelitian dan kesabaran tetapi juga daya kreativiti yang tinggi, dengan mengambil kira unsur-unsur tertentu dalam perayaan dan juga sistem kepercayaan masyarakat. Sebenarnya, serahang berasal daripada perkataan "serahan", iaitu barang persembahan untuk ipok. Dan, bunyinya juga begitu dekat dengan "Rirang" yang merujuk kepada Rirang Rabu Bunga dalam mitos berkaitan dengan Sepok di Dalat.
Di Dalat, serahang bertujuan untuk membuang sial, mengelakkan malapetaka, musuh, dan penyakit.Serahang dan jenis hantaran di dalamnya telah "dititahkan dalam mimpi". "Serahang merupakan upacara penting kerana ia adalah satu persembahan kepada semangat laut yang menurut kepercayaan masyarakat Melanau, bahawa mereka akan mendapat kemakmuran, keharmonian dan kemurahan rezeki jika melakukan persembahan itu".
Serahang yang tingginya sekitar tujuh kaki mempunyai bentuk dan komponen serta unsur-unsur tersendiri. Komponen perlu lengkap kerana serahang yang tidak sempurna boleh menyebabkan ipok murka, dan akhirnya menimpa mereka yang membuatnya.
Justeru, hanya mereka yang berpengalaman dapat mengetuai kerja-kerja membuatnya. Struktur utama serahang ialah batang buluh tedieng. Bahagian-bahagian wajib yang perlu ada pada serahang ialah paka, tepasik, tetilip, beburung dan patik, dengan jumlah yang menggambarkan jumlah ipok dan lapisan bumi. Terdapat tujuh batang tetilip dan tujuh tiang bendera pelbagai warna diletakkan di atas, dengan tujuh ekor beburung.
                                                                                    (Sumber daripada www.kaulmukah.com)

Upacara penghantaran makanan kepada 'ipok ini akan diketuai oleh seorang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat yang digelar sebagai Bapak Kaul. Pemilihan Bapak Kaul tidak boleh dipilih sesuka hati kerana Bapak Kaul mestilah seorang lelaki dan seorang yang telah diiktiraf oleh masyarakat dan seorang yang arif tentang adat. Bapak Kaul merupakan perantara atau orang tengah yang akan menghubungkan penduduk di dunia nyata dengan ipok di alam maya. Persediaan awal akan dibuat sebelum melaksanakan upacara ini seperti penyediaan barang makanan untuk dipersembahkan dan talam- talam diguna untuk meletakkan jamuan tersebut. Talam tersebut mestilah diperbuat daripada daun nipah. Antara lauk yang perlu disediakan seperti papit (nasi pulut yang dimasak di dalam daun), belen (sirih pinang), dan rokok daun apung. Bapak Kaul diberi  tanggungjawab untuk memujuk, merayu makhluk halus dan ipok serta menghalau segala kejahatan dan kesusahan yang mungkin menimpa penduduk kelak.

                           Rombongan yang menghantar serahang ke Tugek




 Selesai mengadakan upacara pemujaan kepada 'ipok' tersebut, orang ramai akan makan beramai- ramai. Difahamkan makanan yang telah dibawa ke sana tidak boleh di bawa balik sebaliknya ditinggalkan di sana sahaja untuk dimakan oleh 'ipok' tersebut.





Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign