Kaul
Mukah akan bermula pada 26 April 2013 sehingga 29 April 2013. Banyak
acara yang akan dipertontonkan untuk orang ramai kelak. Siapa yang tak
datang menyaksikan sendiri memang amatlah rugi. Pada tahun ini,
penganjur utama iaitu Persekutuan Persatuan Melanau telah menyusun atur
acara- acara yang menarik contohnya seperti Pameran Warisan Kaul,
Pameran Adat Pertunangan Masyarakat Melanau, Pameran Pemprosesan
Pembuatan Sagu, Gerai Komuniti dan banyak lagi acara yang lain. Minggu
ini di Tapak Kala Dana memang meriah dengan persiapan terakhir untuk
meraikan Pesta Kaul. Gerai Komuniti pun memang 2 minggu sudah berkampung
di Kala Dana. Bersemangat sunggu mereka.
Ok,sebelum
kita berkaul, moleklah saya memberi gambaran serba sedikit mengenai Apa
itu Kaul bagi sesiapa yang belum mengenali Pesta Kaul ini ok.
Kaul Mukah diraikan pada penghujung bulan April setiap tahun kerana pada
zaman dahulu pesta ini diraikan bagi menandakan berakhirnya musim tengkujuh dan
“Bapak Kaul” akan memohon restu daripada ipok
kala agar penunggu tidak menganggu para nelayan yang keluar mencari rezeki.
Kaul Mukah yang berusia hampir 1,000 tahun telah menghimpunkan nilai- nilai
budaya dan kehidupan kaum Melanau yang banyak bergantung kepada aktiviti
menangkap ikan di laut.
Jika
dahulu pesta ini diadakan untuk upacara ritual oleh masyarakat Melanau ‘pagan’,
tetapi pada hari ini Kaul Mukah telah mengalami anjakan paradigma dengan
menjadi salah satu pesta sosio- budaya yang kini mampu menjadi daya tarikan
utama industri pelancongan yang sangat penting kepada negeri Sarawak .
Memang
tidak
dapat dinafikan lagi bahawa Kaul Mukah terbukti mempunyai seribu satu
keunikan yang tidak mungkin masyarakat lain miliki. Perkara yang paling
mengagumkan mengenai pesta ini yang mana himpunan pelancong luar datang
untuk menyaksikan keunikkan adat dan budaya masyarakat Melanau.
No comments:
Post a Comment